SELAMAT DATANG KE BLOG SENYUMLAH SELALU.TERIMA KASIH KERANA MELAWAT.
WELCOME TO SENYUMLAH SELALU BLOG.THANK YOU FOR VISITED.

Wednesday, January 5, 2011

Di Atas Satu Cinta



Aku memandang wanita yang duduk di hadapanku ini.Pandangan matanya masih memandangku dengan pandangan yang sayu.Sesekali bibir itu mengukir senyum,tapi aku tak berperasaan nak membalasnya.Permintaan wanita itu masih berlegar-legar dalam kepala otak aku ni,telinga pula bagai terdengar-dengar rayuan wanita ini.Adakah itu hanyalah gurauan ataupun wanita ini serius bermaksudkannya?

"Maaf Lisa,tapi awak serius ke?mana ada wanita dalam dunia ni yang sanggup berkongsi suami,"akhirnya aku bersuara.Kelihatan wanita berambut perang itu tersenyum sendiri lantas menggangguk,mungkin setuju dengan omongan aku tadi.Kalau dah rasa macam tu,buat apa tawar suami dia dekat orang lain?hish..tak faham aku!

"Betul tu,memang tak ada seorang isteri pun yang sanggup bermadu kasih dengan orang lain.Kalaulah saya ni tak mandul dan boleh bagi zuriat pada dia,tak perlulah saya merayu pada Aisyah.Tapi dah jadi macam ni seorang isteri itu sanggup sekiranya itu untuk kebahagian suaminya sendiri,jadi saya betul-betul maksudkannya,"ujarnya,air mata wanita itu sudah mengalir.Tentu terseksa sekali perasaannya kini,tapi demi suami yang tercinta dia sanggup berkorban.Mulianya hati wanita dihadapannya ini.

"Tolonglah saya,saya rayu pada Aisyah.Hanya Aisyah sahaja orang yang saya boleh percaya,"tangannya sudah menggenggam tanganku.Aku terkesima,kenapa aku yang dipilihnya?tak tahukah dia tentang masa silamku dengan suaminya?mahukah suaminya menerima aku dalam hidupnya?

"Kenapa percayakan saya?Lisa tahukan betapa Imran bencikan saya selama ni.Apa yang menyebabkan Lisa boleh terfikir semua ni?"marahku,tangan sudah ditarik semula.Tiba-tiba aku rasa permintaannya ini seperti mahu mempermainkan maruahku yang sudah sahabat baik aku cemarkan dihadapan suami Lisa dulu.Tika itu aku memang bodoh!Bodoh sebab percayakan seorang sahabat yang sudah kuanggap seperti keluargaku sendiri.Kini,adakah aku mahu mengulanginya semula?

"Saya faham perasaan Aisyah sebab tu saya percayakan Aisyah.Hanya Aisyah satu-satunya orang yang saya kenal.Aisyah tentu faham perasaan seorang wanita macam saya kan?"tanyanya.Aku merenung wanita itu,bukan main mengharap.Adakah aku harus berkorban buat lelaki yang telah menghina maruahku dulu?

"Saya tak akan jilat ludah saya semula.Segala hinaan yang saya terima dari Imran dulu sudah saya maafkan,tapi untuk berkorban saya tak sanggup.Baik awak cari je orang lain yang boleh bagi zuriat untuk dia,tak pun cuba cara lain.Allah akan makbulkan doa orang yang berusaha,"ujarku terus menolak kerusi untuk melangkah.

Ternyata wanita itu terkejut,lalu bergegas menghalang langkahku.Terus dia berlutut sambil menggenggam erat tanganku.Beberapa pengungjung restoran ini sudah memandang kami.

"Apa awak buat ni?"terus aku menariknya untuk bangun.Tapi dia tetap mengeraskan badannya.Beberapa orang sudah berbisik sesama sendiri.

"Saya tak akan bangun kalau Aisyah masih menolak,"ugutnya.Air matanya sudah mengalir.Aku mula berasa serba salah.

"Baiklah Lisa,saya setuju,"ujarku tegas.Wanita itu terus mengukir senyum lalu bangun sambil mengesat matanya.Aku menarik nafas,begitu nekad sekali wanita ini memujukku,tapi ikhlaskah aku berkorban semua ni.

"Terima kasih Aisyah.Saya janji semua ni tak lama,sampai Aisyah bersalin semuanya saya tanggung,"ujarnya gembira.Bibirnya sudah menguntum senyuman lebar,terus tubuhku dipeluknya.Aku hanya berserah pada Tuhan apa yang akan jadi selepas ini.

++++++++++

Aku memandang pintu yang masih tertutup rapat.Selesai majlis akad nikah petang tadi,sahlah aku menjadi isteri kepada Syed Imran syed mahmud.Biarpun aku sedar,betapa ramai yang benci melihat penyatuaan tadi,tapi aku biarkan sahaja.Mana tidaknya,akukan dikatakan perempuan murahan yang menjerat syed Imran sehingga kami ditangkap basah dulu.Sudahku agak semua penerimaan ini sejak aku bersetuju untuk melahirkan zuriat buat keluarga ni.Adakah apa yang aku lakukan ini betul?hadir dalam kehidupan semua orang yang begitu membenciku disebabkan peristiwa silam.Aku sesekali tak akan melupakannya.Kenangan dulu kembali menerjah ruang fikiranku...

"Aisyah,kau sukakan Syed Imran kan?"tanya Mimi sambil menyiku lenganku.Aku menarik nafas dalam.Pantas sahaja wajah majikan kami hadir dalam kepalaku.Adakah aku sukakannya?entahlah mungkin aku tertarik dengan wajahnya yang hitam manis tu,senyuman dia pula sedap mata memandang.Dahlah dia tu tak kedekut senyuman.

