SELAMAT DATANG KE BLOG SENYUMLAH SELALU.TERIMA KASIH KERANA MELAWAT.
WELCOME TO SENYUMLAH SELALU BLOG.THANK YOU FOR VISITED.

Sunday, January 20, 2013

AKU CINTA KAMU 3 HARI





AKU CINTA KAMU 3 HARI

Matanya tidak alih dari memandang wajah orang tua yang amat disayanginya itu. Dan kerana rasa sayang itulah dia terpaksa berdiam diri dan meredhakan sahaja apa yang bakal berlaku nanti. Andai tersalah pilihan dia sendiri juga yang akan terluka dan merana. Tapi pilihan apa yang dia ada?


Sharifah Mia Atirah menarik nafas dalam. Wajahnya berlagak tenang tapi dalam hati hanya tuhan yang tahu betapa perasaan marah + geram bercampur aduk dalam hatinya kini. Syed Harun dan Sharifah Marliana memandang sesama  sendiri dengan senyuman lebar. Mana tidaknya,peminangan dari Syed Iqbal dan Sharifah Aini siang tadi sudah mereka terima terlebih dahulu tanpa pengetahuan anak bongsu mereka.  Dalam fikiran si ibu anaknya ini tidak akan sesekali membantah dan ternyata sangkaannya ini benar dan tepat sekali sebab Sharifah Mia Atirah hanya mendiamkan diri. Bak kata orang feeling seorang ibu tak pernah salah.


“Ma dengan baba bukannya tak mahu bincang dengan Mia dulu,tapi semua ini datang secara mengejut jadi kami terlalu exited,” luah Sharifah Marliana sambil mencapai tangan mulus  anak gadisnya dan digenggam erat.


Sharifah Mia Atirah menarik nafas dalam sekali lagi,cuba mencari kekuatan. Biar dia dengar segala-galanya dulu sebelum membuat keputusan.


'Kenapa ma dengan baba tak fikir dulu perasaan Mia?kenapa?’bentaknya dalam hati,tidaklah sampai nak terluah depan-depan. Macam kurang ajarlah pula nanti.


“Keluarga Syed Iqbal tu datang dari jauh dengan harapan besar,jadi kami tak sampai hati nak tolak. Hmm...macam nilah,Mia fikir sekejap,lepas tu bagitahu baba. Tapi baba harap sangat yang Mia tak akan kecewakan kami,” bicara baba lembut cuba memujuk. Ayat tak akan kecewakan kami tu memang sudah terbukti yang dia tidak ada pilihan lain selain terima  sahaja peminangan itu.


“Ma dengan baba dah lama kenal keluarga Syed Iqbal tu,sebab tu kami berani setuju. Mia jangan fikir yang kami mudah-mudah je nak kahwinkan anak dara kami ni dengan mana-mana lelaki. Kalau Mia dah ada calon,suruh dia datang,hantar keluarga  masuk meminang. Kita ada adat,jadi ikut cara adat kita. Lagipun ma tengok Mia ni sibuk sangat kerja, workoholic,sampai tak ada masa untuk diri sendiri. Mia dah 28 tahun,sepanjang hidup Mia ni dah berapa kali Mia tolak peminangan yang masuk? Sampai bila Mia nak beri alasan yang kerja Mia lagi penting dari hidup Mia sendiri,jadi Mia tentu boleh fikirkan niat kami ni,”  Sharifah Marliana masih memujuk untuk melembutkan hati anak gadisnya ini. Suaranya sudah cukup ditegaskan,tapi tak kisahlah janji anaknya setuju.


Sharifah Mia Atirah mengomel sendiri.  Baru 9 pinangan yang masuk,tak akan sebab itu pun ma dengan baba dah ambil keputusan muktamad ni. Dia sendiri pun bukannya takut sangat dengan gelaran anak dara tua aka andartu tu. Alah manusia semuanya sama sahaja. Tapi kalau dah mulut orang nak mengata juga nak buat macamana,bukannya kita boleh tolong gam kan.


Syed Harun bangun dari duduknya lalu beralih duduk disebelah anak bongsunya itu. Kepala Sharifah Mia Atirah diusap lembut,sejujurnya Syed Harun mengerti perasaan anaknya ini. Biarpun nampak macam terdesak,tapi apa yang mereka cuba lakukan ini adalah untuk kebahagiaan dan masa depan anak gadis mereka. Sharifah Mia Atirah mula rasa serba salah dan tersepit antara pujukan ma dan baba dengan pujukan hati sendiri.


“Keluarga dia baik,jadi tentu anak mereka juga baik seperti mereka. Syed Irfan Daniel tu baru balik dari oversea,kerja dan tinggal dengan nenek dia dekat sana. Parent dia nak jodohkan dia dengan Mia sebab dia juga bakal pewaris syarikat keluarga mereka,jadi mereka tidak mahu anak mereka tu salah buat pilihan. Irfan tu baik orangnya,baba pernah jumpa dia sekali masa hari raya tahun lepas. Orangnya berbudi bahasa,masih tahu hormat orang tua,tahu adat melayu kita ni biarpun dah lama dekat sana. Kami terima ni pun sebab kami harap kamu berdua dapat saling membantu menjaga syarikat kedua-dua buah keluarga. Baba dengan Ma dah lama fikirkan pasal hal ni,hari-hari kami berdoa supaya Mia ditemukan jodoh. Alhamdulilah, pinangan ke10 ni datang dari orang yang kami kenal rapat,jadi tak ada sebab untuk kami menolak. Hanya tinggal kata putus dari Mia je lagi,”  masih dengan pujukan demi pujukan.


Memuji  calon bakal menantu nampaknya?  Sharifah Mia Atirah mendengus sendiri.  Mak bapak baik tak semestinya anaknya pun akan baik sekali,memang peratusannya tipis yang amatlah. Bila dah kahwin mesti banyak tanggungjawab nak kena buat,dah lah kerja pejabat pun masih perlu diuruskan. Mahunya dapat suami yang tak memahami langsung,boleh pengsan macam ni. Dah kahwin mesti nak kena ikut cakap suami,tak boleh melenting dan membantah selagi tak lari dari syariat islam. Yang penting sekali mesti kena duduk rumah sendiri,jaga makan pakai suami. Kalau dah makan pakai sendiri pun masih nak ma yang uruskan macamana nak kahwin?


Tiba-tiba otaknya memikir alasan kukuh untuk dia menolak. Ya,dia masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Kalau Syed Iqbal dan Sharifah Aini dapat tahu mesti diaorang akan reject untuk dibuat menantu. Hahaha,hatinya ketawa girang gembira.


“Ma,baba,Mia belum bersedia lagi. Ma dengan baba sendiri tahukan yang hidup Mia ni pun ma dengan kak Tina yang tolong uruskan. Selama ni Ma yang masak,kak Tina yang kemas bilik Mia dan Mia hanya tahu pergi office balik office. Mia rasa ada baiknya ma bagitahu balik dengan Uncle Syed dan auntie Aini tentang hal ni. Mia tak mahulah nanti dah kahwin baru diaorang nak tahu,masa tu semuanya dah terlambat,”ucapnya semangat dengan harapan yang hal ini akan dihentikan dari terus dibicarakan sepanjang hari.


Syed Harun dan Sharifah Marliana yang mendengar tadi terdiam. Sharifah Mia Atirah yang melihat kedua ibubapanya sudah mendiamkan diri sudah mahu meloncat gembira. Yes! Kenapalah dari tadi tak terfikir langsung tentang hal ini. Tidaklah calon bakal suaminya itu mendapat pujian free-free sahaja.


“Hmm...tentang hal tu,”ujar baba separuh jalan. Sharifah Mia Atirah sudah mengangguk ingin mendengarkan apa yang bakal disampaikan oleh babanya. Lihat gayanya dah macam terkelu nak berkata-kata je. Sekali lagi hatinya tertawa riang.


Syed Harun dan Sharifah Marliana yang tadinya hanya berwajah tenang tapi kini sudah mampu tersenyum lebar,gayanya macam dah masuk pertandingan senyuman paling lebar saja. Kini wajah Sharifah Mia Atirah pula yang berkerut,tak faham apa maksud senyuman itu.


“Pasal hal  tu tak ada masalahlah. Kami dah pun terus terang dengan keluarga pihak sana dan diaorang tak kisah pun. Apa yang penting Mia jadi diri Mia sendiri. Ma tahu Mia bukannya tak tahu langsung,tapi ada sikit malas je. Yalah,anak ma ni kan pengganti baba jadi masa banyak habis dekat office je,kami semuanya faham sangat. Jadi baguslah kalau Mia dah sedar tentang hal tu,jadi lepas ni bolehlah Mia banyakkan masa duduk dekat rumah dan belajar. Benda-benda macam ni tak ada ajar dekat mana-mana sekolah pun,semuanya datang dari rumah,”bidas ma tajam sambil sempat lagi berbalas pandang dengan baba. Nampak sangat rancangannya ini tak menjadi langsung.

“Tapi ma,itu parent dia. Dia sendiri macamana?tak akanlah dia bulat-bulat je setuju. Mana ada anak macam tu kat dunia ni lagi,”tanpa sedar Sharifah Mia Atirah cuba meluahkan hatinya sendiri.
                                                                                             
“Syed Iqbal kata anak dia tu dah setuju awal-awal lagi. Baba rasa kagum kalau dapat bermenantukan Syed Irfan tu. Kalaulah baba ada dua orang anak perempuan,tak perlulah baba susah payah nak pujuk Mia untuk setuju. Jadi baba harap anak baba ni pun macam tu jugalah ya,”uji Syed Harun sinis. Sharifah Marliana hanya mengangguk setuju.

Dalam hati Sharifah Mia Atirah membentak geram. Segalanya salah Syed Irfan tu. Dia kolot ke apa?ada lagi ke manusia zaman sekarang ni yang terima bulat-bulat je jodoh yang dipilih orang tuanya?ke tinggal dekat oversea tu membuatkan otaknya dah beku sampai dah tak boleh nak berfikir?

“Kenapa tak kahwinkan dengan kak Tina je?diakan orang rumah ni juga walaupun pembantu rumah,”balas Sharifah Mia Atirah geram. Membulat mata Sharifah Marliana mendengar jawapan anak gadisnya itu. Laju sahaja tangannya menampar bahu Sharifah Mia Atirah kerana kelancangan mulut anaknya itu.

“Masyaallah budak ni,sampai ke situ pula. Tak baik tau cakap macam tu,dah niat orang tu baik nak meminang Mia,”ucapnya Sharifah Marliana lembut.

