SELAMAT DATANG KE BLOG SENYUMLAH SELALU.TERIMA KASIH KERANA MELAWAT.
WELCOME TO SENYUMLAH SELALU BLOG.THANK YOU FOR VISITED.

Wednesday, December 29, 2010

Andai ada senyuman




Semua mata kini merenung kearahnya.Ada yang tersenyum tawar,ada yang sudah menjeling tajam dan yang paling menggerunkan adalah lelaki itu memandangnya dengan mata yang membulat,macam nak telan orang sahaja.Dia menelan liur,kelat sangat rasanya.Tangannya memegang dada,ditarik nafasnya dalam dan dihembusnya perlahan.Dia sudah nekad,janji tetap janji,dia akan menunaikannya sedaya upayanya.Senyuman mula diukir manis,bersabarlah hati.

Matanya memerhati seorang demi seorang yang berada dihadapannya kini.Anak-anak lelaki arwah Tan Sri Omar ini memang seperti yang diceritakan kepadanya.Dipandang kearah seorang lelaki yang duduk selang dua kerusi disebelahnya.Mula terbayang apa yang pernah arwah Tan sri Omar beritahunya.Ya!Itu anak yang sulung.Namanya Nabil Zulhelmi dan berumur 30 tahun.Sudah melangsungkan pertunangan sejak setahun lepas.Mempunyai syarikat periklanan terbesar di serata Asia.Seorang yang peramah dan suka menolong.Tanpa sedar lelaki itu memberi senyuman kepadanya,lantas sahaja dia membalas.Betullah tu apa yang dikatakan arwah Tan Sri.Matanya meneliti lelaki yang berada disebelah kirinya pula.Tiada lagi jelingan tajam,lelaki itu cuma bermuka selamba.Ingatannya mula teringat pada gambar yang pernah arwah Tan Sri tunjukkan,inilah anak yang bongsu.Namanya Aqil Zulfakar,berumur 19 tahun.Sedang menyambung pelajaran diperingkat ijazah dalam bidang business.Biasalah anak muda sekarang,mestinya sudah bercouple tapi mak we nya tak tetap,atau kata lainnya playboy.Seorang yang degil tapi manja,mungkin sebab dia anak yang bongsu.Selesai membuat pengenalpastian,matanya terus memandang lelaki yang betul-betul duduk berhadapan dengannya.Pandangan lelaki itu yang paling mengganggunya.Tak ada langsung senyuman,apatah lagi nak bercakap dengannya.Dia tidak pernah melihat gambar yang seorang ini,tapi pastinya anak arwah Tan sri yang kedua.Iskandar Zulkarnain,berumur 26 tahun.Masih bujang dan mempunyai syarikat perkapalan terbesar di Asia.Seorang yang sukar ditafsirkan dan panas baran.Amira menelan liur,melihat renungan lelaki itu membuatkan dia rasa seperti mangsa yang sedang menunggu masa untuk diterkam.Tapi tak apa,dia bukannya orang yang lemah.Kena gertak sikit tak akan membuatnya tarik diri.

"Maafkan saya cik Amira.Tapi boleh cik terangkan apa tujuannya cik panggil kami bertiga ni?"tanya Nabil penuh hormat.Kedua belah tangannya diletakkan diatas meja.Amira mengangguk lantas tersenyum.

"Tentu sekali Encik Nabil.Maafkan saya kerana telah mengganggu hujung minggu Encik-encik semua.Saya selaku Personal assistant kepada arwah Tan Sri memanggil anda semua ke sini adalah kerana peguam Tan Sri ingin menyampaikan wasiat yang telah ditinggalkan,"ujar Amira jelas dan lantang,cuba berlagak tenang.

Tak semena-mena lelaki yang berhadapan dengannya itu tersenyum,tapi cukup sinis.Aqil juga menoleh kearah Amira penuh minat,lantas ketawa besar.Nabil memandang adik-adiknya silih berganti,tak sopan betul.Amira sekadar termanggu macam orang bodoh,tak tahu dirinya diketawakan.

"Awak PA abi?bila masa pula abi upah PA muda,cantik pula tu?kenapa Aqil tak perasan pun?"masih bersisa ketawa lelaki yang bernama Aqil itu.Amira menarik nafas,mengenakan dia rupanya.

"Itu tak penting.Apa yang penting sekarang,kita tunggu peguam sampai untuk bacakan wasiat.Jadi saya harap tak ada sesiapa yang tinggalkan bilik ni tanpa kebenaran,"Amira bernada tegas.Dia tidak akan main-main lagi.Janji yang arwah Tan Sri titipkan buat dia tak akan dia abaikan.Jagalah korang,jangan ingat perempuan ni lemah!

"Yalah tu,entah-entah ada fair.Suruh kita tunggu padahal ada niat lain,"sampuk suara itu tiba-tiba.Semua mata memandang kearah lelaki yang masih memeluk tubuh yang duduk berhadapan dengan Amira.Amira mengetap bibir,melampau betul!Sabar jelah..

"Is,kenapa cakap macam tu,tak baik tau.Abi baru je meninggal,jangan tuduh yang bukan-bukan,aku tak suka,"Nabil mula berang.Nampak muka adik-adiknya selamba sahaja,terutama sekali pemangsa tu.

"Sudah,tak perlu nak bergaduh.Kami tak lakukan apa-apa yang salah jadi saya tak akan takut.And remember Mr.Iskandar Zulkarnain,saya bukan semurah itu.Biar darurat sekalipun,saya tak akan sekali-kali merosakkan hubungan kekeluargaan orang lain untuk kepentingan sendiri," suaranya bergema kuat.Amira sudah tahan telinga.Hatinya sudah panas,mana peguam ni!?

Pintu dikuak dari luar,seorang lelaki berpakaian formal melangkah masuk dengan briefcase ditangan.Semua mata kini beralih kearahnya pula.Nabil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan lelaki yang baru menapak masuk itu.

"Jemput duduk Encik Amir,"pelawanya.Lelaki itu tersenyum dan mengangguk.Amira disebelahnya hanya menguntum senyum buat tetamu.

"Maafkan saya sebab terlambat,"mengakunya menyedari kelewatannya.

