SELAMAT DATANG KE BLOG SENYUMLAH SELALU.TERIMA KASIH KERANA MELAWAT.
WELCOME TO SENYUMLAH SELALU BLOG.THANK YOU FOR VISITED.
Tuesday, May 11, 2010
SAAT TERAKHIRKU 2
Kereta Swift miliknya diparking didalam garaj sebelum melangkah untuk masuk bertemu pemilik banglo 2 tingkat ini.Raihana sekadar berpakaian ringkas memandangkan hari ini dia tidak bekerja.Sedang syok-syok lepak dirumah,mama menelefonnya supaya pulang kerana ada tetamu yang ingin bertemunya.Langkah kakinya longlai,otaknya langsung tidak mahu berkira-kira siapa yang ingin bertemunya.Yang dia tahu sebaik bertemu tetamu itu nanti,dia mahu menyambung tidur di rumah mama dan papa.Bestnya!Belum sempat menghayun kaki untuk masuk,matanya pantas menangkap satu objek yang macam pernah dilihat.Kereta merah itu dipandang dengan seribu persoalan,memang pernah dilihat bahkan dia tahu siapa pemiliknya memandangkan no platnya sama,biarpun kurang pasti sebenarnya.
"Mamat tu buat apa dekat sini?"tanyanya sendiri.Dari belakang,bahunya dicuit seseorang lantas Raihana menoleh.Satu senyuman dihulurkan buat papa sebelum mencium tangan kasar itu.
"Kenapa Hana tak masuk?mama mesti tengah tunggu tu,"
"Nak masuklah ni.Papa dari mana?"matanya dialihkan kearah beg golf yang dipegang papa,sengaja ditanya biarpun sudah dapat mengagaknya.
"Dari kelab golf,tapi mama tiba-tiba call suruh balik,tu papa balik ni,"terang Rosli sambil tersenyum kecil,begitu juga Raihana.Kedua-duanya sudah faham benar dengan sikap mama yang mudah tersentuh,jadi pandai-pandailah..
"Jomlah masuk,papa rasa ada tetamu.."
Raihana terus terdiam,papa mesti tahu sesuatu.
"Papa,siapa datang?sampai suruh Hana balik ni,ada apa-apa ke?"tanya Raihana tak sabar nak tahu.Dilihat Rosli sekadar menggeleng dan tersenyum.
"Papa pun tak tahu,tapi mesti sesuatu yang penting ni sampai mama suruh kita berdua balik.Manatahu mama nak kahwinkan kamu kut..?"gurau Rosli.
Raihana mengetap bibir,jantungnya mula berdegup rancak.Biarpun papa sekadar bergurau,mana tahu itu yang mama fikirkan.Dahlah kereta mamat tu ada,jangan-jangan..
"Hana!"Panggil mama girang,hilang semua andaian yang bermain difikiran.Lantas tubuhnya dipeluk dan Raihana mencium tangan Manisah.
"Dah sampai rupanya,abangpun ada?"Rosli hanya tersenyum kecil membalas isterinya.
"Mari masuk,mama nak kenalkan Hana pada kawan lama mama,"beritahu mama gembira.Raihana hanya mengikut langkah mama sambil memandang lantai.Sebaik sampai diruang tamu,hujung matanya pantas mencari seseorang yang mungkin dikenalinya.Apabila tidak nampak apa yang dicari,Raihana tersenyum lega.Mungkin telahannya salah,entah-entah kereta je sama kut..
"Bibi,ini anak tunggal saya,Raihana,"Raihana mencium tangan wanita yang mungkin sebaya dengan mamanya itu.
"Cantik orangnya.Rosli,apa khabar?"pandangan wanita itu dialihkan kearah papa pula.Nampak macam dah lama kenal mama dan papa,tapi kenapa dia tidak dapat mengingat sekiranya mereka pernah bertemu sebelum ini.
"Alhamdulilah sihat,Habibi macam mana?dah lama kita tak jumpa,ingat ke siapa yang datang tadi,"
"Sayapun sihat,Nisah nak buat supriselah tu,sebab tu dia tak bagitahu,"
Raihana sekadar menjadi pemerhati antara kedua ibu bapanya dan mak cik Habibi.
"Anak bujang kamu mana?"tanya papa.