“Jadi apa keputusan Mia sekarang?baba dengan ma harap Mia buat keputusan yang terbaik. Senang cerita kami berdua dah setuju untuk terima,Mia terima atau tidak itu terpulang pada Mia. Tapi baba nak Mia tahu yang lepas ni kami dah tak mahu layan mana-mana pinangan lagi,terserah Mia lah untuk buat keputusan,”ugut Syed harun tegas. Bab-bab macam ni kena tegas tak boleh berlembut sebab dia tahu hati anak gadisnya ini lembut dan mudah tersentuh biarpun pada dasarnya dia seorang yang tegas dan tabah.


Sharifah Mia Atirah memandang ma dan babanya minta kepastian. Nampaknya pilihan apa yang dia ada sekarang?Ya Allah Kau tunjukkan aku jalannya.

..........................

“Aku terima nikahnya Sharifah Mia Atirah binti Syed Harun dengan mas kahwinnya 80 ringgit tunai,”lafaz Syed Irfan Daniel bin Syed Iqbal dengan sekali lafaz sahaja. Beberapa orang saksi sudah mengangguk-nganggukkan kepala dah macam burung belatuk sekali dengan ucapan sah yang panjang. Masing-masing sudah mampu tersenyum lega terutama pengantin lelaki,kedua ibu bapanya dan kedua ibubapa mentuanya,tetapi tidak pada pengantin perempuan.

Untuk seketika bacaan doa dibaca oleh tok kadi,masing-masing mendiamkan diri sambil menadah kedua tapak tangan. Syed Harun sempat lagi menjeling sekilas memandang anak dan menantunya dengan senyuman nipis. Bersyukurnya dalam hati sudah tidak dapat digambarkan. Hanya doa yang dia pohon supaya anak-anaknya mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. Matanya sudah bertamu dengan besan-besannya. Masing-masing mengangguk perlahan dengan senyuman di bibir.  Sharifah Mia Atirah yang hanya memerhati  isyarat rahsia antara ibubapanya dengan ibubapa mentuanya itu hanya menarik nafas dalam. Sekarang dia sudah tak boleh nak berpatah balik,semuanya sudah terjadi. Kini status bujangnya sudah selamat di tukarkan kepada status isteri kepada Syed Irfan Daniel,lelaki yang baru sahaja dikenalinya beberapa bulan lepas. Perlahan tanpa sedar air matanya mengalir keluar dari tubir mata. Sebelum sesiapa melihat,terus sahaja tangannya mengesat air mata yang mengalir. Ah! Peduli apa,kalau orang tengok pun mesti orang ingat dia menangis kerana terlalu gembira.

Sharifah Mia Atirah menoleh kesebelah,matanya bertamu dengan mata si ibu. Sharifah Marliana mula terasa sebak dan sayu. Sejujurnya dia faham apa yang anaknya rasakan sekarang,tapi apakan daya dia hanya inginkan kebahagiaan buat satu-satunya puterinya itu. Sharifah Mia Atirah masih tak dapat menahan tangis,sebaik doa diaminkan terus sahaja tubuh Sharifah Marliana dipeluk erat. Teresak-esak tangisan anak gadisnya didalam pangkuan sehingga mengundang semua mata untuk memandang drama air mata ini.     

Syed Harun yang baru bersalaman dengan menantunya terus sahaja menghampiri anak dan isterinya itu. Syed Harun memandang isterinya minta kepastian namun hanya dibalas dengan gelengan.

“Mia tak mahu kahwin,tak mahu. Tolonglah batalkan semua ini,Mia tak sanggup untuk teruskan. Mia salah sebab tak tolak awal-awal tapi sekarang Mia dah sedar. Mia belum bersedia,tolonglah baba,ma,”ucapnya dalam sendu. Mekap yang dipakai sudah comot dengan linangan air mata. Sharifah Marliana dan Syed Harun saling berpandangan dengan wajah seperti tidak percaya,lantas wajah anaknya dipandang tajam.

Syed Harun seperti hilang pertimbangan terus sahaja menarik kasar tangan anaknya yang masih berada dalam pangkuan Sharifah Marliana untuk duduk di sebelah menantunya yang hanya memandang tanpa berkata apa-apa. Sharifah Mia Atirah sudah terlalu takut sehingga terketar-ketar tubuhnya. Ini pertama kali babanya begitu marah sampai-sampai merah matanya yang putih tu. Sharifah Marliana kaget dengan tindakan drastik suaminya itu lantas terus bangun untuk menghalang. Mata-mata yang memandang,mulut-mulut yang sudah mula berbicara sudah tidak dipedulikan.

“Tolong baba, Mia tak mahu,Mia nak balik. Ma,bawa Mia balik,Mia tak nak teruskan lagi,”dengan kedegilan yang bercampur dengan tangisan menyebabkan Sharifah Mia Atirah sudah meronta-ronta untuk melepaskan diri. Entah dari mana kekuatannya pun dia tak tahu sampai-sampai dia berjaya melarikan diri dan terus memeluk Sharifah Marliana erat. Sharifah Marliana sudah tidak dapat menahan tangis terus sahaja menangis bersama-sama anaknya itu. Pelukan semakin erat,dia tahu anaknya tidak akan melepaskan pelukannya ini.

Syed Harun sudah berbulu biji mata,kemarahannya sudah sampai ke kemuncak. Perangai Sharifah Mia Atirah ini betul-betul menguji kesabarannya. Dengan gagahnya tubuh langsing anaknya terus ditarik dari terus berada dalam dakapan si ibu. Terdorong Sharifah Mia Atirah jatuh ke lantai. Wajahnya sudah basah dengan linangan air mata.

“Baba nak Mia ikut Irfan sekarang juga,jangan nak bagi alasan. Kalau Mia cuba lari,siaplah!”Ugut Syed harun tegas. Tersendu-sendu Sharifah Mia Atirah mendengar suara babanya itu. Belum sempat dia bangun tangannya sudah ditarik kasar sehingga terserek tubuhnya pada lantai.


“Baba lepaskan Mia,Mia nak balik. Mia tak mahu kahwin,Mia tak mahu..”rontanya dalam tangisan.

Tubuh Sharifah Mia Atirah sudah berpeluh-peluh. Kepalanya sekejap kekiri sekejap kekanan. Mata yang terpejam erat terus sahaja terbuka luas. Sedrastik mungkin tubuhnya terus sahaja bangun dari pembaringan. Nafasnya sudah tidak teratur,dadanya berombak kencang seperti baru menghabiskan larian seribu meter. Mulutnya tidak henti-henti beristigfar supaya hatinya tenang kembali. Perlahan kedua-dua belah tapak tangan mengesat muka yang sudah basah dek air mata dan peluh.

“Astagfirullahalazim,mimpi rupanya,”bisiknya perlahan. Tangan diletakkan dekat dada, takutnya bukan main dasyat sampai-sampai menangis betul-betul. Janganlah baba betul-betul bertukar jadi hulk,kecut perut juga dibuatnya. Nasib baiklah cuma mimpi saja. Tapi dah macam betul-betul kahwin pula..fikirnya sendiri.

“Dah bangun?”tanya satu suara yang dirasakan begitu asing sekali di pendengarannya. Tanpa menjawab soalan itu terlebih dahulu terus sahaja Sharifah Mia Atirah memandang dari mana datangnya suara itu. Membulat matanya melihat seorang insan yang bernama lelaki sedang duduk berehat pada sofa di penjuru bilik sedang tersenyum tenang memandangnya yang masih bersila diatas katil.

Sepontan Sharifah Mia Atirah memandang tubuhnya. Makin membulat biji mata bagai nak terkeluar bila dia melihat tubuhnya sekarang sedang mengenakan sepasang kebaya labuh putih susu. Tak payah nak fikir banyak terus sahaja tangan kanannya diangkat betul-betul di depan mata. Sahlah! Apa yang difikirkannya selama ini sudah pun selamat terjadi. Memang terbaiklah bila jari manisnya sudah dihiasai dengan sebentuk cincin berlian emas putih yang disarungkan oleh syed Irfan Daniel siang tadi. Dan macamana pulalah  dia boleh tertidur dan bermimpi yang bukan-bukan ni. Memang memalukan betullah.

“Hmm...dah pukul berapa sekarang?”tanya sharifah Mia Atirah selamba,nak cover malulah tu.

Syed Irfan Daniel memandang sekilas jam tangan yang dipakainya sebelum memandang kembali isterinya yang masih tidak berganjak dari atas katil. Tanpa sedar bibirnya menguntum senyuman bila mengingat kembali gelagat isterinya sebentar tadi.

flasback....

Baru sahaja syed Irfan Daniel melabuhkan punggung diatas sofa telinganya bagai terdengar sayup-sayup suara orang seperti meronta-ronta. Bila terpandangkan isterinya yang sedang tidur sampai-sampai tak sempat nak tukar pakaian,dia dapat mengagak dari mana datangnya arah suara itu. Kepalanya dipanjangkan untuk melihat wajah isterinya yang nampak lena,namun keningnya mula berkerut bila matanya melihat bibir isterinya sedang berbicara sesuatu. Hatinya bagai tertarik-tarik untuk menghampiri jadi terus sahaja dia berdiri sebelah katil. Wajah mulus itu sudah dibasahi peluh,nampak begitu gelisah. Mimpi burukkah dia? Tersentap hatinya bila perlahan air hangat mula mengalir dari hujung mata yang tertutup rapat itu. Wajah isterinya dipandang tanpa berkelip. Bila tubuh itu sudah mulai bergerak-gerak,Syed Irfan Daniel terus mengambil keputusan untuk kembali semula dekat sofa. Dia tidak mahulah isterinya itu nanti terkejut melihatnya berada begitu dekat. Dan ternyata sangkaannya itu tepat sekali sebab isterinya mempamerkan wajah yang sangat terkejut bila nampak dia sedang duduk berehat di penjuru bilik milik isterinya ini. Syed Irfan Daniel kembali ke dunia nyata.

“Dah pukul 9. Pergilah mandi dulu lepas tu kita turun makan. Tadi ma ada panggil tapi saya cakap awak tidur,sekejap lagi baru turun,”beritahunya panjang lebar.

Sharifah Mia Atirah hanya mengangguk lantas terus menghampiri almari baju. Agak terkejut juga bila matanya terpandangkan bagasi yang berada di sebelah almari miliknya ini. Hmm...mesti ini Syed Irfan punya,yalah sekarangkan ini bilik dia juga. Pintu almari yang menutup mukanya dari pandangan Syed irfan Daniel sudah ditutup rapat kembali. Tanpa mempedulikan pandangan syed irfan Daniel ,Sharifah Mia Atirah terus memboloskan diri ke dalam bilik air. Wajahnya ditenung lama di hadapan cermin besar di dalam bilik air. Kenapa dalam bilik sendiri pun dah rasa macam orang asing je?eii..geramnya...

Beberapa minit Sharifah mia Atirah pun selesai mandi dan memberanikan diri untuk berlagak biasa. Ini biliknya jadi buat apa dia yang nak rasa jangal pula,dia sepatutnya berlagak cool. Perlahan pintu bilik air dibuka,kepalanya dijengah sedikit untuk melihat sekitar bilik. Line clear! Nampak macam tak ada orang pun. Kaki kanannya melangkah keluar dengan berhati-hati,tangan kanannya menutup suis lampu yang ada ditepi dinding.

