SELAMAT DATANG KE BLOG SENYUMLAH SELALU.TERIMA KASIH KERANA MELAWAT.
WELCOME TO SENYUMLAH SELALU BLOG.THANK YOU FOR VISITED.

Saturday, February 5, 2011

Andai ada senyuman 2

Amira berdiri memerhati keadaan sekeliling jeti.Ramai betul orang hari ini ye.Biasalah sekarangkan musim cuti sekolah,pastinya ramai ibu bapa yang ambil kesempatan ini untuk bawa anak-anak makan angin.Pulau Langkawi,satu tempat yang tidak asing lagi untuk dipilih sebagai tempat percutian orang tempatan mahupun pelancong asing.Tapi seumur hidupnya,inilah kali pertama dia bakal menjejakkan kaki ke pulau bebas cukai itu.Orang kata beli coklat di sana lebih murah,jadi Amira mesti ambil kesempatan ini untuk borong bawa balik.He..he alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.Tapi tunggu sekejap?penginapan macamana?jangan katalah kena cari sendiri.Amira menarik nafas,dapat dihidu bau air laut menyerbu masuk ke dalam hidungnya.Dia pandang belakang,cuba cari orang yang bernama Iskandar.Tadi lelaki tu pergi beli tiket,tapi sampai sekarang masih tak muncul lagi.Ramai orang agaknya yang beratur untuk beli tiket.Penat berdiri,Amira beralih ke arah kerusi yang baru sahaja kosong.Bagasi yang dibawanya masih di pegang,takut hilang pula.Bagasi Iskandar pula?dia angkut sama pergi beli tiket.Takut sangat orang nak ambil bagasi dia tu.Matanya memandang sekeliling,tiba-tiba dia terpandangkan sesuatu.Seorang budak lelaki,mungkin dalam lingkungan 7-8 tahun sedang terduduk sambil menangis.Orang yang lalu lalang pula buat tak tahu saja,orang tua budak tu pun tak kelihatan.Adakah dia sesat?tanpa fikir lagi Amira terus menghampiri budak itu.

"Adik,mak adik mana?"tanyanya lembut.Amira melutut menghadap budak lelaki itu.Seperti tadi juga,budak itu tetap menangis,lagi kuat adalah.Amira jadi serba salah,nak buat macamana ni?

"Kenapa ni?"suara seseorang dari arah belakang.Amira menoleh sekilas,oh..Iskandar.

"Budak ni sesat rasanya.Dari tadi menangis,"beritahu Amira.Kelihatan Iskandar hanya mengangkat kening lalu memandang budak di depan mereka ni.

"Nama siapa?"tanya Iskandar tegas,masih memandang budak itu.Budak tu berhenti menangis,terus angkat muka pandang Iskandar.Amira juga pandang lelaki tu.Hish!Tak boleh cakap baik-baik ke?suara tu macam nak marah orang je,menakutkan.Sudahlah muka tu dah tak senyum,jadi Iskandar dulu balik.

Tak semena-mena budak tadi bangun dan terus berlari.Amira memandang budak tu yang dah hilang di tengah-tengah orang ramai.Amira menarik nafas,sabar jelah.

"Ni encik punya pasallah ni.Tanya macam nak marah,mestilah budak tu takut.Sekarang dia dah lari,macamana kalau mak dia cari?"bebel Amira sambil pandang Iskandar yang bermuka selamba saja.Memang tak ada perasaan!

"Budak tu yang nak lari siapa suruh.Mesti buat kerja jahat tu,kalau tidak saya tanya kenapa dia mesti lari?"jawabnya sinis,serkap jarang!Amira sekadar diam sahaja.Susah cakap dengan orang yang tak ada hati dan perasaan ni.

"Ikut enciklah.Tapi logik ke budak besar tu pandai buat kerja jahat?kalau encik yang buat kerja jahat boleh juga saya percaya,"Amira mula geram.Iskandar sekadar mencebik,lain benar mukanya.

"Itulah perempuan,nampak orang muka baik sikit je ingat orang tu baik.Budak pun mana kita tahu.Apa awak ingat ada ke orang jahat yang hensem macam saya ni?"tanya Iskandar sambil mengangkat kedua belah keningnya.Amira tersengeh sendiri.Ceh!Masuk bakul angkat sendiri,perasan betul mamat sorang ni.

Tiba-tiba bunyi riuh kedengaran tidak jauh dari tempat mereka berada.Amira dan Iskandar saling berpandangan sebelum masing-masing menghalakan pandangan ke arah kawasan orang berkerumun.Kelihatan beberapa orang anggota security guard berlari tergesa-gesa sehingga hampir terlanggar tubuh Amira.Sepantasnya tubuh genit Amira di tarik Iskandar sehingga mendorong dia untuk tersembam pada dada bidang lelaki itu.Tunggu sekejap!Tangan tengah pegang mana ni?Amira telah liur,matanya perlahan-lahan memandang tangannya yang tengah duk sedap mendarat dekat dada lelaki tu.Dapat rasa betul muscle yang ada,mesti kuat senam ni..

"Hmm...Amira tak apa-apa?"kedengaran suara lelaki itu dekat di telinganya.Dengan sepenuh sedarnya,Amira menjauhkan diri dari lelaki itu.Panasnya muka ni,malu!Jantung pula laju semacam je.

"Ok..ok..terima kasih ye,"ujarnya tergagap-gagap,cuba kawal rasa gugup.

"Tumpang lalu ye.Sila berikan laluan,"arah seorang anggota tadi.Amira dan Iskandar turut beralih untuk memberi laluan.Baru angkat muka sahaja,membulat mata Amira memandang budak lelaki yang menangis tadi sudah ditahan anggota-anggota security guard.Wajah itu nampak sayu dan kesedihan.Yalah budak baru umur sebegitu,tentu sekali belum tahu apa-apa.Kesiannya,tapi apa yang sudah berlaku?adakah apa yang Iskandar maksudkan tadi benar-benar berlaku?

"Encik,apa yang berlaku ni?"entah dari mana suara itu datang.Amira berminat nak tahu juga,jadi dia cuba curi-curi dengar.Hujung matanya sempat menoleh Iskandar yang nampaknya tengah pandang dia juga.Tak apa,relaks-relaks..

"Ada kes kecurian tadi.Tapi jangan khuatir,semuanya sudah dibereskan.Pesalah juga akan kami ambil tindakan supaya kejadian macam ni tak berulang lagi,"beritahu salah seorang anggota tadi.Orang yang bertanya tu mengangguk sahaja dan terus berlalu bersama ahli keluarganya.Amira pula?masih tercegat memikirkan apa yang sudah berlaku.Betul ke budak tu yang mencuri?tapi kenapa?siapa pula yang bertanggungjawab mengajar budak sebesar itu mencuri?memang satu kenyataan yang agak sukar nak percaya,tapi memang inilah yang di namakan realiti hidup kan?

"Dah habis termenung?boleh kita gerak sekarang?"Iskandar sudah berdiri disebelahnya.Amira menoleh sekilas lantas mengangguk.Mesti Iskandar nak gelakkan dia kan?tapi berlagak cool je.Yalah tadi bukan main lagi dia nak menangkan budak tu.

Iskandar menghulurkan tiket untuk dua orang kepada pekerja yang menjaga pintu masuk feri.Amira hanya mengikuti dari belakang.Nasib baik bagasi ni tak banyak barang,jadi taklah berapa berat.Dan secara kebetulannya pula,bagasi Iskandar tu pun sebiji dengan yang Amira punya.Entah beli tempat sama kut,suka hatilah!

"Nak duduk dekat tingkap boleh?"pinta Amira sebaik melihat Iskandar sudah melabuhkan punggung pada kerusi.Lelaki itu hanya memandangnya sekilas,tak cakap apa-apa pun.

"Tak apalah,"Amira malas nak merayu-rayu.Terus dia bersandar pada kerusi kosong disebelah lelaki itu.Biarpun memang dia berharap sangat dapat duduk dekat tingkap sebab boleh tengok permandangan pulau-pulau lain,tapi dia juga bukan jenis yang suka memujuk rayu.Tak ada masa ye nak buat semua tu.Masing-masing hanya diam,buat hal sendiri.Memang Iskandar pagi tadi dah berubah jadi Iskandar yang dulu,seorang yang sukar nak di fahami.Ingat ke dah berubah sepenuhnya.

"Saya nak tidur sekejap,nanti kejutkan ye,"beritahu Iskandar.Amira menoleh kesebelah,lelaki itu sudah pejamkan mata dan sedang memeluk tubuh.Mata Amira gatal pula pergi memerhati segenap tubuh lelaki itu.Hmm..memang nampak tough badan dia ni,kenapa dulu tak perasan yek?

"What your looking ha?"tanya satu suara mengejutkan Amira yang duk sedap memerhati badan lelaki tu.Berterabur pandangan mata Amira bila dia nampak mata lelaki tu sedang memandangnya juga.Bila masa pula dia ni bangun?hish!Mesti dia akan fikir yang bukan-bukan,macamana ni?!

"Saya..nak tengok luar tu.Kan saya dah kata yang saya nak duduk tepi tingkap.Kalau encik nak tidur,encik tidurlah dekat tempat saya ni,biar saya duduk dekat tepi,boleh tengok permandangan,"sangkal Amira.Mahunya tergagap-gagap bila nak reka cerita.Nasib baik otaknya cepat bertindak.Dia tengok Iskandar hanya menjongket bahu,kemudian pejam mata semula.Ni betul-betul nak tidur ke,sengaja tak nak beralih tempat?Amira pun buatlah benda yang sama,pejam mata kemudian memeluk tubuh.Baik tidur dan mimpi yang best-best.

Iskandar membuka sebelah mata,mencuri pandang kearah wajah disebelahnya.Bila tengok Amira dah tertidur dia pun tersenyum sendiri.Puas hatinya dapat lihat wajah itu yang tenang ketika tidur.Sebenarnya dia sengaja je tak nak beralih tempat,nak tengok Amira tu pujuk dan merayu padanya.Tapi Amira buat tak tahu je,dia pun buat kepala batulah.Pandangan dihalakan ke luar tingkap,tanganya menongkat dagu.Memang cantik ciptaan Allah ini,tak dapat digambarkan dengan kata-kata.Mungkin sebab inilah Amira nak sangat duduk tepi tingkap,jahatnya dia sebab buat macam tu.Mesti Amira ingat dia tak gentle,tapi kenyataannya memang dia tak pandaipun nak tunjuk kegentlemennya.Dipandang semula wajah tenang disebelahnya,lena betul.Bila sahaja kepala Amira mula nak jatuh,cepat sahaja tangan Iskandar menghalang.Terus di bawa kepala itu untuk berehat pada bahunya.

+++++++++++++++++++++

Amira mengekori Iskandar dari arah belakang.Dari tadi dia asyik pandang bawah sahaja,malu nak pandang muka majikannya itu.Bila je dia tersedar dari tidur tadi,kepalanya rasa selesa semacam.Buka je mata,rupa-rupa kepalanya tengah landing baik punyer atas bahu Iskandar.Lelaki tu pula?tidur bukan main static,tegak je.Mesti bahunya sakit kan?dahinya ditepuk perlahan,macamana pula boleh tak tersedar ni?

"Amira,saya nak ke toilet for a minute.Abang Nabil dah tunggu kita dekat pintu depan.Awak pergilah dulu,"beritahunya.Amira angkat muka,lelaki itu sedang pandangnya juga.Pergi sendiri?ini fisrt time sampai sini,kalau sesat macamana?satu kerja pula nak cari nanti.

"Er..tak apalah.Saya tunggu encik jelah.Nanti kita pergi sama-sama,"Amira memberi jawapan.Iskandar sekadar mengangguk dan terus berlalu.Amira cari tempat nak duduk,bagasinya masih diusung.Tapi kali ini bagasi Iskandar pun ada sama.Dah lah sebiji,jangan tertukar sudahlah.Ok,yang kanan Iskandar punya.Ingat..ingat..

"Kak Amira,"laung satu suara yang Amira kenali.Kelihatan Aqil sedang melambai-lambai kearahnya.Disisinya ada Encik Nabil dan tunangnya Sheila.

"Dah lama sampai?"tanya Nabil sambil memerhati jam tangannya.

"Tak adalah,baru je,"jawabnya.Aqil sudah memerhati sekeliling,mencari seseorang.

"Abang Is mana?"bagasi yang di kaki Amira Aqil pandang.

"Dia pergi tandas.Kejap lagi keluarlah tu,"

"Mula-mula saya tak nak ikut juga,tapi bila Nabil kata Amira ikut sama itu yang saya datang ni.Nanti bolehlah teman saya jalan-jalan ye,"ujar Sheila gembira.Amira turut sama tersenyum.Senang berkawan dengan Sheila ni,peramah betul.

"Boleh je,saya ingat nak borong cokelat bawa balik,"bisik Amira sehingga membuat Sheila tersenyum dan mengangguk.pelik Aqil dan Nabil yang hanya memandang.

"Betul-betul.Saya nak ajak Amira sebab kalau ajak Nabil tu mesti dia larang punya.Dia kata suruh jaga pemakanan,cokelat tukan banyak gula,takut gemuk,"beritahu Sheila.Masing-masing ketawa kecil.Prihatin betul Nabil tu ye,dia pula?tak ada sesiapa yang nak ambil peduli pun.Abah dengan Naz sahajalah orang ambil berat tentang dia.

"Ha,itupun abang Is,"jerit Aqil sehingga mengundang semua mata memandang kearahnya.Iskandar sudah menghampiri dan bersalaman dengan adik beradiknya.

"Jomlah gerak,malam ni kita pergi makan ikan bakar,"beritahu Nabil sambil memeluk bahu Iskandar.Aqil pula dengan rajinnya tolong usung bagasi Amira.Bagasi Iskandar pula dia usung sendiri,kan lelaki.He...he...

Keluar je pintu besar,dua buah kereta sudah tersedia.Dengarnya Nabil dah sewa siap-siap sepanjang 3 hari mereka semua disini.Sebuah kereta perdana v6 dan sebuah lagi satria Neo.Bagasi Amira tadi sudah di masukkan ke dalam boot kereta Satria Neo bersama bagasi Iskandar juga.Sebabnya boot kereta depan tu dah penuh dengan bagasi-bagasi yang lain.

"Kitaorang nak pergi jalan-jalan dulu,makan-makan petang.Is nak ikut ke nak balik hotel?"tanya Nabil sebelum masing-masing nak masuk kereta.Iskandar sudah berdiri di pintu tempat pemandu kereta Satria Neo.Amira pula masih berdiri di tepi bersama Sheila.Nak pergi jalan-jalan?tapi belum solat Asar lagi,lagipun perut tengah kenyang ni.

"Abang pergilah,Is nak balik hotel dulu.Penat,malam ni baru jalan,"beritahunya.Amira tersenyum nipis,ada peluang.

"Amira?nak ikut ke nak balik dulu?"tanya Sheila yang sudah pandangnya,begitu juga tiga beradik tu.

"Hmm...saya ingat nak balik dululah,belum solat,"ujarnya.

"Kalau macam tu Amira naik dengan Is lah ye.Nak makan apa-apa ke?"Suara Nabil pula kedengaran.Rasa dah macam abang sendiri pula.

"Tak apalah.Saya kenyang lagi ni,simpan ruang untuk malam ni,"Amira tersenyum yang paling manis.Dipandang Iskandar yang ternyata sedang pandangnya juga.Apa pandang-pandang?tergoda karang baru tahu..

"Oklah kak Amira,elok-elok dengan abang Is ya.kami nak pergi melantak dulu,"ujar Aqil girang sebelum hilang disebalik perut kereta.

"Saya pergi dulu ye.Ini kunci biliknya,"Sheila menghulurkan sekeping kad kepadanya.Huh!Ada bilik rupanya,nasib baik tak payah cari.

"Ok,terima kasih.Elok-elok jalan,"tangan dilambaikan kearah kereta yang sudah mahu bergerak itu.Tak lama,mereka pun hilang dari pandangan.Amira pandang Iskandar pula,masih berdiri macam tadi.Kenapa dia ni?tak penat ke jadi patung sekejap?

"Dah boleh gerak?"tanya Iskandar sambil tersenyum yang kurang dimengertikan.Amira mencebik,tak faham betul lelaki ni.Terus sahaja Amira melangkah masuk kedalam kereta dan Iskandar terus memecut laju.

++++++++++++++++

Malam pun membuka tabirnya.Seperti yang dirancangkan,malam ni nak pergi makan ikan bakar.Selesai sahaja mandi dan bersolat,Amira dan Sheila pun berlalu keluar.Tadi Nabil beritahu yang mereka adik beradik tunggu dekat lobi.Malam ni Amira macam biasa saja,t-shirt lengan panjang warna ungu dengan seluar jean hitam.Tudung pula tudung hitam yang dipin ringkas sahaja.Sebaik turun,kelihatan Nabil dan Aqil sudah menunggu di ruang lobi hotel.Tapi kelibat Iskandar masih tidak kelihatan.

"Duduklah dulu,kejap lagi Iskandar turun,"beritahu Nabil bila melihat Amira dan Sheila sudah tiba.

"Abang baca apa tu?"tanya Sheila sebaik melabuhkan punggung di sebelah tunangnya.Nabil yang tengah baca majalah pandang Sheila dan tersenyum.Hmm...memang nampak pasangan yang bahagia.Semoga jodoh mereka sampai kejinjang pelamin dan sampai akhir hayat.

"Decoration rumah.Abang dah pergi tengok rumah kita tu,dalam hujung bulan depan insyaallah dah boleh siap.Hiasan dia terpulang Sheila saja,"beritahu Nabil membuatkan Sheila tersenyum gembira.Tunangnya ini memang betul-betul memahami.

"Sorry lambat,"satu suara kedengaran.Amira angkat muka pandang lelaki tu,membulat matanya.Bila sahaja menoleh ke kiri dan kananya,Nabil,Sheila dan Aqil sudah pandang mereka dengan senyuman.

"Pandai kak Amira dengan abang Is ye,dah siap janji-janji lagi,"perli Aqil dengan senyuman meleret.Merah muka Amira,Iskandar pula layan saja....

"Macam pasangan couple tak?"tanya Iskandar selamba membuatkan Amira bertambah malu.Mana tidaknya,lelaki tu juga pakai t-shirt polo warna ungu dengan seluar jean hitam.Ini dirancang atau kebetulan?

"Jomlah gerak .Is ikut belakang ye,"arah Nabil.Kami pun berlalu ke parking kereta.Amira laju saja berjalan beriringan dengan Sheila,kali ini nak naik sekali.Seganlah nak naik dengan Iskandar tu.

"Amira,awak nak ke mana tu?"Iskandar memanggilnya.Semua mata tertumpu kearah mereka.

"Nak pergi makanlah,habis nak pergi mana lagi,"balasnya selamba.Nabil dan Sheila hanya menggelang dan tersenyum.Aqil pula sudah gelak sakan.Iskandar dengan poyonya menggerakkan jari telunjukkannya kepada Amira supaya Amira mengikutnya.Amira menaikkan kening,siap mengarah-ngarah pula.

"Pergilah Amira,teman Iskandar tu.Kesian pula drive sorong-sorang,"pujuk Sheila.Yalah bakal kakak ipar kan,mesti kasihankan bakal adik iparnya itu.Tapi siapa nak kesiankan Amira?kejam..kejam..

"Aqil tak nak naik dengan encik Iskandar ke?"Amira mula pandang Aqil,minta simpati.Kelihatan Aqil termenung sebentar kemudian menggeleng.

"Kak Amira jelah naik dengan abang Is,tak nak kacau daun,"dia mulalah tersenggeh-senggeh.Amira pandang Iskandar pula,akur jelah.Semua orang macam nak sangat Iskandar tu berteman.Amira melangkah dan terus masuk ke dalam kereta.Iskandar yang masih di luar nampaknya macam bercakap sesuatu dengan adik dan abangnya.Tak lama lepas tu mereka berbalas thumbs up.Apa kenalah adik-beradik tu..

Sebaik tiba di rstoran ikan bakar,mereka ambil tempat yang sudah di tempah terlebih dahulu.Bukan main nak berebut kerusi,akhirnya Amira terpaksa duduk juga depan Iskandar Zulkarnain.Lelaki itu hanya tersenyum sendiri bila tengok muka Amira yang dah merah padam.Tak lama lepastu,makanan pun sampai.Mereka semua menjamu dengan seleranya.Sesekali Amira mencuri pandang wajah di hadapannya.Nampak tertib betul dia makan,pap!Mata bertamu.Terus Amira gelabah semacam,berterabur pandang tempat lain.Iskandar pula sudah tersenyum sendiri,dia tahu Amira mesti tengah gelabah.He...he...siapa suruh curi-curi pandang,kan dah kena.

"Sikitnya makan Amira,"tegur Sheila di sebelah.Amira angkat muka.

"Hah?!"tanyanya semula kepada Sheila.Kurang dengar sebenarnya.Kepalanya duk berangan entah apa-apa.Sheila sekadar tersenyum nipis.

"Sikitnya makan,tambahlah lagi,"pelawanya.Amira mengangguk dan tersenyum.Matanya terpandang pula Iskandar yang juga sedang pandangnya dengan satu pandangan yang lain.

"Tak sihat ke?"tanya Iskandar prihatin sehingga mengundang semua mata untuk pandang mereka.Amira berdebar-debar,tak sihat sebab asyik teringatkan lelaki yang bernama Iskandar.Huh!Mengarutlah!

"Taklah,saya ok je.Memang perut saya ni cepat kenyang,"mengakunya jujur.Sebenarnya memang dia dah cukup kenyang sekarang,tak tahulah kalau tengah malam karang macamana.

"Patutlah kurus je Amira ni.Boyfriend tak marah ke?"sengaja Sheila mahu bergurau.Amira tersenyum nipis sebelum terpandangkan Iskandar semula.Mata ni gatal betul asyik nak tengok muka dia tu.Kononnya macam nak perhatian Iskandar tu..Wajah Iskandar tiada secalik senyuman pun seperti tadi,nampak lain betul.

"Mana ada boyfriendnya,single lagi tau,"Amira cuba menceriakan dirinya yang rasa lain macam sekarang.

"Yeke,bolehlah abang Is masuk line lepas ni kan?"selamba sahaja Aqil berkata seraya memandang abangnya.Iskandar menarik nafas,sabar-sabar.

"Apa kena mengena pula?tak ada masa lah nak bercinta-cinta ni,"ujarnya tegas.Amira hanya diam.Kenapa hati ni rasa semacam sangat?sedih+sayu+kecewa bila dengar Iskandar cakap macam tu?

"Hmm..saya minta diri sekejap ye,"pinta Amira.Kerusi ditolak dan terus berlalu ke tandas.Tiba-tiba je rasa nak menangis.Segala pandangan dan tumpuan Iskandar sebelum ini untuk apa?kenapa harus ada yang bertepuk sebelah tangan?kenapa mesti jatuh cinta?

Iskandar terdiam melihat wanita itu pergi.Wajah Amira tadi nampak sayu saja,dia tersalah cakap ke?sebaik Amira muncul,dia cuba mencari senyuman di wajah itu semula.Memang bibir Amira terukir senyuman,tapi nampak palsu,dibuat-buat.Ada sesuatu tak kena ke?

"Amira ok?"Nabil pula memandangnya yang baru duduk.

"Ok,perut kenyang sangat ni,"suaranya bernada ceria.Amira langsung tak pandang depan dah,asyik mengelat je.Kejap pandang kiri,kejap pandang kanan.

Semua dah siap makan.Tiba masa untuk bergerak balik ke hotel.Esok barulah bermulanya perjalanan di pulau Langkawi ini.Macam tadi juga,balik pun naik dengan Iskandar.Dalam kereta masing-masing diam saja.Bagi Amira,begini lebih baik,buat hal sendiri lagi bagus.Sesekali Iskandar menoleh kesebelah,Amira hanya diam sahaja dari tadi.Sampai sahaja di hotel,Amira terus melangkah keluar.

"Terima kasih,selamat malam,"ujarnya kepada Iskandar sebelum berlalu naik ke biliknya.Iskandar masih berdiri static,dapat dirasai kedinginan dari suara itu tadi.

++++++++++++++++++

Patutlah touching semacam semalam,rupa-rupanya nak peod pagi ni.Selesai je bersiap,semuanya sudah bersedia untuk bertolak.Tak tahulah nak kemana hari ini,Amira hanya ikut sahaja.Cuma yang jelas,petang karang nak pergi shooping cokelat dengan Sheila.Bestnya...

"Kenapa tak naik flight semalam?"tanya Aqil sebaik melalui kawasan lapangan terbang.Hari ini Aqil yang naik dengan Iskandar,Amira pula dapat naik dengan Sheila dan Nabil.

Iskandar yang sedang memandu,mendongak keluar memandang langit.Bibirnya mengukir senyum.

"Sebab abang nak rasa naik feri pula.Lagipun Amira teringin sangat nak tengok laut depan-depan,"ujarnya tenang.Aqil memandang abangnya,bibir mula tersenyum nakal.Mesti ada sesuatu ni antara abang Iskandar dengan kak Amira.Selama ni tak pernah-pernah abang Iskandar memikirkan orang lain,perempuan pula tu.

"Abang sukakan dia kan?"Aqil mula serkap jarang.Iskandar menoleh sekilas,tak mengerti.

"Siapa?"tanya Iskandar pelik.Adiknya ini memang cepat je nak hidu sesuatu.Hebat!Hebat!

"Kak Amira lah,siapa lagi.Abang suka dia kan?"Aqil masih tak puas hati.Nak korek juga sampai dapat.

"Hmm..kau jangan nak merepeklah,"sangkal Iskandar.kereta di hadapannya dipandang.Kereta yang dipandu Nabil,ada Amira di seat belakang.

"Merepek apanya,memang dah jelas yang abang tu sukakan dia.Kalau tidak macamana pula abang boleh bagi cadangan nak ajak dia sekali datang sini?"provok Aqil.Teringat pula masa nak rancang datang sini,abang Iskandar tiba-tiba je sebut nama kak Amira.Katanya ajaklah sekali,ramai lagi seronok.Masa tu lagi Aqil dah syak sesuatu tau,tup!Tup!Kak Amira kerja jadi PA abang Iskandar pula.Pelik,pelik...

"Rumah yang abang baru beli tu bila nak duduk?"

"Tengoklah dulu,tapi rasa tak lama lagi.Sebab abang dah jumpa orang untuk jaga rumah tu,"beritahu Iskandar.

"Pakai orang gaji ke?bukan abang anti orang gaji?"tanya Aqil pelik.Melihat Iskandar sekadar tersenyum sendiri,makinlah dia pelik.

"Bukannya orang gaji,tapi calon isterilah,"jawabnya cukup tenang.Aqil membulat mata.Wow!Abang Iskandar cakap pasal isterilah.Siapa agaknya?

"Siapa?Aqil kenal ke?tak pernah tahu pun,"

"PA abang,"jujurnya.Aqil sudah meledak ketawa.Kan dah kata,mesti abang Is jatuh cinta dekat kak Amira.Yey!

"Dia dah tahu ke?"

"Banyaknya tanya,sabar.Kita ni lelaki tak boleh main redah je,abang ada caranya,"Iskandar memandang depan,tunggulah.

+++++++++++++++++++++

"Is,tolong temankan Amira ye.Abang nak pinjam Sheila sekejap,"beritahu Nabil seraya menarik tunangnya yang masih terkebil-kebil.Amira pun sama,bila pandang tepi tinggal dia dengan Iskandar je.Aqil pula dah bawa diri entah kemana sejak melangkah masuk ke shooping mall ini.Amira hanya akur,kaki terus je melangkah tak tahu nak kemana.Iskandar pula dah macam body guard,asyik berkepit je dari tadi.Nampak je arrow untuk ke ladies,cepat sahaja Amira melangkah.

"Nak kemana tu?"tanya Iskandar terkejut.Tiba-tiba je Amira berjalan laju seperti mahu meninggalkannya.Amira tersenyum malu bila mak cik yang jaga tandas tu pandang mereka.Jari ditunjukkan ke arah gambar ladies pada pintu.Terus sahaja Iskandar mengangguk.Sempat lagi Iskandar membalas senyuman mak cik tu yang dari tadi duk pandang.

"Sayangnya dekat bini dia,tak boleh lekang,"ujar mak cik tu membuatkan Iskandar tersenyum melayan.

"Biasalah mak cik,"layan Iskandar.Bila Amira sudah muncul,kelihatan Iskandar tengah berborak mesra dengan mak cik tu.Bila mak cik tu pandang dia,dia pun senyumlah semanis mungkin.

"Boleh kita pergi sekarang?"ajak Iskandar.Amira mengangguk dan berlalu mengikuti Iskandar selepas berpamitan dengan mak cik tadi tu.

"Mesra je dengan mak cik tu,"Amira menyuakan apa yang difikirnya.Tak pernah-pernah dia tengok Iskandar jadi peramah,mesra alam pula tu.Iskandar angkat kening.

"Tengok oranglah,saya ni boleh buat macam-macam yang awak tak akan pernah duga,"ujarnya serius.Amira telan liur,lain macam je bunyinya.Tapi peduli apa,lantaklah nak buat apa pun,badan dia sendiri kan..

"Apalah encik ni merepek,menakutkan je saya dengar.Kalau encik nak pergi tempat lain pergilah,saya boleh jalan sendiri,"beritahu Amira sebelum melangkah.Tiba-tiba je tangannya disambar dari belakang,memberhentikan langkahnya.Rasa marah mula muncul,tak suka bila ada orang suka-suka je main pegang-pegang.

"Lepaslah.Apa encik buat ni?suka-suka je pegang tangan saya,haram tau,"Amira mula geram.Terus tangannya di tarik semula.Kelihatan wajah Iskandar berubah,mungkin rasa bersalah.

"Maaf,"ucapnya sepatah.Amira menarik nafas,dalam hati dia berharap sangat Iskandar dapat katakan sesuatu padanya daripada perkataa maaf itu.Amira nak sangat tahu,apakah perasaan lelaki itu padanya.Adakah sebagai seorang sahabat?atau seorang pekerja?atau...tak kisahlah apa-apa pun.Kenapa harus dia bertemu semula dengan lelaki itu pada saat dia cuba nak melupakan.Kenapa harus dia yang lelaki itu pilih untuk menjadi PAnya?

"Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu,"pinta Amira sekali lagi.Langkah terus diatur.

"Amira,"panggil Iskandar,jelas dipendengaran Amira.Dia memberhentikan langkah untuk kedua kalinya.

"Biar saya temankan,"ujar lelaki itu,sekejap saja mereka dah berdiri bergandingan.Amira toleh kesebelah,lelaki ni nak buat apa?

"Er...tak apalah encik,"tolak Amira seraya tersenyum.Lelaki itu masih bermuka tegang,menakutkan betul.

"This is my order.Apa yang susah sangat?biar jelah saya ikut,nanti kalau jadi apa-apakan senang ada saya.Keras kepala betul,"ayat yang last tu dengar perlahan je,tapi kalau dah berdiri sejengkal je ni,agak mustahillah kalau tak dengar.Pandai cakap orang,dia pun lagi keras kepala,e..g..o...ego.....

"Suka hati enciklah,memang saya ni keras kepala, nak buat macamana kan?"Amira terus berlalu diikuti Iskandar yang masih tersenyum sorang-sorang.

Sebaik ternampak kedai cokelat,laju sahaja Amira melangkah masuk.Kehulu-kehilir Amira memusing kedai tu,nak cari yang terbaik untuk bawa balik esok.Iskandar sudah duduk di bangku yang disediakan.Mesti penat berjalan tu,padan muka siapa suruh nak ikut.

"Dah siap?"tanya Iskandar sebaik melihat Amira menghampirinya.Muka Amira tersenyum-senyum,yalah banyak juga yang dibelinya.Lepas ni nak beli barang untuk ayah dengan Naz pula.

"Boleh jalan lagi?"sengaja Amira bertanya.Iskandar bangun dari duduknya dan merampas barang-barang ditangan Amira.Terkejut juga,tapi dalam diam Amira tersenyum.

"Nak kemana pula?beritahu saja,"Iskandar bersuara ceria.

"Hmm...tempat barang lelaki lah,"beritahunya.Iskandar membulatkan mata,macam terkejut je.

"Nak beli apa?"tanyanya tak puas hati.Amira kerutkan dahi,kejap!Apasal macam marah ni?salah ke nak beli barang lelaki?

"Beli baranglah,tak akan nak beli ikan kut,"Amira mula loyar buruk lantas ketawa sendiri.Lelaki tu pula mengerutkkan dahi.Alahai,buruk betul mukanya macam tu.

"Tahulah nak beli barang.Tapi pelik juga,barang tu untuk siapa?kata tak ada boyfriend,"Iskandar menyatakan rasa tidak puas hatinya.Yalah,tiba-tiba je nak beli barang lelaki.Amira ketawa sendiri.Bunyi macam ada orang yang jealous je.Tapi kenapa nak jealous?

"Encik Iskandar,saya ni ada seorang ayah dan seorang adik lelaki.Alang-alang saya dah bercuti ni,naklah beli barang untuk mereka.Tak akan itu pun menjadi satu kepelikan?apalah encik ni,kuat cemburu.Kalau saya dah berpunyapun itu bukan masalah encik kan?"tanpa sedar Amira tersasul pula.Lelaki itu hanya memandangnya tanpa senyuman menyebabkan Amira berhenti ketawa.Ingat saja je nak bergurau,tapi Iskandar serius je muka tu.

"Memang bukan masalah saya,dan saya benci bila dalam diri ni ada perasaan cemburu yang entah apa-apa.Saya jadi takut orang yang saya sayang ternyata milik orang lain,dan tak sepatutnya saya cuba nak dapatkannya.Puas hati awak Amira?"Suara Iskandar sudah mulai tegas.Dari wajahnya tak nampak macam dia tengah baca skrip ataupun bergurau senda.Amira telan liur,betul ke apa yang baru sahaja lelaki itu katakan?siapa orang yang dia sayang tu?

"Maaf encik,saya tak bermaksud apa-apa pun.Maafkan saya kalau encik tersinggung,"ujarnya sayu.Amira sudah mahu pulang,tiba-tiba je rasa sebak bermukim bila dengar nada suaranya macam tu.Beli benda lainlah untuk bawa pulang nanti,dah tak ada mood nak jalan-jalan.

"Amira,dah siap beli ke?"tegur Sheila dari arah bertentangan bersama-sama Nabil.Nampak banyak juga mereka berdua tu shooping ye.Nabil menepuk bahu adiknya yang masih tercegat itu.Amira pula sudah mengukir senyuman paling manis buat pasangan bahagia itu.

"Dah siap,banyaknya shooping,"Amira bersuara ceria.Iskandar yang masih memandangnya langsung tidak dihiraukan.

"Alang-alang shooping,baik beli sungguh-sungguh.Aqil mana?tak nampak pun dari tadi?"Sheila memandang sekeliling.

"Sini..dah siap ke?penat Aqil tunggu dekat parking tau.Tapi tak ada sorang pun yang muncul-muncul.Tahulah semua ada pasangan,Aqil ni langsung tak ada orang nak peduli,"kononya Aqil merajuk,memuncung bibirnya kedepan.Semua pula hanya mampu ketawa,termasuk Amira sekali.Dahlah dia ketawa yang paling lupa diri,dibuat-buatlah katakan.Sengaja nak ambil perhatian Iskandar yang hanya diam memandangnya.Biar rasa sakit hati tu hilang,sedih tau..

"Lepas ni nak kemana pula?"Tanya Sheila sebaik mereka melangkah keluar setelah selesai membeli belah.Nabil memandang orang-orang di hadapannya,nak minta pandangan mungkin?

"Ikutlah.Is,Aqil nak kemana?Amira?"sesorang demi seorang dipandangnya.Iskandar sekadar angkat bahu,Amira hanya pandangnya.Sebenarnya teringin juga nak pergi UnderWaterWorld, tapi segan pula nak cakap.Macam budak-budaklah pula.

"Hmm..under water world?"Aqil menyuakan pendapat.Amira angkat muka,macam tahu-tahu je.He...he..

"Ok je.Kita gerak sekarang,nanti sampai lambat pula,"Nabil memberi arahan.Semuanya mengangguk seraya bergerak untuk masuk ke dalam kenderaan masing-masing.Sempat lagi Amira menaikkan thumbs up kepada Aqil yang berselisih dengannya.

"Kenapa kak Amira?"tanyanya pelik.Tiba-tiba je Kak Amira ni senyum je.

"Akak memang nak pergi sana pun,bagus betul cadangan Aqil tu,"bisik Amira sehingga membuatkan Aqil ketawa besar.Kelakarlah Kak Amira ni,pandai pula pendam perasaan.Amira terus sahaja pandang Iskandar yang duk tengah pandang diaorang.Malas nak senyum,terus sahaja Amira berlalu masuk ke dalam kereta Nabil,meninggalkan Aqil yang seperti terkebil-kebil memandang Amira dan Iskandar silih berganti.Entah kenapa,hati Amira ini rasa macam nak marah je dengan Iskandar padahal bukan ada salah apapun yang dah lelaki tu buat.Mungkin sebab mood period kut...tapi dekat orang lain tak pula.Hish!Jangan buat perangailah pula,jangan nak mengada-ngada ye..

Perjalanan yang makan masa 1 jam tu pula,akhirnya membawa mereka ke Under Water World Langkawi.Bukan main ramai orang,terutama sekali rombongan sekolah.Dah namapun rombongan sekolah,mestilah budak-budak ye..Amira sudah tersenyum lebar,akhirnya dapat juga dia menjejakkan kaki ke tempat ini.Dulu pernah sekali sepupunya yang dah pernah datang sini balik bercerita,bila dengar tu cemburu juga.Sebab tu alang-alang dah ada peluang ni,mana boleh nak dipersiakan.Sudahlah semuanya free,barang nak bawa balik je yang pakai duit sendiri.Untung-untung,jangan jelous ye....

"Amira,saya nak jalan dengan Nabil kejap ye,"beritahu Sheila yang muncul di sebelah Amira yang tengah menikmati pemandangan akuarium di atas kepala.Terkebil-kebil dia memandang Sheila yang sudah mahu berlalu.Dipandang kiri,Aqil sudah buat hal sendiri iaitu mengambil gambar.Pandang kanan pula,Iskandar tengah merehatkan diri dekat kerusi yang disediakan sambil menikmati minumannya.Amira angkat kening,jalan sendirilah.

"Aqil,akak pergi sana kejap,"Amira bersuara memandang Aqil yang masih sibuk.Kamera yang sudah bersedia di letakkan semula.

"Ok,siapa teman?"kepalanya memusing-musing mencari sesiapa sahaja.Amira tersengeh,dia tahulah jaga diri sendiri.

"Sorang jelah,dah biasa pun,"Amira membalas.Aqil terus mengangguk dan berlalu.Rasa bersyukur juga dalam hati.Yalah,keluarga ni begitu ambil berat tentangnya,padahal mereka bukannya ada apa-apa hubungan pun.Kalau ayah dengan Naz tahu,mesti diaorang fikir lain ni.Teringat pula apa yang ayah katakan dulu

"Akak,baik-baik pun ada batasnya tahu?senang-senang suruh aje salah seorang tu masuk meminang,habis cerita.Legalah sikit hati ayah bila akak dengan diaorang tu,"ayah memegang kepala Amira yang sudah bersila di hadapannya.Amira tersenyum tawar,dia sentiasa akan jaga batas-batasnya.

"Termenung apa tu?"tanya satu suara mematikan lamunan Amira.Akuarium di hadapannya hanya dipandang sepi,tak perasan pula bila masa ada orang dekat sebelah ni.

"Tak ada apalah.Saja tengok ikan-ikan ni,bebas.Mesti kepala diaorang ni tenang je kan?tak ada masalah yang nak kena fikir,"Amira luah rasa hati.Pandangan mata masih tertumpu kearah akuarium,seronok tengok.Ada anak-anak ikan yang berlumba-lumba,ada juga yang berkejaran.Tenangnya kepala otak ni.Ada orang kata kalau tengah ada masalah,tengoklah ikan yang hidup sebabnya mereka selalu berzikir tanpa henti.Tanpa sedar Iskandar sedang memerhati Amira yang masih tersenyum kecil.

"Encik nak tahu tak,saya paling suka tengok ikan dalam akuarium.Dari luar ni kita boleh jelas tengok mereka,seolah-olah kita sama-sama dalam air tu,"tanpa sedar Amira bersuara.Sebenarnya tak tujukan dekat sesiapa pun,nak dengar,dengarlah tak nak tak apa.Iskandar menoleh wanita di sebelahnya,Amira masih tidak lekang dengan senyuman.

"Bezanya kita hanya boleh pandang dari jauh,tak boleh disentuh.Cukuplah sekadar kita dapat tengok dia gembira,"ujar Iskandar.Kini matanya pula yang memandang ke dalam akuarium.Amira pula yang menoleh memandang lelaki itu.Lain benar betul bunyinya tu,macam luah perasaan je..lantaklah,nak sentimentel ke apa ke?

"Mendalam je bunyinya,macam tengah dilamun cinta.Tujukan untuk sesiapa ke tu?"Amira tersenyum nipis,masih memandang Iskandar.Iskandar hanya tersenyum sendiri,tak tahulah sejak mengenali Amira ni hidupnya bagai berubah menjadi orang lain.Sampai-sampai adik beradiknya yang lain pun dapat hidu.

"Untuk awak!"Beritahunya.Mereka saling berpandangan,Amira telan liur.Salah dengar ke?atau Iskandar ni sekadar nak bergurau je?nampak macam tengah senyum,mesti saja nak menyakat ni..

"Apa encik cakap ni?pandai betul bergurau ye.."Amira buat-buat ketawa.Rasa nak tepuk je lelaki disebelahnya ini.Ingatkan yang mereka ni bukan muhrim,Amira melupakan sahaja niatnya.

"Kalau saya tak bergurau awak nak buat apa?"tanya Iskandar serius,matanya tajam memandang Amira yang sudah berhenti ketawa,membulat matanya memandang Iskandar.Geramnya tengok Amira seperti ketawakannya tadi,siaplah!

"Saya serius katakan ini pada awak Amira.Melihat awak boleh ketawa bersama Nabil,Aqil,buat saya rasa cemburu.Asal dapat tengok awak senyum sudah membuatkan saya puas hati,"ujar Iskandar tenang.Menaik bulu roma Amira mendengar setiap bait kata-kata itu.Tapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu,seronok bukan main.Kalau benarlah apa yang Iskandar katakan tu,nampaknya dia tidak bertepuk sebelah tanganlah jawabnya.Masih ada kesempatan ni..

"Memang bunyinya macam tergesa-gesa,tapi saya ikhlas katakannya.Sejak awak hadir dalam hidup saya,banyak perkara yang dah berubah.Semuanya berlaku perlahan-lahan,tanpa saya sedar,perasaan lain mula wujud untuk awak.Bila benda macam ni dah mula menganggu kepala saya ni,saya minta petunjuk Allah.Sejak tu beberapa kali juga saya asyik termimpikan Amira.Mungkin saya sudah jatuh cinta dengan awak,"jelas Iskandar sehingga membuatkan Amira sebak.Air mata rasa nak mengalir,tapi tetap ditahan.Entah mengapa hatinya rasa sayu dan terharu sangat.Tak pernah seumur hidupnya ada orang lelaki yang berkata sebegitu kepadanya.Ya!Doanya ketika solat istiqarah pun sudah diberikan petunjuk daripada Allah,begitu juga Iskandar.Sekiranya inilah yang dikatakan jodoh dari Allah untuk mereka,sebagai hamba Amira bersyukur.

"Hmm..nak jawab macamana yek?"Amira menggaru kepala yang tidak gatal.Malu sebenarnya nak cakap yang dia pun sudah jatuh cinta kepada Iskandar Zulkarnain.

"Jawab jelah yang awak pun sukakan saya,habis cerita,"Iskandar berkata tak sabar.Wajah Amira dipandangnya dengan satu harapan yang menggunung.Entah mengapa dia macam yakin sangat yang Amira bakal menjadi miliknya yang sah.

Amira tersenyum malu.Bila menoleh kesebelah lain,nampak Nabil dan Sheila sudah menghampiri.Dari jauh nampak Aqil pula,berjalan dengan kameranya.Dipandang Iskandar yang masih menanti jawapannya.

"Nanti pergilah rumah jumpa ayah,"beritahu Amira perlahan,malu sebenarnya!Iskandar angkat kening,lalu tersenyum lebar.Dalam hati sudah menjerit girang,bersyukur kepadaNya.Bila Nabil dan Sheila memandang mereka seperti minta penjelasan sebab Iskandar duk tersenyum-senyum lagi,Amira jadi malu nak bercakap.

"Kenapa ni Is?"Nabil menepuk bahu adiknya itu.Dipandang Amira dan Iskandar silih berganti.

"Dah green light,"ujar Iskandar girang,membuatkan Nabil tersenyum lebar juga.Sheila terus sahaja memeluk Amira lantas mengucap tahniah.Terpana Amira,mereka semua ni exited semacam,dah tahu awal-awal ke?datang pula Aqil dengan wajah yang tak tahu apa-apa.Nabil pun memberi isyarat mata buat adik bongsunya itu.Sekelip mata sahaja suara Aqil yang banyak cakap tu berbunyi.Nasib baiklah pengunjung yang lain tak ambil peduli,masing-masing buat hal sendiri je..

"Seronoknya,abang Nabil dengan kak Sheila,abang Is dengan kak Amira.Tak sabar rasanya nak tunggu turn Aqil pula,"ujarnya semangat.Mereka hanya mampu ketawa melayan telatah Aqil yang banyak mulut tu.

"Habis study dulu ye,nak bagi anak dara orang makan apa nanti,"Iskandar mencuit dagu Aqil yang hanya mencebik.

"Belajar dulu berdikari,baru boleh nak kahwin,"pesan Nabil pula sambil menggosok kepala adik bongsunya itu.

"Yes my brothers,"Aqil kedengaran redha sahaja,boleh pula angkat tangan ke udara seperti surrender dalam perlawanan.Amira tersenyum nipis melihat gurauan adik beradik itu.Bila dipandang Iskandar,ternyata lelaki itu juga sedang memandangnya.Kali ini tidak mampu lagi Amira nak melarikan pandangan,hanya senyuman yang mampu diberikan.Ya Allah,Kau restuilah hubungan ini andai ini jodoh yang telah Kau tetapkan sejak azali lagi.Kau kuatkanlah hati hamba-hambaMu ini dalam menghadapi dugaanMu.Amin...





Followers