"Tak apa Encik Amir,"jawab Amira bagi pihak semua.Nabil mengangguk setuju,Aqil hanya bermuka selamba lagi,begitu juga Iskandar.Mereka langsung tidak berminat mahu berbual lama.

"Boleh kita mulakan sekarang tak?saya tak ada masa nak terbuang begitu sahaja,"Iskandar berkata angkuh.Badannya sudah ditegakkan,memang nampak macam nak berlalu sahaja.Amira mengetap bibir,kurang ajar betul!Nabil tersenyum malu,memang macam tu perangainya nak buat macamana lagi.

"Ya,ya.Tentu sekali kita boleh mulakan,"Encik Amir tersenyum sahaja,dia memang sudah lama menjadi peguam keluarga ini.Jadi sikap setiap ahli keluarga ni memang dia dah cukup memahami.Dah terbiasa pun!

"Ini rakaman wasiat arwah Tan Sri Omar.Saya bersumpah tidak ada penyelewengan atau penipuan yang dilakukan.Segala yang keluar dari mulut Tan Sri adalah keputusan muktamad!"ujarnya mulai serius.Bab-bab macam ni tak boleh ambil ringan.Tanggungjawab yang dipegangnya ini harus dilaksanakan dengan sebaiknya.Handycam yang dikeluarkan dari dalam beg diletakkan di sebelah home theater yang ada didalam bilik rehat ini.Amira membantu memasangkannya sehingga keluar gambar Tan Sri Omar pada skrin.Semua mata kini sudah tertumpu kearah skrin besar itu.Kelihatan dia sedang duduk tegak bersama tongkat ditangan kanannya.

"Hmm..assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu.Buat putera-putera abi yang dah besar panjang,dengarlah baik-baik apa yang abi nak pesan ni.Harta pusaka yang abi tinggalkan ini tidak seberapa kalau nak dibandingkan dengan kasih sayang abi pada putera-putera abi semua,"Tan Sri berhenti sekejap.Nafasnya ditarik dalam,kemudian menyambungnya semula.

"Abi tahu semuanya sudah berjaya sekarang,sudah boleh berdiri atas kaki sendiri.Abi bangga dengan kamu semua.Tetapi abi tetap akan mewasiatkan harta-harta abi,adil dan saksama.Syer 20%,abi serahkan kepada Nabil Zulhelmi.Gunakan ia sebaik mungkin,dan jadilah pemimpin keluarga yang bertanggungjawab.Abi tahu Abang boleh jadi abang dan suami yang baik untuk adik-adik dan Sheila,"Nabil tersenyum mengangguk.Dikesatnya hujung mata dengan hujung jari.Terima kasih abi.Nabil janji akan jaga keluarga ni.

"Buat Iskandar Zulkarnain,abi wasiatkan 20% syer untuk Is.Abi minta maaf sebabkan abi Is jadi seperti sekarang.Abi tahu Is tak nak macam ni,jadi Is cubalah cari diri Is semula.Bantulah abang dengan adik,kerana abi tahu Is yang paling tabah dan berani dalam keluarga kita.Satu abi nak pesan,cubalah buka hati Is untuk seorang wanita.Kerana sesungguhnya Adam diciptakan untuk Hawa,"suara Tan Sri begitu mengharap.Nabil memandang adiknya yang satu itu,tangannya menepuk belakang Iskandar.Amira memandang lelaki itu,sudah berubah air mukanya.Iskandar sekadar memeluk tubuh,nampak dia cuba menyembunyikan air mata dari menitis.Aqil pula sudah menumbuk lengan sasa abangnya,cuba menceriakan keadaan.sesungguhnya hanya mereka sekeluarga yangtahu cerita sebenarnya disebalik sikap Iskandar Zulkarnain ni.

"Untuk si bongsu Aqil Zulfakar,setelah abi berbincang dengan abang-abang kamu,abi wasiatkan syarikat keluarga kita kepada Aqil dengan syer 30%.Setelah tamat pengajian nanti,Aqil berusahalah untuk mempertahankannya.Jadilah seorang lelaki yang berani berdiri atas kaki sendiri kerana abi tahu Aqil mampu untuk melakukannya.Kalau dah gatal nak kahwin nanti,pilihlah yang terbaik.Aqil jangan lupa Aqil ada abang-abang yang sedia membantu Aqil.Ingat,belajarlah bersungguh-sungguh kerana hanya dengan ilmu yang boleh menjadi petunjuk kita,"Aqil tersenyum,air matanya sudah mengalir.Dasar anak manja!Dipandang abang-abangnya yang juga memandangnya dengan anggukan.

"Untuk Encik Amir selaku peguam keluarga yang sudah lama berkhidmat,saya wasiatkan 10%syer.Buat personal assistant abi,Nur Amira saya wasiatkan 10% syer lagi.Disamping itu,tolonglah jaga putera-putera saya sebaik mungkin.Terima kasih kepada anda berdua yang sudah lama berkhidmat dengan saya.Tapi tunaikanlah hajat abi yang terakhir ini wahai putera-puteraku.Tinggallah di villa abi ni dalam masa sebulan,eratkanlah kembali hubungan antara kamu adik-beradik.Biarpun abi dengan umi sudah tiada tapi wujudkanlah kembali kenangan semasa dulu,kerana ianya adalah harta terindah buat kita semua.Abi sayang anak-anak abi,Wasalam dari saya,"Tan Sri Omar menunduk lantas skrin bertukar hitam.Amira masih kaget.Nama dia juga ada dalam senarai pewaris tadi.Bukan harta yang dia inginkan sebenarnya tapi cukuplah sekiranya jasa dan budi Tan Sri dapat dibalasnya.

"Baiklah,jelas dengan rakaman tadi?"tanya Encik Amir untuk kepastian.Nabil mengangguk mewakili adaik-beradiknya.Amira turut mengangguk sama.Encik Amir tersenyum berpuas hati.Syukurlah semuanya berlalu dengan lancar.

"Baiklah kalau macam tu,saya minta diri dulu.Kalau ada apa-apa pertanyaan ataupun masalah,boleh hubungi saya.Tak pun terus sahaja langsung ke pejabat saya.Terima kasih kerana sudah meluangkan masa.Assalamualaikum,"langkahnya diatur,sempat bersalaman dengan tiga beradik itu sebelum berlalu.

Masing-masing duduk kembali ke tempat masing-masing,berdiam diri.Amira sudah bersiap untuk berlalu.

"Eh,nak pergi mana tu?"tanya Aqil menghalang Amira mencapai beg tangannya.Semua mata sudah memandangnya,seperti menanya soalan yang sama juga.Amira memandang wajah itu silih berganti,wajah Aqil memang nampak manja.

"Saya nak baliklah,dah petang ni,"jam ditangan dikerling.Aqil memuncungkan bibirnya,tanda protes.Iskandar pula sudah tersengih sumbing,seperti mengejeknya.

"Dah dapat apa yang dia nak,buat apa dia nak tunggu lagi dekat sini,"suaranya seperti bercakap sendiri,tapi jelas dipendengaran semua.Nabil terpingga-pingga,Aqil juga.Amira mengerutkan dahi.Satu tuduhan yang tidak berasas!Kurang asam punya mulut!

"Tapikan abi kata cik akan jaga kami?apa maksudnya itu?"Nabil sudah menukar topik.Dia tahu wanita dihadapannya ini langsung tak ada niat sebegitu.

"Saya dah berjanji dengan Tan Sri akan awasi Encik-encik semua sepanjang berada di Villa ini.Seperti yang encik-encik semua sedia maklum,villa ni tak ada pembantu,jadi saya yang akan memberi khidmat.Itulah tugas terakhir saya untuk berkhidmat dengan keluarga Tan Sri,"terangnya jelas.Nabil mengangguk faham,macam tu rupanya.Aqil pula sudah tersenyum lebar,sebenarnya memang sudah lama mereka tak berkumpul macam ni.Semuanya sibuk hal sendiri,kalau ada hal je baru jumpa dekat Villa.

"Kau ingat kau mak tiri kitaorang ke,"sindir Iskandar.Amira sudah panas telinga,membulat matanya memandang lelaki itu.Dari sindiran itu jelas sangat lelaki tu nak menuduh yang bukan-bukan.Aqil memandang Amira dan Iskandar silih berganti,apa kena ni?

"Tak baik abang Is cakap macam tu.Dah cukup beruntung ada orang yang nak jaga makan pakai kita sepanjang duduk Villa ni,"backup Aqil.Iskandar memandang adiknya,cepatnya berubah hati.Tadi bukan main masam muka tu,dah boleh buat cuka.Sekarang siap senyum-senyum.Jangan tertipu Iskandar!

"Baiklah,saya balik dulu.Malam ni saya singgah sebentar ke Villa,"beritahunya.Nabil dan Aqil mengangguk faham.

"Terima kasih cik Amira.Menyusahkan Cik sahaja nanti,"Nabil sudah berdiri.

"Sama-sama,sudah menjadi tanggungjawab saya.Tapi tak perlulah bercik-cik dengan saya,panggil sahaja Amira,"

"Baiklah,kalau ada apa-apa call kami sahaja,"beritahunya kepada Amira.Langkah kakinya diatur keluar.Tinggallah tiga beradik tu,bincanglah apa yang nak dibincangkan.

+++++++++++++++++++

Selesai solat maghrib,Iskandar berlalu ke arah ruang tamu.Kelihatan Aqil sedang enak terbaring diatas sofa menonton rancangan yang tengah bersiaran.Dia mengambil tempat di sofa kosong,dipandang lagi adiknya yang tidak berkutit pun dari baringnya.

"Hoi,kau dah solat ke belum?"tanyanya lalu mengambil remote control yang ada atas badan Aqil.Aqil tersengih-sengih,lalu bangun dengan rambut yang sudah kusut masai.

"Nak pergilah ni..abang mana?"kepalanya dijengah-jengah ke ruang Villa.Tak nampak pun.

"Entah,mandi kut,"tiba-tiba hidungnya kembang kempis menghidu bau masakan.Perutnya pantas sahaja berkeroncong.Aqil membulatkan mata memandangnya.

"Apa?!"marahnya dilihat begitu.Aqil tersengeh luas,dah dengar..

"Abang Is lapar ye?Aqil pun lapar ni,dah tahap koma,"guraunya.Banyaklah kau punya koma!Alasanlah tu,liat nak pergi solat.Macamana lah masa dia duduk dengan kawan serumah dia tu?tak tahulah..

"Siapa masak?"tanya Iskandar memanjangkan kepala,tapi tak nampak juga.

"Kak Amira,"jawab Aqil.Iskandar mengerutkan dahi.Hai,dah berakak-akak pula.Entah-entah esok lusa mama pula.Apalah budak ni!Terus niatnya mahu makan hilang.Dibaringkan tubuhnya atas sofa dan terus menonton.Aqil pula sudah berlalu masuk ke dalam bilik.

Makanan sudah tersedia diatas meja,Amira menuangkan air kedalam setiap gelas kosong.Jam ditangan dikerling,dah pukul 8 lebih.Sempat lagi ni,Naz ambil pukul 9.30.

"Sedapnya bau,"terdengar suara Nabil dari jauh.Iskandar sekadar buat tidak tahu,malas nak ambil peduli.

"Dah boleh makan Encik Nabil,"beritahunya.Nabil mengangguk dan mencari adik-adiknya yang lain.Sebaik terpandang Iskandar terbaring menonton,niatnya mahu memanggil.

"Is,jom makan.Aqil mana?"

"Tak nak,Is tak lapar pun.Aqil solat,"hanya suara yang kedengaran.Amira memandang lelaki itu,berlagaknya!

"Tunggu,Aqil nak makan sama,"laju langkahnya menuju ke meja makan.Sebaik melabuhkan punggung,dipandangnya Iskandar yang masih terbaring.
"Abang Is tak nak makan ke?"ujarnya pelik.Nabil mencedok nasi kedalam pinggan.Amira sedah berlalu kedapur.Tidak selesa pula makan bersama macam tu.