“Dah siap?”tegur satu suara dari arah katil. Tersentap jantung Sharifah Mia Atirah dibuatnya. Perlahan tangan mengurut dada. Nasib baiklah dia bukan kaki latah kalau tidak entah perkataan apa yang dah selamat keluar.

“Hmm... dah siap. Saya turun makan dulu,”tanpa menunggu jawapan Syed irfan Daniel,Sharifah Mia Atirah terus sahaja melangkah menghampiri pintu. Syed Irfan Daniel yang memandang sudah mahu ketawa melihat kekalutan isterinya itu. Perlahan Sharifah Mia Atirah yang sudah mahu membuka pintu dihampirinya. Wajahnya didekatkan pada telinga isterinya. Automatiknya bulu roma Sharifah Mia Atirah naik meremang bila wajah suaminya itu begitu hampir dengan wajahnya. Kalau gerak sikit je pun dah boleh tercium gamaknya.

“I think you should be better wear your pants firstly,”bisik Syed irfan Daniel perlahan. Sebaik habis ayat terakhir itu dia terus menjauhkan diri untuk melepaskan tawa. Sharifah Mia Atirah sudah rasa panas dan membahang,rasanya muka dia sekarang mesti dah merah macam udang kena panggang. Matanya memandang kain tuala yang masih berikat pada bahagian pinggang dan kebawah. Wajah suaminya yang sudah berhenti ketawa itu dipandang sekilas
.
“Memang saya dah biasa pakai macam ni pun,ada masalah ke?”balas Sharifah Mia Atirah cuba mengcover malu. Syed Irfan hanya menjungkitkan bahu sebelum berlalu keluar meninggalkan isterinya sendiri. Pastinya Sharifah Mia Atirah masih kalut jika dia ada bersama dalam bilik tu.

“Saya tunggu dekat luar,kita turun sama-sama,”pesan Syed Irfan Daniel sayup-sayup pada pendengaran sharifah Mia Atirah sebabnya sebaik suaminya keluar tadi dia terus sahaja mengunci pintu. Sharifah Mia Atirah mendengus geram,malunya!

..........................

“Saya ada syarat untuk hubungan kita ni,”cadang Sharifah Mia Atirah sebaik sahaja kedua-duanya melangkah masuk ke dalam bilik. Saudara mara yang lain sudah melakukan aktiviti masing-masing sebaik selesai makan malam tadi. Keluarga mentua juga sudah masuk berehat rasanya sebab siang esok dah nak berangkat pulang.
Syed Irfan Daniel yang baru nak duduk mengangkat wajah memandang isterinya yang sudah pun duduk dekat meja kerja. Yang dia tahu isterinya ini seorang yang workaholic, samalah dengan dirinya sendiri.

“Okey,”balas Syed Irfan Daniel selamba.

 Dia sedikit pun tidak terkejut dengan permintaan isterinya itu sebab dia sendiri tahu yang perkahwinan mereka ini adalah rancangan dari ibu bapa kedua-dua belah pihak. Jadi mana pula datangnya cinta dalam perkahwinan ini. Kalaulah nenek tak kenakan syarat untuk dia kahwin dengan gadis melayu untuk dia mewarisi tempat daddynya,pasti sekarang ini mereka berdua tidak akan berkahwin,malah bertemu muka sekalipun. Bila semua ini dah terjadi apa yang tinggal sekarang hanyalah doa dan tawakal. Semoga niat mereka ini tidak tersimpang jauh selamanya sebab perkahwinan ini bukannya mainan yang bila dah bosan tolak tepi macam tu sahaja.

Sharifah Mia Atirah memandang sekilas wajah lelaki yang bergelar suaminya itu. Tanpa sedar bibirnya tersenyum sinis. Disangkanya suaminya itu akan terkejut dengan permintaannya ini tapi lain pula yang jadi. Nampak gayanya Syed Irfan Daniel hanya cool,memang sah mesti dia terima perkahwinan ni atas keterpaksaan kalau tidak mesti dia akan membantah.

“Okey la kalau awak tak membantah apa-apa. Dekat sini saya dah taip semuanya, hanya tinggal sain je,”beritahu Sharifah Mia Atirah sambil berjalan menghampiri suaminya. Punggungnya dilabuhkan di hadapan suaminya lantas kertas yang dipegang di letakkan dia atas meja.

Syed Irfan Daniel hanya memerhati kertas yang sudah bertaip itu. Wajah mulus di hadapannya dipandang sekilas. Tubuhnya disandarkan pada kerusi,kedua belah tangan sudah memeluk tubuh.

“Apa syarat-syaratnya?”tanya Syed Irfan Daniel,matanya tepat memandang wajah Sharifah Mia Atirah.

Sharifah Mia Atirah mengerutkan dahi,kertas yang berada diatas meja dipandang silih berganti dengan wajah suaminya.

“Kan ada tulis dekat kertas tu, awak bacalah sendiri lepastu sain je,”balasnya geram. Tangannya juga memeluk tubuh. Tiba-tiba bilik ni terasa sejuk sangat pula,selalunya tak macam ni.

Syed Irfan Daniel menjongket bahu. Senyuman nipis dihulurkan buat isterinya,namun dibalas pula dengan renungan tajam.

“Saya malas nak baca benda panjang lebar malam-malam ni, jadi boleh awak tolong bacakan? Kalau tidak boleh tunggu esok je,”respon Syed Irfan Daniel senada.

Matanya masih memerhati wajah isterinya yang dah tak senang duduk tu. Sekejap-sekejap sharifah Mia Atirah menarik nafas dalam.  Kertas yang ada diatas meja terus dicapai kasar.

‘Mengada betullah laki aku ni. Yalah tu tak suka baca malam-malam, tengoklah esok lusa mesti sampai ke pagi dia berjaga nak baca dokumen pejabat. Kan suami aku ni kuat bekerja,rajinlah katakan,’perli Sharifah Mia Atirah dalam hati.

“Dengar elok-elok ye Syed irfan Daniel...”sengaja Sharifah Mia Atirah menekankan nama suaminya itu.
Syed Irfan Daniel hanya menganguk-ngangukkan kepalanya,lagaknya seperti sedang berurusan satu urusan penting sahaja.

“Pertama, tidak boleh melakukan sebarang perhubungan tanpa kerelaan kedua-kedua belah pihak. Kedua, tidak boleh mencampuri hubungan peribadi masing-masing,”matanya memandang suaminya untuk melihat respon yang diberi.

Syed Irfan Daniel hanya tersenyum nipis,tak faham apa maksud senyumannya itu.

“Teruskan,”ujar Syed Irfan Daniel tenang.

“Yang terakhir ni saya harap awak tak menyesal langsung kerana mengahwini saya,”jujur sharifah Mia Atirah. Wajah suaminya dipandang sekejap, Syed irfan Daniel hanya mengangguk perlahan memberi isyarat supaya dia meneruskan kata-katanya.

“Jujur saya cakap saya ni tak pandai masak,jadi nanti bila kita dah tinggal rumah sendiri saya harap awak faham dan tak complain apa-apa tentang masakan saya,”pinta Sharifah Mia Atirah supaya suaminya itu mengerti.

“Okey, itu sahaja ke? saya tak bantah apa-apa,”balas Syed Irfan Daniel lantas menarik kertas yang sedang dipegang isterinya.

Kaget Sharifah Mia Atirah dibuatnya tapi tetap berlagak cool. Takut juga kalau-kalau suaminya itu bertindak mengoyakkan kertas perjanjian mereka itu.

“Tapi saya pun ada satu syarat. Only one,”bicara syed Irfan Daniel memberhentikan tindakannya untuk menjatuhkan tandatangannya diatas kertas putih itu. Wajah isterinya dipandang minta kepastian. Sharifah Mia Atirah tak bereaksi apa-apa,angguk tidak geleng pun tidak.

“Just be my lovely wife infront our parents,”ucapnya serius. Tanpa menunggu jawapan dari sharifah Mia Atirah, Syed Irfan Daniel terus menurunkan tandatangannya. Tingkahnya itu hanya dipandang oleh isterinya. Sejujurnya terkesima sebentar sharifah Mia Atirah mendengar permintaan suaminnya itu. Tapi kerana rasa hormatnya, dia hanya bersetuju.

Kini kertas sudah berada dihadapannya. Pen juga turut dihulurkan. Laju sahaja tangannya mencoret sesuatu. Untuk beberapa minit, masing-masing hanya diam memerhati satu sama lain sebelum mereka bersalaman, dah macam baru bersetuju untuk sesuatu projek besar sahaja.

................................

“Umi balik dulu. Umi harap Mia dapat jaga Irfan baik-baik ya, dia nampak sahaja tegas tapi sebenarnya dia manja,terutama dengan nenek dia,”bisik Sharifah Aini kepada menantunya itu.

Sharifah Mia Atirah hanya tersenyum nipis, sekilas wajah suaminya yang sedang berbual dengan bapa mentuanya dipandang. Macam tak percaya pula suaminya itu seorang yang manja, kelakar pula bunyinya. Untuk seketika baru dia tersedar suaminya juga sedang memandangnya dengan senyuman manis, terus matanya dialihkan kearah lain. Berdegup-degup pula jantungnya kini.

“Mia jaga diri tau. Tapi Mia jangan risau anak umi tu tak cerewet bab-bab makanan ni,jadi kalau Mia masak apa-apa pun mesti dia makan,”pesan sharifah Aini dengan senyuman lebar. Bahu menantunya itu dipeluk erat. Rasa sayangnya pada menantunya ini tak dapat nak digambarkan. Yalah tak ada anak perempuan kan, jadi seronok pula bila dah ada menantu.

“Insyaallah umi. Umi pun jaga diri baik-baik, nanti kalau ada apa-apa Mia call umi. Terima kasih umi ya,”tubuhnya didakap erat oleh mak mentua. Sharifah marliana yang melihat sudah tersenyum lebar, syukurlah anaknya sudah boleh menerima takdir ini.

“Mar, terima kasih banyak ya. Aku bersyukur sangat dapat menantu macam Mia ni. Tolong tengok-tengokkan anak dan menantu aku ni ya,”kini sesama besan pula sudah berpelukan.

“Apalah yang kau merepek ni. Tukan anak dan menantu aku juga. Sebaliknya aku yang nak ucap terima kasih sebab terima anak aku. Insyaallah kita doakan sahaja yang jodoh mereka ni kekal sampai ke syurga,amin..”masing-masing mengaminkan doa ma itu. Tak terkecuali papa dan bapa mentuanya.