"Eh..beranganlah pula,mesti ingatkan dia kan?"sakat Mimi dengan tersenyum lebar.Aku malas nak layan,tak tahu nak jawab apa.

"Kau ni,banyak betul tanya.Entah-entah kau yang syok dekat dia kut,"aku mula menyakatnya pula.Ternyata sakat aku tu mengena.Mulalah dia tersenggeh-senggeh,bergesel-gesel kedua-dua belah kakinya yang hanya berskirt paras lutut tu.Aku menggeleng sendiri,kata orang padahal dia lagi teruk.

"Tapi manalah dia syok dekat aku ni.."nadanya mula kendur.Macam kecewa je..

"Kenapanya?dia tak layan kau usya ke?"Mimi mengangguk laju.

"Setiap kali aku ajak keluar mesti dia mengelak,nampak macam tak suka aku je,"bebelnya.Aku sekadar mendengar,nak buat macamana,dah memang bos macam tu.

"kau pun satu,time aku suruh tolong usya dia ada je alasan.Kenapa?kau jelous ke bila aku nak ajak dia keluar?"tanya Mimi straight.Minah ni memang tak reti berselindung.Aku pantas menafikan,sememangnya aku tak berminat nak ikut pun.Nampak macam Mimi tak percaya je,lantaklah!

"Bukan macam tulah,kau kan tahu aku tak suka benda-benda macam ni.Ok,lain kali kalau ada apa-apa aku tolong ye,"aku pujuknya.Dia lantas menggangguk.

Sekembali ke meja masing-masing,kami melakukan kerja seperti biasa.Tak sangka pula tiba-tiba Syed Imran menegurku,

"Sibuk ke?"tanyanya.Terkejut aku,lantas memandangnya yang berada di hadapan meja.Sempat aku memandang Mimi yang agak jauh,dia kini menjelingku tajam.Aku masih tak dapat mengagak apa-apa dari jelingannya itu.

"Hmm...ada apa-apa ke yang boleh saya bantu?"tanyaku spontan.Dia hanya tersenyum,ah!Kenapa pula dengan dia ni?

"Tolong saya buatkan air?ada tetamu dekat dalam tu,tapi kak Piah tak ada pula.Kebetulan ternampak awak,jadi boleh awak tolong?"pintanya.Aku tersenyum kecil,ingat ke apa tadi.

"Boleh,tak ada masalah.Untuk berapa orang?"aku sudah berkira-kira untuk bangun.Sempat lagi aku terpandang Mimi yang masih menjeling,sudah aku tak sedap hati.

"Tiga orang.Terima kasih ye,maaf sebab ganggu kerja awak,"

"Tak mengapalah encik,lagipun saya nikan pekerja.Nanti saya hantarkan,"beritahuku.Dia mengangguk dan kami terus menuju ketempat tujuan masing-masing.Sedang aku panaskan air dalam heater dekat pantri,aku dengar deheman dari belakang.Terus aku menoleh,kelihatan Mimi tersenyum sendiri memandangku.Tapi aku agak senyumannya itu lebih kepada mengejekku.

"Mesra je aku tengok kau dengan syed Imran tu,"tanyanya bernada tidak puas hati.

"Tak adalah.Dia minta tolong aku buatkan air,dia ada tetamu.Kan kak piah mc hari ini,"terangku.Tak mahulah Mimi salah anggap pula.Nampaknya dia hanya menggangguk,bibir masih tersenyum sumbing.

"Hmm..pelik pula aku.Kenapa minta tolong dekat kau pula,akukan ada?tapi tak apalah,kau buatlah air tu,nanti lama pula dia tunggu,"bunyinya seakan memerli aku.Dia terus berlalu.Aku mengetap bibir,apa masalah dia ni?syed Imran tu yang nak minta tolong,manalah aku tahu.Tak akan aku nak cakap tak boleh,pergi minta tolong dekat Mimi tu.Nanti dikatakan aku kurang ajar dengan majikan pula.Hish...tak faham dengan orang kuat cemburu ni..Aku teruslah buat air,dan letak atas dulang terus bawa dekat bilik Syed Imran.Pintu diketuk,bila ada arahan masuk,aku pun terus melangkah perlahan.Ada tiga orang lelaki semuanya,jadi pintu aku biarkan terbuka.Semua mata memandangku pula,termasuk syed Imran.Eh..terus jadi tak selesa tapi aku buat selamba je.Air aku letak atas meja,satu persatu dengan berhati-hati,takut tumpah kena kertas kerja pula,lagi susah.Dah siap letak air,tanpa menunggu sesiapa pun berkata terus aku berlalu,tak mahu menganggu.

"Aisyah,"panggilnya.Terus aku berhenti memandangnya.

"Terima kasih ya,"ujarnya.Aku sekadar mengangguk dan terus berlalu.Aku kembali duduk dan meneruskan kerja.Pandang meja Mimi,dah kosong!Mana dia pergi?


Habis kerja,aku tunggu bas macam biasa.Cuma hari ini sorang sebab tak tahulah Mimi dah pergi mana,aku call tak jawab.Mungkin dia salah faham kut,tapi aku betul tak ada niat nak potong line dia untuk usya syed Imran.Tiba-tiba satu kereta berhenti dihadapanku,bila tingkap dibuka muncul muka syed Imran.

"Tak balik lagi ke?"tanyanya,lalu memandang jam tangannya.Dah pukul 5.30.

"Tunggu bas encik,kejap lagi adalah tu,"beritahu ku.Cepatlah dia pergi,rasa tak sedap hati pula.

"Mari saya tumpangkan balik,macam nak hujan ni,"ajaknya.Aku terus memandang langit yang sudah mendung.Otakku bekerjasama dengan hati untuk menolak sekeras-kerasnya.

