SELAMAT DATANG KE BLOG SENYUMLAH SELALU.TERIMA KASIH KERANA MELAWAT.
WELCOME TO SENYUMLAH SELALU BLOG.THANK YOU FOR VISITED.

Wednesday, December 29, 2010

Andai ada senyuman




Semua mata kini merenung kearahnya.Ada yang tersenyum tawar,ada yang sudah menjeling tajam dan yang paling menggerunkan adalah lelaki itu memandangnya dengan mata yang membulat,macam nak telan orang sahaja.Dia menelan liur,kelat sangat rasanya.Tangannya memegang dada,ditarik nafasnya dalam dan dihembusnya perlahan.Dia sudah nekad,janji tetap janji,dia akan menunaikannya sedaya upayanya.Senyuman mula diukir manis,bersabarlah hati.

Matanya memerhati seorang demi seorang yang berada dihadapannya kini.Anak-anak lelaki arwah Tan Sri Omar ini memang seperti yang diceritakan kepadanya.Dipandang kearah seorang lelaki yang duduk selang dua kerusi disebelahnya.Mula terbayang apa yang pernah arwah Tan sri Omar beritahunya.Ya!Itu anak yang sulung.Namanya Nabil Zulhelmi dan berumur 30 tahun.Sudah melangsungkan pertunangan sejak setahun lepas.Mempunyai syarikat periklanan terbesar di serata Asia.Seorang yang peramah dan suka menolong.Tanpa sedar lelaki itu memberi senyuman kepadanya,lantas sahaja dia membalas.Betullah tu apa yang dikatakan arwah Tan Sri.Matanya meneliti lelaki yang berada disebelah kirinya pula.Tiada lagi jelingan tajam,lelaki itu cuma bermuka selamba.Ingatannya mula teringat pada gambar yang pernah arwah Tan Sri tunjukkan,inilah anak yang bongsu.Namanya Aqil Zulfakar,berumur 19 tahun.Sedang menyambung pelajaran diperingkat ijazah dalam bidang business.Biasalah anak muda sekarang,mestinya sudah bercouple tapi mak we nya tak tetap,atau kata lainnya playboy.Seorang yang degil tapi manja,mungkin sebab dia anak yang bongsu.Selesai membuat pengenalpastian,matanya terus memandang lelaki yang betul-betul duduk berhadapan dengannya.Pandangan lelaki itu yang paling mengganggunya.Tak ada langsung senyuman,apatah lagi nak bercakap dengannya.Dia tidak pernah melihat gambar yang seorang ini,tapi pastinya anak arwah Tan sri yang kedua.Iskandar Zulkarnain,berumur 26 tahun.Masih bujang dan mempunyai syarikat perkapalan terbesar di Asia.Seorang yang sukar ditafsirkan dan panas baran.Amira menelan liur,melihat renungan lelaki itu membuatkan dia rasa seperti mangsa yang sedang menunggu masa untuk diterkam.Tapi tak apa,dia bukannya orang yang lemah.Kena gertak sikit tak akan membuatnya tarik diri.

"Maafkan saya cik Amira.Tapi boleh cik terangkan apa tujuannya cik panggil kami bertiga ni?"tanya Nabil penuh hormat.Kedua belah tangannya diletakkan diatas meja.Amira mengangguk lantas tersenyum.

"Tentu sekali Encik Nabil.Maafkan saya kerana telah mengganggu hujung minggu Encik-encik semua.Saya selaku Personal assistant kepada arwah Tan Sri memanggil anda semua ke sini adalah kerana peguam Tan Sri ingin menyampaikan wasiat yang telah ditinggalkan,"ujar Amira jelas dan lantang,cuba berlagak tenang.

Tak semena-mena lelaki yang berhadapan dengannya itu tersenyum,tapi cukup sinis.Aqil juga menoleh kearah Amira penuh minat,lantas ketawa besar.Nabil memandang adik-adiknya silih berganti,tak sopan betul.Amira sekadar termanggu macam orang bodoh,tak tahu dirinya diketawakan.

"Awak PA abi?bila masa pula abi upah PA muda,cantik pula tu?kenapa Aqil tak perasan pun?"masih bersisa ketawa lelaki yang bernama Aqil itu.Amira menarik nafas,mengenakan dia rupanya.

"Itu tak penting.Apa yang penting sekarang,kita tunggu peguam sampai untuk bacakan wasiat.Jadi saya harap tak ada sesiapa yang tinggalkan bilik ni tanpa kebenaran,"Amira bernada tegas.Dia tidak akan main-main lagi.Janji yang arwah Tan Sri titipkan buat dia tak akan dia abaikan.Jagalah korang,jangan ingat perempuan ni lemah!

"Yalah tu,entah-entah ada fair.Suruh kita tunggu padahal ada niat lain,"sampuk suara itu tiba-tiba.Semua mata memandang kearah lelaki yang masih memeluk tubuh yang duduk berhadapan dengan Amira.Amira mengetap bibir,melampau betul!Sabar jelah..

"Is,kenapa cakap macam tu,tak baik tau.Abi baru je meninggal,jangan tuduh yang bukan-bukan,aku tak suka,"Nabil mula berang.Nampak muka adik-adiknya selamba sahaja,terutama sekali pemangsa tu.

"Sudah,tak perlu nak bergaduh.Kami tak lakukan apa-apa yang salah jadi saya tak akan takut.And remember Mr.Iskandar Zulkarnain,saya bukan semurah itu.Biar darurat sekalipun,saya tak akan sekali-kali merosakkan hubungan kekeluargaan orang lain untuk kepentingan sendiri," suaranya bergema kuat.Amira sudah tahan telinga.Hatinya sudah panas,mana peguam ni!?

Pintu dikuak dari luar,seorang lelaki berpakaian formal melangkah masuk dengan briefcase ditangan.Semua mata kini beralih kearahnya pula.Nabil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan lelaki yang baru menapak masuk itu.

"Jemput duduk Encik Amir,"pelawanya.Lelaki itu tersenyum dan mengangguk.Amira disebelahnya hanya menguntum senyum buat tetamu.

"Maafkan saya sebab terlambat,"mengakunya menyedari kelewatannya.

"Tak apa Encik Amir,"jawab Amira bagi pihak semua.Nabil mengangguk setuju,Aqil hanya bermuka selamba lagi,begitu juga Iskandar.Mereka langsung tidak berminat mahu berbual lama.

"Boleh kita mulakan sekarang tak?saya tak ada masa nak terbuang begitu sahaja,"Iskandar berkata angkuh.Badannya sudah ditegakkan,memang nampak macam nak berlalu sahaja.Amira mengetap bibir,kurang ajar betul!Nabil tersenyum malu,memang macam tu perangainya nak buat macamana lagi.

"Ya,ya.Tentu sekali kita boleh mulakan,"Encik Amir tersenyum sahaja,dia memang sudah lama menjadi peguam keluarga ini.Jadi sikap setiap ahli keluarga ni memang dia dah cukup memahami.Dah terbiasa pun!

"Ini rakaman wasiat arwah Tan Sri Omar.Saya bersumpah tidak ada penyelewengan atau penipuan yang dilakukan.Segala yang keluar dari mulut Tan Sri adalah keputusan muktamad!"ujarnya mulai serius.Bab-bab macam ni tak boleh ambil ringan.Tanggungjawab yang dipegangnya ini harus dilaksanakan dengan sebaiknya.Handycam yang dikeluarkan dari dalam beg diletakkan di sebelah home theater yang ada didalam bilik rehat ini.Amira membantu memasangkannya sehingga keluar gambar Tan Sri Omar pada skrin.Semua mata kini sudah tertumpu kearah skrin besar itu.Kelihatan dia sedang duduk tegak bersama tongkat ditangan kanannya.

"Hmm..assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu.Buat putera-putera abi yang dah besar panjang,dengarlah baik-baik apa yang abi nak pesan ni.Harta pusaka yang abi tinggalkan ini tidak seberapa kalau nak dibandingkan dengan kasih sayang abi pada putera-putera abi semua,"Tan Sri berhenti sekejap.Nafasnya ditarik dalam,kemudian menyambungnya semula.

"Abi tahu semuanya sudah berjaya sekarang,sudah boleh berdiri atas kaki sendiri.Abi bangga dengan kamu semua.Tetapi abi tetap akan mewasiatkan harta-harta abi,adil dan saksama.Syer 20%,abi serahkan kepada Nabil Zulhelmi.Gunakan ia sebaik mungkin,dan jadilah pemimpin keluarga yang bertanggungjawab.Abi tahu Abang boleh jadi abang dan suami yang baik untuk adik-adik dan Sheila,"Nabil tersenyum mengangguk.Dikesatnya hujung mata dengan hujung jari.Terima kasih abi.Nabil janji akan jaga keluarga ni.

"Buat Iskandar Zulkarnain,abi wasiatkan 20% syer untuk Is.Abi minta maaf sebabkan abi Is jadi seperti sekarang.Abi tahu Is tak nak macam ni,jadi Is cubalah cari diri Is semula.Bantulah abang dengan adik,kerana abi tahu Is yang paling tabah dan berani dalam keluarga kita.Satu abi nak pesan,cubalah buka hati Is untuk seorang wanita.Kerana sesungguhnya Adam diciptakan untuk Hawa,"suara Tan Sri begitu mengharap.Nabil memandang adiknya yang satu itu,tangannya menepuk belakang Iskandar.Amira memandang lelaki itu,sudah berubah air mukanya.Iskandar sekadar memeluk tubuh,nampak dia cuba menyembunyikan air mata dari menitis.Aqil pula sudah menumbuk lengan sasa abangnya,cuba menceriakan keadaan.sesungguhnya hanya mereka sekeluarga yangtahu cerita sebenarnya disebalik sikap Iskandar Zulkarnain ni.

"Untuk si bongsu Aqil Zulfakar,setelah abi berbincang dengan abang-abang kamu,abi wasiatkan syarikat keluarga kita kepada Aqil dengan syer 30%.Setelah tamat pengajian nanti,Aqil berusahalah untuk mempertahankannya.Jadilah seorang lelaki yang berani berdiri atas kaki sendiri kerana abi tahu Aqil mampu untuk melakukannya.Kalau dah gatal nak kahwin nanti,pilihlah yang terbaik.Aqil jangan lupa Aqil ada abang-abang yang sedia membantu Aqil.Ingat,belajarlah bersungguh-sungguh kerana hanya dengan ilmu yang boleh menjadi petunjuk kita,"Aqil tersenyum,air matanya sudah mengalir.Dasar anak manja!Dipandang abang-abangnya yang juga memandangnya dengan anggukan.

"Untuk Encik Amir selaku peguam keluarga yang sudah lama berkhidmat,saya wasiatkan 10%syer.Buat personal assistant abi,Nur Amira saya wasiatkan 10% syer lagi.Disamping itu,tolonglah jaga putera-putera saya sebaik mungkin.Terima kasih kepada anda berdua yang sudah lama berkhidmat dengan saya.Tapi tunaikanlah hajat abi yang terakhir ini wahai putera-puteraku.Tinggallah di villa abi ni dalam masa sebulan,eratkanlah kembali hubungan antara kamu adik-beradik.Biarpun abi dengan umi sudah tiada tapi wujudkanlah kembali kenangan semasa dulu,kerana ianya adalah harta terindah buat kita semua.Abi sayang anak-anak abi,Wasalam dari saya,"Tan Sri Omar menunduk lantas skrin bertukar hitam.Amira masih kaget.Nama dia juga ada dalam senarai pewaris tadi.Bukan harta yang dia inginkan sebenarnya tapi cukuplah sekiranya jasa dan budi Tan Sri dapat dibalasnya.

"Baiklah,jelas dengan rakaman tadi?"tanya Encik Amir untuk kepastian.Nabil mengangguk mewakili adaik-beradiknya.Amira turut mengangguk sama.Encik Amir tersenyum berpuas hati.Syukurlah semuanya berlalu dengan lancar.

"Baiklah kalau macam tu,saya minta diri dulu.Kalau ada apa-apa pertanyaan ataupun masalah,boleh hubungi saya.Tak pun terus sahaja langsung ke pejabat saya.Terima kasih kerana sudah meluangkan masa.Assalamualaikum,"langkahnya diatur,sempat bersalaman dengan tiga beradik itu sebelum berlalu.

Masing-masing duduk kembali ke tempat masing-masing,berdiam diri.Amira sudah bersiap untuk berlalu.

"Eh,nak pergi mana tu?"tanya Aqil menghalang Amira mencapai beg tangannya.Semua mata sudah memandangnya,seperti menanya soalan yang sama juga.Amira memandang wajah itu silih berganti,wajah Aqil memang nampak manja.

"Saya nak baliklah,dah petang ni,"jam ditangan dikerling.Aqil memuncungkan bibirnya,tanda protes.Iskandar pula sudah tersengih sumbing,seperti mengejeknya.

"Dah dapat apa yang dia nak,buat apa dia nak tunggu lagi dekat sini,"suaranya seperti bercakap sendiri,tapi jelas dipendengaran semua.Nabil terpingga-pingga,Aqil juga.Amira mengerutkan dahi.Satu tuduhan yang tidak berasas!Kurang asam punya mulut!

"Tapikan abi kata cik akan jaga kami?apa maksudnya itu?"Nabil sudah menukar topik.Dia tahu wanita dihadapannya ini langsung tak ada niat sebegitu.

"Saya dah berjanji dengan Tan Sri akan awasi Encik-encik semua sepanjang berada di Villa ini.Seperti yang encik-encik semua sedia maklum,villa ni tak ada pembantu,jadi saya yang akan memberi khidmat.Itulah tugas terakhir saya untuk berkhidmat dengan keluarga Tan Sri,"terangnya jelas.Nabil mengangguk faham,macam tu rupanya.Aqil pula sudah tersenyum lebar,sebenarnya memang sudah lama mereka tak berkumpul macam ni.Semuanya sibuk hal sendiri,kalau ada hal je baru jumpa dekat Villa.

"Kau ingat kau mak tiri kitaorang ke,"sindir Iskandar.Amira sudah panas telinga,membulat matanya memandang lelaki itu.Dari sindiran itu jelas sangat lelaki tu nak menuduh yang bukan-bukan.Aqil memandang Amira dan Iskandar silih berganti,apa kena ni?

"Tak baik abang Is cakap macam tu.Dah cukup beruntung ada orang yang nak jaga makan pakai kita sepanjang duduk Villa ni,"backup Aqil.Iskandar memandang adiknya,cepatnya berubah hati.Tadi bukan main masam muka tu,dah boleh buat cuka.Sekarang siap senyum-senyum.Jangan tertipu Iskandar!

"Baiklah,saya balik dulu.Malam ni saya singgah sebentar ke Villa,"beritahunya.Nabil dan Aqil mengangguk faham.

"Terima kasih cik Amira.Menyusahkan Cik sahaja nanti,"Nabil sudah berdiri.

"Sama-sama,sudah menjadi tanggungjawab saya.Tapi tak perlulah bercik-cik dengan saya,panggil sahaja Amira,"

"Baiklah,kalau ada apa-apa call kami sahaja,"beritahunya kepada Amira.Langkah kakinya diatur keluar.Tinggallah tiga beradik tu,bincanglah apa yang nak dibincangkan.