Sharifah Mia atirah menoleh kesebelah bila dirasakan ada seseorang yang sudah berdiri rapat dengannya. Wangian milik Syed Irfan Daniel sudah terbau-bau oleh hidungnya. Hmm...baru pertama kali bau kan sebab tu tak terbiasa lagi, tapi nanti mesti dia akan terbiasa. Tak perlu nak toleh pun mesti dah tau siapa empunya badan.

“Apa umi cakap dengan awak?”bisik Syed irfan Daniel dekat dengan telinga isterinya.

Naik meremang bulu roma sharifah Mia Atirah bila wajah suaminya begitu dekat.  Tanpa memandang wajah disebelahnya, sharifah Mia Atirah terus menjarakkan diri selangkah. Tanpa sedar tindakannya itu mengundang tawa dibibir syed irfan Daniel.

“Mana boleh bagitahu awak. Ini hal orang perempuan je,”berani pula sharifah Mia Atirah menjawab. Yalah sebab dah jauh selangkah kan jadi beranilah nak membalas.

Syed Irfan Daniel hanya mengangkat kening, berani pula isterinya ini ya. Kalau tadi bukan  main merah muka, comel je..

Sedang besan-besan itu menghabiskan masa untuk kali terakhirnya, pasangan pengantin baru hanya memerhati. Nak campur tak tahu pula apa yang nak dibualkan. Dalam seketika, sharifah Mia Atirah terasa seperti ada sesuatu yang melingkari pinggangnya. Bila dipandang bawah, tangan seseorang tengah sedap-sedap memelukknya. Tak payah teka pun dah tahu siapa punya angkara ni. Dengan wajah yang geram terus wajah suaminya dipandang tajam. Tapi lain pula reaksi syed Irfan Daniel, hanya senyuman manis yang terukir di bibirnya.

“Ha, tengok pasangan pengantin ni, mesra betul,”luah Sharifah Aini gembira. Kini Sharifah Marliana, Syed iqbal dan syed harun turut sama memandang dua anak muda ni. Masing-masing tersenyum sesama sendiri.

Untuk cover dan mematuhi syarat yang sudah dipersetujui, Sharifah Mia Atirah hanya tersengeh-sengeh. Tangan suaminya terus digenggam erat, kononnya macam suka bila diperlakukan begitu. Dengan ekoran mata sharifah Mia Atirah menjeling kesebelah, syed irfan Daniel tetap dengan wajah selambanya, malah boleh tersenyum-senyum pula. Ambil kesempatan betullah!!!!

......................

Pintu bilik dibuka dari luar. Baru nak melangkah masuk, kakinya terus mati untuk terus melangkah. Matanya memerhati segenap ruang bilik dengan kerutan di dahi. Lantai, dinding, apa yang dah jadi ni?

“Awak masuklah, buat apa tercegat dekat luar tu,”tegur Sharifah Mia Atirah sebaik sahaja terlihat kelibat suaminya di muka pintu sebaik sahaja dia keluar dari bilik air.

“Awak buat apa ni?”tanya syed Irfan Daniel tidak puas hati. Langkah kakinya terus diatur, pintu bilik ditutup rapat takut pula kalau mentuanya terdengar bicaranya dan isteri.

Sharifah Mia Atirah masih berwajah selamba. Dengan berhati-hati langkahnya diatur, takut pula kalau termasuk kawasan sempadan yang diciptanya sendiri. Terus tubuhnya dibaringkan diatas katil, bestnya.

“Untuk pengetahuan awak katil ni adalah kawasan larangan untuk awak. Ini adalah langkah pencegahan sebelum sesuatu yang tidak diingini terjadi, terutama macam siang tadi tu. Jadi saya harap awak tak langgar sempadan ini,”tegas suara sharifah Mia Atirah.

Apa yang dibalas suaminya?hanyalah ketawa dan gelengan. Terus syed irfan Daniel melabuhkan punggung dekat sofa. Sharifah Mia Atirah menjeling geram. Kerusi tu dah macam markas hak milik kekal syed irfan Daniel pula.

“Okey, apa-apa jelah. Tapi tandas tak ada sempadan kan?”sengaja syed irfan Daniel memerli, dia menyambung ketawa.

Sekilas wajah isterinya dipandang, nampaknya wajah putih itu kelihatan kemerah-merahan. Alahai, comel pula gamaknya...

“Geramnya cakap dengan awak ni. Malaslah nak layan,baik saya tidur,”terus badannya dihempas. Blanket tebal terus ditarik menutup seluruh tubuhnya.

Syed irfan Daniel sudah tersenyum nipis, kelakar dengan gelagat isterinya itu.

Sharifah Mia Atirah menghabiskan suapan yang terakhir. Secawan teh o suam diminum sampai habis. Sharifah Marliana dan Syed Harun hanya diam memerhati tingkah anaknya itu. Dah jadi bini orang pun macam perangai dulu juga, tetap tak berubah. Wajah menantunya yang hanya ringkas bert-shirt dan seluar track dipandang sekilas dengan senyuman kecil. Syed irfan Daniel hanya membalas pandangan mentuanya dengan senyuman nipis. Dia tahu apa sebenarnya yang difikirkan mentuanya, tapi dia tidak kisah asalkan sharifah Mia Atirah jadi diri sendiri.

“Okeyla, Mia pergi dulu ya. Ada meeting pukul 9 nanti,”beritahunya seraya bangun untuk berlalu. Tangan kedua ibu bapanya dicium, begitu juga pipi keduanya. Satu kebiasaan yang akan dilakukan sebelum berangkat kerja. Baru nak melangkah ke pintu, hampir tak perasan pula yang suaminya itu ada duk terpacak tengah makan. Jelingan ma memberi isyarat supaya dia melakukan yang sama pada syed Irfan Daniel. Dengan berat hati terus sahaja dia menghampiri syed irfan Daniel, lantas mencium tangan lelaki itu. Sekelip mata, satu ciuman hinggap pada dahinya, kaget sharifah Mia Atirah sebentar. Mata saling bertaut, terus Sharifah Mia Atirah mengalihkan pandang. Tergesa-gesa dia berlalu ke pintu dengan jantung yang berdegup tak stabil. Apa-apa je lah..

Baru kak Tina melintas hendak ke dapur, terus namanya dipanggil. Sharifah Mia Atirah terus menghampiri dan membicarakan sesuatu.

“Kak Tina tak perlu kemas bilik saya lagi ya, nanti saya kemas sendiri,”beritahu Sharifah Mia Atirah perlahan. Tak mahulah orang lain dengar nanti.

Kak Tina menoleh lantas tersengeh panjang.

“Boleh saja. Wah..baguslah Mia dah berubah lepas kahwin, lepas ni boleh masak pula ye,”puji kak Tina tersenyum panjang. Hal ini mesti diberitahu pada sharifah Marliana, mesti dia seronok mendengarnya.
“Insyaallah kak Tina. Mia nak belajar slow-slow..okeylah Mia pergi dulu ya,”pintanya sebelum meninggalkan pembantu rumahnya itu.

“Hmm...tak sampai seminggu kahwin dah mula kerja. Apalah budak Mia ni,”ngomel sharifah Marliana kesal. Wajah menantunya dipandang, tak naklah nanti menantunya ini terasa pula dengan tindakan anaknya ini.

“Tak apalah ma, lagipun nanti Mia nak cuti lama juga kan untuk honeymoon. Jadi irfan izinkan dia masuk kerja dulu, kalau tidak makin berlambak kerja yang tertangguh nanti,”respon syed Irfan Daniel bagi pihak isterinya untuk menyedapkan hati mentuanya itu.

“Betul juga cakap irfan ni..baguslah kalau kamu berdua saling memahami,lega hati papa. Kamu tak masuk pejabat ke hari ni?”tanya syed Harun yang sedang membaca akhbar.

“Belum lagi papa. Irfan masuk lusa, lepastu cuti semula untuk honeymoon,”senyum syed irfan Daniel.

“Baguslah kalau macam tu. Hmm...kamu berdua nak honeymoon dekat mana?kalau belum decide, ma boleh tolong carikan,”excited semacam sharifah Marliana memandang menantu dan suaminya silih berganti dengan senyuman lebar.

“Awak ni Mar, biarlah budak-budak ni fikir dulu. Biar pilih yang mana sama-sama suka, barulah romantic macam tu,”sela syed harun.

“Abang ni, saya nak tolong carikan aje bukannya saya nak ikut. Saya tahulah nak yang romantic, sebab abang dulu pun romantic juga kan,”balas sharifah Marliana manja.

Syed irfan Daniel sudah tersenyum nipis, suka dengan gelagat mentuanya ini. Biarpun dah berumur, malah masih bermanja-manja.

“Ma, papa, Irfan minta diri dulu ya. Nak pergi gym, dah lama tak bersenam,”ujarnya berura-ura untuk keluar.

“Hmm...baguslah kalau macam tu. Kita orang laki ni kena sentiasa jaga badan, biar nampak maintance je biarpun dah lama berumah tangga,”balas papa semangat.

Syed irfan Daniel mengangguk mengiakan. Betul juga, mungkin sebab itulah papa dan baba masih still kurus, Cuma perut je ada buncit sikit. Orang selalu kata, lelaki yang dah kahwin mula membuncit sebab isteri masak sedap sangat. Nasib baiklah isterinya tak pandai masak. Hahaha,  jahatnya mulut.

...........................

Sudah hampir sebulan syed irfan Daniel dan sharifah Mia Atirah mendirikan rumah tangga, dan sudah seminggu juga mereka hidup di rumah mereka sendiri. Macam biasa hubungan masih seperti dulu, Cuma yang berbezanya adalah tanggungjawab sudah bertambah. Hari ini hari minggu, dan malam ini mereka berdua dijemput ke majlis persandingan sahabat baik syed Irfan Daniel di hotel. Jadi,tak payah masaklah malam ni nampaknya.

“Dah siap ke?”tangan Syed Irfan mengetuk pintu bilik isterinya yang tertutup rapat. Malas lah pula nak redah je masuk biarpun dia berhak buat begitu. Nanti tak pasal-pasal dia berperang mulut dengan sharifah Mia Atirah.

“Hmm...kejap dah nak siap ni. Awak turunlah dulu,”balas sharifah Mia Atirah dari dalam. Syed Irfan Daniel hanya diam sebelum berlalu turun.

Panthouse yang dihadiahkan oleh neneknya sebagai hadiah perkahwinan mereka ini diterima Sharifah Mia Atirah tanpa banyak soal. Mujurlah tak membantah kalau tidak mesti nenek akan terasa hati. Punggungnya dilabuhkan dekat sofa lalu mencapai majalah kereta yang baru dibelinya semalam. Orang perempuan mesti bersiap lama jadi ada baiknya dia membaca dulu.

Beberapa minit menunggu, telinganya dapat mendengar bunyi pintu ditutup dari tingkat atas. Syed Irfan Daniel langsung tak menoleh, matanya masih memerhati setiap model kereta yang ada didalam majalah itu.