"Tak apa encik.Saya dah biasapun,hari-hari macam ni.Encik baliklah dulu,saya tak apa dekat sini,"lantaklah macam menghalaupun.Dia sekadar tersenyum sendiri,aku tetap dengan pendirianku.

"Are you sure?"tanyanya lagi.Aku mengangguk bersungguh-sungguh.Mataku memandang sekeliling,tiba-tiba nampak Mimi berdiri di seberang jalan sedang memandang aku.Ah!Masalah lagi.

"Oklah,saya balik dulu.Awak sorang-sorang ni berhati-hati,nanti kurang pekerja saya,"sempat lagi dia bergurau.Aku hanya boleh tersenyum tawar,mana ada mood nak ketawa kalau Mimi sedang menjelingku.

Kereta Syed Imran terus berlalu,Mimi pula sudah menghampiriku.Wajahnya nampak keruh sekali.Langsung dia tak tegur aku,marah ke?

"Dia buat apa tadi?"tanyanya tiba-tiba.Suaranya macam orang tak puas hati.Bukan salah aku pun,dia yang berhenti tadi.Tak sanggup pula nak cakap macam tu dekat dia yang tengah angin ni.

"Dia sapa je,dah kebetulan nampak aku dekat sini,"cukuplah itu sahaja yang aku bagitahu.Nampak dia menjelingku.Tak akan pasal lelaki dia nak naik angin dengan aku sampai macam ni?tak faham betullah!

"Aisyah,kalau kau suka dia,kau cakap jelah.Tak payah nak pura-pura baik,terus terang dengan aku.Tak adalah aku ni mengemis nak dapatkan dia.Oh..pandai ye korang pura-pura alim,malu,padahal berdating waktu kerja.Nak tutup salahlah tu kononnya,"tuduhnya.Aku panas telinga,apa kena main tuduh-tuduh ni.Dah aku cakap tak suka-tak sukalah,tak faham bahasa ke?!

"Mimi,sampai hati kau tuduh aku.Aku tak ada apa-apapun dengan dia.Semua ni kebetulan je,kami tak rancang pun,"aku membela diri.Mimi hanya tersenyum sumbing.

"Kau cakap kebetulan,padahal semua ni dia dah rancang pun.Tak guna punya jantan,aku ajak sikit menolak,ingat ke alim sangat.Rupa-rupanya dah ada buah hati,pandai korang ye..aku ni bukan main usya dia,kau pula yang dapat.Tolonglah Aisyah,tak payah nak pura-pura depan aku lagi,bagitahu lelaki tu jadi jantan boleh?tak payah nak main sorok-sorok,"ujarnya dan terus berlalu menahan teksi.Aku belum sempat berkata apa-apa dia sudah menghilang.Sakitnya hati aku ni bila dia tuduh aku macam tu,padahal dia dah kenal aku sudah lama.Mungkinkah sebab tunang dia dulu tinggalkan dia kerana orang lain yang menyebabkan Mimi mudah buat andaian sendiri terhadap lelaki yang dia suka?pening-pening...

Malam tu segalanya dalam hidup aku berubah.Maruah,penghinaan yang aku terima dan kebenciaan yang berjaya diwujudkan antara aku dan keluarga syed Imran.Semua itu tak akan pernah aku lupakan sepanjang hidup ini.Entahlah,mungkin semua itu adalah suratan takdir yang terpaksa aku terima biar sepahit manapun.Aku terjerat dalam mainan yang dicipta sahabat baikku sendiri.Atas alasan cemburu yang tak bertempat itulah,segalanya dalam hidupku berubah.

"Aisyah,kau tolong aku boleh tak?"tegur Mimi yang baru menapak ke ruang tamu.Aisyah menoleh ke arah sahabatnya,pelik!Sepanjang balik petang tadi mereka langsung tak bertegur sapa,ini barulah Mimi mahu berbual denganku.Marahnya sudah reda ke?

"Ada apa Mimi?duduklah dulu,"ajakku memberi ruang untuk dia duduk.Mimi sekadar menggeleng,bibirnya tersenyum nipis.Lega juga hati aku.

"Teman aku keluar boleh?malam ni je,lepas ni aku janji tak akan ganggu kau lagi,"pintanya berharap.Aku tak terus berfikir,terus je mengangguk setuju.Disebabkan kami baru ada selisih faham,jadi tak salah kalau aku mengikut kehendaknya kali ini.

"Nak pergi mana?tunggu aku bersiap kejap,"beritahuku lantas berlalu.Beberapa minit kami pun berlalu keluar.Aku sekadar bert-shirt ringkas dengan tudung yang dipin pada bahu.Teksi sudah menunggu didepan untuk kami.Aku pun tak pasti nak kemana,mungkin Mimi nak ajak makan dekat luar kut.Masing-masing hanya diam,aku pun tak mahu tegurnya,takutlah kalau dia nak tenangkan diri.

"Kenapa berhenti dekat pejabat?"tanyaku sambil memerhati bangunan tinggi.Teksi sudah berhenti,tapi kami masih belum keluar.

"Teman aku naik ambil barang sekejap boleh?lepasni aku bawa kau pergi makan tempat biasa ye,"

"Barang tu ada dekat mana?"tanyaku.Teksi yang kami naiki sudah berlalu pergi.Dia hanya tersenyum nipis.

"Ada atas meja rasanya.Hmm..aku nak pergi toilet kejap ye,kau naiklah dulu nanti kita jumpa dekat atas,"beritahunya.

