SELAMAT DATANG KE BLOG SENYUMLAH SELALU.TERIMA KASIH KERANA MELAWAT.
WELCOME TO SENYUMLAH SELALU BLOG.THANK YOU FOR VISITED.

Thursday, May 13, 2010

SAAT TERAKHIRKU 3


Raihana menarik nafas dalam sambil matanya menatap lama wajahnya yang sudah siap dimekap.Walaupun sekadar mekap yang ringkas,wajahnya tetap nampak cantik.Rambut lurusnya disanggul rapi sebelum ditutupi dengan sehelai tudung sutera yang dihadiahi oleh bakal ibu mertuanya.Dari arah pantulan cermin,Raihana dapat melihat mama sedang memandangnya dengan senyuman lebar.Kedengaran ruang biliknya riuh dengan suara sanak-saudara serta rakan-rakan yang tidak habis memujinya.Raihana sekadar tersenyum kecil memandangkan jantungnya kini sedang berdengup rancak.Bahunya dipegang dari belakang dan mama mengambil tempat disebelahnya.
"Cantik anak mama,macam puteri,"puji Manisah sambil memegang dagu Raihana.
"Papa mana?"
"Papa dekat depan layan tetamu,lagipun mana ada orang lelaki dalam bilik ni,"Raihana tersenyum setuju.Ya juga,semua yang ada adalah kaum hawa.
"Hana,cantik aku tengok kau.Tak sangka kau kahwin dulu dari aku ya,"beritahu Mira,sepupu sebelah mama.
"Dah jodoh dia..Hana,hensemnya bakal suami kau.Tadi aku tengok gambar dia,"puji Dila sambil tersenyum lebar.Mama juga turut tersenyum mengingatkan bakal menantunya itu.
"Mak ngah yang carikan ya...."uji Mira.
"Kenapa?kamu nak mak ngah carikan untuk kamu juga ke?"tanya mama bergurau.
"Tak boleh mak ngah,Aman tu nak letak mana nanti,"balas Mira bersahaja.
kami bertiga ketawa mendengarkan jawapan Mira itu.
"Tahupun dah ada tunang,ingat ke lupa tadi,"tambah Dila menduga.Mira sekadar tersengeh,tak tahu nak membalas apa.Raihana tersenyum kecil,gembiranya semua kaum keluarga hadir untuk memeriahkan majlis hari ini.
"Auntie Nisah,rombongan pengantin lelaki dah sampai!"Beritahu Adibah yang baru menapak masuk.Dadanya kembang-kempis seperti baru berlari.Raihana menoleh sambil mengawal debarannya.Nampaknya sebentar lagi dia dan Bathiar bakal disatukan.Bunyi palunan kompang dari luar rumah mengiringi debaran di hatinya.Mama sudah berdiri memandang tingkap begitu juga Mira dan Dila.
"Hana,mama turun dulu ya,nak sambut rombongan.Mira nanti uruskan dekat atas ni ya,"arah mama.Mira mengangguk faham dan mama berlalu keluar.
"Hana,amacam sekarang,berdebar tak?"tanya Mira yang bakal berkahwin beberapa bulan lagi.Raihana sekadar tersenyum.Mulutnya terasa berat mahu berkata-kata.
"Mestilah,nanti kau pula rasa.."
"Hana,auntie panggil turun,"ujar Adibah.Raihana memandang sekeliling,biliknya sudah kosong malah bunyi kompang juga sudah berhenti.Pastinya tok kadi dan Bathiar sudah bersedia di bawah.
"Kau dah sedia ?"tanya Dila untuk kepastian.Raihana mengangguk sambil mulutnya mengungkap lafaz bismillah.Kakinya diatur dan ditemani Mira,Dila dan Adibah.

..................................

