SELAMAT DATANG KE BLOG SENYUMLAH SELALU.TERIMA KASIH KERANA MELAWAT.
WELCOME TO SENYUMLAH SELALU BLOG.THANK YOU FOR VISITED.
Thursday, May 13, 2010
SAAT TERAKHIRKU 3
Raihana menarik nafas dalam sambil matanya menatap lama wajahnya yang sudah siap dimekap.Walaupun sekadar mekap yang ringkas,wajahnya tetap nampak cantik.Rambut lurusnya disanggul rapi sebelum ditutupi dengan sehelai tudung sutera yang dihadiahi oleh bakal ibu mertuanya.Dari arah pantulan cermin,Raihana dapat melihat mama sedang memandangnya dengan senyuman lebar.Kedengaran ruang biliknya riuh dengan suara sanak-saudara serta rakan-rakan yang tidak habis memujinya.Raihana sekadar tersenyum kecil memandangkan jantungnya kini sedang berdengup rancak.Bahunya dipegang dari belakang dan mama mengambil tempat disebelahnya.
"Cantik anak mama,macam puteri,"puji Manisah sambil memegang dagu Raihana.
"Papa mana?"
"Papa dekat depan layan tetamu,lagipun mana ada orang lelaki dalam bilik ni,"Raihana tersenyum setuju.Ya juga,semua yang ada adalah kaum hawa.
"Hana,cantik aku tengok kau.Tak sangka kau kahwin dulu dari aku ya,"beritahu Mira,sepupu sebelah mama.
"Dah jodoh dia..Hana,hensemnya bakal suami kau.Tadi aku tengok gambar dia,"puji Dila sambil tersenyum lebar.Mama juga turut tersenyum mengingatkan bakal menantunya itu.
"Mak ngah yang carikan ya...."uji Mira.
"Kenapa?kamu nak mak ngah carikan untuk kamu juga ke?"tanya mama bergurau.
"Tak boleh mak ngah,Aman tu nak letak mana nanti,"balas Mira bersahaja.
kami bertiga ketawa mendengarkan jawapan Mira itu.
"Tahupun dah ada tunang,ingat ke lupa tadi,"tambah Dila menduga.Mira sekadar tersengeh,tak tahu nak membalas apa.Raihana tersenyum kecil,gembiranya semua kaum keluarga hadir untuk memeriahkan majlis hari ini.
"Auntie Nisah,rombongan pengantin lelaki dah sampai!"Beritahu Adibah yang baru menapak masuk.Dadanya kembang-kempis seperti baru berlari.Raihana menoleh sambil mengawal debarannya.Nampaknya sebentar lagi dia dan Bathiar bakal disatukan.Bunyi palunan kompang dari luar rumah mengiringi debaran di hatinya.Mama sudah berdiri memandang tingkap begitu juga Mira dan Dila.
"Hana,mama turun dulu ya,nak sambut rombongan.Mira nanti uruskan dekat atas ni ya,"arah mama.Mira mengangguk faham dan mama berlalu keluar.
"Hana,amacam sekarang,berdebar tak?"tanya Mira yang bakal berkahwin beberapa bulan lagi.Raihana sekadar tersenyum.Mulutnya terasa berat mahu berkata-kata.
"Mestilah,nanti kau pula rasa.."
"Hana,auntie panggil turun,"ujar Adibah.Raihana memandang sekeliling,biliknya sudah kosong malah bunyi kompang juga sudah berhenti.Pastinya tok kadi dan Bathiar sudah bersedia di bawah.
"Kau dah sedia ?"tanya Dila untuk kepastian.Raihana mengangguk sambil mulutnya mengungkap lafaz bismillah.Kakinya diatur dan ditemani Mira,Dila dan Adibah.
..................................
Satu persatu anak tangga dipijak.Semua mata kini terhala kearahnya,Raihana memandang kaki sendiri kerana gemuruh.Bathiar yang sudah bersedia dihadapan papa dan tok kadi memandangnya lama.Raihana dilihatnya lebih cantik berbanding hari-hari sebelum ini.Wajah itu kelihatan berseri dan mampu menambat hati sesiapapun,termasuklah dirinya.Namun bukan kerana wajah itu dia ingin memperisterikan Raihana,tapi sikap jujur dan tegas Raihana yang berjaya menambat hati lelakinya.Benarlah kata umi,sikap degilnya boleh diatasi dengan kehadiran wanita itu di dalam hidupnya.Sangkaannya itu sekadar alasan untuk umi bermenantukan Raihana,tapi ternyata dalam tempoh pertunangan ini,Bathiar dapat merasakan perubahan dalam hidupnya.Tapi tidak tahulah bagaimana dengan Raihana?
"Hensemnya dia pakai baju birutu,"bisik Dila,lantas Raihana mengangkat wajah untuk melihat Bathiar.Ternyata Bathiar juga sedang memandangnya,lantas Raihana melarikan pandangan.
"Duduk dekat situ Hana,"Mira menunding jari kearah tempat kosong disebelah mama dan mak cik Habibi.