Aku memandangnya,tak fahamlah aku!Selama ni dia selalu minta aku temankan kalau nak pergi tandas,katanya takut.Mimi terus pergi kearah lain,aku pula kearah lain.Tanpa mengesyaki apa-apa,aku pun bawalah kaki ni masuk kepejabat.Aku tengok pak guard tu dah tertidur,padahal baru pukul 8 lebih.Mungkin penat sangat,sampai tak perasan aku lalu.Entahlah macamana aku boleh berani sangat nak masuk pejabat ni sorang-sorang,padahal jantung aku ni sah berdegup kencang.Barang apa pun aku tak tahu,tapi lepas ambil boleh pergi terus.

Lif berhenti ditingkat pejabat aku.Pintu terbuka,keadaan samar-samar gelapnya.Yalah,buat apa nak membazirkan tenaga eletrik,bukannya ada orang pun sekarang ni.Aku buka suis lampu,biar terang sikit.Terus aku melangkah laju menuju ke meja Mimi,mataku tercari-cari mana barang yang ditinggalkannya itu.Pap!Lampu tertutup,mataku terus meliar ke dalam ruang pejabat yang besar itu.Jantungku berdegup kencang,bagai nak terkeluar rasanya.Dalam kepala otak aku ni dah bayang yang bukan-bukan,terus aku meraba-raba untuk mencari suis lampu.Sedang tanganku meraba-raba seperti orang buta,tanpa aku sedar aku terpegang seseorang yang berada didepan.Rasa macam jantung ni dah terkeluar,tanganku memang sudah menggeletar tahap maksimum.Aku terus menjauhkan diri,dalam hati hanya Tuhan yang tahu.

"Siapa?"tanya suara itu,tegas dipendengaranku.Aku mengangkat wajah,macam kenal.Pap!Lampu terbuka pula,semakin terang dari tadi aku rasa.Mataku yang mengecil kerana silau aku buka perlahan.Secara automatiknya aku memandang kearah suis lampu,dimana disitulah pusat kawalan lampunya.Membulat mataku tatkala terpandangkan beberapa orang lelaki berkopiah putih,seorang wanita bertudung dan seorang yang begitu aku kenali berdiri disitu.Mataku terus pula menoleh kesebelah,Syed Imran berdiri betul-betul disebelahku.Dia juga ternyata terkejut dengan keadaan ini.

"Kami dari jabatan agama islam.Anda berdua didapati melakukan kesalahan berdua-duaan ditempat yang sunyi,"beritahu salah seorang darinya.Aku terlopong,Syed Imran pula sudah memandangku untuk minta penjelasan.Wajahnya bukan lagi seperti Syed Imran yang aku kenal sebelum ini,wajahnya penuh kemarahan!Sempat aku menjeling Mimi yang hanya berdiri diam sambil berpeluk tubuh.Tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman,senyuman yang memberitahuku bahawa aku sudah kalah.Aku sudah tidak mampu berfikir apa-apa,keadaan sekeliling kurasa begitu kosong.Entah apa yang pegawai-pegawai tu tengah cakap pun aku sudah tidak dapat mendengarnya,yang aku tahu hanyalah mengucap kalimah-kalimah Allah didalam hati.

++++++++

"Tak guna punya perempuan,pandai kau mempergunakan aku.Apa kau ingat dengan cara ni aku akan kahwin dengan kau ke?jangan kau pernah berharap,walau dalam mimpi sekalipun aku tak akan berkahwin dengan perempuan macam kau ni.Apa jenis perempuan kau ni ha?!Pakai tudung litup,bukan main baik depan aku.Sebenar-benarnya perempuan macam kau nilah yang paling bahaya,penuh muslihat.Luar nampak baik,tapi ternyata kau sama je dengan perempuan-perempuan murahan dekat luar sana tu,"

Pang!Satu tamparan aku bagi pada lelaki tu.Sejak keluar dari pejabat agama tadi aku hanya diam,hanya suara kemarahan dia yang aku dengar dari tadi.Semua kebenciannya itu dituju kepadaku.Tapi kali ini aku tak akan berdiam diri sebab dia telah menghina maruahku.Masalah ini diselesaikan atas persetujuan Syed Imran dan keluarganya.Mereka tak mahu hal ini diperbesarkan,dan mereka juga tidak mahu Syed Imran berkahwin denganku.Jadi hukuman lain diberikan kepada kami,tapi aku rasa hukuman yang aku terima dari semua pihak lebih menyakitkan hati.Semua tuduhan ditujukan kepadaku seorang,tak ada seorangpun yang mahu membantu dari belakang.Keluarga Syed Imran sudah melepaskan kebenciaannya padaku,terutama sekali ibunya Sharifah Sahora.Satu tamparan sudah selamat mendarat dipipiku,pijar rasanya.Aku tak akan sesekali mengalirkan air mata kerana semua ini memang bukan salahku.Aku percaya Allah tahu segalanya.

"Jaga mulut awak Syed Imran,jangan sesekali awak menilai sesuatu itu tanpa usul periksa dulu.Saya tak pernah merancang semua ini sebab maruah saya tak semurah itu.Jangan pernah awak menghina maruah saya sebab awak tak berhak!"Ujarku geram.Aku tahan air mata,aku tak akan menangis.Aku bukanlah wanita yang hanya akur bila dihina sebegitu.Aku terus berlalu meninggalkannya yang masih tidak berganjak.Mimi sudah tidak kelihatan,aku juga sudah tidak rela mahu bertemunya.Setelah semua yang kau lakukan ini pada aku,aku tak akan sesekali melupakannya.Terima kasih Mimi,terima kasih kerana telah mencatat pengalaman baru dalam hidupku ini.