"Dia pergi tandas tadi,tak sangkakan dah lama kita tak jumpa.Tup!Tup!Anak dah besarpun,kalau dulu dengar berita je,sekarang dah boleh tengok Raihana depan mata,"
Dalam hati Raihana berbual sendiri.Kenapa dia pula yang menjadi topik perbualan?
"Ha'ahlah Bibi,sayapun terkejut tengok anak kamu tu,dah bekerjaya,bertanggungjawab pula jaga perniagaan keluarga,kacak pulak tu,memang sesuai.."mama meyuakan pendapatnya dan mak cik Habibi mengangguk setuju.
"Sayapun berkenan tengok Raihana,kalau jadilah,sejuk hati saya.Yalah,Bathiar tu pun nampak luar macam tu,sebenarnya memang degil,Raihana pula tegas,memang padan sangat..."
Jantungnya berdegup rancak,Raihana memang mendengar butir bicara itu dengan jelas sekali.Nama yang meniti dibibir mak cik Habibi,lebih merancakkan debarannya.Mungkinkah betul apa yang difikirnya tadi,nampak macam mama dan papa mahu mengahwinkannya!
"Assalamualaikum uncle,"muncul seseorang dari arah belakang papa dan mereka bersalaman.Tubuh itu dipeluk papa seperti sudah lama tidak bertemu.Raihana kenal suara itu biarpun baru beberapa kali bertegur sapa.Wajahnya diangkat untuk mendapatkan kepastian.Hampir tercabut jantungnya apabila lelaki itu sedang memandangnya juga dengan senyuman.Wajah itu nampak tenang,tidak sepertinya yang sudah menggelabah.Mungkinkah lelaki itu sudah tahu dari awal mengenainya?
"Hana,ini Bathiar anak mak cik Bibi,"beritahu mama.
Raihana memaksa bibirnya untuk tersenyum walaupun sukar.Bathiar juga diperkenalkan kepadanya.Masa bergerak dirasakan amat lambat sekali.pertemuan dua keluarga ini telah membongkar segalanya berkenaan apartment mereka yang berjiran,insiden gaduh mulut antara mereka(malunya!) dan persetujuan kedua belah pihak untuk menyatukan mereka.Nampaknya Bathiar dan Raihana hanya diam apabila persetujuan dibuat,tak ada pula yang membantah.Apabila memandang Bathiar untuk mendapatkan kepastian,lelaki itu sekadar tersenyum.Raihana akur,kata orang jodoh yang diaturkan oleh ibu bapa adalah yang terbaik dan diredhai Allah SWT.Tambahan pula mama dan papa memang sudah mengenali keluarga Bathiar,jadi mungkin ini jodohnya.Ikhlaskah dia menerima semua ini?Ya, mungkin dia perlukan masa untuk menerimanya.Raihana tersenyum sendiri.Teringat kembali kata-katanya dulu,malangnya siapa yang berlakikan Bathiar,namun dia harus buang persepsi buruk itu kerana tidak semua orang dilahirkan sempurna.
................................................
Hampir 3 bulan tempoh pertunangan mereka,sikap Bathiar dan Raihana macamtu juga.Masing-masing dengan haluan sendiri,kecualilah kalau disuruh mama,papa mahupun Mak cik Habibi barulah mereka akan keluar bersama.Seperti hari ini,mereka perlu membeli belah untuk persiapan perkahwinan mereka yang akan menjelang bulan depan.Pelbagai alasan yang diberi Raihana,tup!Tup!Bathiar muncul didepan pejabatnya.
"Nak pergi mana?"tanya Raihana sebaik menaiki kereta mewah Bathiar.
"Kita pergi tengok baju pengantin,lepastu beli barang,"beritahunya.Raihana sekadar mendiamkan diri.
Sebaik melangkah masuk ke butik pengantin,mereka disambut mesra oleh pekerja wanita disitu.
"Cik boleh tengok-tengok dulu,nanti panggil saya,"beritahu gadis yang memakai tad nama Mimi itu.Raihana tersenyum dan menyelak setiap koleksi yang dimuatkan dalam satu album besar.Semuanya dipandang sekilas,cantik tapi dia tidak tahu memilih yang mana.
"Ada yang berkenan ke?"tanya Bathiar tiba-tiba yang berdiri dibelakangnya.Raihana menoleh sekilas dan melihat saja lelaki itu mengambil tempat disebelahnya.Album yang lain dicapainya dan menyelaknya perlahan.Raihana sekadar memerhati lelaki itu kerana dia tidak tahu apa yang mahu dipilihnya.