"Is tak mahu makan.Dia kata tak lapar,"Nabil manjawab soalannya.Aqil menggaru kepala,dengan selambanya dia berkata

"Tadi perut abang Is dah bergendang,tak akanlah tak lapar,"ujarnya selamba.Nabil kurang faham,tapi terus digelaknya.Dia tahu kenapa Iskandar memberi alasan.
Iskandar mengetap bibir,loyar buruk betul budak ni.Buat malu jew..
Amira yang terdengar dari dapur menahan ketawa,biar betul.Pandai betul dia action,rupanya dah lapar.Tak apa,boleh simpan sikit.Manalah tahu ada orang cari makanan tengah malam.

+++++++++++++++++

Sudah seminggu mereka berkampung di Villa,dan sudah seminggu juga Amira berulang alik dari rumahnya.Tapi syukurlah,ada peningkatan yang agak baik dalam hubungan mereka adik beradik.Cuma biasalah waktu tengahari semuanya sibuk dengan urusan masing-masing.Dan dikesempatan itu Amira boleh mengemas dan membasuh pakaian.Makanan tengahari memang tak dimasak memandangkan semuanya tidak pulang waktu itu.

Kakinya melangkah kedalam bilik ke bilik untuk mengambil pakaian kotor.Cuma bilik Iskandar sahaja yang dia tidak masuk,kerana telah dilarang awal-awal.Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 2 petang.Selalunya Aqil sudah pulang,kerana kelasnya habis pukul 1.Mendengar bunyi pintu di buka dari luar,Amira terus berlalu.Bukan main terkejut tatkala melihat Aqil sudah terencot-encot berjalan masuk.Mahu dipapah rasa terlebih pula,jadi terus dia mengambil beg yang disandang Aqil.Muka itu nampak menahan sakit.

"Kenapa ni?apa dah jadi?"tanyanya cemas.Aqil mengambil tempat di ruang tamu,dilunjurkan kakinya kedepan.

"Accident tadi,ni baru balik klinik.Sakitnya kaki ni,"adunya sambil memicit lutut yang mungkin lenguh.Baju yang dipakai sudak kotor,seluar pula terkoyak di lututnya.

"Siapa hantar balik ni?"kepalanya dijengah ke luar,mencari-cari sesiapa sahaja yang sudah membantu Aqil itu.

"Abang Is,tapi dia dah pergi.Dia kejar masa tu,tadi call dia nasib dapat.Call abang tak angkat,ada hal kut,"ceritanya.Amira mengangguk,prihatin juga dia tu ye..Dilihat Aqil yang merah mukanya,pasti menahan sakit.Amira tersenyum kecil,macam budak-budak.Adiknya Naz pula macam dah terlebih dewasa,padahal umur mereka tu hampir sebaya jew.Kalau orang tengok mesti ingat dia abang dan Amira adik.

"Aqil dah makan ke?"dia sudah mahu bangun untuk berlalu.Aqil mengeleng sambil matanya memandang Amira.Rindunya pada arwah umi.Sudah lama tak ada orang yang ambil berat seperti itu terhadapnya.

"Belum.Kak Amira masak ke?"dia tersenyum tawar.Dah rasa macam Amira ni keluarganya,mungkin sebab Amira sudah terbiasa menjaga adik dan ayahnya sejak ibu meninggal dunia.

"Belum masak,tak tahu nak masak apa.Ingat ke Aqil makan dekat luar.Aqil nak makan apa?biar akak masakkan,"pelawanya.Rasanya dah macam menjaga adik sendiri,cuma dia sedar batas-batasnya.Ini tengah duduk berdua ni,harap-harap tak ada apa-apalah yang berlaku.

"Bestnya.Masa umi ada lagi dulu,time Aqil sakit umi mesti masak ayam kicap.Sebabnya Aqil suka lauk tu.Boleh kak Amira masakkan?"rayunya.Amira tersenyum dan mengangguk.

"Boleh.Aqil pergi berehat dulu,nanti dah masak akak panggil,"arahnya lalu berlalu ke dapur.Dia hanya memasak sikit memandangkan seorang sahaja mahu makan.Kalau waktu lain pun dia tak perlu masak untuk tiga orang,sebabnya makhluk pemangsa tu memang tak jamah pun masakannya.Tak tahulah apa kena?dia takut ada racun kut?he...he...

+++++++++++++

"Abang Is,Aqil nak cakap sikit boleh?"Aqil mengambil tempat di atas katil.Iskandar yang masih menatap skrin laptopnya langsung tidak memandang.Aqil langsung tidak ambil hati,dia kenal sikap abangnya yang satu itu.

"Ada apa?kaki kau dah baik ke?"jari Iskandar lincah menaip sesuatu.Kaca mata yang dipakainya dibetulkan.

"Dah elok sikit.Nasib baik kak Amira tolong jaga,dah macam arwah umi dulu,"beritahunya.Iskandar terus berhenti menaip.Badannya dialihkan menghadap adiknya itu.

"Jangan sesekali kau nak samakan arwah umi dengan orang lain,abang tak suka.Sebaik mana pun dia,dia tak akan mampu nak gantikan umi dalam rumah ni.Selagi abang masih hidup,itu semua tak akan terjadi,"ucapnya tegas.Aqil hanya diam,bengang betul dengan abang yang sorang ni.

"Aqil tak maksudkan macam tu.Abang,kak Amira tu bukannya nak jadi mak tiri kita,abi dah tak ada pun.Sudah-sudahlah abang nak bersangka buruk dengan perempuan,tak ada faedahnya.Aqil tahu kak Amira tak ada maksud jahat,dia ikhlas nak tolong kita,"backupnya.

"Mana kau tahu dia tu ikhlas ke tidak.Boleh tak kau jangan jadi bodoh?orang kalau nak sesuatu,suruh buat apapun sanggup buat.Entah dalam makanan tu dia dah bubuh sesuatu,tu korang ikut cakap dia,sedarlah sikit!"Tuduhnya.Aqil meraup muka,nampaknya abang Is memang tak lupakan apa yang telah terjadi dulu.