+++++++++

Aku melihat jam didinding,sudah pukul 1 pagi.Aku menoleh kesebelah,kosong!Nampaknya dia masih belum masuk sejak tadi lagi.Dia tidur dimana agaknya?tapi lantaklah itu semua urusan dia sendiri.Aku tunggu juga kalau-kalau dia masuk,tapi hampa,sehingga lewat malam aku pun tidurkan mata ku yang sememangnya sudah mahu tertutup ini.Tekak rasa haus,aku pun berlalu kedapur untuk minum air.Aku melihat bilik maduku,pintu terbuka sedikit,cahaya lampu juga masih kelihatan samar-samar.Tidak tidur lagikah?Sengaja malas mahu menganggu,aku tak singgahlah.Tapi telingaku sempat menangkap suara lelaki dan perempuan sedang berbual,hatiku terpanggil-panggil untuk melihatnya.Dari ruang pintu yang terbuka kecil,aku melihat Imran sedang bersandar pada kepala katil sedang memeluk Lisa dari belakang.Terlentuk kepala Lisa pada dada bidang Imran yang hanya ringkas bert-shirt.Entah mengapa terdetik satu perasaan tidak senang dalam hatiku.Tak pastilah aku cemburu ataupun aku terasa hati kerana malam ini adalah malam pertama aku menjadi isterinya Imran.Sepatutnya dia menemanku dalam kamar kami,bukannya bersama isteri pertamanya.Aku menarik nafas.Terlupa pula siapa diriku yang sebenarnya.Bodohnya aku kalau memikirkan yang Imran akan menganggapku sebagai seorang isteri dan akan hidup bahagia macam sebuah keluarga.Baru ingin mangangkat kaki,aku terdengar perbualan yang begitu manarik minatku.

"Yang,you tahu tak kenapa I pilih Aisyah untuk lahirkan zuriat you?"tanya Lisa manja.Imran mengeleng sambil mengusap lembut rambut isterinya.

"I pilih dia sebab I tahu you memang bencikan dia.So,lepas dia dah lahirkan baby nanti you bolehlah ceraikan dia.Then baby tu kita jaga macam anak sendiri,"beritahunya.Imran tersenyum nakal,bijak juga isterinya ini.

"You tak jelous ke kalau I berkepit je dengan dia?"Imran bertanya menduga.Pantas Lisa mengeleng.

"Itulah yang terbaik sebenarnya.Cepat dia mengandung,cepat dapat baby,cepatlah you ceraikan dia.Masatu I yakin mummy dengan daddy mesti dah wariskan semuanya pada zuriat you tu nanti.Dah tak ada chancelah along nak bolot semuanya,sebab kak Shima kan masih belum mengandung.Sebab tu you kena cepat bertindak,nanti semuanya sia-sia,"

Aku sudah terlopong,lalu ditekup mulut dengan tangan.Betul ke apa yang aku dengar ni?wanita yang bersungguh-sungguh merayu pada aku supaya mengahwini suaminya sendiri itu ternyata ada niat lain sebenarnya.Adakah aku ini sekadar isteri simpanan untuk mereka memdapatkan harta warisan?tidak,aku tak akan membiarkan semua ini terjadi.Imran kini milikku juga,kalau ada rezeki aku mengandung aku tak akan melepaskannya dengan anakku.Tapi masihkah ada kebahagiaan untuk aku ketika itu?

"You sepatutnya temankan dia tau malam ni.Dahlah ni malam pertama,nanti apa pula dia kata,"pujuk Lisa.

"Tak naklah,baik I duduk dengan you lagi best.Bila menghadap je muka dia tu I jadi marah,bosan,"jujurnya.Aku pula terasa seperti hati ini diremuk bila dia kata macam tu.Memang sepatutnya dari mula aku tak mengharapkan apa-apa dari perkahwinan ini.Tak mahu menyesakkan hati ini,aku pun terus masuk kebilik dan sambung tidur.Tak jadi nak basahkan tekak,esok esok jelah..

+++++++++++

Aku tunggu dia balik,sebab biasanya hari ini adalah giliran dia untuk balik ke rumahku.Dari tadi Imran masih belum menelefonku untuk menconfirmkan dia jadi balik atau tidak.Tapi kalau dia cancelkan nak balik rumah aku,sebabnya aku tahu dia lagi suka kalau balik rumah isteri pertamanya.Selama 5 bulan kami berkahwin ni,ada juga masa-masa yang dia tak tepati,tapi nak buat macamana,aku hanyalah isteri simpanan biarpun dia sepatutnya berlaku adil padaku.Yang merungsingkan aku,dia tidak pernah lagi menyentuhku sejak majlis pembatalan air sembahyang kami dulu padahal tujuan aku disini adalah untuk melahirkan zuriat untuk dia dan Lisa mendapatkan harta warisan.Biarpun kami tidur di bilik yang sama,tapi kami bagai buat hal sendiri.Itu adalah satu-satunya perkara yang membuatkan aku terlalu sedih,jiwa aku bagaikan terseksa.Aku tak tahu apakah status aku dalam hidupnya.Adakah dia terlalu membenciku,sehingga menggantung aku tanpa tali begini.Bila aku minta penjelasan,mulalah kami bergaduh dan dia tak balik-balik.Katanya aku tak layak untuk dia,aku hanya layak untuk menjadi simpanannya sahaja.Seksanya hati aku hanya Tuhan yang tahu.Adakah ini keputusan yang betul bila aku setuju nak kahwin dengannya?tak adakah sedikit pun perasaan sayangnya pada aku yang bergelar isterinya ini?

Pintu dikuak dari luar,aku terus menoleh kearahnya.Tak perasan pula bila keretanya sampai.Wajahnya seperti biasa,langsung tidak menunjukkan gembiranya dia bila pulang.Aku pula tetap melakukan kewajipanku sebagai seorang isteri.Tangannyaku raih dan belum sempat bibir mencium dia sudah menarik tangannya.Aku tak kata apa-apa,hanya mampu tersenyum nipis.