Satu persatu anak tangga dipijak.Semua mata kini terhala kearahnya,Raihana memandang kaki sendiri kerana gemuruh.Bathiar yang sudah bersedia dihadapan papa dan tok kadi memandangnya lama.Raihana dilihatnya lebih cantik berbanding hari-hari sebelum ini.Wajah itu kelihatan berseri dan mampu menambat hati sesiapapun,termasuklah dirinya.Namun bukan kerana wajah itu dia ingin memperisterikan Raihana,tapi sikap jujur dan tegas Raihana yang berjaya menambat hati lelakinya.Benarlah kata umi,sikap degilnya boleh diatasi dengan kehadiran wanita itu di dalam hidupnya.Sangkaannya itu sekadar alasan untuk umi bermenantukan Raihana,tapi ternyata dalam tempoh pertunangan ini,Bathiar dapat merasakan perubahan dalam hidupnya.Tapi tidak tahulah bagaimana dengan Raihana?
"Hensemnya dia pakai baju birutu,"bisik Dila,lantas Raihana mengangkat wajah untuk melihat Bathiar.Ternyata Bathiar juga sedang memandangnya,lantas Raihana melarikan pandangan.
"Duduk dekat situ Hana,"Mira menunding jari kearah tempat kosong disebelah mama dan mak cik Habibi.
Untuk seketika,keadaan menjadi sepi.Papa nampaknya sedang menandatangani sesuatu di hadapan tok kadi untuk menyempurnakan tugasnya sebagai wali kepada satu-satunya anak perempuannya.Nampaknya Bathiarlah yang memegang tanggungjawab menjaganya selepas ini.Selesai hal di atas kertas,tok kadi menghulurkan tangannya dan di sambut kemas oleh Bathiar.Dengan jelas,Raihana dapat mendengar namanya meniti di bibir Bathiar,dan dengan sekali lafaz,dia kini sah menjadi milik Bathiar.Bacaan doa dibaca untuk mendapat keberkatan Allah,tiba-tiba hujan turun membasahi bumi sebaik doa di aminkan.Raihana mengucap syukur,begitu juga seisi makhluk yang baru menyaksikan penyatuan dua hamba Allah ini.Tidak sedar,Bathiar kini sudah berada betul-betul di hadapannya.Tangannya dipegang Bathiar dan dengan perlahan-lahan sebentuk cincin sudah menghiasi jari manisnya.Kini,dia pula yang menyarungkan cincin yang sedondon dijari manis Bathiar,lantas diciumnya tangan Bathiar penuh syahdu.Satu ciuman hinggap di dahinya,tanpa diduga air matanya mengalir juga.Tangan kasar Bathiar pantas mengesatnya dengan senyuman manis.Mereka bangun untuk bersalaman dengan mama,papa,umi,sanak-saudara serta tetamu yang hadir.

........................................

Raihana mengambil tempat di sudut yang lebih sunyi sebaik sahaja habis berbual bersama keluarga dan tetamu yang hadir hari ini.Tanpa sedar,Bathiar juga mengambil tempat disebelahnya.
"Kenapa duduk jauh ni?"
"Hmm....saja nak bersendirian.Awak buat apa dekat sini?"tanyanya kembali.Bathiar menyandarkan tubuhnya dan diikuti Raihana.
"Saja juga,nak temankan awak,"
Keadaan sunyi sebentar.Masing-masing melayan perasaan sendiri.
"Awak dah makan?dari tadi saya tengok awak berbual je,kalau nak saya boleh ambilkan,"pelawa Bathiar seraya bangun.Namun pantas Raihana memegang tangannya supaya tidak kemana-mana,lalu Bathiar duduk kembali.
"Tak apa,saya tak lapar.Lagipun kalau time seronok macam ni memang lupa nak makan,"ujarnya gembira.
"Nak dietlah tu.."gurau Bathiar.
"Apa salahnya,boleh jaga badan,nanti taklah awak cari lain,"balasnya selamba.Bathiar memandang wajah disebelahnya,lantas tersenyum kecil.
"Saya tak kisah,kalau awak gemuk pun saya tak akan cari lain,sebab cinta saya hanya untuk seorang dan tak mungkin boleh ditukar ganti,"
Raihana memandang suaminya.Ucapan itu begitu ikhlas dari bibir Bathiar,tak sangka pula Bathiar boleh berkata begitu.Raihana tersentuh,namun tetap mengukir senyum.
"Jangan cakap macam tu,kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan.Mana tahu saya pergi dulu nanti,tak akanlah awak nak sendiri sampai tua,"suaranya semakin kendur.Entah kenapa hatinya rasa sayu mendengarkan pengakuan lelaki itu tadi.
"Awak merepek apa ni?baru kahwin dah cakap benda macam ni,"tegas Bathiar.Jadi risau pula mendengar isterinya merepek.Raihana tersenyum membalas suaminya,lantas digenggam erat tangan itu.
"Macam saya cakap tadi,kita hanya merancang,Allah yang menentukan.Tapi saya nak awak tahu,saya bersyukur sangat dapat menjadi isteri awak,"katanya ikhlas.Bathiar membalas genggaman tangan itu dengan erat.Sesungguhnya dia juga bersyukur kerana memperisterikan Raihana.

...................................

Bathiar terjaga dari tidur.Laungan azan dari surau berdekatan mengejutkannya dari lena.Jam di sisi meja dipandang,sudah masuk waktu subuh.Tanggannya meraup wajah sebelum beristighfar.Raihana yang terbaring di sebelahnya dipandang lama.Rambut lurus itu di mulus lembut dengan senyuman.Matanya menangkap senyuman manis di bibir Raihana.Selesai solat isyak bersama semalam,mereka sempat menunaikan solat sunat 2 rakaat sebelum kedua-duanya menghabiskan masa bersama.Raihana tidak berhenti bercerita dan menjadi pendengar yang setia.Walaupun ada sahaja bicara yang sayu dari bibir itu,Bathiar tetap menyambung dengan jenaka,sehinggalah kedua-duanya lena di dalam pelukan.Bathiar menadah tangan membaca doa sebaik sahaja azan habis di laungkan.
Suaranya memanggil lembut nama Raihana untuk solat bersama,namun tiada reaksi.Dipanggilnya sekali lagi,tetap sama.Kini bukan sahaja suara malah tangannya juga menggerak tubuh itu,namun tetap sama.Bathiar terdiam dengan jantung yang berdegup kencang,pelbagai andaian kini bermain di fikirannya.Tubuh itu dilihat kaku tanpa ada gelombang nafas yang turun naik.Hanya ada satu jawapan yang bermain rancak difikirannya kini.Dipanggilnya nama Raihana berulang kali untuk mendapatkan kepastian,namun tetap sama.Hanya bibir itu yang mengukir senyum,seperti dia bahagia dengan pemergiannya.Bathiar menarik tubuh itu kedalam pelukannya dan tanpa sedar air hangat mula mengalir dari matanya.

Perkarangan rumah banglo dua tingkat itu suram walaupun kanopi sudah berdiri megah dengan hiasan yang menarik.Namun semua itu hanya tinggal untuk dipandang.Hari yang sepatutnya meriah dengan dendangan muzik dan suara para tetamu,kini bertukar dengan tangisan dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan surah Yasin.Siang tadi,jasad Raihana selamat dikebumikan di tanah perkuburan islam,tempat di mana setiap yang hidup pasti akan kembali juga.Para tetamu yang hadir untuk kenduri tahlil sudah beransur pulang.Yang tinggal hanyalah kaum keluarga yang juga akan pulang keesokan harinya.Walaupun sedih,semuanya redha dengan ketentuan Ilahi.Bathiar menutup pintu bilik sebaik saja selesai membantu mengemas apa yang perlu.Pandangannya dihalakan keseluruh ruang bilik,di mana bilik ini di huninya dari semalam.Gambar didinding disentuh dangan senyuman hambar.Raihana ketika itu sedang memegang segulung ijazah.Terpampar senyuman di bibir itu.Kakinya diatur ke arah katil,lalu duduk perlahan-lahan.Laci meja sisi yang belum pernah di bukanya,dibuka perlahan.Kelihatan sebuah diari disimpan rapi di dalamnya.Perlahan-lahan Bathiar membukanya.Terpampang nama Hana di muka surat pertama,lantas pantas sahaja dia menyelaknya satu persatu.Adakala bibirnya tersenyum,adakala pula diam sahaja.Dari situ,Bathiar dapat mengikuti setiap peristiwa dan celoteh Raihana selama 10 tahun.Bathiar menyelak helaian terakhir yang bertulis,muka surat itu sahaja yang tertulis namanya.

Kebelakangan ini aku hairan sangat dengan mamat sebelah tu.Tak sangka pula mamat tu puji aku semalam,pagi tadi pula tiba-tiba dia ajak aku breakfast sama.Sepanjang tempoh kursus kahwin,dia banyak betul bertanya pada ustaz dan ustazah tu,sampai semua orang dah kenal dia.Walaupun malu,tapi lama-lama aku jadi seronok pula.Dia nampak bersungguh nak belajar fasal tanggungjawab dia bila jadi suami nanti.Dulu,aku bengang betul dengan mamat tu,tak habis-habis nak cari gaduh.Pernah sekali aku cakap sendiri,malang betul siapa yang kahwin dengan dia.Tapi aku tarik balik kata-kata aku tu,sebab aku rasa bertuah dapat kenal dengan dia.Megat Bathiar,pertama kali aku dengar namatu masa dekat pondok security.Kereta dia tu buat aku marah je,tapi aku suka sangat kereta porsche dia tu.Pernah aku terbayang nak naik,tak sangka jadi betul.Esok,aku bukan seorang lagi.Jiran akutu bakal duduk serumah dengan aku.Nampaknya kena pecah rumahlah macam cerita masam masam manis.Tapi aku nak dia tahu yang aku sebenarnya dah mula suka pada dia,tak tahulah dia perasan ke tidak.Oklah,aku penat nak cerita lagi.Selamat malam Hana...

"Selamat malam Hana,"ujarnya perlahan.Buku yang dipegangnya diletakkan kembali di dalam laci.Bibirnya tersenyum membaca isi hati Raihana itu.Biarpun hanya dalam masa yang singkat Bathiar bisa mencintai Raihana,namun baginya melupakan Raihana butuh waktunya seumur hidup biarpun sudah ada pengganti..


p/s:Karya saat terakhirku ini diilhamkan dari lagu st 12.Harap anda suka dan gembira apabila membacanya.Komen dan ulasan anda adalah buahtangan buat saya.Sekian terima kasih.

Tuesday, May 11, 2010

SAAT TERAKHIRKU 2


Kereta Swift miliknya diparking didalam garaj sebelum melangkah untuk masuk bertemu pemilik banglo 2 tingkat ini.Raihana sekadar berpakaian ringkas memandangkan hari ini dia tidak bekerja.Sedang syok-syok lepak dirumah,mama menelefonnya supaya pulang kerana ada tetamu yang ingin bertemunya.Langkah kakinya longlai,otaknya langsung tidak mahu berkira-kira siapa yang ingin bertemunya.Yang dia tahu sebaik bertemu tetamu itu nanti,dia mahu menyambung tidur di rumah mama dan papa.Bestnya!Belum sempat menghayun kaki untuk masuk,matanya pantas menangkap satu objek yang macam pernah dilihat.Kereta merah itu dipandang dengan seribu persoalan,memang pernah dilihat bahkan dia tahu siapa pemiliknya memandangkan no platnya sama,biarpun kurang pasti sebenarnya.
"Mamat tu buat apa dekat sini?"tanyanya sendiri.Dari belakang,bahunya dicuit seseorang lantas Raihana menoleh.Satu senyuman dihulurkan buat papa sebelum mencium tangan kasar itu.
"Kenapa Hana tak masuk?mama mesti tengah tunggu tu,"
"Nak masuklah ni.Papa dari mana?"matanya dialihkan kearah beg golf yang dipegang papa,sengaja ditanya biarpun sudah dapat mengagaknya.
"Dari kelab golf,tapi mama tiba-tiba call suruh balik,tu papa balik ni,"terang Rosli sambil tersenyum kecil,begitu juga Raihana.Kedua-duanya sudah faham benar dengan sikap mama yang mudah tersentuh,jadi pandai-pandailah..
"Jomlah masuk,papa rasa ada tetamu.."
Raihana terus terdiam,papa mesti tahu sesuatu.
"Papa,siapa datang?sampai suruh Hana balik ni,ada apa-apa ke?"tanya Raihana tak sabar nak tahu.Dilihat Rosli sekadar menggeleng dan tersenyum.
"Papa pun tak tahu,tapi mesti sesuatu yang penting ni sampai mama suruh kita berdua balik.Manatahu mama nak kahwinkan kamu kut..?"gurau Rosli.
Raihana mengetap bibir,jantungnya mula berdegup rancak.Biarpun papa sekadar bergurau,mana tahu itu yang mama fikirkan.Dahlah kereta mamat tu ada,jangan-jangan..
"Hana!"Panggil mama girang,hilang semua andaian yang bermain difikiran.Lantas tubuhnya dipeluk dan Raihana mencium tangan Manisah.
"Dah sampai rupanya,abangpun ada?"Rosli hanya tersenyum kecil membalas isterinya.
"Mari masuk,mama nak kenalkan Hana pada kawan lama mama,"beritahu mama gembira.Raihana hanya mengikut langkah mama sambil memandang lantai.Sebaik sampai diruang tamu,hujung matanya pantas mencari seseorang yang mungkin dikenalinya.Apabila tidak nampak apa yang dicari,Raihana tersenyum lega.Mungkin telahannya salah,entah-entah kereta je sama kut..
"Bibi,ini anak tunggal saya,Raihana,"Raihana mencium tangan wanita yang mungkin sebaya dengan mamanya itu.
"Cantik orangnya.Rosli,apa khabar?"pandangan wanita itu dialihkan kearah papa pula.Nampak macam dah lama kenal mama dan papa,tapi kenapa dia tidak dapat mengingat sekiranya mereka pernah bertemu sebelum ini.
"Alhamdulilah sihat,Habibi macam mana?dah lama kita tak jumpa,ingat ke siapa yang datang tadi,"
"Sayapun sihat,Nisah nak buat supriselah tu,sebab tu dia tak bagitahu,"
Raihana sekadar menjadi pemerhati antara kedua ibu bapanya dan mak cik Habibi.
"Anak bujang kamu mana?"tanya papa.
"Dia pergi tandas tadi,tak sangkakan dah lama kita tak jumpa.Tup!Tup!Anak dah besarpun,kalau dulu dengar berita je,sekarang dah boleh tengok Raihana depan mata,"
Dalam hati Raihana berbual sendiri.Kenapa dia pula yang menjadi topik perbualan?
"Ha'ahlah Bibi,sayapun terkejut tengok anak kamu tu,dah bekerjaya,bertanggungjawab pula jaga perniagaan keluarga,kacak pulak tu,memang sesuai.."mama meyuakan pendapatnya dan mak cik Habibi mengangguk setuju.
"Sayapun berkenan tengok Raihana,kalau jadilah,sejuk hati saya.Yalah,Bathiar tu pun nampak luar macam tu,sebenarnya memang degil,Raihana pula tegas,memang padan sangat..."
Jantungnya berdegup rancak,Raihana memang mendengar butir bicara itu dengan jelas sekali.Nama yang meniti dibibir mak cik Habibi,lebih merancakkan debarannya.Mungkinkah betul apa yang difikirnya tadi,nampak macam mama dan papa mahu mengahwinkannya!
"Assalamualaikum uncle,"muncul seseorang dari arah belakang papa dan mereka bersalaman.Tubuh itu dipeluk papa seperti sudah lama tidak bertemu.Raihana kenal suara itu biarpun baru beberapa kali bertegur sapa.Wajahnya diangkat untuk mendapatkan kepastian.Hampir tercabut jantungnya apabila lelaki itu sedang memandangnya juga dengan senyuman.Wajah itu nampak tenang,tidak sepertinya yang sudah menggelabah.Mungkinkah lelaki itu sudah tahu dari awal mengenainya?
"Hana,ini Bathiar anak mak cik Bibi,"beritahu mama.
Raihana memaksa bibirnya untuk tersenyum walaupun sukar.Bathiar juga diperkenalkan kepadanya.Masa bergerak dirasakan amat lambat sekali.pertemuan dua keluarga ini telah membongkar segalanya berkenaan apartment mereka yang berjiran,insiden gaduh mulut antara mereka(malunya!) dan persetujuan kedua belah pihak untuk menyatukan mereka.Nampaknya Bathiar dan Raihana hanya diam apabila persetujuan dibuat,tak ada pula yang membantah.Apabila memandang Bathiar untuk mendapatkan kepastian,lelaki itu sekadar tersenyum.Raihana akur,kata orang jodoh yang diaturkan oleh ibu bapa adalah yang terbaik dan diredhai Allah SWT.Tambahan pula mama dan papa memang sudah mengenali keluarga Bathiar,jadi mungkin ini jodohnya.Ikhlaskah dia menerima semua ini?Ya, mungkin dia perlukan masa untuk menerimanya.Raihana tersenyum sendiri.Teringat kembali kata-katanya dulu,malangnya siapa yang berlakikan Bathiar,namun dia harus buang persepsi buruk itu kerana tidak semua orang dilahirkan sempurna.

................................................

Hampir 3 bulan tempoh pertunangan mereka,sikap Bathiar dan Raihana macamtu juga.Masing-masing dengan haluan sendiri,kecualilah kalau disuruh mama,papa mahupun Mak cik Habibi barulah mereka akan keluar bersama.Seperti hari ini,mereka perlu membeli belah untuk persiapan perkahwinan mereka yang akan menjelang bulan depan.Pelbagai alasan yang diberi Raihana,tup!Tup!Bathiar muncul didepan pejabatnya.
"Nak pergi mana?"tanya Raihana sebaik menaiki kereta mewah Bathiar.
"Kita pergi tengok baju pengantin,lepastu beli barang,"beritahunya.Raihana sekadar mendiamkan diri.
Sebaik melangkah masuk ke butik pengantin,mereka disambut mesra oleh pekerja wanita disitu.
"Cik boleh tengok-tengok dulu,nanti panggil saya,"beritahu gadis yang memakai tad nama Mimi itu.Raihana tersenyum dan menyelak setiap koleksi yang dimuatkan dalam satu album besar.Semuanya dipandang sekilas,cantik tapi dia tidak tahu memilih yang mana.
"Ada yang berkenan ke?"tanya Bathiar tiba-tiba yang berdiri dibelakangnya.Raihana menoleh sekilas dan melihat saja lelaki itu mengambil tempat disebelahnya.Album yang lain dicapainya dan menyelaknya perlahan.Raihana sekadar memerhati lelaki itu kerana dia tidak tahu apa yang mahu dipilihnya.
"Yang ini cantik juga,"ujarnya lantas menunjukkannya kepada Raihana.Membulat mata Raihana memandang gaun labuh berwarna putih yang terbelah dibahagian belakangnya.Dilihat Bathiar sedang ketawa memandangnya.
"Kalau dah gatal tu,gatallah juga.."ujar Raihana geram.Bathiar masih ketawa kerana dapat mengenakan tunangnya yang sentiasa serius itu.
"Cik,dah buat pilihan ke?"tanya Mimi sebaik melihat Raihana sudah menutup album yang dipegangnya.
"Saya tak tahu nak pilihlah,boleh awak tolong?"
Kelihatan Mimi tersenyum lantas memandang Bathiar.Selalu juga perkara begini terjadi,jadi dia akan meminta pandangan bakal pengantin lelaki kerana mereka tahu apa yang bakal isteri mereka inginkan sebenarnya.Dan bakal isteri tentu akan menyukainya.
"Apa pendapat Encik?yang mana satu sesuai untuk cik yang cantik ini?"
Bathiar memandang Raihana,lantas mengukir senyuman.Raihana mengerutkan dahi,tak payah ikut cakap Bathiar ni sebab pilihan dia semuanya seksi.
"Saya suka yang itu untuk bakal isteri saya,"Bathiar memandang kearah satu tempat diikuti dengan Mimi,barulah Raihana.Raihana terpana,pandai juga tunangnya ini.
"Good choice.Boleh kita cuba cik?"
Raihana mengangguk dan mengekori Mimi ke bilik persalinan.Bathiar tersenyum sendiri,sudah agak lama sebenarnya dia melihat baju itu.Dalam hati dia sudah menyimpan azam bahawa bakal isterinya nanti akan mengenakan baju itu.
Hampir 10 minit menunggu,Bathiar berdiri dan menghadap cermin tingkap yang besar yang menampakkan gelagat pengunjung di pasaraya terkemuka ini.Pelbagai ragam manusia dapat dilihat,ada yang sekadar cuci mata,ada juga yang sudah tidak cukup tangan.
"Encik..."panggil Mimi dari arah belakang.Bathiar menoleh dan terkedu sebentar.Matanya tidak beralih dari memandang wanita disebelah Mimi yang cantik mengenakan kebaya kain lembut dengan tudung yang rapi.Raihana merasakan mukanya panas menahan malu apabila dipandang sebegitu.
"Awak pandang apa tu?"bisik Raihana sebaik Mimi berlalu.Bathiar berdehem sebelum memandang kearah lain.
"Tak ada apa-apa.Hmm..kalau dah siap,jom pergi tempat lain pula,"ajak Bathiar.Jantungnya dirasakan sedang rancak tatkala memandang Raihana tadi.
"Biar saya salin baju dulu,"Raihana terus hilang disebalik pintu.Bathiar menarik nafas dalam,entah apa yang difikirnya.
"Esok jangan lupa ya,kita ada kursus."pesan Raihana sebelum ingin melangkah masuk kedalam rumahnya.
"Hana!"panggil Bathiar mematikan langkah Raihana.Raihana memandangnya yang juga ingin melangkah masuk.
"Awak..sangat cantik tadi,"ujarnya dan terus masuk dan membiarkan Raihana yang terdiam.Berdebar jantungnya mendengar pujian Bathiar tadi,lantas dia terus berlalu masuk.
Baru ingin menutup pintu,matanya terus terpandangkan Bathiar yang sudah bersedia menunggunya didepan rumah.Jam yang dipakainya dikerleng,awalnya siap.
"Selamat pagi,"sapanya lembut.Raihana mengangkat kening,lain macam je hari ini?
"Selamat pagi,awalnya,"
"Tak boleh tidur semalam,sebab tu awal.Dah breakfast?"tanyanya prihatin.Raihana terus menggeleng biarpun pelik dengan perubahan Bathiar itu.
"Jom breakfast sama,sayapun lapar nie,"ajaknya sambil menggosok-gosok perutnya.Raihana hanya tersenyum dan mengekori langkah Bathiar.Dirasakan Bathiar hari ini jauh berbeza dengan Bathiar yang dulu.

Thursday, May 6, 2010

SAAT TERAKHIRKU 1


Bunyi riuh malam semalam berjaya mengganggu lena Raihana.Pagi ini pula dia dikejutkan dengan bunyi bingit radio dari tempat yang sama.Kalau nak diikutkan,malam semalam lagi dia ingin menegur jiran yang tidak pernah ditemui itu.Tapi adatlah anak muda sekarang,pasti berparti kalau masuk malam minggu,termasuk jirannya itu.Dengan rasa sedar Raihana menekan loceng rumah jirannya,namun tiada jawapan.Tidak puas hati,Raihana menekannya berulang kali.
"Nak cakap tak ada orang,radio terpasang,?"ujarnya sendiri.
Malas mahu menunggu,Raihana ingin berlalu.Tiba-tiba pintu kayu itu terbuka dari dalam dan menyebabkan Raihana terkejut.Muncul sesusuk tubuh dengan berseluar pendek dan bert-shirt ringkas,macam baru bangun tidur.Wajahnya menunjukkan yang dia tidak tahu apa tujuan jirannya itu datang.
"Awak nak apa?"tanyanya tiba-tiba.
Raihana menarik nafas dan berfikir apa yang ingin dikatakan.
"Saya nak cakap sikit dekat awak,"
"Cakaplah,saya dengar ni,"
"Boleh tak awak hormat sikit saya sebagai jiran awak.Malam semalam tu memang cukup mengganggu saya.Kalau nak berparti pun,agak-agaklah."Tegur Raihana berani.Kelihatan lelaki itu sekadar tersenyum seperti mengejeknya.Bencinya Raihana tatkala melihat senyuman itu.
"Yang awak sibuk kenapa?rumah saya,ikut suka hati sayalah.Selama ni tak ada orang pun nak tegur?"balasnya selamba.Raihana mengetap bibir,menyampah betul!
"Memanglah ini rumah awak,tapi itu rumah saya.Selama ni tak ada orang tegur sebabnya awak tinggal seorang.Bukankah rumah kita je dekat tingkat ni,so sekarang dah ada saya jadi jangan buat macam saya ni tak wujudlah ya,kalau terjadi lagi saya akan panggil security,"ugut Raihana.
Lelaki itu hanya memandangnya tanpa menunjukkan apa-apa reaksi.
"Panggil security?awak nak suruh diaorang buat apa?halau saya?"lelaki itu ketawa sendiri.
"Saya tak tahu,ikut merekalah nak buat apa,janji perkara ni tak jadi lagi,"
"Ok,let's we see apa yang akan jadi nanti,"ujarnya yakin sebelum menutup kembali pintu rumahnya.Raihana mendengus kasar,malanglah siapa yang berlakikan lelaki ni.

.................................