20 tahun dulu,peristiwa yang tak mungkin mereka sekeluarga lupakan,terutama sekali abang Is kerana dialah yang paling sekali rapat dengan arwah umi.Sepanjang umi lumpuh,abang Is lah yang temankan umi saban hari,menjadi peneman umi tika ketawa dan menangis.Biarpun baru berumur 6 tahun ketika itu,tapi dia sudah mampu berfikir jauh.Tika itu abang Nabil bersekolah asrama bestari,Aqil pula masih bayi.Mereka bukanlah lahir-lahir sahaja sudah hidup mewah,sebab itulah abi berkerja keras kerana perniagaannya baru sahaja stabil.Mulanya abi sering menjenguk umi,tapi lama kelamaan abi sering pulang lewat tak pun tidak pulang.Yang ada ketika itu cuma umi,abang Is,aqil dan seorang pembantu rumah.Bila abi pulang je pasti kepenatan,kadang-kadang mengalami tekanan kerja.Disebabkan umi lumpuh,pembantu rumah itulah yang menjaga makan pakai dirumah.Tanpa disedari abi mula berubah,sikapnya berlainan terhadap pembantu rumah indonesia itu.Dia sudah naik kepala,rumah majikan sudah seperti rumah sendiri.Abi sudah berlaku curang dengan umi,setiap kemahuan pembantu rumah itu dituruti.Iskandar yang sudah mampu berfikir,cuba menyembunyikan hal itu daripada umi.Tapi siapa sangka,pembantu rumah itu membongkarkannya kepada umi.Setiap malam Iskandar melihat umi berlinangan air mata,abi pula seperti di pukau,langsung tidak ambil kisah.Beberapa bulan hal ini berlarutan,sehingga penglihatan umi di tarik Ilahi.Iskandar sudah mengajar hatinya,biar keras tidak berperasaan.Nasib baik perkara ini sempat di hidu pak ngah,adik abi.Setelah di bongkar ternyata pembantu itu membomoh abi melalui masakannya.Biarpun hal sudah lama berlaku,tapi kerana hal itu Iskandar menjadi Iskandar yang sekarang.

"Sudahlah abang Is,Aqil pun tak faham.Aqil tahu abang Is masih berdendam,tapi percayalah dendam tu tak ada kebaikannya pun.Bukaklah mata dan hati abang tu,sebab Is tahu abang Is tak nak semua ni,cuma abang Is yang menidakkannya.Abang fikirlah sendiri,"ujarnya kesal lantas berlalu.Iskandar meraup muka,beristigfar kepada Allah.

Amira mengesat air mata,tak sangka sampai macam tu sekali tuduhan Iskandar.Tak sengaja tadi dia terdengar perbualan dua-beradik itu ketika mahu memanggil untuk makan malam.

"Kak Amira,buat apa ni?"sapa seseorang dari belakang.Amira mengesat air mata,cuba tersenyum.Aqil melihat senyuman yang di buat-buat itu,Amira terdengar ke apa yang mereka bualkan tadi?dan Amira pula,macamana boleh tak perasan ada orang kat belakang ni..

"Nak panggil makan,semua dah terhidang.Aqil jangan risau,akak tak ada niat lain pun,"ujarnya sayu.Aqil menggeleng sendiri.sahlah kak Amira dengar tadi.

"Kak Amira jangan ambil hati ye.Abang Is tu memang tak ada perasaan,tapi akak buat tak tahu je,dia sebenarnya tak maksudkan pun apa yang dia cakap tu,"Aqil cuba menyedapkan hati wanita itu.

"Dekat sini rupanya,puas abang cari.Jom makan,dah lapar ni,"Nabil menepuk-nepuk perutnya.Iskandar muncul dari biliknya,terus semua mata memandangnya.Iskandar mengangkat muka,terus terpandangkan Amira yang merah matanya.

"Ha,alang-alang Is ada,jom makan sekali,"ajak Nabil.Amira memandang wajah selamba itu,Aqil juga.Iskandar turut berbalas pandang.

"Tak apalah,Is nak keluar ni.Lain kali tak payah simpan makanan untuk Is,"beritahunya.Nabil dan Aqil saling berpandangan,masing-masing mengangkat bahu.

"Simpan makanan?siapa?"tanya Aqil berbalik kepada Iskandar.Amira hanya diam,tak di suruh tiga beradik itu memandangnya.Yang dia perasan pandangan Iskandar lain pula kali ini,tak macam selalu.

"Amira ke yang simpankan untuk Is?"tanya Nabil untuk kepastian.Belum sempat di jawab,Aqil sudah memintas.

"Tentulah,habis siapa lagi yang ada dalam rumah ni kan?"Amira sekadar meminta diri untuk berlalu.Diikuti Nabil dan Aqil.Iskandar pula masih tercegat depan bilik,nak jadi patung ke?

++++++++++++

Hujan lebat turun membasahi bumi.Angin juga agak kencang malam itu.Amira memeluk tubuh,habis kena tempias.Nampaknya hujan tak seperti mahu berhenti.Dahlah telefon habis bateri.Namanya dipanggil kuat,tapi kurang jelas didengari memandangkan kuatnya bunyi hujan turun.

"Kak Amira,ada orang telefon,"laung Aqil di muka pintu.Tergesa-gesa Amira menyambut si pemanggil.Beberapa minit,telefon di letakkan kembali.Naz tak boleh nak ambil sebab kereta ayah pakai kerja malam.Amira menarik nafas,tak akan nak minta mereka hantarkan?tak menyusahkan ke?nak tidur sini tak mungkinlah!

"Sekejap lagi Is balik,biar dia tolong hantarkan.Nanti abang call dia,"bagitahu Nabil sambil menekan nombor pada handphonenya.Amira serba salah,tak akanlah Iskandar?
Mesti dia tak mahu hantarkan,baik cepat bertindak.

"Tak apalah,saya call teksi je,"halangnya.Telefon sudah ditelinga.Aqil sekadar mengeleng tidak setuju.Nampaknya Nabil sedang bercakap sesuatu dengan Iskandar.Amira hanya diam.Peratusan untuk jawab ya mungkin hanyalah 10% berbanding dengan tidak.Telefon sudah di alihkan dari telinga.

"Dia cakap ya.Lagi 5 minit dia sampai,tunggu sekejap ye,"beritahu Nabil.Aqil sudah tersenyum memandangnya yang seperti kurang percaya.Entah-entah dia ada niat lain?takutlah pula nak percaya.Tapi kalau tak tumpang,macamana nak balik?berserah jelah..Bunyi hon di luar rumah menarik perhatian semua.Dup!Dap!Dup!Dap!Harap-harap tak ada apa-apalah yang terjadi.Kelihatan Lancer milik Iskandar sudah di depan rumah,terketar-ketar tangan Amira mahu membuka pintu.Nak duduk depan ke belakang?Kalau depan takut dia tak selesa,kalau belakang pula macam dia drebar.Macamana ni?Tanganya pun bukalah pintu depan,terus dia masuk tanpa melihat wajah itu.Mak oi..sejuknya dalam kereta ni,dah macam dalam peti.Dahlah radio tengah mainkan lagu jiwang,seram sejuk betul.Sebaik kereta bergerak,Aqil sudah melambai kepadanya.

"Rapat dengan Aqil,"Iskandar memulakan bicara.Naik bulu roma Amira.Tak pernah pula lelaki itu bercakap sedekat ini dengannya.

"Tak adalah,biasa je,"jawabnya pendek.Matanya hanya tertumpu di hadapan.Masing-masing diam melayan lagu radio.Ini lagu kesukaannya,tapi Amira langsung tidak khusyuk mendengarnya.Jantungnya kini juga sedang berlagu.

"Rumah dekat mana?"tanya Iskandar perlahan.Amira menoleh sekilas,kerana gelap wajah itu tak berapa jelas.Lelaki ni tengah bercakap ke?eh..eh..tak berapa dengar pula!

"Taman Sentosa.Nanti dah sampai saya bagitahu,"Masing-masing diam semula.Amira memeluk tubuh,terasa sejuknya sampai ke tulang.Rasanya tadi lelaki ni dah perlahankan air-cond,tapi kenapa masih sejuk?mungkin sebab hujan masih lebat..
Iskandar menjeling dengan ekoran mata,lantas tangannya meraba-raba kebelakang.Amira kaget!Iskandar nak buat apa ni?Tak semena-mena sehelai baju sejuk sudah berada di atas ribanya.Lelaki itu menumpukan pemanduannya semula.Amira menoleh kearah lelaki itu,lantas tersenyum kecil.Baju di sarungkan kebadan,hidungnya terbau pula perfume yang ada pada baju itu.Mulalah jantungnya berdegup kencang.

Sesampai di hadapan rumahnya kereta di berhentikan.Mata Amira sudah mula terasa ngantuk.Nampaknya hujan sudah mula reda,dipandang Iskandar yang sedang memerhati rumahnya,kemudian memandangnya semula.

"Oklah,terima kasih encik..drive elok-elok ye,"tangannya sudah mahu membuka pintu tapi sempat dihalang lelaki itu.

"Nak bawa balik ke baju saya tu?"tanyanya.Amira kurang mengerti,lantas memandang badannya.Amira sudah tersengeh sendiri,lupa pula.Baju dihulurkan kepada tuannya semula.

"Terima kasih,"ujar Amira malu.Lelaki itu hanya mengangguk lalu Amira terus berlari keluar.Kelihatan Naz sudah membuka lampu dan pintu.Pandangannya memandang kearah orang yang menghantar kakaknya itu.

"Siapa tu?"tanya adiknya.Selipar sudah disarungkan.Amira menyapu-nyapu bajunya yang sudah basah.Matanya juga memandang kearah kereta yang belum bergerak itu.

"Anak majikan akak,"jawabnya pendek.Naz mengangguk faham.Yang mana satu ek?rasanya macam ramai anak majikan akak ni..

"Yang mana kak?rajinnya dia tolong hantarkan,"Amira menoleh adiknya.Banyak pula tanyanya..

"Encik Iskandar,yang no 2..Kebetulan dia keluar,akak tumpanglah.Tak akan nak tidur sana,tunggu ayah ambil esok?"Naz tersenggeh,ya juga..

"Dia tak nak singgah ke?"eh..budak ni,banyak songgeh betul!

"Dia sibuk,tak ada masa.Jomlah masuk,"ajaknya.Tapi Naz masih belum berganjak.

"Kak,dia turunlah,"kata Naz terkejut.Amira menoleh.Yalah!Iskandar sudah berlari keluar dan menghampiri mereka.Lelaki itu kelihatan pucat,kenapa ni?baru ingin membuka mulut,lelaki itu terus rebah,nasib baik sempat disambut Naz.Amira sudah terjerit,membulat matanya.

"Kak,macamana ni?"tanya Naz cemas.Amira sudah membuka pintu luas untuk memberi laluan.

"Naz,tolong papah dia masuk.Nanti akak call ayah bagitahu,"Naz mengangguk lantas memapah Iskandar masuk.Iskandar dibaringkan di atas katil bilik Amira,sebab bilik dia je dekat bawah.Muka Iskandar pucat sungguh,tapi tadi elok jew.Kelihatan mulut lelaki itu menuturkan sesuatu,Amira dan Naz saling berpandangan.

"Naz,tolong akak ambilkan air.Dia dahaga rasanya,"pinta Amira.Naz terus berlalu.Amira juga mahu berlalu untuk menghubungi ayah dan adik-beradik lelaki itu.Belum sempat berlalu,tangannya dipegang seseorang.Amira kaget,terus menoleh.Mata lelaki itu masih terpejam,cuma mulutnya menuturkan sesuatu.Amira terpanggil untuk mendekatkan telinganya kearah mulut lelaki itu.

"Umi..umi.."panggil Iskandar perlahan.Suara itu kedengaran sedih dan lemah sekali.Perlahan-lahan pegangan tangan terurai.Amira menatap wajah itu penuh kasih,tak semena-mena air mata mengalir ditubir mata lelaki itu.Amira terdiam.Hatinya tersentuh sekali,sakit sangat ke?

"Kak,ni air,"segelas air dihulurkan.Amira menyambutnya lalu diletakkan di meja sisi.Langkah kakinya dihala keluar.Dia harus menghubungi keluarga lelaki tu dengan segera.

Lama menunggu,akhirnya panggilan terjawab juga.Amira menghela nafas lega.

"Assalamualaikum Aqil,"salamnya.

+++++++++++

Nabil dan Aqil sudah duduk di ruang tamu.Masing-masing mendiamkan diri.Naz hanya memerhati dari arah tangga.Amira datang dengan mendulang beberapa gelas air untuk tetamu-tetamunya itu.Nampaknya Iskandar masih belum sedar.

"Tak sangka pula jadi macam ni,"ujar Aqil kesal.Nabil sudah meraup muka.Amira hanya menjadi pendengar.Menoleh kearah Naz,nampaknya dia sudah berlalu.Mesti tak mahu masuk campur.

"Tu lah,Is degil sangat,keras kepala,ego tak bertempat!"Marah Nabil,tapi maksudnya baik.

"Aqil ingat abang Is dah sembuh.Selama ni dia tak pernah share apa-apa,last-last jadi macam ni pula,"Aqil mengeluh lemah.Teringatkan abang Is yang pernah gastrik beberapa tahun selepas kematian umi,hatinya jadi tersentuh.Abangnya itu nampak tabah,sebenarnya dia memendam dukanya sendiri.Kononnya tak boleh melupakan umi,jadilah abang Is macam ni.Tapi tak sangka pula gastriknya menyerang kembali.Mesti sebab ego tak nak makan masakan kak Amira.

"Semua ni salah saya,"ujar Amira lemah.Nabil dan Aqil memandang kearahnya.Tolonglah jangan menyalahkan diri..

"Tak,bukan sebab kak Amira.Ini semua sebab abang Is tu ego sangat.Lepas dia rehat oklah tu sebab Aqil dah bagi ubat tadi,"beritahunya.Amira memegang dada.

Mendengarkan cerita Aqil dari A-Z,Amira sangat tersentuh.Simpatinya pada lelaki yang bernama Iskandar Zulkarnain tu.Dipandang wajah lelaki itu yang sudah sedar.Tanpa dipinta lelaki itu memandangnya lantas tersenyum tawar.Amira kaget,terus dibalas senyuman itu.Ini kali pertama dia melihat senyuman lelaki itu,biarpun nampak lemah tapi nampak begitu ikhlas.Hatinya tiba berbunga riang,Aqil dan Nabil pula memandangnya dengan pandangan kurang dimengertikan.Amira tersenyum malu,gatalnya mata ni!

++++++++++

Sudah beberapa bulan berlalu dari kejadian haritu,dan selama itu juga dia sudah tidak bertemu dengan Iskandar.Sejak tamat khidmatnya di Villa,dia sudah memulakan pencarian kerja baru.Nabil dan Aqil memberitahu sejak pulang dari rumahnya beberapa bulan dulu,Iskandar sudah berpindah keluar.Katanya dia perlukan masa untuk mengubah segalanya,terutama dirinya sendiri.Amira hanya diam,sejujurnya hatinya sedih tapi siapa dia untuk ada perasaan sebegitu?mungkin itu yang terbaik untuknya.

Amira menjejakkan kaki di syarikat yang melamarnya untuk menjadi PA.Apa yang diberitahu kepadanya,dia tidak perlu menghadiri temuduga kerana pengarah sudah terdesak.Pelik?tapi mungkin sudah rezekinya.Senyuman dihulurkan buat pekerja yang setia duduk dikerusi di lobi itu.

"Boleh saya bantu?"tanya wanita itu ramah.Amira memandang tag nama wanita itu,Sofea.

"Saya Nur Amira.Hari ini saya lapor diri sebagai Pembantu peribadi,"beritahunya.Wanita itu tersenyum dan mengangguk.Dia mengangkat ganggang telefon dan mendail seseorang.

"Maaf Encik,cik Amira dah sampai.Boleh dia naik sekarang?"bual Sofea dengan orang di telefon.Amira sekadar menjadi pemerhati sahaja.Pastinya wanita itu sedang berbual dengan bos besarnya.

"Baik,Cik Amira boleh naik sekarang.Tingkat 22 ye,"Sofea memberitahu.Amira mengucapkan terima kasih lantas berlalu menaiki lif.

Perjalanan tak sampai sepuluh minit,dia sudah tiba di tingkat yang dimaksudkan tadi.Keadaan tenang sahaja.Matanya mula mencari-cari bilik encik pengarah.Nak tanya orang,kebetulan tak ada sesiapa pula disitu.Puas berpusing,akhirnya jumpa juga bilik yang hujung sekali,ada tertera jawatan pengarah disitu.Membulat matanya memandang nama yang terpapar di bawah nama jawatan itu.Dia?!Biar betul!

"Hehem..."suara seseorang berdehem dibelakangnya.Amira menelan liur,hidungnya sempat lagi menghidu bau perfume yang pernah dia bau sebelum ni.Matanya dipejam rapat,minta-minta tak silap orang...

"Kenapa tercegat je?tak nak pandang muka bos ke?"tanya suara itu.Amira sudah memaksa bibir untuk senyum.Tenang,tenang..

"Maaf,encik Iskandar.Saya tak tahu pula ini pejabat encik,"selorohnya.Lelaki itu tersenyum sendiri.Amira mengangkat muka,ah!Dia senyum lagi,untuk kali keduanya.Manisnya dia senyum,kenapalah dulu tak macam ni..

"Kalau awak tahu ni pejabat saya,awak tetap nak datang ke?"

"Mestilah datang..bukan senang nak dapat jawatan tanpa di temuduga dulu.Ini rezeki saya,tak akan nak tolak.."ujarnya bersemangat.Lelaki itu masih lagi tersenyum.

"Tapi saya musykillah,kenapa tak nak temuduga dulu?ke memang tak ada orang yang nak jawatan ni?"ujar Amira berani.Melihat lelaki itu bermuka selamba,dia terus menepuk mulut.Celuparnya,kang tak pasal-pasal kena pecat sebelum mulakan kerja.Dahlah lelaki ni dingin,tak macam adik-beradiknya yang lain.

"Memang tak ada orang pun yang nak mohon jawatan ni,sebab tu saya tawarkan pada awak.Kan awak dah ada pengalaman.Yang saya tertariknya awak boleh buat partime jadi pembantu rumah juga.Jadi should I lepaskan peluang yang ada didepan mata?kebetulan sekarang ni saya baru pindah rumah,jadi hati ni terdetik pula nak ambil pembantu rumah,"

Amira mengetap bibir.Ceh!Ambil kesempatan betul lelaki ni.Tapi cara percakapannya sudah lain benar,tak macam Iskandar yang dulu.Sudah berubah ke?

"So,nak terima ke nak tolak tawaran saya ni?peluang yang saya bagi sekali je,saya tak akan bagi peluang kedua,"ugutnya,tersenyum lagi!Memang dah banyak berubahlah,lagi banyak tersenyum,kalau dulu haram nak senyum.

"Siapa kata saya tak nak?saya terima kerja ni awal-awal lagi.Sebab tu saya datang hari ni,nak lapor diri.Jadi,boleh saya mula kerja sekarang?"tanya Amira,malu pula nak berlama-lama dengan majikannya ini.Dilihat ruang pejabat masih kosong,mana perginya semua orang?

"Ok,semangat nampaknya.Kalau macam tu,tugas pertama awak senang jew,buatkan saya teh.Pekat dan kurang manis,"arah lelaki itu atau kata lainnya tuan pengarah.Amira mengerutkan dahi.Sure ke dia ni jadi PA,tapi dah macam tea lady pula.Tak apalah,bukan susah pun.

"Lagi satu,teman saya lunch.Lepas lunch,ikut saya pergi Langkawi,"arahnya lagi.Amira membulatkan mata?Langkawi?

"Er..berapa lama encik?saya tak ready apa-apa pun lagi,lagipun nak buat apa kat sana? "Lelaki itu tersenyum lagi,kini memandang tepat pada wajahnya yang sudah cuak.Apa kena bos ni?

"Cuma beberapa hari,family holidays,"Katanya girang.Makinlah Amira cuak.Gila ke?siapa dia nak ikut family holidays si Iskandar ni.Apa pula orang kata nanti.

"Encik serius ke ni?kalau saya tak mahu?saya masih milik ayah saya tau,"ujarnya geram.Biarlah dia ni nak terasa pun,peduli apa.Lelaki itu ketawa pula.Hmm..Iskandar sudah ada kemajuan,mula-mula senyum lepastu ketawa pula.Lepas ni?Amira malas nak fikir,biar dia jelah yang tahu..

"Apa yang Amira merepek ni?saya bukannya ada niat apa-apa pun,Nabil dengan Aqil yang beria-ria nak ajak Amira pergi sekali.Tak payah risaulah,Sheila pun ikut sama,"ceritanya.Amira tersenyum lega.Cakaplah awal-awal,buat suspens je.

"Jadi,lepasni singgah rumah Amira dulu.Saya kenalah minta kebenaran ayah Amira dulu,nanti disangka saya ni bawa lari anak orang pula,"selorohnya.Amira tergelak kecil,pandai dia fikir..

"Oklah encik Iskandar,biar saya siapkan minuman dulu.Nanti saya call ayah saya bagitahu dia,tak adalah dia terkejut pula nanti,"Lelaki itu mengangguk lalu masuk kebilik pejabatnya.

Amira berlalu ke pantri,nasib baik tak susah cari.Ambil sebiji mug,tuang air panas yang sudah sedia ada,cari uncang teh letak susu.Tak manis dan pekat,oklah ni!Berhati-hati dia mendulang air menuju kebilik bosnya.Pintu diketuk,ada suara menyuruhnya masuk.Kali pertama melangkah,best betul bilik dia ni..

"Air encik,"mug diletakkan diatas meja.Lelaki itu hanya mengangguk tanpa memandangnya.Matanya sempat meneliti bilik ni.Banyak betul model-model kapal yang menjadi koleksi.

"Ada apa-apa lagi ke?"tanyanya tiba-tiba,mengganggu pemerhatian Amira.Eh,patutnya dia yang tanya macam tu,ni dah terbalik pula.

"Tak ada apalah.Encik nak apa-apa lagi?"Lelaki itu mengeleng.Fokus betul,langsung tak menoleh.

"Saya keluar dulu,"kakinya diatur.Belum sempat membuka pintu,namanya dipanggil.Segera dia menoleh,takut ada apa-apa lagi yang majikannya mahu.

"Thanks ye,sedap airnya,"puji Iskandar.Amira tersenyum bangga.kalau sedap hari-hari pun boleh buatkan,ee..gatalnya.

"Bolehlah buatkan hari-hari.Tak rugi saya upah awak,macam-macam kerja boleh buat,"pujinya lagi.Sudah-sudahlah puji tu,kang terperasan lebih pula.

"Terima kasih juga encik,dah memang tugas.Nak apa-apa lagi?"tanyanya untuk kepastian.Lelaki itu mengeleng untuk kedua kalinya.

Amira pasti dan terus berlalu.Fuhh..berdebar habis jantung ni.Telefon dalam poket seluar berbunyi lantang,tengok skrin tertera nama ayah.Baru nak call,alih-alih ayah call dulu.

"Assalamualaikum ayah.Akak baru nak call,"

"Waalaikummussalam.Akak nak pergi Langkawi ye,ayah izinkan.Tapi jaga diri elok-elok,jangan buat benda tak senonoh.Jangan susahkan Iskandar pula,"pesan ayah.

Amira terpana.Mana ayah tahu?bilik Iskandar dipandang sekilas.Cepat betul dia ni bertindak.

"Insyaallah ayah.Nanti akak dah nak pergi akak call ayah lagi ye,"

"Yalah.Ayah nak sambung kerja ni,jaga diri elok-elok,"pesan ayah lagi.Amira tersenyum.Masing-masing berbalas salam.Entah bila masa pula Iskandar sudah berada di belakangnya.Lelaki itu tersenyum padanya,dia juga membalas senyuman.Andai sahaja senyuman itu sentiasa untuk dirinya,pasti dialah orang yang paling bahagia di dunia ini.

$TAMAT$

2 comments:

Anonymous said...

best la cite ni

Unknown said...
This comment has been removed by the author.

Followers