"Kan aku dah cakap,tak payah nak salam-salam aku.Aku tak suka,"tegurnya tegas lantas memandang tajam kearahku.Aku sekadar buat tidak tahu,lantaklah!

"Abang dah makan?"tanyaku,seperti biasa.Dia menoleh kerah meja makan,lalu menarik nafas dalam.Aku pandang dia,setiap kali dia balik memang macam tu dia pandang makanan yang telah aku sediakan.

"Kau tak payahlah nak memasak untuk aku,buat membazir je..aku dah kenyang,"beritahunya.Terus dia berlalu dan meninggalkan aku yang masih terkedu.Mulalah air mata ni nak mengalir,sampai hati dia.Sempat hujung mataku melihat dia yang juga sedang memandangku.

"Boleh tak cuma sekali awak menghargai apa yang saya buat?saya tak minta apa-apa pun dari awak,cukuplah awak menghargai saya biarpun bukan sebagai isteri awak.Saya tahu saya tak layak untuk berada dalam hati awak,tapi boleh tak awak faham perasaan saya ni?saya sunyi,duduk dalam rumah sendiri dah macam duduk dalam penjara biarpun semua kesenangan awak dah beri.Tapi bukan semua itu yang saya harapkan,"ujarku sendu.Entah mengapa aku rasa biarlah kali ini dia faham apa yang aku rasai.Dia masih berdiri memandangku,aku pula membiarkan sahaja dia dan terus berlalu kedapur.Aku ambil pinggan,terus tarik kerusi dan duduk dekat meja makan.Aku tahu dia masih ada dekat tangga,tapi aku buat biasa je.Lauk yang aku masak dipandang sepi,biarpun tekak aku dah tak ada selera nak makan,tapi aku paksakan juga.Setitis-setitis air mata aku jatuh,seksanya dalam hati aku ni.

Tiba-tiba kerusi dihadapanku ada orang tarik,aku tak mahu mengangkat muka sebab aku tahu siapa orang tu.Tangan kiri mengesat air mata,laju saja aku menyuap nasi kedalam mulut.Dia hanya diam didepanku,aku pula buat dia macam tak wujud saja.Apa dia peduli tentang aku ni?

"Makanlah perlahan-lahan,nanti tercekik susah pula,"pesannya.Aku hanya membatukan diri.Nada suaranya sudah berubah tenang,mungkinkah dia kasihankan aku?Selama aku makan dia hanya setia menemanku,aku mulalah jadi tak selesa.Siap makan aku terus ke dapur untuk hantar pinggan.Bila aku ke depan pula,dia sudah tiada di meja makan.Mungkin dia sudah berlalu masuk kedalam bilik.Aku tersenyum sendiri,terima kasih Imran!

Bangun pagi itu aku lihat Imran masih terbaring disebelahku.Aku bersiap-siap untuk menunaikan solat subuh,lepastu baru gerakkan dia.Keluar dari bilik air aku panggil namanya,bila dia membuka mata aku berinya kain tuala.

"Dah subuh ni,"beritahuku.Ku lihat dia menggeliat lantas memandangku yang sudah siap bertelekung.Kenapa pula dia pandang semacam je?

"Tunggu saya kejap,kita jemaah ye,"katanya lalu kebilik air.Aku pula hanya terdiam,betul ke?inilah kali pertama dia mengimamkan aku solat,aku mengucap syukur pada Allah kerana telah memakbulkan doaku.

Air mataku terasa mahu mengalir mendengarkan alunan bacaan dalam solat yang dialun Imran.Begitu menyentuh hatiku,kenapalah baru sekarang aku merasakan yang diriku ini berhak menjadi isterinya.Sebaik selesai membaca doa,sempat lagi aku menambah doa untuk kebahagiaannya dunia akhirat.Walaubagaimanapun layanannya kepadaku,aku tetap menyayanginya sebagai seorang suami.Tak aku perasan dia sudah memandangku,seperti mintakan sesuatu.Aku terus menyalami tangannya penuh shahdu,membulat mataku tatkala bibirnya menyentuh dahiku.Dadaku mula berdegup kencang,apa maksud semua ini?

"Apa semua ni?"tanyaku minta kepastian.Selama ini menyentuhku pun dia tidak mahu,tapi tiba-tiba pula dia mencium dahiku tanpa sesiapa yang paksa.Adakah ini adalah strategi dia dan Lisa,lepas aku mengandung dan bersalin,aku akan diceraikan.Aku memandangnya yang hanya tersenyum nipis,lalu dia terus berlalu naik ke atas katil.Kebiasaan yang dilakukannya selepas solat subuh,nak sambung tidurlah katakan.Tak tahulah permainan apa yang sedang syed Imran ni mainkan,tapi yang pasti aku tak akan menyerah.Jangan dia pernah terfikir yang isterinya ini adalah seorang yang lemah.

+++++++++

"Kenapa tak ada orang yang bagitahu Aisyah yang abang Imran kemalangan?"tanyaku cemas.Nada suaraku juga sudah keras.Tak tahulah macamana aku boleh berani sebegini didepan keluarga mentuaku.Yang aku terkilan sampai hati mereka tak khabarkan padaku,sedangkan sudah 2 hari Imran koma dihospital.Kalaulah Lisa tak telefonku siang tadi,gamaknya aku langsung tak tahu apa-apa.Patutlah dia tak pulang sedangkan semalam giliran dia tidur di rumahku.Mati-mati aku ingat dia balik rumah Lisa,macam biasa yang dia buat.