Untuk seketika,keadaan menjadi sepi.Papa nampaknya sedang menandatangani sesuatu di hadapan tok kadi untuk menyempurnakan tugasnya sebagai wali kepada satu-satunya anak perempuannya.Nampaknya Bathiarlah yang memegang tanggungjawab menjaganya selepas ini.Selesai hal di atas kertas,tok kadi menghulurkan tangannya dan di sambut kemas oleh Bathiar.Dengan jelas,Raihana dapat mendengar namanya meniti di bibir Bathiar,dan dengan sekali lafaz,dia kini sah menjadi milik Bathiar.Bacaan doa dibaca untuk mendapat keberkatan Allah,tiba-tiba hujan turun membasahi bumi sebaik doa di aminkan.Raihana mengucap syukur,begitu juga seisi makhluk yang baru menyaksikan penyatuan dua hamba Allah ini.Tidak sedar,Bathiar kini sudah berada betul-betul di hadapannya.Tangannya dipegang Bathiar dan dengan perlahan-lahan sebentuk cincin sudah menghiasi jari manisnya.Kini,dia pula yang menyarungkan cincin yang sedondon dijari manis Bathiar,lantas diciumnya tangan Bathiar penuh syahdu.Satu ciuman hinggap di dahinya,tanpa diduga air matanya mengalir juga.Tangan kasar Bathiar pantas mengesatnya dengan senyuman manis.Mereka bangun untuk bersalaman dengan mama,papa,umi,sanak-saudara serta tetamu yang hadir.
........................................
Raihana mengambil tempat di sudut yang lebih sunyi sebaik sahaja habis berbual bersama keluarga dan tetamu yang hadir hari ini.Tanpa sedar,Bathiar juga mengambil tempat disebelahnya.
"Kenapa duduk jauh ni?"
"Hmm....saja nak bersendirian.Awak buat apa dekat sini?"tanyanya kembali.Bathiar menyandarkan tubuhnya dan diikuti Raihana.
"Saja juga,nak temankan awak,"
Keadaan sunyi sebentar.Masing-masing melayan perasaan sendiri.
"Awak dah makan?dari tadi saya tengok awak berbual je,kalau nak saya boleh ambilkan,"pelawa Bathiar seraya bangun.Namun pantas Raihana memegang tangannya supaya tidak kemana-mana,lalu Bathiar duduk kembali.
"Tak apa,saya tak lapar.Lagipun kalau time seronok macam ni memang lupa nak makan,"ujarnya gembira.
"Nak dietlah tu.."gurau Bathiar.
"Apa salahnya,boleh jaga badan,nanti taklah awak cari lain,"balasnya selamba.Bathiar memandang wajah disebelahnya,lantas tersenyum kecil.
"Saya tak kisah,kalau awak gemuk pun saya tak akan cari lain,sebab cinta saya hanya untuk seorang dan tak mungkin boleh ditukar ganti,"
Raihana memandang suaminya.Ucapan itu begitu ikhlas dari bibir Bathiar,tak sangka pula Bathiar boleh berkata begitu.Raihana tersentuh,namun tetap mengukir senyum.
"Jangan cakap macam tu,kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan.Mana tahu saya pergi dulu nanti,tak akanlah awak nak sendiri sampai tua,"suaranya semakin kendur.Entah kenapa hatinya rasa sayu mendengarkan pengakuan lelaki itu tadi.
"Awak merepek apa ni?baru kahwin dah cakap benda macam ni,"tegas Bathiar.Jadi risau pula mendengar isterinya merepek.Raihana tersenyum membalas suaminya,lantas digenggam erat tangan itu.
"Macam saya cakap tadi,kita hanya merancang,Allah yang menentukan.Tapi saya nak awak tahu,saya bersyukur sangat dapat menjadi isteri awak,"katanya ikhlas.Bathiar membalas genggaman tangan itu dengan erat.Sesungguhnya dia juga bersyukur kerana memperisterikan Raihana.
...................................
Bathiar terjaga dari tidur.Laungan azan dari surau berdekatan mengejutkannya dari lena.Jam di sisi meja dipandang,sudah masuk waktu subuh.Tanggannya meraup wajah sebelum beristighfar.Raihana yang terbaring di sebelahnya dipandang lama.Rambut lurus itu di mulus lembut dengan senyuman.Matanya menangkap senyuman manis di bibir Raihana.Selesai solat isyak bersama semalam,mereka sempat menunaikan solat sunat 2 rakaat sebelum kedua-duanya menghabiskan masa bersama.Raihana tidak berhenti bercerita dan menjadi pendengar yang setia.Walaupun ada sahaja bicara yang sayu dari bibir itu,Bathiar tetap menyambung dengan jenaka,sehinggalah kedua-duanya lena di dalam pelukan.Bathiar menadah tangan membaca doa sebaik sahaja azan habis di laungkan.
Suaranya memanggil lembut nama Raihana untuk solat bersama,namun tiada reaksi.Dipanggilnya sekali lagi,tetap sama.Kini bukan sahaja suara malah tangannya juga menggerak tubuh itu,namun tetap sama.Bathiar terdiam dengan jantung yang berdegup kencang,pelbagai andaian kini bermain di fikirannya.Tubuh itu dilihat kaku tanpa ada gelombang nafas yang turun naik.Hanya ada satu jawapan yang bermain rancak difikirannya kini.Dipanggilnya nama Raihana berulang kali untuk mendapatkan kepastian,namun tetap sama.Hanya bibir itu yang mengukir senyum,seperti dia bahagia dengan pemergiannya.Bathiar menarik tubuh itu kedalam pelukannya dan tanpa sedar air hangat mula mengalir dari matanya.
Perkarangan rumah banglo dua tingkat itu suram walaupun kanopi sudah berdiri megah dengan hiasan yang menarik.Namun semua itu hanya tinggal untuk dipandang.Hari yang sepatutnya meriah dengan dendangan muzik dan suara para tetamu,kini bertukar dengan tangisan dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan surah Yasin.Siang tadi,jasad Raihana selamat dikebumikan di tanah perkuburan islam,tempat di mana setiap yang hidup pasti akan kembali juga.Para tetamu yang hadir untuk kenduri tahlil sudah beransur pulang.Yang tinggal hanyalah kaum keluarga yang juga akan pulang keesokan harinya.Walaupun sedih,semuanya redha dengan ketentuan Ilahi.Bathiar menutup pintu bilik sebaik saja selesai membantu mengemas apa yang perlu.Pandangannya dihalakan keseluruh ruang bilik,di mana bilik ini di huninya dari semalam.Gambar didinding disentuh dangan senyuman hambar.Raihana ketika itu sedang memegang segulung ijazah.Terpampar senyuman di bibir itu.Kakinya diatur ke arah katil,lalu duduk perlahan-lahan.Laci meja sisi yang belum pernah di bukanya,dibuka perlahan.Kelihatan sebuah diari disimpan rapi di dalamnya.Perlahan-lahan Bathiar membukanya.Terpampang nama Hana di muka surat pertama,lantas pantas sahaja dia menyelaknya satu persatu.Adakala bibirnya tersenyum,adakala pula diam sahaja.Dari situ,Bathiar dapat mengikuti setiap peristiwa dan celoteh Raihana selama 10 tahun.Bathiar menyelak helaian terakhir yang bertulis,muka surat itu sahaja yang tertulis namanya.
Kebelakangan ini aku hairan sangat dengan mamat sebelah tu.Tak sangka pula mamat tu puji aku semalam,pagi tadi pula tiba-tiba dia ajak aku breakfast sama.Sepanjang tempoh kursus kahwin,dia banyak betul bertanya pada ustaz dan ustazah tu,sampai semua orang dah kenal dia.Walaupun malu,tapi lama-lama aku jadi seronok pula.Dia nampak bersungguh nak belajar fasal tanggungjawab dia bila jadi suami nanti.Dulu,aku bengang betul dengan mamat tu,tak habis-habis nak cari gaduh.Pernah sekali aku cakap sendiri,malang betul siapa yang kahwin dengan dia.Tapi aku tarik balik kata-kata aku tu,sebab aku rasa bertuah dapat kenal dengan dia.Megat Bathiar,pertama kali aku dengar namatu masa dekat pondok security.Kereta dia tu buat aku marah je,tapi aku suka sangat kereta porsche dia tu.Pernah aku terbayang nak naik,tak sangka jadi betul.Esok,aku bukan seorang lagi.Jiran akutu bakal duduk serumah dengan aku.Nampaknya kena pecah rumahlah macam cerita masam masam manis.Tapi aku nak dia tahu yang aku sebenarnya dah mula suka pada dia,tak tahulah dia perasan ke tidak.Oklah,aku penat nak cerita lagi.Selamat malam Hana...
"Selamat malam Hana,"ujarnya perlahan.Buku yang dipegangnya diletakkan kembali di dalam laci.Bibirnya tersenyum membaca isi hati Raihana itu.Biarpun hanya dalam masa yang singkat Bathiar bisa mencintai Raihana,namun baginya melupakan Raihana butuh waktunya seumur hidup biarpun sudah ada pengganti..
p/s:Karya saat terakhirku ini diilhamkan dari lagu st 12.Harap anda suka dan gembira apabila membacanya.Komen dan ulasan anda adalah buahtangan buat saya.Sekian terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Sejak semalam akak curi-curi masa untuk membaca karya-karya adik. Menarik. Santai. Sempoi. Sedih. Kira rojaklah tu... TQVM.
^^v best.. tapi ag best klu byk sket part bath n hana.. sedih sebab diorg tak sempat nak bercinta. =)
.ala,part romantik diorang tu sket sgt,x puas..btw karya yg simple n ringan..syahdu plak,ending yg sedey..uwaaaa
kak mina:: terima kasih kerana menyokong.
akubersamacahaya & arasniery5991:: hehehe, ckit part romantik sbb x sampai hati sbb ending sedih. Takut nanti terbyg2 pula..thanks atas sokongan
Post a Comment