+++++++++++++++++++

Selesai solat maghrib,Iskandar berlalu ke arah ruang tamu.Kelihatan Aqil sedang enak terbaring diatas sofa menonton rancangan yang tengah bersiaran.Dia mengambil tempat di sofa kosong,dipandang lagi adiknya yang tidak berkutit pun dari baringnya.

"Hoi,kau dah solat ke belum?"tanyanya lalu mengambil remote control yang ada atas badan Aqil.Aqil tersengih-sengih,lalu bangun dengan rambut yang sudah kusut masai.

"Nak pergilah ni..abang mana?"kepalanya dijengah-jengah ke ruang Villa.Tak nampak pun.

"Entah,mandi kut,"tiba-tiba hidungnya kembang kempis menghidu bau masakan.Perutnya pantas sahaja berkeroncong.Aqil membulatkan mata memandangnya.

"Apa?!"marahnya dilihat begitu.Aqil tersengeh luas,dah dengar..

"Abang Is lapar ye?Aqil pun lapar ni,dah tahap koma,"guraunya.Banyaklah kau punya koma!Alasanlah tu,liat nak pergi solat.Macamana lah masa dia duduk dengan kawan serumah dia tu?tak tahulah..

"Siapa masak?"tanya Iskandar memanjangkan kepala,tapi tak nampak juga.

"Kak Amira,"jawab Aqil.Iskandar mengerutkan dahi.Hai,dah berakak-akak pula.Entah-entah esok lusa mama pula.Apalah budak ni!Terus niatnya mahu makan hilang.Dibaringkan tubuhnya atas sofa dan terus menonton.Aqil pula sudah berlalu masuk ke dalam bilik.

Makanan sudah tersedia diatas meja,Amira menuangkan air kedalam setiap gelas kosong.Jam ditangan dikerling,dah pukul 8 lebih.Sempat lagi ni,Naz ambil pukul 9.30.

"Sedapnya bau,"terdengar suara Nabil dari jauh.Iskandar sekadar buat tidak tahu,malas nak ambil peduli.

"Dah boleh makan Encik Nabil,"beritahunya.Nabil mengangguk dan mencari adik-adiknya yang lain.Sebaik terpandang Iskandar terbaring menonton,niatnya mahu memanggil.

"Is,jom makan.Aqil mana?"

"Tak nak,Is tak lapar pun.Aqil solat,"hanya suara yang kedengaran.Amira memandang lelaki itu,berlagaknya!

"Tunggu,Aqil nak makan sama,"laju langkahnya menuju ke meja makan.Sebaik melabuhkan punggung,dipandangnya Iskandar yang masih terbaring.
"Abang Is tak nak makan ke?"ujarnya pelik.Nabil mencedok nasi kedalam pinggan.Amira sedah berlalu kedapur.Tidak selesa pula makan bersama macam tu.

"Is tak mahu makan.Dia kata tak lapar,"Nabil manjawab soalannya.Aqil menggaru kepala,dengan selambanya dia berkata

"Tadi perut abang Is dah bergendang,tak akanlah tak lapar,"ujarnya selamba.Nabil kurang faham,tapi terus digelaknya.Dia tahu kenapa Iskandar memberi alasan.
Iskandar mengetap bibir,loyar buruk betul budak ni.Buat malu jew..
Amira yang terdengar dari dapur menahan ketawa,biar betul.Pandai betul dia action,rupanya dah lapar.Tak apa,boleh simpan sikit.Manalah tahu ada orang cari makanan tengah malam.

+++++++++++++++++

Sudah seminggu mereka berkampung di Villa,dan sudah seminggu juga Amira berulang alik dari rumahnya.Tapi syukurlah,ada peningkatan yang agak baik dalam hubungan mereka adik beradik.Cuma biasalah waktu tengahari semuanya sibuk dengan urusan masing-masing.Dan dikesempatan itu Amira boleh mengemas dan membasuh pakaian.Makanan tengahari memang tak dimasak memandangkan semuanya tidak pulang waktu itu.

Kakinya melangkah kedalam bilik ke bilik untuk mengambil pakaian kotor.Cuma bilik Iskandar sahaja yang dia tidak masuk,kerana telah dilarang awal-awal.Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 2 petang.Selalunya Aqil sudah pulang,kerana kelasnya habis pukul 1.Mendengar bunyi pintu di buka dari luar,Amira terus berlalu.Bukan main terkejut tatkala melihat Aqil sudah terencot-encot berjalan masuk.Mahu dipapah rasa terlebih pula,jadi terus dia mengambil beg yang disandang Aqil.Muka itu nampak menahan sakit.

"Kenapa ni?apa dah jadi?"tanyanya cemas.Aqil mengambil tempat di ruang tamu,dilunjurkan kakinya kedepan.

"Accident tadi,ni baru balik klinik.Sakitnya kaki ni,"adunya sambil memicit lutut yang mungkin lenguh.Baju yang dipakai sudak kotor,seluar pula terkoyak di lututnya.

"Siapa hantar balik ni?"kepalanya dijengah ke luar,mencari-cari sesiapa sahaja yang sudah membantu Aqil itu.

"Abang Is,tapi dia dah pergi.Dia kejar masa tu,tadi call dia nasib dapat.Call abang tak angkat,ada hal kut,"ceritanya.Amira mengangguk,prihatin juga dia tu ye..Dilihat Aqil yang merah mukanya,pasti menahan sakit.Amira tersenyum kecil,macam budak-budak.Adiknya Naz pula macam dah terlebih dewasa,padahal umur mereka tu hampir sebaya jew.Kalau orang tengok mesti ingat dia abang dan Amira adik.

"Aqil dah makan ke?"dia sudah mahu bangun untuk berlalu.Aqil mengeleng sambil matanya memandang Amira.Rindunya pada arwah umi.Sudah lama tak ada orang yang ambil berat seperti itu terhadapnya.

"Belum.Kak Amira masak ke?"dia tersenyum tawar.Dah rasa macam Amira ni keluarganya,mungkin sebab Amira sudah terbiasa menjaga adik dan ayahnya sejak ibu meninggal dunia.

"Belum masak,tak tahu nak masak apa.Ingat ke Aqil makan dekat luar.Aqil nak makan apa?biar akak masakkan,"pelawanya.Rasanya dah macam menjaga adik sendiri,cuma dia sedar batas-batasnya.Ini tengah duduk berdua ni,harap-harap tak ada apa-apalah yang berlaku.

"Bestnya.Masa umi ada lagi dulu,time Aqil sakit umi mesti masak ayam kicap.Sebabnya Aqil suka lauk tu.Boleh kak Amira masakkan?"rayunya.Amira tersenyum dan mengangguk.

"Boleh.Aqil pergi berehat dulu,nanti dah masak akak panggil,"arahnya lalu berlalu ke dapur.Dia hanya memasak sikit memandangkan seorang sahaja mahu makan.Kalau waktu lain pun dia tak perlu masak untuk tiga orang,sebabnya makhluk pemangsa tu memang tak jamah pun masakannya.Tak tahulah apa kena?dia takut ada racun kut?he...he...

+++++++++++++

"Abang Is,Aqil nak cakap sikit boleh?"Aqil mengambil tempat di atas katil.Iskandar yang masih menatap skrin laptopnya langsung tidak memandang.Aqil langsung tidak ambil hati,dia kenal sikap abangnya yang satu itu.

"Ada apa?kaki kau dah baik ke?"jari Iskandar lincah menaip sesuatu.Kaca mata yang dipakainya dibetulkan.

"Dah elok sikit.Nasib baik kak Amira tolong jaga,dah macam arwah umi dulu,"beritahunya.Iskandar terus berhenti menaip.Badannya dialihkan menghadap adiknya itu.

"Jangan sesekali kau nak samakan arwah umi dengan orang lain,abang tak suka.Sebaik mana pun dia,dia tak akan mampu nak gantikan umi dalam rumah ni.Selagi abang masih hidup,itu semua tak akan terjadi,"ucapnya tegas.Aqil hanya diam,bengang betul dengan abang yang sorang ni.

"Aqil tak maksudkan macam tu.Abang,kak Amira tu bukannya nak jadi mak tiri kita,abi dah tak ada pun.Sudah-sudahlah abang nak bersangka buruk dengan perempuan,tak ada faedahnya.Aqil tahu kak Amira tak ada maksud jahat,dia ikhlas nak tolong kita,"backupnya.

"Mana kau tahu dia tu ikhlas ke tidak.Boleh tak kau jangan jadi bodoh?orang kalau nak sesuatu,suruh buat apapun sanggup buat.Entah dalam makanan tu dia dah bubuh sesuatu,tu korang ikut cakap dia,sedarlah sikit!"Tuduhnya.Aqil meraup muka,nampaknya abang Is memang tak lupakan apa yang telah terjadi dulu.

20 tahun dulu,peristiwa yang tak mungkin mereka sekeluarga lupakan,terutama sekali abang Is kerana dialah yang paling sekali rapat dengan arwah umi.Sepanjang umi lumpuh,abang Is lah yang temankan umi saban hari,menjadi peneman umi tika ketawa dan menangis.Biarpun baru berumur 6 tahun ketika itu,tapi dia sudah mampu berfikir jauh.Tika itu abang Nabil bersekolah asrama bestari,Aqil pula masih bayi.Mereka bukanlah lahir-lahir sahaja sudah hidup mewah,sebab itulah abi berkerja keras kerana perniagaannya baru sahaja stabil.Mulanya abi sering menjenguk umi,tapi lama kelamaan abi sering pulang lewat tak pun tidak pulang.Yang ada ketika itu cuma umi,abang Is,aqil dan seorang pembantu rumah.Bila abi pulang je pasti kepenatan,kadang-kadang mengalami tekanan kerja.Disebabkan umi lumpuh,pembantu rumah itulah yang menjaga makan pakai dirumah.Tanpa disedari abi mula berubah,sikapnya berlainan terhadap pembantu rumah indonesia itu.Dia sudah naik kepala,rumah majikan sudah seperti rumah sendiri.Abi sudah berlaku curang dengan umi,setiap kemahuan pembantu rumah itu dituruti.Iskandar yang sudah mampu berfikir,cuba menyembunyikan hal itu daripada umi.Tapi siapa sangka,pembantu rumah itu membongkarkannya kepada umi.Setiap malam Iskandar melihat umi berlinangan air mata,abi pula seperti di pukau,langsung tidak ambil kisah.Beberapa bulan hal ini berlarutan,sehingga penglihatan umi di tarik Ilahi.Iskandar sudah mengajar hatinya,biar keras tidak berperasaan.Nasib baik perkara ini sempat di hidu pak ngah,adik abi.Setelah di bongkar ternyata pembantu itu membomoh abi melalui masakannya.Biarpun hal sudah lama berlaku,tapi kerana hal itu Iskandar menjadi Iskandar yang sekarang.

"Sudahlah abang Is,Aqil pun tak faham.Aqil tahu abang Is masih berdendam,tapi percayalah dendam tu tak ada kebaikannya pun.Bukaklah mata dan hati abang tu,sebab Is tahu abang Is tak nak semua ni,cuma abang Is yang menidakkannya.Abang fikirlah sendiri,"ujarnya kesal lantas berlalu.Iskandar meraup muka,beristigfar kepada Allah.

Amira mengesat air mata,tak sangka sampai macam tu sekali tuduhan Iskandar.Tak sengaja tadi dia terdengar perbualan dua-beradik itu ketika mahu memanggil untuk makan malam.

"Kak Amira,buat apa ni?"sapa seseorang dari belakang.Amira mengesat air mata,cuba tersenyum.Aqil melihat senyuman yang di buat-buat itu,Amira terdengar ke apa yang mereka bualkan tadi?dan Amira pula,macamana boleh tak perasan ada orang kat belakang ni..

"Nak panggil makan,semua dah terhidang.Aqil jangan risau,akak tak ada niat lain pun,"ujarnya sayu.Aqil menggeleng sendiri.sahlah kak Amira dengar tadi.

"Kak Amira jangan ambil hati ye.Abang Is tu memang tak ada perasaan,tapi akak buat tak tahu je,dia sebenarnya tak maksudkan pun apa yang dia cakap tu,"Aqil cuba menyedapkan hati wanita itu.

"Dekat sini rupanya,puas abang cari.Jom makan,dah lapar ni,"Nabil menepuk-nepuk perutnya.Iskandar muncul dari biliknya,terus semua mata memandangnya.Iskandar mengangkat muka,terus terpandangkan Amira yang merah matanya.

"Ha,alang-alang Is ada,jom makan sekali,"ajak Nabil.Amira memandang wajah selamba itu,Aqil juga.Iskandar turut berbalas pandang.

"Tak apalah,Is nak keluar ni.Lain kali tak payah simpan makanan untuk Is,"beritahunya.Nabil dan Aqil saling berpandangan,masing-masing mengangkat bahu.

"Simpan makanan?siapa?"tanya Aqil berbalik kepada Iskandar.Amira hanya diam,tak di suruh tiga beradik itu memandangnya.Yang dia perasan pandangan Iskandar lain pula kali ini,tak macam selalu.

"Amira ke yang simpankan untuk Is?"tanya Nabil untuk kepastian.Belum sempat di jawab,Aqil sudah memintas.

"Tentulah,habis siapa lagi yang ada dalam rumah ni kan?"Amira sekadar meminta diri untuk berlalu.Diikuti Nabil dan Aqil.Iskandar pula masih tercegat depan bilik,nak jadi patung ke?

++++++++++++

Hujan lebat turun membasahi bumi.Angin juga agak kencang malam itu.Amira memeluk tubuh,habis kena tempias.Nampaknya hujan tak seperti mahu berhenti.Dahlah telefon habis bateri.Namanya dipanggil kuat,tapi kurang jelas didengari memandangkan kuatnya bunyi hujan turun.

"Kak Amira,ada orang telefon,"laung Aqil di muka pintu.Tergesa-gesa Amira menyambut si pemanggil.Beberapa minit,telefon di letakkan kembali.Naz tak boleh nak ambil sebab kereta ayah pakai kerja malam.Amira menarik nafas,tak akan nak minta mereka hantarkan?tak menyusahkan ke?nak tidur sini tak mungkinlah!

"Sekejap lagi Is balik,biar dia tolong hantarkan.Nanti abang call dia,"bagitahu Nabil sambil menekan nombor pada handphonenya.Amira serba salah,tak akanlah Iskandar?
Mesti dia tak mahu hantarkan,baik cepat bertindak.

"Tak apalah,saya call teksi je,"halangnya.Telefon sudah ditelinga.Aqil sekadar mengeleng tidak setuju.Nampaknya Nabil sedang bercakap sesuatu dengan Iskandar.Amira hanya diam.Peratusan untuk jawab ya mungkin hanyalah 10% berbanding dengan tidak.Telefon sudah di alihkan dari telinga.