Sudah seminggu berlalu dari insiden gaduh mulut dengan satu-satunya jiranya itu.Dalam masa itu,kelihatan tiada orang yang keluar masuk dari rumah sebelah,nampak macam tak ada orang.Mungkinkah lelaki itu sudah berambus untuk tinggal jauh dari orang lain?Raihana tersenyum puas,tidak sangka pula jiranya itu akan angkat kaki sebelum dia bertindak apa-apa.Pagi itu dia agak malas untuk memasak,jadi kakinya terus menuju ke kafe di tingkat bawah untuk membeli sarapan.Sebaik membeli sebungkus nasi lemak dan sedikit kuih,Raihana menghilangkan diri didalam lif.Lif yang membawanya berhenti ditingkat 7 bangunan 10 tingkat itu.Seperti biasa,dia perlu melintasi kediaman jirannya sebelum sampai ke muka pintu kediamannya.Tanpa disuruh,matanya terus terpandang pintu kayu yang sudah terbuka luas dan menampakkan seluruh ruang tamu,nampak kemas dan bergaya.
'Kan tak ada orang,kenapa pintu terbuka?ada orang baru pindah ke?'tanyannya sendiri.Jawapan untuk soalannya terjawab tatkala matanya terpandang sesusuk tubuh yang berdiri tegak sedang memandangnya.Lelaki itu nampak segak dengan pakaian ahli korperat.Tapi dengan perwatakannya tempoh hari,pasti tidak menggagak yang lelaki ini seorang yang berkarier besar.
"Awak tengok apa tu?"
Terkejut Raihana dengan pertanyaan tiba-tiba itu.Matanya terus dialihkan kearah lain,ingin cepat masuk kedalam rumah.
"Tak tengok apa-apa.Saya masuk dululah,"ujarnya dan pantas ingin berlalu.
"Awak ingat saya dah pindah ke?tak mungkin saya pergi macam tu je sebelum jumpa awak,"terang lelaki itu seperti dapat membaca apa yang sedang difikirnya.Raihana menoleh kearah lain sebelum membuat mimik seperti hendak muntah.
"Apa hal pula nak kena jumpa saya sebelum pindah,nak pindah pindah jelah.Saya tak kisahpun..."
Kelihatan lelaki itu ketawa mendengar jawapan yang keluar dari mulutnya.
"Tentulah kena jumpa awak dulu,kan awak nak tolong panggilkan security untuk saya.Saya tak mahu mengecewakan awak,nanti kesian niat baik awak tu tak kesampaian,"ujarnya sambil menyambung ketawanya.
Raihana memekakkan telinga dengan sindiran lelaki itu.Pagi-pagi lagi dah menyakitkan hati.
"Suka hati awaklah,baik saya layan perut saya ni daripada melayan awak yang suka merepek tu,"tuntas Raihana sebelum melangkah meninggalkan lelaki itu.Sempat telinganya menangkap gelak ketawjirannya itu.

.........................................

Tangannya menekan butang pada gajet yang dipegangnya untuk membuka pintu kereta.Raihana meletakkan briefcasenya di seat belakang.Matanya terus terpandangkan kereta yang diparking betul-betul dibelakang keretanya.Dahi licinnya berkerut memandang kereta 996 GT B1 Turbo Porsche merah itu.
"Kereta siapa pula ni?tak pandai parking dekat lot sendiri ke?"marahnya sendiri.
Raihana terus menuju kearah pondok pengawal untuk mencari pemilik kereta mewah itu.Dah macam tak sayang kereta.
"Selamat pagi pak cik Noh,"sapanya lembut.Sudah hampir 2 bulan tinggal di sini,dia sendiri sudah kenal dengan pengawal yang menjaga apartment.
"Selamat pagi cik Hana,ada apa boleh saya bantu?"
"Pak cik tahu tak tu kereta siapa?"Raihana menunding jari kearah kereta mewah yang memblock keretanya.Ada senyuman dibibir lelaki itu seperti tahu siapa pemiliknya.
"Ohh..itu kereta Encik Bath.Nanti saya telefon rumahnya,"
Raihana mengangguk setuju.Pak cik Noh menyelak helaian buku log yang dipegangnya dan mencapai ganggang telefon.Beberapa minit masih tiada jawapan dari Pak cik Noh.
"Maaf Cik Hana,tak ada orang angkat.Cik tunggu sekejap ya,biar pak cik naik,"beritahu lelaki itu ingin berlalu.
"Maaf menyusahkan pak cik ya,"Raihana merasa serba salah.
"Tak ada apalah Cik.Ha..itupun Encik Bath,"ujarnya sambil menunding jari kearah lelaki yang sedang berjalan menghampiri kawasan parking.
"Terima kasih,"
Raihana terus menghampiri lelaki itu.Wah,wah!Jirannya rupanya.Memang nak cari gaduh.
"Encik Bath,boleh alih kereta awak tak?saya dah lambat ni,"
Bathiar sekadar memandangnya dan keretanya silih berganti.Lalu tersenyum.
"Kebetulannya,ini kereta awak ke?"tanya loya buruk.
"Tak ada kebetulannya,kalau sayang kereta awak tu,baik alih sebelum kereta saya langgar,"Raihana geram.Boleh lagi dia bersikap tidak bersalah.
"Ok,ok saya alih..tapi apa salahnya,kan kita tinggal tingkat yang sama.."
"Tak ada maknanya,tingkat je yang sama bukannya rumah kita yang sama.Lain kali letaklah dekat lot yang dah disediakan,kesian diorang dah buat,tapi ada juga orang yang tak ikut,"balasnya bernada mengejek.Bathiar sekadar mengangguk dan berlalu dengan kereta mewahnya,memberi laluan Raihana untuk berlalu.Bibirnya sempat mengukir senyuman mengingatkan Raihana yang sering kali menegurnya dan berpesan walaupun dalam nada mengejeknya.

Followers