Sharifah Mia Atirah mengatur langkah menuruni tangga. Sesekali tangannya mengangkat kainnya yang labuh mencecah lantai. Nafasnya ditarik dalam. Bila terpandangkan suaminya yang sedang khusyuk membaca majalah dibawah, terus dia mencebik geram. Kalau nak diikutkan hati, mahu sahaja dia memakai apa-apa sahaja yang dia suka. Tapi,tup!Tup! Syed Irfan Daniel dah belikan baju lain pula dan suruh dia pakai untuk malam ni. Ceh! Kononnya nak pakai sedondon tapi cuba dia yang pakai baju macam ni?mahunya nak selak je rasanya.

Syed irfan Daniel meletakkan majalah yang dipegang diatas meja bila dirasakan yang isterinya sudah berdiri dibelakangnya.

“Jom,” ajaknya seraya bangun dan menoleh kebelakang. Terdiam sebentar syed irfan Daniel memandang tubuh yang sedang berdiri memandangnya itu. Atas bawah dia memandang isterinya itu, terpukau habis dibuatnya. Mana tidaknya, sharifah Mia Atirah begitu anggun dan mempesona malam ini dengan dress labuh berwarna ungu gelap yang dikenakan dengan selendang yang sedondon. Tak tahu pula dress yang dia pakai beli ni sangat sesuai untuk isterinya yang putih.

Merah muka sharifah Mia Atirah bila ditenung sebegitu. Dalam hati hanya Allah yang tahu betapa jantungnya berdegup kencang bila suaminya memandangnya sebegitu rupa. Yalah first time dipandang macam tu, mestilah berdebar kut.

“Err...boleh kita gerak sekarang?”sharifah Mia Atirah mematikan kesunyian. Seperti baru tersedar syed Irfan Daniel terus berdehem. Matanya terus dipalingkan kearah lain. Jantungnya juga sudah berdegup kencang.

“Awak nak pakai macam ni ke?”tanya syed Irfan Daniel bodoh.. Wajah isterinya dipandang sekilas, dengan wajah yang seperti sedang tidak puas hati.

Sharifah Mia Atirah memandang penampilannya atas bawah, apa yang tak kena? Wajah syed irfan Daniel dipandangnya dengan perasaan yang geram. Nak marah-marah kenapa pula?

“Kenapa? Kan awak yang suruh pakai baju ni, saya ikut jelah,”ngomel sharifah Mia Atirah selamba.

Syed irfan Daniel menelan liur, lidah dah terkelu tak tahu nak balas apa sebab memang dia pun yang suruh isterinya pakai macam ni, tapi tak tahulah pula tiba-tiba rasa berat hati pula nak biarkan aje.

“Err..awak pakai macam ni, nanti ada orang terpikat pula. Saya tengok ni pun dah terpikat,”ucapnya jujur, namun perlahan sahaja.

Sharifah Mia Atirah terdiam mendengar bicara suaminya itu. Biarpun perlahan seperti sedang bercakap sendiri namun tak mustahil dia boleh dengar. Berbunga sekejap hati sebab suami sendiri cakap macam tu, rasa macam dihargailah pula.

“Awak cakap apa?”soalnya pula berpura-pura. Nak tahu adakah suaminya merepek atau betul-betul maksudkannya.

“Tak ada apalah. Awak pakai macam ni ingat nak pergi ambil award ke apa ha?” terkejut dengan pertanyaan isterinya itu, sengaja syed irfan Daniel meninggikan suara lantas terus berlalu keluar. Nak cover gemuruhlah tu.
Sharifah Mia atirah memandang tajam syed irfan Daniel yang sudah berlalu meninggalkannya yang masih berdiri dekat pintu. Turun naik dadanya menahan geram. Nak gelak pun ada juga sebenarnya. Dia yang salah dengar tadi ke syed irfan Daniel yang merepek? Huh!

“Dia juga yang suruh pakai, ni nak marah-marah pula. Tak nak pergi karang baru tahu,”bebelnya sendiri sambil menutup pintu rumah. Syed irfan Daniel sudah menunggu di dalam lif peribadi panthouse mereka. Sharifah Mia Atirah terus berlalu masuk tanpa memandang suaminya. Dia hanya mendiamkan diri, biarpun dia tahu suaminya sedang memandang. Hatinya sakit sekarang, tak ada mood nak berbual-bual.

.............................

Sharifah Mia Atirah duduk dimeja kosong yang boleh menempatkan 10 orang tetamu sebaik sahaja mereka menyapa tuan rumah dan mengucapkan selamat pada pengantin. Matanya memerhati sekeliling, suaminya sudah hilang entah kemana. Suasana meriah majlis malam ini langsung tak menarik minat sharifah Mia Atirah. Yalah, dia merasakan begitu asing sekali. Tak ada sesiapa pun yang dia kenal, semuanya hanya kenal syed Irfan Daniel. 

Agaknya kalau dia tak datang pun tak apa kut. Makanan yang sudah terhidang diatas meja dipandang sekilas. Tekaknya langsung tak terasa nak makan apa-apa, hilang selera bila ditinggalkan keseorang macam ni. Satu keluhan dilepaskan,dadanya terasa tak sedap pula. Keadaan dewan hotel ini dipandang lama, majlis yang begitu meriah. Sedang mengexplore sempat juga matanya mencuri pandang dimana suaminya berada sekarang. Rasa tak sedap hati pula kalau tak nampak kelibat syed irfan Daniel, rasa seperti telah ditinggalkan ditempat asing ini.

Matanya berhenti dekat satu tempat. Sharifah Mia Atirah mencebikkan bibir. Syed Irfan Daniel sedang berbual mesra dengan  seorang wanita yang agak sebaya. Wanita tu siap main tampar-tampar pula dan syed Irfan Daniel hanya ketawa senang. Tengah asyik memerhati pasangan yang sedang bergurau senda itu, sharifah Mia Atirah disapa seseorang. Laju sahaja dia menoleh kebelakang. Hampir nak terjerit bila matanya melihat gerangan insan yang dirinduinya itu. Dah agak lama juga mereka tak bertemu, wajah itu sudah sedikit berubah. Dah ada sedikit janggut, hampir tak perasan pula.

“Boleh duduk?”tanya Mikail lembut. Senyuman manis dihulurkan buat Sharifah Mia Atirah. Rindu pula nak tengok senyuman dan wajah comel dihadapannya ini. Apa khabar dia sekarang agaknya?

“Duduklah, rindunya dah lama tak jumpa. Bila balik sini?kenapa Mia tak tahu pun?”sengaja dia memuncung, kononnya sedang merajuk. Kedua belah tangan memeluk erat tubuh.

Mikail mengangkat kening, sifat suka merajuk tu masih ada rupanya. Ingat ke dah lama tak jumpa dah berubah. Dengan selamba sahaja tangan Mikail menarik hidung mancung sharifah Mia Atirah, makin marahlah sharifah Mia Atirah dibuatnya.

“Sakitlah, “marahnya lagi namun Mikail hanya ketawa. Melihat kegembiraan diwajah itu, sharifah Mia Atirah tak jadi nak marah dia juga sudah turut ketawa senang hati.

Syed Irfan Daniel hanya memandang dari jauh. Pandangannya sudah tidak mampu untuk dialihkan dari terus memandang isterinya. Tiba-tiba hatinya terasa panas melihat adegan gelak ketawa antara sharifah Mia Atirah dengan lelaki disebelahnya itu. Salahnya juga sebab suruh Sharifah Mia Atirah pakai dress tu, kan dah ada peminat. Biarpun Katrina sedang bercakap dengannya, namun satu pun tak masuk kedalam kepala.

“Hmm..Kat, aku pergi sana dulu ya. Nanti nak balik call lah. Aku nak jumpa suami kau dulu,” pesan Syed Irfan Daniel tergesa-gesa. Hatinya sudah terpanggil-panggil untuk menghampiri isterinya.

“Okey, kau pun sama. Aku nak tengok siapa yang bertuah dapat jadi isteri kau tu, mesti cantikkan?”sela Katrina tersenyum panjang. Syed Irfan Daniel hanya tersenyum tawar. Cantik-cantik juga, tapi bahaya buat dirinya. Karang tak pasal-pasal dikebas orang. Eh, nak kebas apa lagi, dah memang sah jadi suami isteri pun.
Sebaik sahaja Katrina berura-ura untuk berlalu, laju sahaja langkah kakinya menghampiri Sharifah Mia Atirah. Bila dah semakin dekat, dia terus melangkah perlahan. Wajah terus berubah tenang dan macho.

Dengan selambanya syed Irfan Daniel mencelah diantara isterinya dan lelaki itu. Sharifah Mia Atirah mengerutkan dahi melihat kewujudan suaminya itu, berbeza pula dengan Mikail. Mikail hanya tersenyum lebar, memandang sharifah Mia Atirah dengan lelaki yang baru muncul itu silih berganti.

“Irfan Daniel, suami dia,”laju sahaja Syed Irfan Daniel mencelah, sengaja perkataan suami dia itu ditekankan. Tangannya dihulurkan lalu disambut kemas oleh Mikail. Mikail sempat mencuri pandang pada sharifah Mia Atirah yang hanya mencebik, masing-masing berbalas pandangan, nak tergelak pun ada.

“Hmm..Syed Mikail Syed Harun, abang dia,” perkataan 'abang dia' juga turut ditekan oleh Mikail. Berkerut dahi Syed Irfan Daniel, abang dia?

Sharifah Mia Atirah dah tahan ketawa, Mikail pula dah bantai ketawa sakan melihat perubahan diwajah syed Irfan Daniel itu. Syed Irfan Daniel hanya tersenyum malu, sempat lagi kaki isterinya disepak. Sharifah Mia Atirah baru nak marah, tapi melihat keadaan suaminya itu, timbul rasa kesianlah pula.

“Dahlah tu along, tak baik tau,”marah sharifah Mia Atirah.

“Okey, okey. Sorry la irfan ya,”kesal Mikail sebab syok sangat tergelak tadi. Dia tahu kesilapan ini terjadi sebab perasaan cemburu, memang logiklah. Kalau dia berada ditempat adik iparnya itu, belum tentu diapun boleh bersabar.

“Maaf sebab main redah je tadi,” balas Syed irfan Daniel malu. Malu bukannya apa, malu sebab nampak sangat yang dia cemburu tadi. Dipandang wajah isterinya disebelah yang tengah minum air, macam tak ada apa-apa. Tak perasan ke yang dia cemburu tadi?

“It’s ok. Hmm...sempat lagikan kalau aku nak ucapkan tahniah, selamat pengantin baru,”ucap Mikail gembira. Syed irfan Daniel hanya tersenyum, isterinya hanya mengangguk perlahan.