"Dia cakap ya.Lagi 5 minit dia sampai,tunggu sekejap ye,"beritahu Nabil.Aqil sudah tersenyum memandangnya yang seperti kurang percaya.Entah-entah dia ada niat lain?takutlah pula nak percaya.Tapi kalau tak tumpang,macamana nak balik?berserah jelah..Bunyi hon di luar rumah menarik perhatian semua.Dup!Dap!Dup!Dap!Harap-harap tak ada apa-apalah yang terjadi.Kelihatan Lancer milik Iskandar sudah di depan rumah,terketar-ketar tangan Amira mahu membuka pintu.Nak duduk depan ke belakang?Kalau depan takut dia tak selesa,kalau belakang pula macam dia drebar.Macamana ni?Tanganya pun bukalah pintu depan,terus dia masuk tanpa melihat wajah itu.Mak oi..sejuknya dalam kereta ni,dah macam dalam peti.Dahlah radio tengah mainkan lagu jiwang,seram sejuk betul.Sebaik kereta bergerak,Aqil sudah melambai kepadanya.

"Rapat dengan Aqil,"Iskandar memulakan bicara.Naik bulu roma Amira.Tak pernah pula lelaki itu bercakap sedekat ini dengannya.

"Tak adalah,biasa je,"jawabnya pendek.Matanya hanya tertumpu di hadapan.Masing-masing diam melayan lagu radio.Ini lagu kesukaannya,tapi Amira langsung tidak khusyuk mendengarnya.Jantungnya kini juga sedang berlagu.

"Rumah dekat mana?"tanya Iskandar perlahan.Amira menoleh sekilas,kerana gelap wajah itu tak berapa jelas.Lelaki ni tengah bercakap ke?eh..eh..tak berapa dengar pula!

"Taman Sentosa.Nanti dah sampai saya bagitahu,"Masing-masing diam semula.Amira memeluk tubuh,terasa sejuknya sampai ke tulang.Rasanya tadi lelaki ni dah perlahankan air-cond,tapi kenapa masih sejuk?mungkin sebab hujan masih lebat..
Iskandar menjeling dengan ekoran mata,lantas tangannya meraba-raba kebelakang.Amira kaget!Iskandar nak buat apa ni?Tak semena-mena sehelai baju sejuk sudah berada di atas ribanya.Lelaki itu menumpukan pemanduannya semula.Amira menoleh kearah lelaki itu,lantas tersenyum kecil.Baju di sarungkan kebadan,hidungnya terbau pula perfume yang ada pada baju itu.Mulalah jantungnya berdegup kencang.

Sesampai di hadapan rumahnya kereta di berhentikan.Mata Amira sudah mula terasa ngantuk.Nampaknya hujan sudah mula reda,dipandang Iskandar yang sedang memerhati rumahnya,kemudian memandangnya semula.

"Oklah,terima kasih encik..drive elok-elok ye,"tangannya sudah mahu membuka pintu tapi sempat dihalang lelaki itu.

"Nak bawa balik ke baju saya tu?"tanyanya.Amira kurang mengerti,lantas memandang badannya.Amira sudah tersengeh sendiri,lupa pula.Baju dihulurkan kepada tuannya semula.

"Terima kasih,"ujar Amira malu.Lelaki itu hanya mengangguk lalu Amira terus berlari keluar.Kelihatan Naz sudah membuka lampu dan pintu.Pandangannya memandang kearah orang yang menghantar kakaknya itu.

"Siapa tu?"tanya adiknya.Selipar sudah disarungkan.Amira menyapu-nyapu bajunya yang sudah basah.Matanya juga memandang kearah kereta yang belum bergerak itu.

"Anak majikan akak,"jawabnya pendek.Naz mengangguk faham.Yang mana satu ek?rasanya macam ramai anak majikan akak ni..

"Yang mana kak?rajinnya dia tolong hantarkan,"Amira menoleh adiknya.Banyak pula tanyanya..

"Encik Iskandar,yang no 2..Kebetulan dia keluar,akak tumpanglah.Tak akan nak tidur sana,tunggu ayah ambil esok?"Naz tersenggeh,ya juga..

"Dia tak nak singgah ke?"eh..budak ni,banyak songgeh betul!

"Dia sibuk,tak ada masa.Jomlah masuk,"ajaknya.Tapi Naz masih belum berganjak.

"Kak,dia turunlah,"kata Naz terkejut.Amira menoleh.Yalah!Iskandar sudah berlari keluar dan menghampiri mereka.Lelaki itu kelihatan pucat,kenapa ni?baru ingin membuka mulut,lelaki itu terus rebah,nasib baik sempat disambut Naz.Amira sudah terjerit,membulat matanya.

"Kak,macamana ni?"tanya Naz cemas.Amira sudah membuka pintu luas untuk memberi laluan.

"Naz,tolong papah dia masuk.Nanti akak call ayah bagitahu,"Naz mengangguk lantas memapah Iskandar masuk.Iskandar dibaringkan di atas katil bilik Amira,sebab bilik dia je dekat bawah.Muka Iskandar pucat sungguh,tapi tadi elok jew.Kelihatan mulut lelaki itu menuturkan sesuatu,Amira dan Naz saling berpandangan.

"Naz,tolong akak ambilkan air.Dia dahaga rasanya,"pinta Amira.Naz terus berlalu.Amira juga mahu berlalu untuk menghubungi ayah dan adik-beradik lelaki itu.Belum sempat berlalu,tangannya dipegang seseorang.Amira kaget,terus menoleh.Mata lelaki itu masih terpejam,cuma mulutnya menuturkan sesuatu.Amira terpanggil untuk mendekatkan telinganya kearah mulut lelaki itu.

"Umi..umi.."panggil Iskandar perlahan.Suara itu kedengaran sedih dan lemah sekali.Perlahan-lahan pegangan tangan terurai.Amira menatap wajah itu penuh kasih,tak semena-mena air mata mengalir ditubir mata lelaki itu.Amira terdiam.Hatinya tersentuh sekali,sakit sangat ke?

"Kak,ni air,"segelas air dihulurkan.Amira menyambutnya lalu diletakkan di meja sisi.Langkah kakinya dihala keluar.Dia harus menghubungi keluarga lelaki tu dengan segera.

Lama menunggu,akhirnya panggilan terjawab juga.Amira menghela nafas lega.

"Assalamualaikum Aqil,"salamnya.

+++++++++++

Nabil dan Aqil sudah duduk di ruang tamu.Masing-masing mendiamkan diri.Naz hanya memerhati dari arah tangga.Amira datang dengan mendulang beberapa gelas air untuk tetamu-tetamunya itu.Nampaknya Iskandar masih belum sedar.

"Tak sangka pula jadi macam ni,"ujar Aqil kesal.Nabil sudah meraup muka.Amira hanya menjadi pendengar.Menoleh kearah Naz,nampaknya dia sudah berlalu.Mesti tak mahu masuk campur.

"Tu lah,Is degil sangat,keras kepala,ego tak bertempat!"Marah Nabil,tapi maksudnya baik.

"Aqil ingat abang Is dah sembuh.Selama ni dia tak pernah share apa-apa,last-last jadi macam ni pula,"Aqil mengeluh lemah.Teringatkan abang Is yang pernah gastrik beberapa tahun selepas kematian umi,hatinya jadi tersentuh.Abangnya itu nampak tabah,sebenarnya dia memendam dukanya sendiri.Kononnya tak boleh melupakan umi,jadilah abang Is macam ni.Tapi tak sangka pula gastriknya menyerang kembali.Mesti sebab ego tak nak makan masakan kak Amira.

"Semua ni salah saya,"ujar Amira lemah.Nabil dan Aqil memandang kearahnya.Tolonglah jangan menyalahkan diri..

"Tak,bukan sebab kak Amira.Ini semua sebab abang Is tu ego sangat.Lepas dia rehat oklah tu sebab Aqil dah bagi ubat tadi,"beritahunya.Amira memegang dada.

Mendengarkan cerita Aqil dari A-Z,Amira sangat tersentuh.Simpatinya pada lelaki yang bernama Iskandar Zulkarnain tu.Dipandang wajah lelaki itu yang sudah sedar.Tanpa dipinta lelaki itu memandangnya lantas tersenyum tawar.Amira kaget,terus dibalas senyuman itu.Ini kali pertama dia melihat senyuman lelaki itu,biarpun nampak lemah tapi nampak begitu ikhlas.Hatinya tiba berbunga riang,Aqil dan Nabil pula memandangnya dengan pandangan kurang dimengertikan.Amira tersenyum malu,gatalnya mata ni!

++++++++++

Sudah beberapa bulan berlalu dari kejadian haritu,dan selama itu juga dia sudah tidak bertemu dengan Iskandar.Sejak tamat khidmatnya di Villa,dia sudah memulakan pencarian kerja baru.Nabil dan Aqil memberitahu sejak pulang dari rumahnya beberapa bulan dulu,Iskandar sudah berpindah keluar.Katanya dia perlukan masa untuk mengubah segalanya,terutama dirinya sendiri.Amira hanya diam,sejujurnya hatinya sedih tapi siapa dia untuk ada perasaan sebegitu?mungkin itu yang terbaik untuknya.

Amira menjejakkan kaki di syarikat yang melamarnya untuk menjadi PA.Apa yang diberitahu kepadanya,dia tidak perlu menghadiri temuduga kerana pengarah sudah terdesak.Pelik?tapi mungkin sudah rezekinya.Senyuman dihulurkan buat pekerja yang setia duduk dikerusi di lobi itu.

"Boleh saya bantu?"tanya wanita itu ramah.Amira memandang tag nama wanita itu,Sofea.

"Saya Nur Amira.Hari ini saya lapor diri sebagai Pembantu peribadi,"beritahunya.Wanita itu tersenyum dan mengangguk.Dia mengangkat ganggang telefon dan mendail seseorang.

"Maaf Encik,cik Amira dah sampai.Boleh dia naik sekarang?"bual Sofea dengan orang di telefon.Amira sekadar menjadi pemerhati sahaja.Pastinya wanita itu sedang berbual dengan bos besarnya.

"Baik,Cik Amira boleh naik sekarang.Tingkat 22 ye,"Sofea memberitahu.Amira mengucapkan terima kasih lantas berlalu menaiki lif.

Perjalanan tak sampai sepuluh minit,dia sudah tiba di tingkat yang dimaksudkan tadi.Keadaan tenang sahaja.Matanya mula mencari-cari bilik encik pengarah.Nak tanya orang,kebetulan tak ada sesiapa pula disitu.Puas berpusing,akhirnya jumpa juga bilik yang hujung sekali,ada tertera jawatan pengarah disitu.Membulat matanya memandang nama yang terpapar di bawah nama jawatan itu.Dia?!Biar betul!

"Hehem..."suara seseorang berdehem dibelakangnya.Amira menelan liur,hidungnya sempat lagi menghidu bau perfume yang pernah dia bau sebelum ni.Matanya dipejam rapat,minta-minta tak silap orang...

"Kenapa tercegat je?tak nak pandang muka bos ke?"tanya suara itu.Amira sudah memaksa bibir untuk senyum.Tenang,tenang..

"Maaf,encik Iskandar.Saya tak tahu pula ini pejabat encik,"selorohnya.Lelaki itu tersenyum sendiri.Amira mengangkat muka,ah!Dia senyum lagi,untuk kali keduanya.Manisnya dia senyum,kenapalah dulu tak macam ni..

"Kalau awak tahu ni pejabat saya,awak tetap nak datang ke?"

"Mestilah datang..bukan senang nak dapat jawatan tanpa di temuduga dulu.Ini rezeki saya,tak akan nak tolak.."ujarnya bersemangat.Lelaki itu masih lagi tersenyum.

"Tapi saya musykillah,kenapa tak nak temuduga dulu?ke memang tak ada orang yang nak jawatan ni?"ujar Amira berani.Melihat lelaki itu bermuka selamba,dia terus menepuk mulut.Celuparnya,kang tak pasal-pasal kena pecat sebelum mulakan kerja.Dahlah lelaki ni dingin,tak macam adik-beradiknya yang lain.

"Memang tak ada orang pun yang nak mohon jawatan ni,sebab tu saya tawarkan pada awak.Kan awak dah ada pengalaman.Yang saya tertariknya awak boleh buat partime jadi pembantu rumah juga.Jadi should I lepaskan peluang yang ada didepan mata?kebetulan sekarang ni saya baru pindah rumah,jadi hati ni terdetik pula nak ambil pembantu rumah,"

Amira mengetap bibir.Ceh!Ambil kesempatan betul lelaki ni.Tapi cara percakapannya sudah lain benar,tak macam Iskandar yang dulu.Sudah berubah ke?

"So,nak terima ke nak tolak tawaran saya ni?peluang yang saya bagi sekali je,saya tak akan bagi peluang kedua,"ugutnya,tersenyum lagi!Memang dah banyak berubahlah,lagi banyak tersenyum,kalau dulu haram nak senyum.

"Siapa kata saya tak nak?saya terima kerja ni awal-awal lagi.Sebab tu saya datang hari ni,nak lapor diri.Jadi,boleh saya mula kerja sekarang?"tanya Amira,malu pula nak berlama-lama dengan majikannya ini.Dilihat ruang pejabat masih kosong,mana perginya semua orang?

"Ok,semangat nampaknya.Kalau macam tu,tugas pertama awak senang jew,buatkan saya teh.Pekat dan kurang manis,"arah lelaki itu atau kata lainnya tuan pengarah.Amira mengerutkan dahi.Sure ke dia ni jadi PA,tapi dah macam tea lady pula.Tak apalah,bukan susah pun.

"Lagi satu,teman saya lunch.Lepas lunch,ikut saya pergi Langkawi,"arahnya lagi.Amira membulatkan mata?Langkawi?

"Er..berapa lama encik?saya tak ready apa-apa pun lagi,lagipun nak buat apa kat sana? "Lelaki itu tersenyum lagi,kini memandang tepat pada wajahnya yang sudah cuak.Apa kena bos ni?

"Cuma beberapa hari,family holidays,"Katanya girang.Makinlah Amira cuak.Gila ke?siapa dia nak ikut family holidays si Iskandar ni.Apa pula orang kata nanti.

"Encik serius ke ni?kalau saya tak mahu?saya masih milik ayah saya tau,"ujarnya geram.Biarlah dia ni nak terasa pun,peduli apa.Lelaki itu ketawa pula.Hmm..Iskandar sudah ada kemajuan,mula-mula senyum lepastu ketawa pula.Lepas ni?Amira malas nak fikir,biar dia jelah yang tahu..

"Apa yang Amira merepek ni?saya bukannya ada niat apa-apa pun,Nabil dengan Aqil yang beria-ria nak ajak Amira pergi sekali.Tak payah risaulah,Sheila pun ikut sama,"ceritanya.Amira tersenyum lega.Cakaplah awal-awal,buat suspens je.

"Jadi,lepasni singgah rumah Amira dulu.Saya kenalah minta kebenaran ayah Amira dulu,nanti disangka saya ni bawa lari anak orang pula,"selorohnya.Amira tergelak kecil,pandai dia fikir..

"Oklah encik Iskandar,biar saya siapkan minuman dulu.Nanti saya call ayah saya bagitahu dia,tak adalah dia terkejut pula nanti,"Lelaki itu mengangguk lalu masuk kebilik pejabatnya.

Amira berlalu ke pantri,nasib baik tak susah cari.Ambil sebiji mug,tuang air panas yang sudah sedia ada,cari uncang teh letak susu.Tak manis dan pekat,oklah ni!Berhati-hati dia mendulang air menuju kebilik bosnya.Pintu diketuk,ada suara menyuruhnya masuk.Kali pertama melangkah,best betul bilik dia ni..

"Air encik,"mug diletakkan diatas meja.Lelaki itu hanya mengangguk tanpa memandangnya.Matanya sempat meneliti bilik ni.Banyak betul model-model kapal yang menjadi koleksi.

"Ada apa-apa lagi ke?"tanyanya tiba-tiba,mengganggu pemerhatian Amira.Eh,patutnya dia yang tanya macam tu,ni dah terbalik pula.

"Tak ada apalah.Encik nak apa-apa lagi?"Lelaki itu mengeleng.Fokus betul,langsung tak menoleh.

"Saya keluar dulu,"kakinya diatur.Belum sempat membuka pintu,namanya dipanggil.Segera dia menoleh,takut ada apa-apa lagi yang majikannya mahu.

"Thanks ye,sedap airnya,"puji Iskandar.Amira tersenyum bangga.kalau sedap hari-hari pun boleh buatkan,ee..gatalnya.

"Bolehlah buatkan hari-hari.Tak rugi saya upah awak,macam-macam kerja boleh buat,"pujinya lagi.Sudah-sudahlah puji tu,kang terperasan lebih pula.

"Terima kasih juga encik,dah memang tugas.Nak apa-apa lagi?"tanyanya untuk kepastian.Lelaki itu mengeleng untuk kedua kalinya.

Amira pasti dan terus berlalu.Fuhh..berdebar habis jantung ni.Telefon dalam poket seluar berbunyi lantang,tengok skrin tertera nama ayah.Baru nak call,alih-alih ayah call dulu.

"Assalamualaikum ayah.Akak baru nak call,"

"Waalaikummussalam.Akak nak pergi Langkawi ye,ayah izinkan.Tapi jaga diri elok-elok,jangan buat benda tak senonoh.Jangan susahkan Iskandar pula,"pesan ayah.

Amira terpana.Mana ayah tahu?bilik Iskandar dipandang sekilas.Cepat betul dia ni bertindak.

"Insyaallah ayah.Nanti akak dah nak pergi akak call ayah lagi ye,"

"Yalah.Ayah nak sambung kerja ni,jaga diri elok-elok,"pesan ayah lagi.Amira tersenyum.Masing-masing berbalas salam.Entah bila masa pula Iskandar sudah berada di belakangnya.Lelaki itu tersenyum padanya,dia juga membalas senyuman.Andai sahaja senyuman itu sentiasa untuk dirinya,pasti dialah orang yang paling bahagia di dunia ini.

$TAMAT$

Saturday, December 18, 2010

Sepatu Kayu cindy n ella



Pemandangan malam itu sangat nyaman,senyaman hatinya.Ella membaringkan tubuh di atas tanah yang ditutupi dengan rumput,kedua belah tangan disilang dan diletakkan dibawah kepala,nak buat bantallah katakan.Matanya terus tepat memandang langit yang cerah malam ini,ada banyak bintang pula.Nun jauh disana kelihatan pula bulan sabit yang keseorangan,samalah macam dirinya yang tengah kesunyian ini.

"Cantiknya langit malam ni,"ngomongnya sendiri.Bibirnya mengukir senyuman lebar sambil matanya dipejam rapat.Bunyi angin malam sangat lembut menyapa telinga dan rambutnya.Dibiarkan sahaja rambut depannya terjuntai,habis serabai dekat muka dek ditiup angin.Seronoknya,bukan selalu dapat merasai perasaan tenang begini.

Ella melayan perasaan sendiri,kaki yang disilangkan kedepan bergerak perlahan mengikut melodi-melodi lagu yang dinyanyikannya.Jiwanglah pula malam-malam ni,nasib baik tak ada orang.Kalau orang tengok mesti orang cakap tak senonoh betul anak dara tu.Tapi nak buat macamana,hanya inilah waktunya untuk dia mengecapi ketenangan,kalau dah siang alamatnya jangan haraplah.Tangan memeluk tubuh,tiba-tiba terasa sejuk pula.Nasib baiklah pakai sweater,tak adalah sejuk tu rasanya sampai ke tulang.Rasa tidak selesa pula berbaring dalam keadaan sejuk,bertambah sejuk pula jadinya.Mata dipejam semula,bayangkanlah kalau ada selimut dan bantal,bestnya tidur..

"Sorang jew ke?"sapa satu suara hampir disebelahnya.Dapat dirasakan orang itu sedang membaringkan tubuh,betul-betul disebelahnya.Ella terus membuka mata,dijeling makhluk tuhan yang selamba tu.Orang tak jemput pun,pandai-pandai jew duduk,baring pula tu.Macamana ada orang lain boleh tahu tempat rahsia ni?Setahunya,tempat ni tak pernah ada orang datang,sebabnya bukan ada benda pun.Kalau dulu adalah couple-couple yang buat hal,tapi lepas pencegah maksiat buat serbuan besar-besaran,semuanya beres.Sebab tu dah tak ada orang nak datang.Jadi dikesempatan ini,bolehlah buat tempat ni macam hak milik kekal.Tak sangka pula ada lagi yang datang ye,tapi tak pernah nampak pun sebelum ni..

Kelihatan wajah lelaki itu ditutupi dengan topi,jadi tak pasti soalannya tadi ditujukan untuk siapa.Dari suara dan bentuk tubuhnya,macam tak kenal.Lagipun dia bukannya ada kawan-kawan lelaki,kalau tahu dek Puan Idah siaplah dia.Hish!Jangan cari masalah,silap-silap datang pencegah maksiat,karang tak pasal-pasal kena kahwin.Baik lari cepat..

Ella terus bangun dari duduknya,mungkin lelaki itu sudah tertidur.Lantaklah,yang penting dia harus berlalu sekarang.Tangannya menepuk-nepuk bontot seluarnya,lalu menyarungkan sepatu kayu miliknya yang dihadiahkan oleh arwah ibu.Nampak macam orang dulu-dulukan?tapi sekarang ni dah banyak fesyen kasut kayu dekat pasaran,cuma yang miliknya ini tak ada dekat mana-mana sebab arwah datuk yang buatkannya untuk seseorang yang cukup istimewa.Ini nak dikatakan sepatu warisanlah.Arwah datuk menggunakan gabungan kain cotton yang disulam dengan bunga-bunga sebenar sebagai hiasan,biarpun sekarang dah layu ianya tetap tidak tercaput dari kain.Kerana khas dibuat,bahagian tapak ada terukir satu nama yang cukup bermakna untuk mereka sekeluarga,dan ianya cukup selesa dipakai,tak sakit kaki pun.

"Sombongnya,tak akan dah nak balik?awak tak kenal saya ke?ke takut kena cekup?"ujar suara itu lagi,agak membangga diri bunyinya.Ella menarik nafas,ingat ke dah tidur tadi.Matanya menjeling ke arah suara itu,nak memastikan yang lelaki itu sedang bercakap dengan siapa.Mana perginya topi yang menutupi mukanya tadi?Biarpun hari malam,namun sinaran sahaya bulan yang samar-samar tidak akan menipu matanya.Ella mengerutkan dahi,dia perlu kenal ke lelaki ni?memang,memang dia takut dicekup,sebabnya mereka tak kenal satu sama lain pun.Pandangan matanya dialihkan entah kemana-mana,janji bukan diwajah lelaki itu.Janganlah dia tergoda,wajahnya betul-betul menggambarkan apa yang sedang dirasainya sekarang.

"Maaf,Encik bercakap dengan saya?saya kenal encik ke?"tanyanya bodoh.Entah kenapa rajin sangat mulut ni nak menjawab.Alangkah baiknya kalau dia pergi sekarang,tapi kakinya tiba-tiba terpaku disitu.

Lelaki itu ketawa sendiri,dia kini sudah bangun dari pembaringan dan duduk bersila.Topi yang berada disebelahnya disarungkan ke kepala menutupi rambutnya yang nampak sudah kusut masai.Ella mengerutkan dahi,langkahnya maju beberapa tapak ke belakang.Apasal lelaki ni?jangan-jangan dia ni penjenayah yang melarikan diri kut?Ella berkira-kira sendiri.Tapi ada ke orang jahat sekacak ini?jangan cari pasal Ella,yang muka kacak tulah kadang-kadang yang paling ditakuti.Macamana kalau dia ni perogol?pembunuh?Ya Allah,lindungilah hambaMu ini.

"Did you see anybody here except we two?baguslah kalau awak tak kenal saya,"tawanya sudah berhenti.Lelaki itu cuma tersenyum sinis,lantas berdiri.Ella sudah mahu membuka langkah,nasib baik arwah ayah ada mengajarnya seni mempertahankan diri,biarpun tak hebat janji boleh melepaskan diri sudahlah.Jantungnya kembali berdegup kencang,selalunya dalam saat-saat genting macam ni,apa-apa langkah pun bolehlah...

Hilang habis segala pujian yang diberikan kepada lelaki itu,hensem ke tak hensem ke yang penting dia harus lawan,ingat Ella jangan menilai seseorang itu dari luaran sahaja.Seperti dapat membaca apa yang sedang difikirkannya,lelaki itu tiba-tiba menghampiri.Ella menggenggam buku limanya,kalau lelaki itu berani menyentuhnya siaplah!

"Jangan dekat,awak jangan ingat saya tak berani ye,sekali awak sentuh saya siaplah!"ugutnya takut-takut berani.Kakinya masih bergerak kebelakang,kalau ada peluang dia harus segera lari.

Tanpa Ella sedari seekor ulat bulu jatuh pada bahu kirinya sebaik dia melalui bawah pokok tua.Dilihatnya mata lelaki itu sedang memandang tubuhnya,terus dia memeluk tubuh.Agaknya kalau tengok cermin sekarang,pasti mukanya pucat macam mayat.Yalah,ini kali pertama dia melalui perkara sebegini dalam hidupnya.Kini hanya beberapa langkah sahaja dia dengan lelaki itu.Wajah lelaki itu sudah berubah lain,tiada lagi senyuman seperti tadi.Makin gelisahlah Ella sekarang...

"Er..bahu awak.."tiba-tiba tangan itu menyentuh bahunya,dan secara automatik kaki kanan yang bersepatu kayu itu naik menendang perut lelaki dihadapannya ini,sehingga sepatunya tercampak jauh,begitu juga dengan ulat bulu yang tidak diketahuinya itu.Terdorong lelaki itu kebelakang,membongkok menahan sakit di bahagian perut.Ella kelam-kabut,terus dicarinya sepatu yang tercampak itu.Sempat lagi dia memandang lelaki itu yang sedang terbongkok memicit perutnya,nampak sakit betul.Timbul pula rasa bersalah,tapi diakan lelaki.Baru kena tendang dengan seorang perempuan tak akanlah dah sakit sebegitu,lainlah kalau dia sedang berlawan dengan lelaki juga.

Baru ingin menghampiri 'mangsa'nya itu,dari jauh kelihatan samar-samar cahaya lampu kenderaan bergerak menghampiri.Ella membulatkan mata,siapa tu?pencegah maksiat ke?polis ke?hatinya cemas berkira-kira sendiri.Terus dihampiri lelaki itu,tapi tetap tidak memegang mana-mana bahagian tubuh lelaki itu.

"Encik,encik tak apa-apa ke?saya minta maaf ye,saya tak sengaja.Biar saya tolong,"tangannya,tak tahulah kenapa tiba-tiba hatinya terdetik mahu menolong.Entah-entah lelaki itu memang berniat jahat padanya,atau sedang berpura-pura sakit sahaja.Tak apalah,selebihnya dia hanya berserah kepada Allah.

Lelaki itu kelihatn menoleh kebelakang,kenderaan-kenderaan itu nampaknya semakin menghampiri.Ella juga menoleh ketempat yang sama.Wajahnya betul-betul resah,tanpa sedar lelaki itu sedang menoleh kearahnya.

"Tinggalkan saya,awak pergilah,"arahnya dengan suara tersekat-sekat menahan sakit.Tangannya masih memegang perut.Ella masih berdiri kaku,dia betul-betul tidak berani mahu selambanya memegang perut lelaki itu,dia tahu batasnya biarpun keadaan sekarang mendesak.

"Tak kisahlah siapa pun encik,saya betul-betul tak sampai hati nak tinggalkan encik kesusahan disini.Izinkan saya untuk pegang lengan encik?"pintanya.Lelaki itu terdiam sebentar memandangnya.Dalam samar-samar cahaya bulan dilindungi oleh rimbunan pokok tua yang besar,lelaki itu cuba melihat wajah dihadapannya ini.Dia tahu gadis ini sedang resah memikirkan sesuatu.Ya, apa lagi kalau bukan tangkap khalwat.Dia bukanlah lelaki yang akan memainkan perasaan seorang wanita,kerana dia tahu betapa sakitnya bila hati dilukai.

"Just leave me alone!Macamana kalau yang datang tu pencegah maksiat?i never want to let's you into trouble,i can handle it!"Arahnya lagi,tapi kini suaranya sudah meninggi.Terkejut Ella dibuatnya.Tak sangka lelaki ini sedang memikirkan dirinya.Tapi mungkin juga lelaki ini memikirkan nama baiknya sendiri.Nampak gaya memang macam orang kaya,pastinya malu kalau didapati kena tangkap khalwat.

Ella terus berlari sepantas mungkin meninggalkan lelaki itu yang nampak seperti masih menahan sakit.Hatinya tersentuh sebentar mendengar kata-kata lelaki itu tadi.Yang penting sekarang dia harus segera pulang,yang selebihnya dia hanya berdoa sahaja.

Dua buah kenderaan berhenti betul-betul dibelakang Arief.Tergesa-gesa beberapa orang lelaki yang berpakaian serba hitam mendapatkannya yang sedang terbaring menahan sakit.

"Kamu berdua pergi periksa disebelah sana,"arah seorang daripadanya.Mungkin ketua diantara mereka itu.

"Tengku,tengku tak apa-apa ke?"tanya lelaki yang memberi arahan tadi.Dilihatnya wajah Arief sudah pucat,tapi masih tetap tersenyum.

"Saya tak apa-apa.Macamana boleh tahu saya dekat sini?saya baru nak habiskan masa dekat sini,"ujarnya bernada ceria.Dia cuba berdiri,secepatnya beberapa orang cuba memapah tapi terus dihalangnya.Lelaki itu sekadar menggeleng dan tersenyum.

"Tengku jangan lupa yang peminat tengku ada di mana-mana.Siang tadi ada orang sampaikan maklumat yang mereka lihat tengku di se7en berdekatan sini.Nasib baik kami cepat sampai,kalau tidak bagaimana dengan keadaan tengku?luka pembedahan tengku masih belum pulih,tengku sepatutnya berehat,"penuh bersemangat lelaki itu bercerita.

Arief sekadar tersenyum sendiri.Salah statement itu,mungkin peminatnya yang lain langsung tidak menarik perhatiannya tapi gadis yang tidak mengenalinya tadi sudah berjaya menarik hatinya.Dua orang lelaki yang memeriksa sekeliling berlari kearah mereka.

"Tak jumpa sesiapa tengku,cuma ini yang kami temui,"seorang daripada mereka menunjukkan sebelah sepatu kayu.Dia terus menoleh,ingatannya terus teringat pada gadis yang menendangnya tadi.Ya,dia harus mencari gadis itu.

Terus Arief dipapah masuk kedalam sebuah kenderaan Mercedez Benz,dan dengan segeranya mereka beredar.

Ella senyap-senyap masuk kerana jam sudah menunjukkan pukul 10 malam.Nasib baik kereta Puan Idah tak ada,kalau tidak habislah dia.Kakinya pula sudah sakit kerana balik berkaki ayam sahaja,sepatunya sebelah lagi entah hilang dimana.Satu pintu ke satu pintu dibuka perlahan kerana dia tahu Shima ada dirumah,mungkin bawa tetamu kerana ada kereta yang tidak diketahui didepan.Telinganya dapat menangkap bunyi suara orang ketawa dari arah tingkat atas.Itu suara Shima dan seorang lelaki,dia mencuri pandang dari biliknya.Kelihatan lelaki itu sudah mahu pulang dan Shima menghantarnya dimuka pintu dalam keadaan berkain tuala sahaja.Satu ciuman dihadiahkan dibibir Shima oleh lelaki itu,terlopong Ella melihatnya.Adakah Puan Idah tahu?

**********

Puan Idah mengetuk kuat pintu bilik pembantu rumahnya.Terkejut Ella dengan bunyi yang seperti mahu tercabut pintu itu.Kain telekung dilipat dan diletakkan diatas katil.Rambutnya diikat ekor kuda,biar selesa mahu membuat kerja rumah.Pintu terus dibukannya,terjojol wajah merah Puan Idah.

"Hei,aku panggil tak dengar ke?kenapa tak menyahut?"tanyanya kasar.Tangannya mencekak pinggang.Ella sekadar mendiamkan diri,telinganya sudah lali dimarahi sebegitu,malah sering dimaki hamun biarpun tiada kesalahan yang dilakukannya.

"Maaf Puan,saya tengah solat tadi,"beritahunya.Berubah air muka Puan Idah,terus dibawa langkahnya ke ruang tamu diikuti Ella.

Sudah dari kecil dia membesar didalam rumah ini kerana arwah ibunya dulu berkhidmat sebagai pembantu rumah Puan Idah.Jadi dia kenal benar keluarga Puan Idah ini.Ibu tunggal ini mempunyai seorang anak perempuan yang tua setahun dari Ella.Suaminya lari meninggalkannya kerana ingin berkahwin lain.Nasib baiklah Puan Idah ini memang berasal daripada keluarga berada,sebab itulah dia masih hidup senang sekarang ni.Setelah ibu dan ayah meninggal,Ella berkhidmat dengan Puan Idah kerana dia memang tiada keluarga lain.Tapi syarat-syarat yang dikenakan dalam rumah ni haruslah ditepati kalau tidak boleh angkat kaki sekarang juga.Syarat pertama:Jangan bawa mana-mana lelaki masuk kedalam rumah ini.Kedua:Kalau keluar jangan lewat sampai pukul 9 malam.Ketiga:kalau gatal nak kahwin sila keluar dari rumah ini.Keempat:Jangan cemarkan nama baik keluarga ini.

"Aku ada benda nak cakap sikit.Engkau jangan ingat aku tak tahu apa yang kau buat dekat rumah aku ni Ella,"ujarnya tegas.Bunyinya seperti sedang memberitahu yang dia sudah melakukan kesalahan.

"Saya tak fahamlah Puan,"jujurnya.

Puan Idah mencekak pinggang,dijelingnya wajah itu.Kecik besar je dia lihat Ella ni,nampak baik sangat rupa-rupanya perangai macam setan!

"Kau jangan nak memperbodohkan aku Ella,apa dah kau buat semalam?"membulat mata Puan Idah memandangnya.Alamak!Dah kantoi lah pula.

"Maaf Puan,semalam memang saya balik lewat sikit.Ada hal sikit sebab tu saya lambat balik.Maafkan saya Puan,saya janji perkara ini tak akan berlaku lagi,"ujarnya bersungguh-sungguh.Dia menyesal keluar semalam,tapi macamana dengan encik semalam tu agaknya?

"Enough Ella!"Bergema suara Puan Idah.Ella terkesima,inilah kali pertama dia mendengar jeritan wanita itu.Wajahnya nampak marah benar.Tak akanlah sebab tu sahaja dia marah sebegitu?

Shima yang baru melangkah turun juga terkejut mendengar jeritan mamanya itu.Tak pernah mamanya semarah sebegitu.Dia jadi kecut perut,teringat kembali kata-kata mamanya semalam.

"Shima!Shima!"panggil puan Idah menuju bilik anaknya.Terkebil-kebil Shima bangun dari pembaringannya,nasib baik Riz dah balik.

"Ada apa mama?kenapa nampak tegang je ni?"tanyanya sambil menarik mamanya duduk di sofa.

"Ada sesiapa datang tak tadi?"dia sudah panas hati.Sebaik keretanya masuk ke perkarangan rumah tadi,sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki berselisih keluar dengannya.Tapi kelihatan lelaki itu tidak perasan akan dirinya.Jadi hatinya tak sabar ingin mencari jawapan.

Shima menelan liur,matanya sudah merayap ke serata bilik.Jantungnya mula berdebar laju.

"Tak adalah mama.Dari tadi Shima duduk dalam bilik ni,tak ada orang pun datang,"dia cuba menyembunyikan perasaan takutnya.Puan Idah memandang anaknya sekilas,cuba mencari kebenaran.Shima sekadar tersenyum dan duduk di sebelah mamanya.

"Tapi tadi Ella keluar,puas Shima cari.Tak tahulah kalau kawan dia yang datang tu.Kenapa mama?"dia cuba berpura-pura tidak tahu apa-apa.Maaf Ella sebab terpaksa melakukan ini.

Puan Idah menarik muka.Tajam sahaja dia memandang wajah anaknya itu,macam mahu makan sahaja.shima jadi takut mahu berkata apa-apa.

"Kalau mama tahu lelaki mana yang datang rumah ni tadi,mama bunuh dia!Dengan perempuan tu sekali!"Kuat suara Puan Idah,ugutan itu langsung tiada bunyi gurauan.Shima sudah benar-benar kelu,perutnya mula terasa sejuk.Dia tahu mamanya jadi begini sebab papanya dulu berlaku curang.

"Lelaki mana yang kau bawa masuk rumah aku ni?!"Tanyanya kasar.Suaranya cukup lantang sehingga satu rumah boleh dengar.Ella menunduk,begitu juga Shima.Masing-masing tidak berani memandang wajah Puan Idah yang seperti singa lapar yang mahu menelan mereka hidup-hidup.Ella sempat memandang Shima yang memandangnya juga,cuba meminta penjelasan.Kenapa dia pula yang disabitkan bersalah,padahal dia tidak tahu apa-apa.

"Tapi Puan,saya tak tahu apa-apa.Sumpah,memang saya balik lambat tapi lepas tu saya tak tahu apa-apa,"jujurnya namun tetap menyembunyikan kesalahan Shima.Kerana dia tidak mahu Puan Idah kehilangan anak yang satu-satunya ahli keluarganya yang ada.


"Kau ingat aku ni buta?bodoh?aku nampak jantan tu keluar semalam dari rumah ni!"agak kasar kata-kata Puan Idah.Shima sudah tidak sedap hati,dia tahu Ella sedang memandangnya.Pasti Ella tahu hal sebenar,tapi tetap berdiam diri lagi.

"Mama,sabar mama.Pasti orang tu salah rumah,mungkin Ella betul-betul tak salah.Please mama,control your self,"pujuk Shima.Dia tidak mahu mamanya melakukan apa yang dikatakannya semalam.Puan Idah mengurut dada,dia sudah terlampau marah.Dia tahu Ella seorang yang sangat jujur,dan dia juga tahu anaknya tidak akan menipunya.Jadi dia harus bertenang,berfikir dengan otak bukannya dengan hati.

"Baik,aku lepaskan kau.Tapi seperti yang kau sedia maklum,aku dah hilang kepercayaan sekarang,jadi pandai-pandailah kau keluar dari rumah ni.Ini gaji untuk bulan ni,"dihulurkan beberapa not 50 kepada Ella.Ella akur,mungkin ini sudah takdirnya.Pasti Allah sudah mengaturkan sesuatu yang lebih baik untuknya diluar sana.

**********

Tengku Arief Fatah memandang sepatu kayu yang dipegangnya,sekejap senyum sekejap menggeleng sendiri.Ahmad yang sentiasa menemaninya mengerutkan dahi,apa kena tengku ni?Pintu bilik tidurnya diketuk dari luar,pemberitahuan ketibaan bonda Mahani dan kekanda Tengku Seri Ayu.

"Selamat pagi anakanda,"sapa bonda Mahani.Ahmad sudah memberi hormat untuk berlalu meninggalkan keluarga itu untuk berbual.

"Selamat pagi bonda.Kak Seri bagaimana?sudah sihat sepenuhnya?"tanyanya prihatin.Tengku Seri Ayu tersenyum sendiri.Adindanya ini memang baik hati dan penyayang orangnya.Beberapa minggu lalu,tanpa dipaksa Tengku Arief mendermakan satu buah pinggangnya untuk kekandanya yang mengalami kerosakan buah pinggang.Kedua-dua buah pinggangnya sudah tidak boleh digunakan.

"Apalah Arief ni,patutnya kita yang risaukan dia ini dia pula yang risaukan kita.Macamana anak bonda ni,"gurau Seri Ayu.Bonda Mahani hanya mampu tersenyum.

"Ialah,bonda musykil betul.Macamana luka anakanda tu boleh terbuka semula sedangkan anakanda tidak melakukan perkara-perkata lasak.Doktor memberitahu ianya boleh terjadi sekiranya luka anakanda mengalami tekanan.Anakanda bergaduh lagi ke?"

Tengku Arief tersenyum sendiri.Terus ingatannya teringatkan gadis yang sudah menendang perutnya ini.Kelakar juga biarpun kesakitan yang ditanggungnya boleh tahan.

"Bukanlah bonda,anakanda dah berubah.Dah tak buat kerja-kerja macam tu lagi,"

Tengku Seri Ayu menggosok mesra kepala adindanya.Yalah tu Arief oi..

"Percayalah.Kalau nak tahu,bakal menantu bonda yang lakukan ini pada anakanda,"mengakunya selamba.Entah kenapa lancar sahaja dia berbicara seperti itu.Dia nekad mahu mencari pemilik sepatu kayu ini dan mengahwininya.

Ternyata pengakuannya membuatkan bonda Mahani dan tengku Seri Ayu terkejut.Percayalah wahai wanita-wanita tersayangku.

"Apa maksud anakanda?"wajah bonda Mahani sudah serius.Ini bukannya perkara main-main.

"Bonda ingat hari anakanda lari tu?"tanyanya mengingati.Bonda mengangguk,begitu juga Seri Ayu.

"Malam tu anakanda singgah satu tempat,dari situ boleh tengok bintang dan bulan terang sebab atas bukit.Keadaan dekat situ sunyi,"

"Boleh tak anakanda tidak ke tempat-tempat seperti itu lagi?ianya membahayakan nyawa anakanda,"pesan bonda Mahani.

"Ya bonda jangan khuatir.Masa tulah anakanda jumpa seorang gadis ni,anakanda tegur dia tapi dia tak layan pun.Bila anakanda tunjukkan muka pada dia,ternyata dia tidak terkejut pun malah tidak kenalpun anakanda.Anakanda agak terkejut juga,jadi sengaja mahu mengacah dia.Ternyata dia gadis yang pandai menjaga maruahnya,malah baik hati.Masa anakanda cuba membuang ulat bulu yang ada pada bahunya,automatiknya satu tendangan hinggap di perut anakanda ni,"ujarnya tersenyum.Tapi lain pula reaksi bonda dan kekanda.Masing-masing terkejut mendengar ceritanya ini.

"Berani sungguh gadis itu melakukan itu pada adinda,kekanda respect dia,"tambah tengku Seri Ayu.Dia tahu pastinya gadis itu sudah berjaya menambat hati adindanya ini yang sudah pernah terluka kerana cinta.

Sehingga akhirnya tengku Arief bercerita kepada bonda Mahani dan tengku Seri Ayu.Sepatu kayu sudah beralih tangan,kini bonda Mahani pula yang memegangnya.Ya,dia akan bersetuju sekiranya gadis ini menjadi permaisuru hidup anakandanya.

"Bagaimana anakanda nak mencari gadis ini?"tanya tidak sabar.Tengku Arief meneliti sepatu kayu itu,dibeleknya berulang kali berulah dia perasan ada sesuatu ditapak sepatu itu.Satu nama yang diukir indah,biarpun sudah kabur namun masih boleh dikenal pasti.

"Ahmad,tolong kenalpasti tulisan pada tapak ini dan sebarkan sesiapa yang mempunyai maklumat tentang sepatu ini,ada ganjaran untuknya,"arahnya pada Ahmad sebaik sahaja Bonda dan Tengku Seri Ayu berlalu.Ahmad menggangguk dan berlalu.

*********

Ella berjalan-jalan disekitar bandar,sudah seminggu dia bergelar pengaggur.Nasib baiklah duit simpanannya masih cukup untuk dia makan dan ada tempat tinggal,tapi bukanlah untuk jangka masa yang lama.Matanya terpandangkan majalah-majalah yang bergantungan,sekejap sahaja diletakkan sudah habis dibeli.Dia menggeleng-ngeleng sendiri,apa cerita yang menariknya pun dia tidak tahu kerana dia memang tidak suka membaca majalah.Tidak tahu kemana harus melangkah,kakinya berjalan sahaja.Moga-moga ada rezekinya dimana-mana nanti.Ella mengangkat muka,terus sahaja matanya terpandangkan seseorang yang dia pernah temui.Malah dia amat rasa bersalah pada orang itu.Mahu sahaja dia berlari kearah lelaki itu dan memohon maaf.Memang salahnya pun sebab terlalu agresif haritu.Tangannya diangkat dan dilambai-lambai kearah lelaki itu,tapi hampa lelaki itu terus menghilang kedalam kereta bercermin hitam itu dan terus berlalu.Beberapa buah kereta mewah turut berlalu sama.Ella mengangkat kening?tinggi sangat ke pangkat lelaki itu sehingga diiringi sebegitu sekali?hish..tak fahamlah.

Dia tiba-tiba terpanggil untuk memasuki satu kedai yang amat menarik dimatanya.Kedai kayu itu menyediakan pelbagai produk kayu termasuklah sepatu kayu.Tiba-tiba dia teringatkan sepatu kayunya yang hanya tinggal sebelah sahaja.Rasa bersalah sangat sebabnya itu adalah harta arwah datuk untuk seseorang yang teristimewa,iaitu arwah nenek,seorang wanita kacukan cina.Air matanya tiba-tiba mahu menitis,rindu sangat pada mereka yang sudah tiada.

"Cik,ada apa-apa boleh saya tolong?"tanya seorang pak cik,mungkin pemilik kedai ini.Ella sekadar tersenyum dan menggeleng.

"Tak apa,saja nak tengok-tengok,"beritahunya.

Pak cik itu berlalu dan meneruskan kerjanya.Ella masih meronda melihat kepelbagaian hasil seni kayu ini.Dilihatnya beberapa orang berserba hitam menapak masuk dan berbual-bual dengan pak cik tadi.Ella hanya buat tidak tahu,mungkin orang-orang besar yang datang.

"Boleh pak cik tolong tengokkan semula apa tulisan yang ada pada kasut ni?"tanya seorang lelaki itu.

Ella sempat mencuri pandang dan mencuri dengar.Dari celah-celah orang yang sedang berdiri itu,dia dapat melihat sebelah lagi sepatunya pada tangan pak cik tadi itu.Membulat matanya.Ya!Dia kenal betul sepatu yang datuk buatkan untuk nenek,malah ada bukti pada sepatu itu.

"Er..maaf encik.Boleh saya tanya sikit?"celahnya tiba-tiba.Semua mata kini sudah memandang kearahnya.Tak kisahlah, yang penting dia dapat kembali harta warisannya itu.

"Tanyalah,ada apa cik?"pak cik itu bertanya.

"Dekat mana pak cik dapat sepatu tu?sebab ianya sama dengan saya punya,"beritahunya.Pakcik itu memandang lelaki yang berpakaian hitam itu meminta jawapan,kerana dia sendiripun tidak tahu.Ternyata lelaki itu terkejut lantas dihulurkan sepatu itu kepadanya.Ini kali pertama sepatu ini dikeluarkan dari bilik Tengku Arief,jadi tidak mungkin gadis ini menipu.

"Boleh cik bagitahu apa yang tertulis pada tapak kasut ni?"tanya tidak sabar.

Ella memandang wajah-wajah yang tidak sabar menanti jawapannya itu.Apa kena ni?apa yang pentingnya,padahal ini hanyalah sebuah sepatu kayu.Yang bermakna hanyalah buat mereka sekeluarga.Lalu dia menggangguk.

"Cindy,"ujarnya.

Semua masih tercengang dengan jawapannya.Cindy?

"Maksud cik,Cindy?"lelaki itu meminta kepastian.Ella mengangguk.Itulah nama orang yang cukup teristimewa buat datuk.

"Tadi cik cakap ianya milik cik,jadi nama cik ni Cindy lah ye?"tanyanya kurang pasti.Ella semakin pelik,kenapa mereka ini berminat nak tahu sejarah sepatu ini?

"Bukan,nama saya Ella.Sepatu ni dibuat khas untuk arwah nenek saya,Cindy.Datuk saya sangat mencintainya,"

"Kalau macam tu,apa buktinya sepatu ini milik cik?mungkin cik hanya mereka,kerana sepatu ini hanya sebelah sahaja,?"bunyinya seperti masih meragui.

Ella membuka beg galasnya,nasib baik dia sentiasa membawa sepatu ini.Kalau tidak bawa hari ini pasti orang ini tidak mahu memulangkannya.Sebelah lagi sepatu kayu dikeluarkan dan diberikan kepada lelaki itu.Terus dibeleknya sepatu yang baru itu,ternyata sama.Senyuman puas menghiasi bibir lelaki-lelaki berpakain hitam itu.

"Maafkan kami cik Ella.Boleh cik ikut kami sekarang?"

"Nak kemana?jangan berani buat macam-macam ye,"ugutnya perlahan.Buku limanya sudah digenggem erat.

Tiba-tiba lelaki-lelaki itu menundukkan kepala seperti memberi hormat kearahnya.Ella mengerutkan dahi,kenapa ni?terasa ada seseorang sedang memandangnya dari belakang,pantas sahaja Ella menoleh.Membulat matanya memandang lelaki itu sedang tersenyum memandangnya.Apabila memandang kedepan semula lelaki-lelaki itu sudah berdiri semula,bersiap untuk berlalu.Terus sahaja mereka berlalu,termasuk pak cik kedai sekali.Ella turut ingin berlalu namun sempat tangannya disambar lelaki itu.Sepantasnya tangannya yang satu lagi menumbuk dada bidang lelaki yang masih memandangnya itu.

Sekelip mata sahaja,hampir 7 orang lelaki berpakaian serba hitam memandang kearahnya dan cuba menghentikan tindakannya itu,tapi dihalang dengan isyarat mata oleh lelaki yang masih memegang tangannya ini.Ella makin pelik?terus sahaja tangannya dilepaskan.

"Saya minta maaf,tengku tak apa-apa ke?"terkeluar juga apa yang ingin diluahkannya.Malu juga bila tahu tadi yang lelaki yang dapat tendangan percumanya itu seorang tengku.Lelaki itu hanya tersenyum sendiri.Ha!Ini lah menyebabkan dia berfikir yang bukan-bukan,suka sangat senyum sendiri.

"Tak payah bertengku-tengku dengan saya,tak selesa jadinya bila awak panggil macam tu,panggil sahaja Arief,"pintanya.Ella mengangguk malu.Dipandang keluar,beberapa orang lelaki sedang mengawasi kereta yang mereka duduki ini.

"Sebabkan tendangan awak hari tu,saya terseksa sangat,"beritahunya.Ella membulatkan mata,biar betul.Tapi memang nampak parah pun haritu.

"Saya betul-betul minta maaf,awak tulah kan saya dah warning jangan berani pegang saya,kan dah kena,"ops!Tersasul pula cakap macam tu.Sorry tengku.

"Saya suka awak cakap macam tu,lebih mesra.Lain kali cakap macamtu bila dengan saya,"

Masing-masing terdiam.Ella sudah tidak keruan,tak tahu nak cakap apa lagi.Lelaki itu begitu sempurna dimatanya,dia terasa begitu kerdil sekali.

"Ella,saya nak cakap sesuatu,"pintanya.Ella menoleh kesebelah,tiba-tiba jantungnya berdegup kencang.

"Sudikah awak menjadi permaisuri hidup saya untuk selamanya?yang menghalalkan saya untuk memeluk,mencium dan menyayangi awak seorang sahaja,"ikhlas Arief bicara.Ella menahan air mata,kenapa permintaan itu membuatkan hatinya berbunga riang sehingga air mata mahu mengalir.Mugkinkah ini takdir yang Allah tentukan untuk dirinya setelah pelbagai dugaan yang ditempuhi.Terima kasih Ya Alla,terima kasih.

"Orang kata diam tandanya setuju,"ujarnya menyakat.Ella tersenyum lalu mengangguk,air matanya menitis juga.

Arief mengucap syukur lalu mendepakan tangannya untuk memeluk gadis disebelahnya,sepantas mungkin Ella mengeluarkan buku limanya.Arief tersenyum malu,tapi sempat dia mencuit hidung gadis yang dicintainya itu.Ella menarik muka masam,sengaja mahu menyakat Arief.

"Ala awak,gurau je janganlah merajuk.Ala bucuk-bucuk,"Arief membuat muka babyface,Ella hanya mampu tersenyum gembira.

Orang kata hidup ini tak seperti cerita dongeng,tapi apabila anda sedang melaluinya ianya sama sahaja.Bersyukurlah dengan apa yang ada kerana setiap pengakhiran tak semestinya gembira dan tak semestinya berduka. # SEPATU KAYU CINDY N ELLA #



$ The End $

Thursday, December 2, 2010

keranamu Qaisara



Langkah kakinya diatur keluar dari kereta yang dipandunya.Briefcase yang menjadi peneman setia selama ini dicapai bersama.Sebaik pintu kereta ditutup,terdengar namanya dipanggil dari arah belakang.

"Sekejap Najwa,"panggil pak Halim selaku tukang kebun yang umurnya hampir sebaya dengan umur papa.Kerana kurang selesa namanya dipanggil secara formal oleh lelaki yang sudah dianggap seperti ayah sendiri,Najwa lebih selesa jika pak Halim memanggilnya dengan namanya sahaja.

"Ada apa pak cik?"senyuman dihulurkan buat lelaki itu.Tangan pak Halim menghulurkan sesuatu,lantas Najwa menyambutnya.

"Ini ada surat untuk Najwa.Pak cik tak tahu dari siapa,pagi tadi sampai,"beritahunya.Najwa memandang lama surat ditangannya,kalau nak kata surat klien tak mungkin kerana jelas ianya bukan surat formal.Tapi dari siapa?

"Tak apalah pak cik,terima kasih ya.Pak cik dah makan ke?"tanyanya prihatin.

"Dah sudah pun,tadi Tuan ajak pak cik teman dia makan sekali.Mak Piah kamu masak gulai ketam,bukan main sedap!"pak Halim mengangkat ibu jari kanan tanda bagus.Najwa menelan liur.Sudahlah dia tidak sempat makan tengahari tadi,jadi perutnya kini sedang rancak bergendang.Pekena gulai ketam memang sedap!

"Oklah pak cik,Najwa masuk dulu ya.Dah tak sabar nak makan ni.."tangannya menepuk-nepuk perut yang sedang berbunyi minta diisi.Pak Halim sekadar tersenyum dan mengangguk.

"Pergilah masuk,pak cik nak ke belakang ni.Kalau ada apa-apa panggil je pak cik dekat belakang,"

Najwa mengangguk lantas berlalu setelah pak Halim juga sudah mengangkat kaki.Kepalanya sudah berkira-kira,selesai sahaja solat asar sebentar lagi,dia harus mengisi perut.

------------------------------------------------

'Assalamualaikum adikku Najwa.Wawa apa khabar?akak harap wawa dengan papa berada dalam keadaan sihat sentiasa.Maafkan akak sebab menghilangkan diri sudah terlalu lama tanpa khabar berita.Sepanjang 3 tahun akak tinggalkan rumah,akak banyak belajar tentang kehidupan,sehingga akak menemukan seseorang yang berjaya membahagiakan akak.Sepanjang kami berkenalan,dia banyak mengajar akak supaya menjadi wanita yang baik.Sebaik kami mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga,dia menyuruh akak pulang untuk meminta restu papa dan menjadi wali untuk akak.Tapi akak masih tidak boleh melupakan apa yang papa dah lakukan terhadap akak dulu.Tunang akak lari tinggalkan akak gara-gara papa tidak boleh menerimanya dulu.Jadi kami mengambil keputusan untuk berkahwin berwalikan hakim dengan alasan papa tinggal jauh dan tidak dapat mewalikan akak.Syukurlah,perkahwinan yang kami dirikan hampir 1 tahun,kami dikurniakan seorang puteri,Qaisara namanya.Umurnya kini baru mencecah 2 bulan.Kalau akak tengok wajahnya,akak tentu teringatkan wawa.Matanya tak ubah seperti mata wawa,coklat kehitaman,persis arwah mama.Hati akak sayu,akak dah berdosa pada papa.Apa yang papa buat untuk akak dulu sebenarnya untuk kebaikan akak juga,cuma akak yang tak sedar.Sekiranya sesuatu terjadi pada akak mahupun abang sham,akak mohon pada wawa.Jagalah Qaisara seperti anak wawa sendiri.Dia lahir tanpa sedar sebenarnya dia masih punya wawa dan papa sebagai keluarganya.Terimalah dia sebagai pengganti akak dalam keluarga.Mohon maaf ikhlas dari akak dan abang sham sebab merahsiakan semua ini.Hanya Qaisara peninggalan kami untuk papa.Harap papa maafkan segala kesilapan akak dan halalkan segalanya.Diselitkan bersama gambar akak dan abang sham dihari pertama kelahiran Qaisara.Salam sayang dari Natasha'


Najwa mengesat air mata yang sudah mengalir.Kakak yang pergi beberapa tahun dahulu amat dirinduinya.Tapi syukurlah kakak menemui kebahagiannya bersama abang sham.Papa sudah teresak-esak disisinya sambil menatap gambar yang dikirim kak Natasha.Kelihatan berseri wajah kak Natasha tersenyum walaupun pucat,sedang memeluk seorang bayi yang berada didalam selimut putih.Disebelahnya mungkin abang sham sedang memeluk erat bahu isterinya sambil mencium bayi mereka.Jelas kelihatan kebahagiaan yang sedang kak Natasha lalui.

"Papa rindu dekat kakak kamu,"sayu nada suara papa.Najwa memeluk bahu papa untuk menenangkannya.Yang dia tahu papa sudah lama memaafkan kesalahan kakak walaupun papa tidak pernah meluahkannya.

"Sabar papa,semua ini dugaan daripada Allah.Yang penting kita sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka,"pujuknya.

"Wawa janji dengan papa,cari tahu dekat mana kakak dengan keluarganya.Mereka semua keluarga kita,"

Najwa mengangguk laju.Air matanya dikesat,dia harus cari tahu.

------------------------------------------------------

Najwa mencium bayi yang sedang lena dalam pangkuannya.Sudah hampir sebulan jenazah kak Natasha dan abang sham dikebumikan.Syukurlah papa sempat bertemu dengan anak sulung dan menantunya sebelum mereka pergi menghadap Ilahi.Kemalangan yang menimpa mereka suami isteri telah meragut nyawa.Permintaan Najwa untuk menjaga Qaisara pada hari itu menimbulkan rasa syukur yang teramat sangat.Mereka redha dengan ketentuan Ilahi,sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya.

"Mak Piah,Najwa pergi dulu.Tolong tengokkan Qaisara ya,"Qaisara sudah beralih tangan.Kini tangannya mencapai briefcase yang berada diatas meja.Kelihatan papa sedang menikmati sarapannya sambil membaca surat khabar.

"Papa,wawa pergi dulu ya.Hari ini mungkin lewat sikit balik,ada proposal yang nak kena hantar,"tangannya mencium tangan kasar Dato Hasan.

"Ada masalah ke?"tanyanya ingin tahu.Sejak menyerahkan urusan syarikat kepada anak bongsunya,dia ditegah oleh Najwa daripada memenatkan diri memikirkan masalah syarikat.Itulah,kadang-kadang dia sendiri kesian melihat anaknya itu yang bersungguh-sungguh menjaga syarikat keluarga.Jarang sekali dia melihat Najwa menghabiskan masa bershooping dan makan angin seperti kebanyakan wanita muda yang lain.Yang dia tahu,anaknya itu hanya keluar untuk bekerja dan duduk dirumah untuk menghabiskan masa.Dah ada Qaisara sekarang,makin liat anaknya itu mahu keluar.

"Tak ada apalah papa.Cuma ada sedikit kecuaian dalam pengiraan kos,itu yang last minute jadinya.Kalau ada apa-apa papa terus call wawa ye,"pesannya.Dato Hasan menggangguk sambil tersenyum.Walaupun baru mencecah umur 23 tahun,Najwa sudah mahir dalam selok-belok syarikat mereka.

"Yalah.Lagipun mak Piah dengan pak Halimkan ada untuk temankan papa,cucu kesayangan papa pun ada,"Dato Hasan memandang cucunya yang sedang lena dibuai oleh mak Piah.

"Wawa jangan kerja keras sangat,jaga kesihatan.Nanti sakit,siapa nak jaga papa dengan Qaisara.wawa tu kalau sakit susah nak elok,nasib baiklah jarang sangat penyakit nak singgah dekat Wawa,"gurau papa.Najwa sudah tersenyum lebar,papa memang suka bergurau.

"Insyaallah,wawa pergi dulu ye.Mak Piah,pergi dulu ye,"Mak piah menoleh dan menggangguk.Bersemangat sungguh anak majikannya itu.

" Kak Piah,tengoklah anak dara saya itu, bersemangat sungguh,"

"Samalah macam Tuan,tak ada bezanya,"Dato Hasan tersenyum.Kerana sudah lama berkhidmat untuk mereka sekeluarga,mak piah sudah faham benar dengan sikap mereka seisi keluarga.

"Yang saya risaukan,wawa itu tak pernah nak bercinta.Macamana nak berumah tangga nanti?"

"Tuan,nak kahwin tak semestinya kena bercinta dulu.Kalau bercinta lepas kahwin,lebih manis rasanya,"

"Insyaallah kak Piah.Saya cuma harapkan ada orang yang betul-betul ikhlas mencintai anak saya.Saya terlalu menyayanginya lebih-lebih lagi sejak kehilangan Imah dan Natasha,"luahnya.Mak piah mengangguk setuju.

"Pasti ada untuknya,"

---------------------------------------------------

Lelaki itu menatap gambar bayi yang berada ditangannya.Mata anak kecil itu begitu menarik perhatiannya.Bibirnya mengukir senyum,entah kenapa dia begitu terpesona dengan mata coklat kehitaman itu.

'Ikut mata siapalah agaknya, arwah abang Sham dengan Kak Natasha mata hitam,'Izzat membuat pemerhatiannya.

"Hoi!Apa yang kau menungkan?khusyuk aku tengok kau tatap gambar tu,gambar awek ke?"tanya Man dalam nada bergurau.Izzat mengalih pandang kearah sahabatnya.Ada-ada sahaja man ni.

"Banyaklah kau punya awek.Gambar anak saudara aku ni,"gambar yang dipegangnya ditunjukkan kepada Man.Man menyambutnya dengan kerutan didahi,anak saudara?

"Kau biar betul.Bila masa pula kau ada anak saudara ni?"

Izzat tersenyum sendiri.Dia sendiri pun baru dapat tahu yang dia sebenarnya adalah seorang pak cik.Sesuatu yang begitu mengejutkan.

"Kau ingat aku pernah cakap pasal arwah abang aku yang dekat Dubai tu?tanyanya mengingatkan Man.Man termenung sebentar,lantas mengangguk.

"Anak dialah tu,akupun baru tahu beberapa hari lepas,"

"Jadinya,kau tak pernah jumpa lah ye.Parents kau macamana?"Man mula berminat ingin mengetahui cerita selanjutnya.Izzat menyandarkan tubuhnya di sofa empuk yang selalu mereka duduki sebaik menjejakkan kaki ke disko Blue Ocean ini.Bunyi muzik rancak yang bingit,langsung tidak mengganggu mereka berdua.

"Parents aku dah pernah jumpa masa arwah kakak ipar aku bersalin berapa bulan lepas.Lepas aku balik dari Brunei masa kenduri tahlil abang dengan kakak ipar aku tupun aku tak pernah jumpa dengan dia lagi.Parents aku cakap maybe mak cik dia yang jaga dia sekarang,"ceritanya.Man mengangguk-ngangguk tanda memahami apa yang sahabatnya itu ingin sampaikan.Tiba-tiba kepalanya terasa ingin mengenakan sahabatnya itu.

"Mak cik dia tu,bini kau ke?"dia ketawa sendiri.Izzat sempat menumbuk bahu sahabatnya sebelum turut ketawa.Banyaklah punya bini.

"Kalau belum ada yang punya,aku on aje,"sengaja Izzat menambah sehingga mencetus gelak ketawa dua sahabat itu.Beberapa orang yang melalui mereka sempat mengenyit mata,yang perempuan sahaja ye..

"So apa plan kau sekarang?"tanya Man setelah kedua-duanya berhenti ketawa.Wajah Izzat kembali serius,ini yang pening ni.

"Parents aku nak aku cari dekat mana anak saudara aku tu tinggal sekarang.Kalau boleh diaorang nak jaga anak tu,takpun suruh aku yang jaga,"ujarnya perlahan.Man ternyata terkejut,mulutnya ditekup menahan ketawa.Tak sampai beberapa saat,ketawanya meletus lagi.Izzat mengeleng sendiri,apa kena Man ni?

"Kau jaga budak?Izzat jaga budak?kalau jaga mak budak bolehlah,"Man meletus ketawa.Kepalanya nakal membayangkan sahabatnya yang macho habis tu menjaga budak,bayi pula tu.

"Kau jangan pandang rendah dekat aku Man.Setakat budak besar tu,not a big deal,"ujarnya berbangga diri.Sebenarnya dia sendiri pun tak yakin yang dia boleh menjaga budak kecil.Diri sendiri pun tak terurus,inikan nak jaga budak kecil.Mengingatkan umi dengan baba yang akan menyerahkan segala urusan syarikat kepadanya sekiranya dia berjaya menjaga anak buah yang tidak pernah ditemui,Izzat nekad.Tak kira apapun caranya,dia akan mendapatkan Qaisara.Titik!

-----------------------------------------------

Najwa memberikan ucapan penutup pada minit mesyuarat petang itu,sebelum semuanya bersurai untuk minum petang.Ada juga yang tergesa-gesa pergi tanpa menjamah apa-apa.Yalah,jam pun sudah menginjak ke pukul 5.30 petang,pasti ada yang nak ambil anak pulang dengan kadar segera.Bukannya mahu menyusahkan para pekerja,namun keputusan ahli lembaga pengarah yang begitu mendadak menyebabkan mesyuarat harus dilakukan hari ini juga.Najwa melangkah laju menuju ke ruang pejabatnya,dia juga tidak ada selera mahu menjamah makanan petang itu.Tubuhnya terasa begitu penat,mana tidaknya dari pagi tadi dia terkejar-kejar menguruskan mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah,kemudiannya ke tapak projek di Pahang sebelum menguruskan mesyuarat petang itu.Sabrina yang masih belum pulang sudah berdiri sebaik dia melintasi meja setiausahanya itu.Najwa terpandangkannya lantas tersenyum.

"Tak balik lagi ke?dah pukul berapa ni,"tegurnya.

Sabrina kelihatan teragak-agak mahu menjawab.Lain macam je Sabrina ni?

"Hmm..belum lagi cik Najwa.Ni ada orang tunggu cik dekat dalam,dah dekat setengah jam rasanya,"beritahunya.Dia kenal sikap majikannya itu yang tidak suka sesiapa masuk ke ruang pejabatnya sesuka hati,namun begitu Najwa tetap tidak naik angin sesuka hati.

Najwa memandang Sabrina dengan kedutan didahi.Siapa yang datang waktu macam ni?penting sangat ke sampai tak boleh tunggu esok.

"Siapa?saya ada apa-apa appointment ke yang mungkin saya terlupa?"tanyanya cuba mengingati jadualnya hari ini.

"Tak ada cik.Tapi Encik tu kata ada urusan penting,saya pun tak tahu apa-apa,"beritahunya.

"Tak apalah,terima kasih.Boleh saya minta tolong awak sekejap?ke awak kejar masa?"

"Saya tak apa,suami yang ambil anak hari ini.Tolong apa cik?"

"Jangan balik dulu ye,teman saya jumpa tetamu tu.Dah lewat macam ni,tak elok pula rasanya,"Najwa memegang bahu Sabrina dengan senyuman.Sabrina mengangguk setuju.Dia faham situasi majikannya itu.Dia hormat majikannya itu yang pandai menjaga nama baik dan batas-batas pergaulan biarpun sering kali berurusan dengan lelaki.

"Terima kasih ya,"ujarnya ikhlas.Sabrina tersenyum puas.

Pintu kayu itu dikuak dari depan.Najwa tercari-cari tetamu yang tidak diundangnya itu,lantas matanya terpandang sesusuk tubuh yang berdiri membelakangkannya menghadap tingkap.Kecil besar matanya memerhatikan orang itu,rambutnya,bentuk tubuhnya dan wangian yang dipakainya,tak pernah kenal pun.Menyedari dirinya diperhatikan,pantas lelaki itu memusingkan tubuhnya.

'Buat macam bilik sendiri pula,'ngomel Najwa dalam diam.

Lelaki itu menguntum senyuman buatnya yang masih tercegat dekat pintu bersama sabrina.Pandangannya terus dialih ketempat lain,wajah itu boleh mencairkan hati mana-mana wanita.Wajahnya putih bersih dan nampak cukup segak dan kacak.Najwa menelan liur,dadanya sudah berdegup kencang.Ini kali pertama dia sebegitu apabila berhadapan dengan lelaki yang bukan muhrimnya.

'Sabar Najwa,sabar.Be profesional.selalunya kau cool je,relaks..'Najwa berbual sendiri.Entah monsun mana yang datang,tiba-tiba dia rasa sebegini.

"Maaf,kita kenal ke?"tanyanya cuba berlagak selamba.Daripada melayan debaran ni baik cepat-cepat selesaikan urusan kedatangan lelaki ini,boleh cepat balik.

Kelihatan lelaki itu ketawa sendiri.Najwa dan Sabrina saling berpandangan,apa kena mamat ni?

"Boleh cik yang manis tu tinggalkan kami sendirian?"soalannya dibiarkan berlalu sahaja,malah soalan lain pula yang ditujukan buat Sabrina.Mendengar ayat-ayat manis lelaki itu,Najwa mengangkat kening,sabrina pula sudah ketawa kecil.Lelaki itu sempat mengukir senyuman,senyum menggoda!Melihat majikannya itu langsung tidak tersenyum,Sabrina diam kembali.Dipandangnya Najwa untuk mendapatkan kepastian,perlu ke ikut cakap lelaki tu?

"Apa yang penting sangat?saya rasa lebih elok kalau Sabrina tak kemana-mana.Kalau ada apa-apa kita bincang sekarang,"putus Najwa.Melihat lenggok lelaki itu,nampak sangat macam kasanova,penggoda!Sabrina hanya menjadi pemerhati dan pendengar.Dia tahu majikannya itu pandai dalam membuat keputusan.

Lelaki itu tersenyum sendiri lantas menggeleng.Ada nada ketegasan dalam kata-kat itu.Sabrina dapat merasakan yang lelaki itu cuba menyampaikan sesuatu yang begitu personal,jadi mungkin dia harus memberi sedikit ruang buat mereka.

"Tak apalah cik,saya sediakan minuman dulu ya,"cadangnya lalu terus berlalu.Harap-harap tindakannya ini tidak mendatangkan amarah majikannnya.

Najwa belum sempat berkata apa-apa,Sabrina sudah menghilangkan diri.Dia menarik nafas dalam,mungkin Sabrina berasa tidak selesa dengan keadaan ini.Langkah kakinya diatur menuju ke arah sofa yang berhampiran pintu yang dibiarkan terbuka luas.

"Jemput duduk,"pelawanya walaupun dia sudah tahu tak perlu dijemputpun lelaki itu sudah duduk terlebih dahulu.

Jam ditangan dikerling,lagi 10 minit pukul 6.Harap-harap cepatlah boleh balik.Ekoran matanya dapat menangkap pandangan lelaki itu yang sedang memandangnya dari jauh.Entah apa yang dia nak pun tak tahulah.

"Please don't waste my time.Awak tahu kan dah pukul berapa sekarang ni?"sengaja dia memulakan bicara.Kesunyian yang melanda hanya akan mendatangkan kerimasan,malah membuang masa.Lelaki itu mengerling jam tangannya.

"Ok,just straight to the point Mr.."katanya terhenti.Lupa pula nak tanya namanya siapa.

"Izzat,Izzat Arsyad,"sambungnya bersahaja.

Najwa terdiam sebentar,tak pernah dengar pun.Siapa?kawan papa ke?sepupu jauh?klien?

"Tak perlu pening-peningkan kepala cik Najwa Arina,sebab awak memang tak kenal saya pun,"seperti dapat membaca apa yang difikirkannya sekarang,Izzat mencelah.Najwa terkesima.Mana dia tahu?

"Biar saya terus terang sajalah.Saya adik kepada Risham,suami Natasha,"

Natasha?Natasha mana?kakak ke?

"Saya dengar awak yang jaga Qaisara sekarang,dia macamana?sihat?"tanyanya prihatin.

Sah!Memang kakak yang dimaksudkannya.Tapi tak tahu pula pasal ahli keluarga abang Risham.

"Dia sihat,alhamdulilah.Jadi apa tujuan awak datang ni?"

"Serahkan Qaisara pada saya,biar saya yang menjaganya,"ujarnya tenang.Najwa membulatkan mata,hatinya mula berasa tidak tenang.Bibirnya mula mengukir senyuman,cuba menenangkan hati.

"Are you serious?kita tak kenal satu sama lain pun.Then tiba-tiba awak nak menjaga Qaisara,awak ingat ni main pondok-pondok ke?"

"Saya dan parents berhak keatas Qaisara,awak tak ada hak untuk membantah.She's not yours,"ujarnya keras.Najwa menarik nafas.Tidak!Dia akan pegang janjinya pada kak Natasha.Tak akan baru disergah sikit dah melatah?

"I don't think so mr Izzat Arshad.Maybe awak terlupa satu perkara yang saya adalah seorang wanita,seseorang yang layak untuk menjadi seorang ibu.Sejak saya berjanji pada arwah kak Natasha untuk menjaga Qaisara,sejak itu saya berjanji yang Qaisara adalah anak saya,tak kisah apa orang nak kata,"balasnya penuh yakin.Dia nekad,Qaisara tidak akan dibiarkan hidup tanpa kasih-sayang seorang ibu.

Izzat memandang wanita didepannya yang begitu ikhlas menuturkan setiap bait perkataan yang semuanya berbekas di dalam hati lelakinya.Matanya terpandangkan mata Najwa yang sayu sahaja,kepenatan mungkin?eh!Tunggu sekejap,mata itu?!Ya!mata coklat kehitaman yang diwarisi kepada Qaisara,yang berjaya menjentik hatinya yang penuh dengan cinta muslihat.

"Maaf,tapi saya tetap dengan keputusan saya.Maaf sekali lagi untuk pihak parents awak.Tapi saya langsung tak berniat nak rampas apa-apa dari mereka,Qaisara cucu mereka,hak mereka.Saya tak halang Qaisara untuk tinggal dengan mereka,tapi tolong,buat masa ni biarlah saya yang besarkan dia seperti anak saya sendiri,"luahnya sayu.Harap-harap perkara ini tidak mencetuskan perbalahan antara mana-mana pihak,terutama papa dan parents Izzat.

---------------------------------------------

Najwa menceritakan kedatangan Izzat Arshad minggu lalu,iaitu bapa saudara Qaisara kepada papa,mak piah dan pak Halim.Semuanya menerima apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Najwa,asalkan tidak mendatangkan apa-apa perselisihan faham antara dua-dua keluarga.Pastinya mereka tidak mahu roh Risham dan Natasha tidak tenang disana.

Dato Hasan merehatkan tubuhnya sambil menonton siaran dihujung minggu.Najwa pula tidak ke pejabat hari ini,jadi bolehlah dia menghabiskan masanya bersama papa dan Qaisara.Anak kecil itu didukungnya sambil mengambil tempat disebelah papa.

"Cucu atuk dah bangun ye,dah mandi ke belum ni?"Dato Hasan mencium pipi gebu itu berulang kali.Sayangnya pada cucu yang satu itu memang tidak boleh digambarkan.Najwa tersenyum sendiri melihat gelagat papa dan mulut Qaisara yang terlopong seperti memahami apa yang papa katakan padanya.

"Qaisara dah mandilah atuk,dengan mama tadi,"ajuk Najwa dengan suara yang sengaja dipelatkan seperti anak kecil.Dato Hasan sudah ketawa besar lantas mencuit hidung anak bongsunya itu.

"Maaf tuan,ada tetamu,"beritahu pak Halim yang baru muncul.Dato Hasan dan Najwa saling berpandangan.Siapa yang datang hujung minggu begini?

"Siapa pak cik?"tanya Najwa bagi pihak papanya.Qaisara yang berada didalam dukungan dibetulkan supaya anak itu lebih selesa.

"Tak tahulah,katanya bawa rombongan meminang,"ujar pak Halim bersahaja.

Dato Hasan memandang anaknya yang juga sedang memandangnya.Meminang?

------------------------------------------------

"Apa awak buat ni?awak tahu tak papa saya boleh kena serangan jantung sebab terkejut,silap-silap saya sekali,"marahnya tapi cuba dikawal suaranya supaya tidak di dengari oleh orang lain.Matanya mencuri pandang kearah ruang tamu,dimana ahli keluarga Izzat Arshad sedang duduk berbual dengan papa,mak piah dan pak Halim.Kedatangan mereka secara mengejut membawa hajat besar,walhal mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain pun.Kata Puan Sri,ketika anak mereka Risham mengambil keputusan untuk mengahwini Natasha,mereka tidak berpeluang untuk melakukan adat seperti ini.Jadi untuk kali keduanya,mereka tidak akan melepaskan peluang.

"Kenapa?it's nothing wrong,"ujarnya bersahaja.Jelas kedengaran ketawanya dihujung talian,berjaya mengenakan Najwa.Najwa mengetap bibir,menyampah!

"Encik Izzat,awak tahu tak apa yang awak buat ni?awak ingat berkahwin ni main-main ke?awak lelaki lainlah,boleh kahwin sampai empat.Tapi saya ni perempuan,saya harap ianya hanya sekali dalam seumur hidup saya,"sayu suaranya.Dia tidak faham sebenarnya dengan lelaki yang bernama Izzat Arshad itu,baru sahaja kenal dah masuk meminang.Suasana sunyi sebentar,masing-masing berdiam diri.Najwa menarik nafas,dia tersalah cakap ke?

"Semuanya terserah pada awak,saya tak memaksa.Saya faham dan saya hormati keputusan awak nanti.Tentang parents saya awak jangan risau,sekurang-kurangnya mereka dapat mengenali keluarga besan mereka yang tak pernah mereka temui.Oklah,awak berehatlah,maaf kerana mengganggu.Assalamualaikum,"talian dimatikan.

Najwa menjawab salam didalam hati.Tiba-tiba hatinya dipalu resah,bersalah.Entah kenapa dia berasa semacam mendengarkan nada suara lelaki itu,begitu sayu di pendengarannya.Air matanya tiba-tiba terasa mahu mengalir,Najwa menarik nafas.Tangannya mengetuk-ngetuk dadanya yang terasa sesak dan sebak.Apa kena aku ni?Matanya menangkap senyuman papa yang seperti memberinya jawapan untuk keresahan yang dirasainya kini.Puan sri juga memandangnya dengan seribu harapan.Najwa kaget!Mulutnya terkumat-kamit menyebut kalimah Allah,semoga hatinya tenang dengan segala ketentuanNya.

Langkahnya menghampiri Qaisara yang baru sahaja lena diatas katil.Pipi gebu itu dicium penuh kasih.Sebaik pulangnya keluarga Izzat petang tadi,papa langsung tidak keluar dari bilik.Adakah papa marah dengan hal yang tiba-tiba ini?Pintu bilik dikuak.Najwa menoleh kearah pintu,kelihatan papa dengan senyuman yang sukar ditafsirkan.Najwa membetulkan duduknya,memberi ruang kepada papa untuk duduk disebelahnya.Dato Hasan sempat menghadiahkan senyuman buat cucu kesayangannya.Najwa tersenyum puas,ini semua anugerah Allah buat dirinya.

"Anak papa macamana?dah buat keputusan?"Dato Hasan membelai rambut anaknya penuh kasih.Anak yang setia menemaninya,menggantikan arwah isterinya dan Natasha sudah besar panjang rupanya.

"Papa,wawa minta maaf sebab tak bagitahu papa tentang semua ni.Wawa sendiri pun..."ayatnya habis disitu apabila papa mengangguk-ngangguk seperti mengetahuinya.

"Papa dah tahu,Dato sri dah bagitahu papa yang wawa tak tahu pun tentang semua ni.Ini semua rancangannya Izzat,"jelas papa.Terkejut Najwa dibuatnya.Papa dah tahu semuanya?

"Habis papa tak marah?"tanyanya bodoh.Dato Hasan mengusap kepala anaknya lantas tersenyum lebar.

"Wawa,wawa.Dah jadi mak orangpun macam budak-budak lagi,tentulah papa tak marah,lagi suka adalah.Dah besar panjang rupanya anak papa ni,dah nak kahwin pun,"Najwa tersenyum malu.

"Apa keputusan wawa papa terima aja.Tapi papa nak wawa tahu yang Qaisara juga memerlukan kasih sayang seorang bapa,dan papa rasa dia adalah orang yang sesuai untuk wawa.Wawa fikirkannya,buat solat istiqarah,minta petunjuk Allah,"pesan papa.Najwa mengangguk perlahan,air matanya mula terasa mahu mengalir.Papa menariknya dalam pelukan,dibelai rambut anaknya lembut.

"Terima kasih papa,"ucapnya perlahan.Pintu diketuk dari luar.Mak Piah muncul dengan senyuman manisnya.Matanya nampak berair,pasti baru lepas menangis.Pelukan diuraikan,papa bangun dari duduknya.

"Masuklah mak piah,macam tak biasa pula,"gurau Najwa cuba mengembalikan suasana yang ceria kembali.Kelihatan mak piah mengesat hujung matanya dengan lengan baju kurung kedah yang dipakainya.Ditangannya kelihatan sebiji kotak baldu yang berwarna merah jambu.Kotak tersebut dihulurkan kepada Najwa,lantas tubuh langsing itu dipeluknya erat.

"Terima kasih juga mak Piah,"

------------------------------------------------

Najwa mengunci pintu dari dalam sebaik sahaja selesai membantu apa yang patut seusai majlis siang tadi.Jam sudah menunjukkan keangka 10 malam,patutlah matanya sudah mulai mengantuk.Qaisara masih tidak tidur,mungkin sedang bermain bersama neneknya.Badan yang sudah terasa melekit harus dibasahi dengan segera,barulah sedap nak solat,nak tidur.Baju kebaya putih yang dipakainya sudah ditukarkan dengan kain tuala.Tudung yang dipakai juga sudah diletakkan bersama.Rambutnya yang beralun lembut dibiarkan lepas,bergerak mengikut rentak kepalanya.Langkahnya diatur masuk kebilik air,segarnya.

Dingin dirasai diseluruh tubuhnya walaupun dia sudah mandi dengan air suam.Sudah agak lama juga rasanya dia menikmati mandiannya malam itu,pasti Qaisara sudah keletihan bermain dari siang tadi.Tangannya memegang tombol pintu untuk dipulas.Membulat matanya tatkala melihat perubahan yang ada pada kedua-dua belah tangannya.Kesemua sepuluh jarinya manis berinai,malas ada sebutir cincin berlian berkilau dijari manisnya.Terus tangannya melepaskan tombol pintu,satu tamparan hinggap dikepalanya sendiri.Macamana boleh lupa ni?Matanya memerhati segenap tubuhnya yang hanya berkain tuala ketika ini.Dipandang sekeliling ruang bilik air,takut-takut ada pakaiannya yang tertinggal.Namun hampa,kesemua pakaiannya pasti sudah siap dicuci dan mungkin sudah berada di dalam almari.Dadanya sudah berombak,berdegup kencang sekali sama seperti siang tadi ketika dia dan Izzat selamat dinikahkan.

Najwa menarik nafas dalam.Nak tak nak,dia harus menempuhi semua ini.Minta-minta Izzat masih berada di luar dan sempatlah dia mengambil pakaiannya.Ya!Kalau tidak silap,pintu dikunci tadi dari dalam.Cantik!!Dengan lafaz bismillah berulang kali didalam hati,Najwa memberanikan diri memulas tombol pintu.Sebenarnya dia hanya beradu nasib,tapi apa yang nak dikecohkan?bukankah mereka sudah sah?Kepalanya dijengguh disebalik ruang pintu yang dibuka kecil,diperhati segenap ruang bilik.Clear!Tapi lampu sudah ditutup?tak kisahlah,janji lepas sudahlah.Kakinya melangkah laju tapi senyap kearah almari baju yang berada disudutnya tersendiri,tergopoh-gapah pintu almari dibuka dalam keadaan gelap,nasib baik ada tempias cahaya lampu bilik air.

"Cari apa dalam gelap tu?"tegur satu suara dari jauh,tapi tetap dalam bilik yang sama.

Tidak perlu berpalingpun dia tahu suara siapa itu.Berderau darah Najwa,seram sejuk rasa tubuhnya.Bukanlah kerana air-cond yang terpasang,tapi kerana ditegur oleh seseorang yang digelar suami.Macamana dia masuk?Pap!Lampu bilik dibuka,terasa seperti jantungnya sudah tercabut dari badan,dan dia sudah tidak mampu bergerak seperti patung cendana.Yang terasa sekarang hanyalah kesejukan dan kedinginan.

"A..wa..k jangan dekat,"tiba-tiba dia bersuara,penuh dengan getaran.Dalam sekelip mata sahaja,lelaki itu sudah berada betul-betul dibelakangnya.Najwa memejam mata erat-erat,tak sanggup nak pandang.Bau wangian perfume Izzat sahaja sudah mampu menarik minat mana-mana wanita,belum bab wajahnya yang kacak habis tu.

"Awak cari apa dalam gelap ni?kenapa tak buka lampu?"tanyanya dan tanpa sedar Izzat sudah berada disebelahnya.Najwa membuka sedikit kelopak matanya,kelihatan Izzat sedang menahan ketawa memandangnya.Malunya!

"Tak sejuk ke pakai tuala basah macam ni,nanti demam pula,"ujarnya prihatin.Tiba-tiba bahunya terasa seperti diselimuti dengan satu tuala kering yang lain.Pantas matanya membulat memandang lelaki disebelahnya,mata mereka bertaut.Terkebil-kebil Izzat memandang ke tempat lain.sejujurnya dadanya kini sedang bergoncang hebat,hanya Tuhan sahaja yang tahu.

"Pergilah pakai baju dulu,saya nak solat sekejap lagi,"Izzat menukar topik.Langkahnya diatur menuju kearah katil.

Najwa mengangguk tanpa berkata apa-apa.Hatinya tiba-tiba terdetik sesuatu,sesuatu buat Izzat Arshad.

"Boleh awak imamkan saya?"tanyanya spontan sehingga menyebabkan langkah Izzat terhenti.Izzat Arshad tersenyum sendiri,dalam hati dia mengucap syukur kepada Allah yang Esa.Satu ungkapan yang ditunggu-tunggu olehnya terungkai juga.

Dipandang wajah isterinya penuh kasih,tanpa sedar satu ciuman hinggap di dahi licin Najwa.Terkesima Najwa dengan tindakan yang drastik itu,namun dengan perlahan-lahan bibirnya menguntum senyuman.Dalam hati dia berdoa agar Allah memberi mereka kebahagiaan dunia akhirat.

'Terima kasih Ya Allah kerana Kau temukan aku dengan dia,dan Kau satukan kami kerana Qaisara,segalanya keranamu Ya Allah,'luahnya didalam hati.Air matanya tiba-tiba terasa ingin mengalir.

Izzat memegang dagu isterinya,dipandang mata coklat kehitaman itu yang sudah berair.Pantas tangannya menyapu air mata itu,ya air mata kegembiraan barangkali.

"Apasal cenggeng sangat ni?kalau macam ni kena dendalah,"Najwa mengangkat kening,ada-ada jelah.

"Panggil abang,abang lepastu abang panggil sayang,sayang,boleh?"Najwa terlopong,biar betul.Izzat pantas mencuit hidung Najwa.Isterinya terjerit kecil lantas memegang hidungnya daripada dikenakan lagi.

"Batal wuduq sayang tau,abang dah pegang-pegang,"ujarnya spontan,tapi malu-malu juga sebenarnya.Boleh pula guna gelaran tu ye..Izzat tersenyum lebar,sedap telinganya mendengar Najwa memanggilnya abang,dan membiasakan dirinya dengan panggilan sayang.

"Tak apa,kita berwuduq sama-sama,"cadangnya berbaur gurauan.Najwa sekadar tersenyum membalas suaminya.Dah lewat ni,pasti Qaisara sudah keletihan.

"Abang,Qaisara mana?"Izzat memandang kearah pintu bilik mereka yang tertutup rapat.Ya juga,masa naik tadi tak perasan pula.

"Tak tahulah,mungkin dengan umi.Biarlah malam ni Qaisara tidur dengan umi,bagi chance papa dia nak manja dengan mama dia malam ni,"ujarnya dengan jelingan nakal memandang isterinya.

Najwa tersenyum malu,lantas mencubit perut suaminya itu.Padan muka!Izzat Arshad menggosok-gosok perutnya sambil ketawa besar.Tak sangka perit juga cubitan isterinya ini.

"Malaslah nak layan abang ni,baik pergi wuduq cepat,"arahnya seraya menolak tubuh sasa itu kearah bilik air.Izzat tersenyum pantas mencuit hidung isterinya.

"Baiklah tuan puteri,"

Najwa Arina hanya memandang suaminya penuh kasih.Terima kasih Ya Allah,semoga kebahagiaan ini kekal hingga ke syurga.




$ THE END $

Followers