Sharifah Sahora hanya memandangku tajam,matanya nampak sembab betul.Tapi agak kagum juga aku sebab dia langsung tak mengherdikku,mungkin masih terkejut dengan apa yang berlaku.Bapa mertuaku pula hanya diam memandangku,nampak kepenatan.Agaknya sudah berhari mereka ulang-alik ke hospital.Aku tercari-cari maduku,tak nampak pun dari tadi.

"Aisyah,saya pergi dulu ye,"ujarnya perlahan.Aku kaget,nak pergi mana?Mummy dan daddy juga sudah mengangkat muka memandang menantu kesayangan mereka itu.

"sayang nak pergi mana ni?dari semalam mummy tak nampak Lisa,"tanya mummy lembut.Aku cemburu juga sebabnya mummy tak pernah berlembut dengan aku.Kalau dengan Lisa semuanya elok sahaja dimatanya.Nak pandang aku ni pun dia tak sudi,yalah akukan hanya isteri simpanan Imran..

"Maaf mummy,Lisa ada hal sikit dekat sarawak.Nanti ada apa-apa Mummy call je Lisa,lagipun Aisyah kan ada untuk tengokkan abang Imran,"beritahunya.Aku masih terdiam,mummy pula ternyata kecewa.Aku nampak dia mengeluh,mukanya pula begitu mengharap menantu kesayangannya itu tak kemana-mana.

"Lisa tahukan Imran masih belum sedar?kenapa nak pergi pula,"daddy yang hanya diam sudah bersuara.Nampak tidak senang di wajah putih melepak Lisa itu.

"Maaflah daddy,tapi betul-betul ada hal ni.Kalau tak penting,tentu Lisa tak akan pergi.Tapi ini betul-betul penting,"ujarnya bersungguh.Aku terkedu lagi.Mana yang lebih penting?abang Imran ke kerjanya yang dekat sarawak tu?mummy dan daddy hanya mengangguk akur,macam redha je.Sebaik berpamitan,Lisa sudah berlalu pergi.

Aku lihat mummy terduduk kembali.Tangannya mengesat air mata yang sudah mengalir,mungkin tak dapat menerima kenyataan ini.Yalah,menantu kesayangan buat macam ni tentulah musnah harapan mereka.Daddy pula sudah menggosok lembut belakang mummy,cuba menenangkan isterinya.

"Tak sangka Lisa boleh pergi macam tu saja,hancur hati saya abang,"ujarnya sendu.Daddy mengangguk mengiakan ucapan mummy itu.Satu-satunya menantu yang mereka harapkan telah pergi dalam keadaan yang sulit ini.Tak tahulah macamana perasaan Imran kalau dia tahu akan hal ini.Aku terasa mahu menangis melihat sendunya kedua orang tua suamiku ini.Aku juga kecewa dengan sikap Lisa yang pandang remeh hal-hal macam ni.

"Mummy,daddy,Aisyah masuk tengok abang Imran dulu ye.Daddy bawalah mummy balik berehat,biar Aisyah jaga abang Imran,"beritahuku.Syed Mahmod angkat muka,begitu juga Sharifah Sahora.Aku tak nampak lagi kebencian dalam mata mentuaku ini.

"Susahkan Aisyah saja,daddy dengan mummy tak apa-apa,"daddy menjawabku.Aku tersenyum tawar,apa daddy lupa ke siapa Aisyah ni?

"Kenapa daddy cakap macam tu.Abang Imran suami Aisyah,kesusahan abang Imran bukanlah beban buat Aisyah.Aisyah isteri dia,susah senang abang Imran Aisyah tetap akan berada di sisinya,"

Mummy sudah mengalirkan air mata lagi.Setiap tutur kata Aisyah begitu ikhlas,kenapalah dia langsung tidak sedar keikhlasan yang di tunjukkan menantunya itu selama ini.Terus dirangkul tubuh genit Aisyah,hati ibunya terlalu sayu.Rasa bersalah mula wujud dalam hati,kenapa baru dia sedar semua ini?

"Terima kasih Aisyah.Maafkan mummy sebab bersangka buruk pada Aisyah selama ini,mummy betul-betul minta maaf,"tersendu-sendu suara mummy menuturkan kata-kata itu.Aku sudah mengalirkan air mata.Syukurlah kalau mummy dengan daddy dah boleh terima aku dalam keluarga ini.

+++++++++++

Kain di celup kedalam besen kecil yang berisi air.Kain yang sudah lembab di sapukan keseluruh tubuhnya Imran.Disebabkan Imran masih belum sedar,hanya ini caranya untuk tubuh Imran sentiasa segar.Penuh berhati-hati tangan aku mengelap seluruh badan suamiku kerana ada tempat-tempat yang di balut kemas.Aku pandang wajah Imran yang nampak pucat.Biarpun semua wayar-wayar sudah di cabut dari badan suaminya,tapi bantuan pernafasan masih ada pada mulutnya.Hati aku terasa mencucuk melihat keadaannya lemah macam ni.Aku lebih rela kalau dia bising marah-marah aku daripada dia terbaring diam.Hanya doa yang boleh aku berikan untuk kesembuhannya.

"Abang,hari ini dah seminggu abang tak sedarkan diri.Abang kena kuatkan semangat,mummy dengan daddy betul-betul risaukan abang.Abang kena teruskan usaha,jangan cepat mengalah.Aisyah tahu abang seorang yang kuat semangat,Aisyah percayakan abang,"aku mulalah berbual-bual dengannya.Doktor cakap Imran perlukan sokongan,Doktor juga sarankan seseorang berbual-bual dengannya sebab memang dia boleh dengar,tapi tak boleh membalas.

Pintu di kuak dari luar,kelihatan mummy dengan daddy menapak masuk.Aku menyalami mereka sebelum mummy mencium dahi anak bongsunya itu.Perasaannya sebagai seorang ibu tentunya sedih dan pilu melihat anaknya terbaring lemah.

"Aisyah dah makan ke?"tanya daddy prihatin.Aku hanya tersenyum,angguk pun tak ngeleng pun tak.

"Aisyah tak lapar,"jawabku ringkas.Mummy menggosok lembut tanganku.

"Tak bolehlah macam tu,Aisyah kena makan.Dah alang-alang mummy dengan daddy ada ni,biar kami tengokkan Imran.Kamu baliklah berehat dulu,mummy tahu dah lama kamu tak balik kan?"

"Betul tu,kami ada dekat sini untuk Imran.Kamu baliklah berehat.Daddy tengok muka kamu tu pucat je,mesti penat.Jangan risaukan Imran ye,"belum sempat aku menjawab mereka terlebih dulu bertindak.Aku pun akurlah,sempat bersalaman dengan mereka.Aku pandang wajah suamiku,satu ciuman hinggap di dahinya.Mummy hanya tersenyum manis,syukurlah ada isteri yang baik di sisi Imran.


Tadi aku dapat panggilan dari hospital yang Imran dah sedarkan diri.Dengan kadar segera aku ke hospital,senyuman langsung tidak lekang di bibir.Dalam hati aku mengucap syukur,terima kasih Ya Allah.

Langkah kakiku berhenti dimuka pintu.Telingaku sempat mendengar suara orang ketawa dan berbual mesra.Aku kenal suara itu,terus senyumanku mati bila aku sempat mencuri pandang kearah dua manusia itu.Hampir jatuh jantungku bila aku lihat Imran sedang memeluk Lisa sambil berbual mesra.Mummy dengan daddy sudah tiada di situ.Cepatnya sembuh bila nampak Lisa,siap boleh bergelak tawa lagi.

Aku mengangkat kaki untuk berlalu.Entah kenapa kau rasa diriku ini langsung tiada erti buatnya.Tapi tanpa aku sedar aku sungguh mencintai suamiku itu,biarpun hanya kedinginan yang aku terima darinya.Doaku hanya dia bahagia,kerana mencintai seseorang itu tak bermaksud kita memilikinya.Cukuplah sekadar aku melihat dia bahagia.Namaku dipanggil lembut dari belakang.Pantas aku mengesat air mata.Ku paksa bibir untuk tersenyum.

"Nak pergi mana tu?"tanya mummy pelik.Aku sekadar tersenyum tawar.Mummy dan daddy sudah menjeling ke arah bilik Imran,mereka memandang aku dan dua makhluk itu silih berganti.Aku sudah dapat mengagak apa yang mummy dan daddy tengah fikirkan.Tak semena-mena mereka mengukir senyum.

"Lah,kenapa tak masuk?Imran,tak ajak Aisyah masuk ke?"daddy sudah menegur.Imran dan Lisa sudah memandang kami dekat pintu.Aku menelan liur.Nak kenakan aku ke ni?Aku lihat Imran tersenyum memandangku,tak tahu apa maksud senyumannya itu.Lisa juga sudah berdiri menghampiriku.Tangan aku diraih,aku sudah tak faham apa-apa.

"Marilah Aisyah,jangan malu.Semua ni hak Aisyah juga,"tuturnya lembut.Aku sudah makin tak faham.Tapi aku jalan juga ikut langkah Lisa.Sekejap sahaja aku sudah berada si hadapan Imran.Lisa suruh aku duduk di atas katil,menghadap Imran.Mummy dengan daddy sudah meminta diri untuk berlalu.Lisa juga sudah berlalu pergi.Makin tak selesa bila mataku sempat menjeling dia yang asyik tersenyum dari tadi.Macam tak sakit pun..

"Tak nak pandang muka abang ke?"lembut dia bersuara.Mulalah naik bulu romaku.Sejak bila dia boleh berubah ni..

"Hm..dah ok ke?"hanya itu yang aku tanya.Dia tersenyum lagi.Aku pandang muka dia,yalah suami sendiri kan.

"Mestilah sebab hari-hari ada orang tu bagi rangsangan.Tak jemu-jemu dia bercakap,abang pun tak bosan dengar,hari-hari juga dia cium dahi abang ni,"tangannya memegang dahinya,aku sudah malu.Mesti tengah cakap pasal akulah ni.Aku sudah mahu berlalu,kalau dia dah ok,oklah tu.

Tangan aku ditariknya,langkah aku mati.Berdebar jantungku..

"Jangan tinggalkan abang,please..abang perlukan Aisyah dalam hidup abang.Hidup abang tak lengkap tanpa Aisyah di sisi,"ujarnya ikhlas.Aku sudah mengalirkan air mata.Entah apa yang mendorongku pun tak tahu,aku terus memeluknya erat.Teresak-esak aku menangis.Dia pula sudah membalasnya erat.Nasib baik pintu tertutup,tidak buat malu je.

"Sakit badan abang tau,kuatnya peluk,"pelukan di leraikan.Dia memegang dadanya.Air mata aku di kesatnya.Dia tersenyum lagi.Aku menarik muka,kononya merajuk.Tangannya mencuit hidungku,terjerit kecil aku di buatnya.

"Senyumlah sikit,"pujuknya.Daguku dipegangnya.

"Abang minta maaf kalau selama ini abang tak berlaku adil pada Aisyah.Tapi mulai sekarang abang janji abang tak akan mensia-siakan Aisyah,"Aku mengalirkan air mata dan terus tersenyum.Dia menarik aku dalam pelukannya.Subhanallah,aku mancintainya,subhanallah aku menyayanginya,dari ufuk timur hingga ke barat selalu di hatiku.Terima kasih Ya Allah..terima kasih kerana Engkau memberiku kebahagiaan ini.

$$ THE END $$

Followers