“Terima kasih banyak,”

“Jaga adik aku ni elok-elok, dia memang banyak kekurangan tapi hanya kaulah yang boleh melengkapkan kekurangannya itu,”ikhlas Mikail memesan kepada adik iparnya sebagai seorang abang. Hari tu dia tak dapat nak balik, semalam baru selamat sampai. Kebetulan pula tunangnya ajak pergi ke majlis sepupunya ni, sebab tu lah boleh jumpa.

“Insyaallah,”balasnya ikhlas. Wajah isterinya dipandang sekilas, wajah itu berubah mendung. Mungkin terharu dengan kata-kata abangnya itu. Perlahan-lahan, entah apa yang mendorong, berani sahaja syed Irfan Daniel mengenggam tangan isterinya dibawah meja. Kaget sharifah Mia Atirah dibuatnya, nak cuba tarik tak lepas jadi dengan geramnya dia hanya membiarkan. Syed Irfan Daniel hanya tersenyum sendiri.

...................

“Malam ni makan dekat rumah tak?”tanya sharifah Mia Atirah bila suaminya telefon dari pejabat. Dia juga masih di pejabat, tapi entah kenapa rajin pula nak masak malam ni.

“Kenapa? Awak nak masak ke?” suara syed Irfan Daniel seperti tidak percaya. Sharifah Mia Atirah mengetap bibir, perli nampak.

“Hmm...rasa macam nak masak. Awak makan dekat rumah ke tidak? Kalau tak malaslah saya nak masak nanti tak habis pula,”balasnya senada. Tanganya yang sebelah lagi sudah mengemas-ngemas meja. Berura-ura nak balik sebab nak singgah supermarket dulu.

“Okey, bukan masak nasi goreng lagi kan?”sempat lagi syed Irfan Daniel nak mengenakan isterinya. Mendengar ketawa suaminya itu makin panas je rasa hatinya tapi malas nak bergaduh.

“Malaslah layan awak ni, dah itu je yang saya pro nak buat macamana. Nak makan apa-apa ke?”tanyanya prihatin. Takut jugalah sepanjang mereka jadi suami isteri ni suaminya ada mengidamkan apa-apa tapi tak sampai hati nak cakap sebab tahu dia tak pro masak.

“Apa-apa je yang awak masak saya akan makan,”ucap syed Irfan Daniel perlahan, berjaya menggetarkan hati sharifah Mia Atirah.

Balik sahaja dari supermarket, terus sahaja Sharifah Mia Atirah berlalu untuk solat asar sebelum memulakan projeknya. Nak masak apa ya? Selain nasi goreng, satu lagi masakan yang boleh dikatakan pro adalah gulai lemak cili padi. Tadi masa nak cari lauk nampak pula udang galah. Dah lama tak makan, jadi terliur pula. Harap- harap dia makanlah ya.

Tepat jam 8 malam, syed Irfan Daniel baru selesai mandi dan bersolat. Dari atas lagi hidungnya sudah terbau-bau gulai lemak cili padi isterinya. Yang dia pelik apa rajin sangat isterinya hari ini. Fulamak! Sekali masak gulai terus, jangan main-main. Bila kaki dah menjejak tangga terakhir, matanya hanya memerhati sharifah Mia Atirah sedang mencedokkan nasi keatas pinggan. Wajah isterinya nampak penat, tapi tetap tersenyum sorang-sorang. Bila terlihat suaminya dekat tangga, terus sharifah Mia Atirah tersenyum nipis. Rasa puas dan seronok hanya tuhan yang tahu bila dirasakan dah macam menjalankan tanggungjawab seorang isteri dengan baik.

“Duduklah, nanti saya ambilkan gelas,”beritahunya sebelum berlalu ke dapur sebab syed Irfan Daniel hanya diam memerhati. Syed Irfan Daniel melihat lauk diatas meja. Ada udang galah masak lemak cili padi, ayam masak kicap dan sayur goring. Perlahan bibirnya menguntum senyuman nipis, terus punggungnya dilabuhkan. Bila sharifah mia Atirah melabuhkan punggung, mereka bersama-sama membaca doa dan menikmati makan malam ini.

“Sedap,”puji syed irfan Daniel sepatah. Matanya mencuri pandang kewajah isterinya yang sudah tersenyum nipis.

“Ini je yang saya reti masak selain dari nasi goreng. Arwah nenek yang ajar,”beritahunya perlahan sebelum menyambung makan. Syed Irfan Daniel hanya terseyum dan menyambung makan, nampak berselera betul. Air tangan isterilah katakan.


Sharifah Mia Atirah melabuhkan punggung dekat sofa bila selesai sahaja mandi dan solat isya tadi. Jam baru menunjukkan pukul 9.30 malam, selalunya mata dah mengantuk entah kenapa malam ni tak mengantuk pula. Syed Irfan yang sedang baring disofa satu lagi dipandang.

“Tengok cerita apa?”tanyanya bila dia melihat suaminya begitu khusyuk. Syed Irfan Daniel memandang sekilas sebelum sambung menonton.

“Hawaii five-0,”jawabnya sepatah. Sharifah Mia Atirah hanya mengangguk, tak tahu pun. Tubuhnya disandarkan, sempat lagi dia menggeliat. Leganya.

Syed Irfan Daniel menggaru perlahan lengannya yang hanya bertshirt lengan pendek. Sharifah Mia Atirah yang sedang menatap kaca tv dipandang sekilas, tak mahu isterinya perasan apa-apa. Rasa gatal semula, dia hanya menahan. Terus dia bangun dari pembaringan dan berlalu naik ke bilik. Sharifah Mia Atirah yang memerhati rasa tertanya-tanya. Mungkin nak ke tandas kut,tekanya. Beberapa minit, Syed Irfan Daniel masih tidak turun-turun. Matanya juga sudah semakin mengantuk, jadi difikirannya mungkin suaminya juga sudah tertidur. Tv ditutup, berlalu ke dinding untuk menutup lampu. Keadaan rumah menjadi samar-samar, hanya lampu dapur yang dibiarkan terpasang. 

Terus langkah diatur untuk masuk ke dalam bilik. Baru nak memulas tombol pintu, hatinya bagai terpanggil-panggil untuk menghampiri bilik syed Irfan Daniel. Baru nak dekat dengan pintu, hidungnya bagai terhidu bau ubat, makin dekat makin kuat. Bilik suaminya sudah gelap, jadi dia memberanikan diri untuk masuk. Perlahan tombol pintu dipulas, keadaan gelap menyukarkannya untuk melihat. Apa yang penting hidungnya terbau bau ubat yang kuat bila dia sudah melangkah masuk. 

Matanya mencari-cari kelibat suaminya, pencariannya terhenti bila sekujur tubuh sudah terbaring tanpa baju diatas katil. Tanpa fikir panjang terus sahaja tangannya menekan suis lampu. Bilik yang tadinya gelap sudah terang benderang. Membulat mata sharifah Mia Atirah bila terpandangkan belakang suaminya yang sudah bintik-bintik merah. Tubuh Syed irfan Daniel juga sudah bergerak-gerak, mungkin terganggu dengan cahaya terang ini.  Bila sahaja mata dibuka, terus dia memalingkan tubuh untuk melihat siapa yang sudah mengganggu tidurnya ini. Terkedu Syed Irfan Daniel bila melihat sharifah Mia Atirah sudah mengalirkan air mata sambil memandang tepat kearahnya. Tanpa disuruh terus sahaja Sharifah Mia Atirah mencapai ubat sapu yang ada diatas meja lalu duduk disebelah suaminya yang nyata terkejut. Dengan mata yang berkaca, dia memandang suaminya.

“Saya sapu boleh?”tanyanya menahan sendu. Sempat tangannya mengesat air mata yang masih mengalir. Terdetik rasa sayu pada hatinya melihat air mata sharifah Mia Atirah. Perlahan tangannya mengesat air mata yang masih mengalir itu dengan anggukan perlahan.

Bila dah dapat kebenaran, perlahan Sharifah Mia Atirah menyapu ubat sapu dibelakang suaminya. Bila melihat bintik-bintik merah itu, rasa bersalah mencengkam jiwanya. Makin tersedu-sedu tangisannya.

“Dahlah jangan menangis, sikit je,”pujuk syed Irfan Daniel lembut. Sesekali kepalanya ditolehkan kebelakang untuk melihat isterinya.

“Kenapa tak beritahu saya yang awak alah pada udang? Yang awak makan tu buat apa?”marah sharifah Mia Atirah dalam sendu. Syed Irfan Daniel hanya tersenyum nipis.

“Sebab ni first time awak masak untuk saya selain dari nasi goreng. Kan saya dah janji akan makan apa sahaja yang awak masak,”ucapnya memujuk. Bibirnya menguntum senyuman paling manis buat sharifah Mia Atirah. Perlahan tangan kasar syed Irfan Daniel memegang kedua belah pipi isterinya, air mata yang masih mengalir dikesat dengan tangan.

“Saya minta maaf, saya betul-betul tak tahu. Saya memang bukan isteri yang baik untuk awak,” makin sendu bicara Sharifah Mia Atirah. Air matanya makin galak mengalir, rasa sebak dan bersalah makin menjalar dalam hati.

Syed irfan Daniel menggelengkan kepala. Kesian pula melihat isterinya menangis tersendu-sendu jadinya. Entah apa yang menariknya, terus sahaja tubuh sharifah Mia Atirah ditarik kedalam pelukan. Kaget sharifah Mia Atirah, namun tidak pula dia menolak mahupun melawan. Tiba-tiba rasa selamat pula bila dipeluk, rasa dihargai. Makin rancak tangisannya didalam pelukan syed Irfan Daniel.

‘Ya Allah alpanya aku dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Kau ampunkanlah hambaMu ini Ya Allah,’ rintihnya dalam hati.

Syed Irfan Daniel mengusap lembut kepala isterinya. Biarlah tubuhnya sudah basah dek air mata sharifah Mia Atirah, dia bersyukur.


Hampir jam 11 malam, sharifah Mia Atirah sudah mahu melangkah keluar. Blanket tebal dihujung kaki syed Irfan Daniel ditarik perlahan menutupi sebahagian tubuh suaminya. Untuk seketika, sharifah Mia Atirah mengambil kesempatan ini untuk menatap wajah lelaki yang sudah menjadi suaminya ini. Syed irfan Daniel kelihatan sudah lena bila dah makan ubat tahan sakit sebentar tadi. Perlahan tangannya mengusap lembut pipi syed Irfan Daniel. Nasib baiklah tak berapa serius. Kalau tidak dia akan berasa berdosa sepanjang hidup. Tanpa sedar bibirnya menguntum senyuman nipis. Masih terbayang saat dia menangis tersesak-esak tadi didalam pelukan syed irfan Daniel tadi, malunya.

Tangannya menutup suis lampu, sekali lagi dia menoleh pada wajah suaminya dengan senyuman nipis. Pintu bilik ditutup rapat. Sharifah Mia Atirah menarik nafas lega, terus kakinya melangkah masuk ke dalam biliknya.

……………………….

Sudah hampir seminggu lepas kejadian malam itu. Syukurlah, benda seperti itu tidak akan terjadi lagi. Sharifah Mia Atirah akan lebih berhati-hati. Hari ini, dia pulang awal dari biasa. Syed Irfan Daniel ada beritahu yang neneknya akan sampai malam ini, jadi dia harus bersiap-siap. Barang-barang syed Irfan Daniel juga sudah dialihkan kedalam biliknya. Semuanya harus nampak normal dimata nenek.

“Hmm…awak masak apa hari ini?”Tanya Syed Irfan Daniel sebaik sahaja terpandangkan Sharifah Mia Atirah di dapur.

Sharifah Mia Atirah menoleh kebelakang, wajahnya menunjukkan yang dia sedang kebuntuan sekarang. Kalaulah ma tahu mesti kena bebel. Yalah, orang suruh belajar tak mahu, kan dah jadi macam ni.

“Tak tahulah awak, saya pun tengah pening ni. Nasi goreng boleh?” tanyannya sambil memandang suaminya yang sudah menggeleng laju.

“Not this night ok. Hmm…lauk apa ada dalam freeze tu?” syed irfan Daniel sudah mengalihkan pandangan pada peti ais dua tingkat itu. Sharifah Mia Atirah terus mengeluarkan lauk-lauk yang baru dibelinya pagi tadi.

“Ada ayam, sotong,ikan siakap. Tadi ada beli sayur kangkung, dah lama tak makan,” beritahunya dan terus meletakkan lauk-lauk ke dalam sink.

Syed Irfan Daniel menepuk tangan lalu berlalu untuk mengambil apron. Sharifah Mia Atirah hanya memandang lagak suaminya itu.

“Awak nak buat apa?”tanyanya pelik. Syed Irfan Daniel hanya tersenyum sebelum berdiri dekat sink, bersiap sedia untuk memasak.

“Nak masaklah habis nak buat apa lagi,”jawabnya senada. Sharifah Mia Atirah mencebik, terus dia berdiri disebelah suaminya untuk kepastian.

“Awak pandai masak ke?”sengaja dia menduga. Syed Irfan Daniel menoleh sekilas dengan senyuman.

“Look and see,”Syed Irfan Daniel berkata bangga.

........................

“Sedapnya. Pandai cucu nenek masak ya,”puji Sharifah Diana sebaik sahaja selesai menjamu selera dengan cucu-cucunya. Pandangan matanya dihalakan kearah Sharifah Mia Atirah yang hanya tersengeh. Memanglah sedap sebab syed Irfan Daniel yang masak.

“Aah, sedap betul. Selera betul abang makan tadi,” ujar syed Irfan Daniel tersenyum panjang. Sempat matanya melirik kearah isterinya yang sudah memandangnya tajam.

“Baguslah macam ni, bertuah Irfan dapat isteri macam Mia ni. Tak sia-sia nenek suruh cari wanita melayu, kan berbaloi,”

“Memang berbaloi-baloi pun. Thanks a lot nenek, I love you,” selamba sahaja Syed Irfan Daniel mencium pipi neneknya itu. Terperanjat sharifah Mia Atirah, namun buat-buat selamba sahaja. Memang betullah umi cakap yang syed Irfan Daniel ni manja dengan nenek, tak disangka-sangka.

“Hish budak ni, malulah depan Mia tu. Dah kahwin pun nak bermanja-manja lagi. Nak manja, manjalah dengan Mia nanti,”balas nenek sempat lagi tersenyum nakal memandang cucu-cucunya silih berganti. Merah muka sharifah Mia Atirah dibuatnya, syed irfan Daniel pula hanya tersenyum lebar.

“Nenek nak naik rehat dulu la. Nanti esok Mia teman nenek shopping ye,”ajak Sharifah Diana lembut.

“Insyaallah nenek. Esok kita habiskan masa jalan-jalan je. Biar mia temankan nenek ke bilik ya,”Sharifah Mia Atirah juga sudah bangun untuk memimpin nenek ke bilik. Sharifah Diana hanya tersenyum dan mengangguk.

“Kejap Irfan ya, nenek nak pinjam isteri kamu sekejap,”sengaja nenek mengelip mata pada cucu kesayangannya itu.

“Okey, tapi jangan lama-lama ye nenek,”balas syed Irfan Daniel selamba sehingga membuatkan wajah sharifah Mia Atirah berubah merah, malu kut.

Sharifah Mia Atirah memulas tombol pintu perlahan. Tadi bila dia mencuri pandang kebawah, kelibat suaminya sudah tidak kelihatan, pastinya sudah berlalu masuk ke dalam bilik. Baru nak melangkah masuk, telinganya dapat menangkap suara orang sedang berbual-bual. Dia berhenti sekejap untuk mencuri dengar.

“Hmm…okey baba. Nanti irfan uruskan. Irfan bagitahu Mia malam ni, hmm…nenek dah tidur. Mia temankan tadi, ok. Insyaallah, kirim salam umi ya, assalamualaikum,” talian dimatikan. Tangannya meraup muka, telefon diletakkan diatas katil.

Sharifah Mia Atirah melangkah masuk, bila terpandangkan suaminya terus sahaja dia tersenyum nipis. Syed irfan Daniel mengangkat muka membalas senyuman itu. Sharifah Mia Atirah melabuhkan punggung disebelah suaminya, dirasakan seperti ada sesuatu yang ingin dia katakan.

“Hmm…baba kirim salam,”

“Waalaikummussalam. Baba dengan umi sihat?” tanyanya prihatin. Syed irfan Daniel hanya mengangguk perlahan.

“Esok saya nak outstation seminggu,”beritahunya perlahan.

“Hmm…okey. Dekat mana?”Tanya sharifah Mia Atirah lembut. Sebenarnya hatinya mula terdetik rasa sedih sebab ini kali pertama mereka akan berjauhan. Namun sempat lagi dia mengusir rasa yang mula bertamu ini.

“Jepun. Nanti tolong saya pack barang ye?”pintanya, sempat lagi dia tersenyum nipis. Sharifah Mia Atirah hanya mengangguk perlahan, entah kenapa sekarang dia benar-benar rasa sedih, nak menangis. Jepun? Jauhnya..dah lah seminggu. Terpandangkan perubahan diwajah isterinya itu, syed irfan Daniel hanya terdiam. Apa maksud perubahan diwajah isterinya ini?

“Pergilah tidur, nanti penat pula esok. Saya pun dah mengantuk ni,”sharifah Mia Atirah sudah mahu bangun untuk berlalu ke tandas sebelum masuk tidur namun tangannya dipegang seseorang. Matanya memandang wajah suaminya yang sedang memandang dengan pandangan redup. Tak jadi nak bangun, dia terus duduk kembali. Genggaman tangan semakin erat, Sharifah Mia Atirah hanya membiarkan sahaja. Lama masing-masing hanya mendiamkan diri, melayan perasaan. Sehingga kedua-duanya tertidur entah pukul berapa.

…………………………..

“Nenek nak makan apa-apa ke?”Tanya sharifah Mia Atirah lembut sebaik mereka keluar dari The Store. Pagi tadi, syed Irfan Daniel sudah berangkat ke Jepun selama seminggu. Hmm..bolehkah dia mengusir rasa semacam dalam hati ini?

“Jom kita makan mee nak? Nenek teringin nak makan mee bandung la,”ajak nenek ceria. Sengaja dia menceriakan suara sebab balik je dari menghantar syed Irfan tadi, wajah cucu menantunya ini sudah berubah sepi, sedih barangkali. Yalah, masih dalam mood pengantin baru.

“Okey. Mia tahu kedai mana yang best, nenek mesti suka. Jom nenek,”

Kedua-duanya berlalu kearah kereta. Sampai sahaja sharifah Mia Atirah dan Sharifah Diana terus memesan dua pinggan mee bandung untuk makan tengahari mereka. Dalam senyuman dan gelak ketawa, masing-masing menikmati makan tegahari mereka itu.

Selesai solat maghrib, Sharifah Mia Atirah membaringkan sekejap tubuhnya diatas katil. Apa yang syed Irfan Daniel buat sekarang ye? Entah kenapa kepalanya tiba-tiba sahaja mula terasa berat, badannya juga mula terasa sakit-sakit. Tangan kanannya memicit dahi sebab kepala terasa pening sangat. Sempat tak,nak tidur sekejap?tapi kesian pula dekat nenek sorang-sorang. Matanya dipejam rapat untuk seketika sebelum digagahkan diri untuk bangun. Perlahan langkah kakinya diatur menuruni anak tangga. Sesekali tangan memegang kepala, perut pula dah rasa tak sedap. Sharifah Mia Atirah membuka laci dan mencapai dua biji panadol. Air kosong diatas meja dicapai lalu menelan duit biji panadol untuk mengurangkan pening.

“Mia, kenapa ni?”Tanya nenek sebaik sahaja menghampiri cucu menantunya itu. Sharifah Mia Atirah hanya tersenyum tawar.

“Mia okey nenek. Nenek nak makan?biar Mia hidangkan ya,”langkah kakinya sudah berlalu kedapur. Sharifah Diana menggeleng perlahan, cucunya ini nampak tidak kena sahaja. Baru sahaja mencapai pinggan, terus sahaja Sharifah Mia Atirah berlari kearah tandas. Habis terkeluar isi perut yang dihadamnya siang tadi, berair-rair matanya ketika muntah. Sharifah Diana terus menggosok belakang cucunya, hatinya sudah rasa semacam.

“Minum air ni Mia,”segelas air kosong dihulurkan buat cucunya yang sudah terbaring lemah diatas sofa depan tv. Kalau nak naik nampaknya cucunya tidak larat jadi ada baiknya biar dia tidur sebentar. Wajah Sharifah Mia atirah sudah kemerah-merahan, hidungnya juga. Sharifah Diana memegang dahi cucunya, panas!

“Nenek, Mia minta maaf dah menyusahkan nenek ya,”Sharifah Mia Atirah cuba bangun dari duduknya tapi cepat sahaja dihalang.

“Tidurlah, jangan pergi mana-mana. Nenek pergi ambil selimut sekejap ya,”beritahu nenek sebelum berlalu naik kebilik. Sharifah Mia Atirah hanya memandang dengan ekoran mata. Tak semena-mena air matanya mula mengalir. Entah kenapa hatinya rasa sangat rindu pada suaminya sedangkan tak sehari pun lagi mereka berpisah.  Bibirnya diketap menahan tangis, tak mahu nenek ketahuinya. Sharifah Diana hanya memandang dari jauh, hatinya juga dipaut rasa sayu. Perlahan-lahan bibir mengukir senyuman, cuba menceriakan keadaan.

“Mia, ni selimut ya. Nak nenek call Irfan ke?”Tanya nenek lembut sebaik sahaja menutup seluruh tubuh cucunya itu. Sharifah Mia Atirah menggeleng perlahan. Luar kata tidak namun hati meronta-ronta. Apakan daya, air matanya mengalir kembali. Sharifah Diana sudah melabuhkan punggung dekat dengan cucunya, kepala cucunya dipanggung. Teresak-esak tangisan sharifah Mia Atirah.

“Kenapa Mia rindu sangat dekat dia?kenapa nenek?”tersendu-sendu suaranya tenggelam dalam tangisan. Sharifah Diana hanya mengangguk-ngangguk. Satu ciuman hinggap pada ubun-ubun sharifah mia Atirah. Air matanya juga sudah mahu mengalir melihat derita batin cucunya ini.

“Jangan macam ni Mia. Mia kena kuat. Baru sehari Irfan pergi Mia dah demam macam ni. Macamana nak tunggu untuk seminggu?”nenek cuba memujuk. Sharifah Mia Atirah tidak menjawab, hanya tangisan yang kedengaran. Cincin yang tersarung pada jari manisnya dipandang, terus dia menciumnya. Baru sekarang dia tahu bagaimanakah rasanya merindui seseorang itu.

Sharifah Mia Atirah memandang jam di dinding, baru pukul 11 pagi. Hari kedua Syed irfan Daniel ke jepun. Semalam bila nenek nak call syed Irfan Daniel dia menolak, tapi hari ini dia terasa rindu pula untuk mendengar suara itu. Telefon rumah dipandang sepi, dalam hati sudah berkira-kira kalaulah syed Irfan Daniel akan menelefon, tapi hampa. Sharifah Mia Atirah sudah tak pening kepala, cuma sakit-sakit badan je. Yang paling ketara adalah matanya sembab sebab menangis semalaman.

“Mia, nenek nak keluar sekejap ya,”beritahu nenek yang sudah bersiap-siap. Sharifah Mia Atirah memandang pelik, pakai cantik-cantik nak pergi mana?

“Nak kemana nenek? biar Mia temankan ya, tunggu Mia salin baju dulu,”sharifah Mia Atirah sudah berura-ura untuk bangun.

“Tak apalah Mia, lagipun nenek nak keluar lama ni. Dah lama tak jumpa kawan nenek, jadi nak jumpa hari ini. Mia berehatlah dekat rumah ya, jangan buat kerja berat sangat ya,”pesan nenek lagi.

“Mia minta maaf nenek,”sharifah Mia Atirah mula rasa bersalah. Dia sepatutnya menemani nenek tapi dia pula boleh demam. Apa nak jadi lah sharifah Mia Atirah oii..

“Tak apa, nenek tak kisah pun. Apa yang penting Mia banyakkan rehat ya. Kalau ada apa-apa Mia terus call nenek ya. Dahlah pergi naik berehat,”Sharifah Mia Atirah hanya mengangguk perlahan. Sempat lagi tangan neneknya dicium sebelum wanita itu berlalu pergi.

Bunyi telefon dari arah biliknya menarik perhatiannya. Bila sahaja pintu ditutup, terus sahaja dia berlari naik. Telefon bimbit yang sedang menyanyi minta diangkat dipandang sekilas. Nama pemanggil pada skrin membuatkan hatinya berubah gembira dan sayu. Jadi dia hanya membiarkan sahaja panggilan itu berlalu biarpun hatinya sudah meronta-ronta dengan kebodohan sendiri. Bila telefon sudah berkali-kali berbunyi dan berhenti, akhirnya hanya mesej yang masuk.

‘ Salam. Awk apa khbr? Nenek ckp awk dmm, dh ok ke? Knp x angkt call? Awk mrh sy?’

Sharifah Mia Atirah mengalirkan air mata. Terus telefon bimbitnya di baling ke atas katil. Lututnya sudah terketar lalu terduduk diatas lantai. Teresak-esak sharifah mia Atirah menangis. Tangannya mengetuk dada berulang kali.

“Kenapa sakitnya rasa rindu ni? kenapa sakitnya bila dah jatuh cinta? Bodohnya kau Mia sebab tak nak akui semua ini, kau memang manusia paling bodoh,”bidasnya pada diri sendiri. Wajahnya sudah basah dek air mata.

Hari ketiga, jam 12 tengahari. Sharifah Mia Atirah baru selesai mencuci pinggan lalu menghampiri tv. Nenek juga baru melabuhkan punggung. Kepala cucunya itu diusap lembut, Sharifah Mia Atirah hanya tersenyum tawar.

“Mia tak makan apa-apa pun lagi, tak lapar ke?”Tanya sharifah Diana lembut. Sharifah Mia Atirah hanya mengeleng perlahan.

“Tak ada seleralah nenek. Nanti kalau Mia lapar, Mia makan ya,”balasnya perlahan.

“Hmm…Irfan call nenek semalam. Dia tanya keadaan Mia. Mia tak angkat call dia?risau juga dia dibuatnya,”beritahu nenek sambil memandang cucunya yang sudah terdiam itu. Kronik betullah macam ni, baru masuk hari ketiga.

“Mia tak perasan kut, nanti Mia call dia semula,”balas Sharifah Mia Atirah perlahan. Nafas ditarik dalam, hatinya sedang meronta-meronta.

“Mia marahkan irfan ke? Dia pergi sebab ada kerja, Mia jangan salah anggap pula ya,”pujuk nenek.

“Mia tak marahkan dia, Mia cuma marahkan diri mia sendiri. Bila depan mata Mia buat tak nampak, bila dah jauh mulalah Mia tercari-cari,”ucapnya lirih. Sharifah Diana hanya mengangguk faham.

Jam 5 petang, nenek dah berangkat balik ke Brunei. Sharifah Mia Atirah sudah berlalu masuk kedalam bilik, nak merehatkan diri. Bunyi gendang dalam perutnya langsung tidak dipedulikan sebab tekaknya memang tak boleh nak terima apa-apa. Perlahan matanya dipejam erat, dibuai sehingga dia terlena.

Bunyi azan maghrib menyedarkan sharifah Mia Atirah dari tidurnya. Terus sahaja dia beristighfar, nasib baik tak terlepas. Perut yang kosong makin bising minta diisi. Niatnya mahu mengambil roti di bawah untuk mengalas perut. Baru pintu bilik dibuka, telinganya dapat menangkap bunyi dari arah dapur. Sharifah Mia Atirah mengerutkan dahi, langsung tak berprasangka buruk. Nenek patah balik ke?

“Nenek, nenek,”panggilnya perlahan sambil berjalan menghampiri dapur. Namun tiada sahutan membuatkan sharifah Mia Atirah mahu mencuri pandang. Langkah kakinya berjalan masuk kedapur, baru angkat muka terus dia terdiam. Sebatang tubuh yang amat dirinduinya kini berada didepan mata. Perlahan tangan menggosok mata. Mimpi ke berangan?

Syed Irfan Daniel ketawa kecil melihat perubahan wajah isterinya itu. Sampai gosok-gosok mata segala, ingat mimpi ke apa ha? Spontan sahaja dia menghampiri isterinya, satu ciuman dihadiahkan pada dahi sharifah Mia Atirah. Terkedu sharifah Mia Atirah dengan tindakan drastik itu, perlahan air mata mengalir lagi. Banyak betul dia menangis semenjak dua menjak ni. Terkejut syed Irfan Daniel, namun dia sekejap sahaja lepastu terus dia tersenyum gembira.

Baru ingin membuka mulut, terus sharifah Mia Atirah memeluknya erat. Teresak-esak tangisan isterinya. Syed irfan Daniel terus membalas erat pelukan isterinya.

“Kenapa menangis ni?” syed irfan Daniel bersuara perlahan. Tapi isterinya tidak menjawab, hanya diam.

“Awak tinggalkan saya sendiri, saya rindu..”tanpa malu dan segan, akhirnya terkeluar juga ayat yang dah bertandang dalam hatinya sejak beberapa hari ini. Syed irfan Daniel makin mengeratkan pelukan, bibirnya tersenyum senang.

“Saya pun rindukan awak, sebab tu saya balik awal. Manja betullah sayang abang ni, baru tiga hari dah demam-demam, belum abang pergi setahun,”sela syed irfan Daniel dengan nada mengejek. Sharifah Mia Atirah menolak tubuh suaminya, air mata dikesat. Kaget syed irfan Daniel dibuatnya.

“Nenek bagitahu ya?”sengaja sharifah Mia Atirah buat-buat merajuk. Syed irfan Daniel sudah mampu tersenyum gembira. Terus tubuh isterinya dirangkul dari belakang. Sharifah Mia Atirah hanya tersenyum senang.

“Abang, Mia laparlah. Abang masak apa ye?”suaranya sudah berubah ceria. Kepalanya sudah disandarkan pada dada bidang suaminya. Syed Irfan Daniel meletakkan dagunya pada bahu sharifah Mia Atirah, laju sahaja pipi mulus itu dicium lama.

“Abang masak bubur kasih sayang untuk isteri abang ni,”balasnya selamba. Pelukan dileraikan. Kini kedua belah tangan sharifah Mia Atirah sudah memeluk erat leher suaminya. Disebabkan syed Irfan Daniel ni tergolong dalam golongan orang-orang yang tinggi, jadi terpaksalah sharifah Mia Atirah menjongketkan kakinya lantas membalas ciuman suaminya dekat pipi. Makin lebar senyuman suaminya itu.

“Terima kasih abang, terima kasih sebab terima Mia dalam hidup abang,”bisiknya perlahan, dekat dengan telinga suaminya.

Syed irfan Daniel memandang tepat ke dalam anak mata sharifah Mia Atirah. Dia nampak keikhlasan dari kata-kata isterinya itu. Perlahan tubuh sharifah mia Atirah dicempung, menjerit kecil dia dibuatnya.

“Abang buat apa ni?”tanyannya gelabah. Syed irfan Daniel hanya tersenyum jahat.

“Nak masuk biliklah ,nak pergi mana lagi,”jawabnya berpura-pura bodoh. Sharifah Mia Atirah mengetap bibir, bukannya boleh percaya.

“Mia tak mandi lagi, tak solat lagi ni,”laju sahaja dia membalas. Syed Irfan Daniel tersenyum nakal, hidung mancung isterinya dicuit.

“Yalah sayang, abang tahu. Abang saja nak dukung sayang, tak salahkan?”tanyanya menggoda. Sharifah Mia Atirah sudah kehilangan kata. Dia hanya tersenyum dan membiarkan sahaja dirinya dicempung sampai kebilik.
Dalam hati Sharifah Mia Atirah mengucap syukur. Terima kasih ya Allah kerana kau hadirkan cinta dalam hati ini dan kau terbitkan kesedaran sebelum aku menerima kekesalan.

SEKIAN ^____^



Followers