"Yang ini cantik juga,"ujarnya lantas menunjukkannya kepada Raihana.Membulat mata Raihana memandang gaun labuh berwarna putih yang terbelah dibahagian belakangnya.Dilihat Bathiar sedang ketawa memandangnya.
"Kalau dah gatal tu,gatallah juga.."ujar Raihana geram.Bathiar masih ketawa kerana dapat mengenakan tunangnya yang sentiasa serius itu.
"Cik,dah buat pilihan ke?"tanya Mimi sebaik melihat Raihana sudah menutup album yang dipegangnya.
"Saya tak tahu nak pilihlah,boleh awak tolong?"
Kelihatan Mimi tersenyum lantas memandang Bathiar.Selalu juga perkara begini terjadi,jadi dia akan meminta pandangan bakal pengantin lelaki kerana mereka tahu apa yang bakal isteri mereka inginkan sebenarnya.Dan bakal isteri tentu akan menyukainya.
"Apa pendapat Encik?yang mana satu sesuai untuk cik yang cantik ini?"
Bathiar memandang Raihana,lantas mengukir senyuman.Raihana mengerutkan dahi,tak payah ikut cakap Bathiar ni sebab pilihan dia semuanya seksi.
"Saya suka yang itu untuk bakal isteri saya,"Bathiar memandang kearah satu tempat diikuti dengan Mimi,barulah Raihana.Raihana terpana,pandai juga tunangnya ini.
"Good choice.Boleh kita cuba cik?"
Raihana mengangguk dan mengekori Mimi ke bilik persalinan.Bathiar tersenyum sendiri,sudah agak lama sebenarnya dia melihat baju itu.Dalam hati dia sudah menyimpan azam bahawa bakal isterinya nanti akan mengenakan baju itu.
Hampir 10 minit menunggu,Bathiar berdiri dan menghadap cermin tingkap yang besar yang menampakkan gelagat pengunjung di pasaraya terkemuka ini.Pelbagai ragam manusia dapat dilihat,ada yang sekadar cuci mata,ada juga yang sudah tidak cukup tangan.
"Encik..."panggil Mimi dari arah belakang.Bathiar menoleh dan terkedu sebentar.Matanya tidak beralih dari memandang wanita disebelah Mimi yang cantik mengenakan kebaya kain lembut dengan tudung yang rapi.Raihana merasakan mukanya panas menahan malu apabila dipandang sebegitu.
"Awak pandang apa tu?"bisik Raihana sebaik Mimi berlalu.Bathiar berdehem sebelum memandang kearah lain.
"Tak ada apa-apa.Hmm..kalau dah siap,jom pergi tempat lain pula,"ajak Bathiar.Jantungnya dirasakan sedang rancak tatkala memandang Raihana tadi.
"Biar saya salin baju dulu,"Raihana terus hilang disebalik pintu.Bathiar menarik nafas dalam,entah apa yang difikirnya.
"Esok jangan lupa ya,kita ada kursus."pesan Raihana sebelum ingin melangkah masuk kedalam rumahnya.
"Hana!"panggil Bathiar mematikan langkah Raihana.Raihana memandangnya yang juga ingin melangkah masuk.
"Awak..sangat cantik tadi,"ujarnya dan terus masuk dan membiarkan Raihana yang terdiam.Berdebar jantungnya mendengar pujian Bathiar tadi,lantas dia terus berlalu masuk.
Baru ingin menutup pintu,matanya terus terpandangkan Bathiar yang sudah bersedia menunggunya didepan rumah.Jam yang dipakainya dikerleng,awalnya siap.
"Selamat pagi,"sapanya lembut.Raihana mengangkat kening,lain macam je hari ini?
"Selamat pagi,awalnya,"
"Tak boleh tidur semalam,sebab tu awal.Dah breakfast?"tanyanya prihatin.Raihana terus menggeleng biarpun pelik dengan perubahan Bathiar itu.
"Jom breakfast sama,sayapun lapar nie,"ajaknya sambil menggosok-gosok perutnya.Raihana hanya tersenyum dan mengekori langkah Bathiar.Dirasakan Bathiar hari ini jauh berbeza dengan Bathiar yang dulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment