SELAMAT DATANG KE BLOG SENYUMLAH SELALU.TERIMA KASIH KERANA MELAWAT.
WELCOME TO SENYUMLAH SELALU BLOG.THANK YOU FOR VISITED.

Monday, April 4, 2011

KEkaSiHku VaMpire



Kereta swift milikku meluncur laju memasuki ruang garaj rumah.Jam ditangan dikerling,sempat aku meraup muka. Penatnya badan ini hanya tuhan yang tahu. Aku tutup radio yang masih bersiaran,lantas mencapai beg galas sebelum berlalu keluar. Aku pandang sebelah,ada beberapa lagi buah kereta yang aku kenali siapa pemiliknya. Aku mengangkat kening,malas nak fikir apa yang mereka-mereka ini buat dekat rumah umi dengan daddy sekarang ni. Selalunya nak dapat jumpa memang susah,masing-masing buat hal sendiri.Entah angin apa yang membawa mereka ni pulang pun aku tak tahu. Malas nak berfikir panjang terus aku melangkah masuk kedalam rumah. Aku lihat pintu rumah sudah terbuka luas,lampu juga dipasang dah macam ada jamuan besar je,bukan main terang. Kasut yang dipakai aku letakkan didalam almari yang disediakan di depan rumah. Mataku terpandangkan beberapa pasang kasut perempuan yang pastinya milik kakak-kakakku. Aku mencebik sendiri,mesti kasut baru lagi ni.Ceh!Tumit dia bukan main tinggi,nak fight ke?

“Assalamualaikum,”aku memberi salam sebelum melangkah masuk.Baru sahaja beberapa langkah mataku terus menangkap beberapa tubuh yang sedang memandangku. Aku menghulurkan senyuman paling manis untuk umi tersayang dan senyuman kurang ikhlas buat kakak-kakakku itu.

“Dah balik pun anak umi ni,”aku menghampiri umi dan mencium tangannya.Sofia dan Sabrina hanya tersenyum sinis. Aku mengangkat kening memberi isyarat, jelous ke??

“Sibuk aku tengok kau ni.Umi cakap semalam seharian kau tak balik ye.kalau kerja dengan daddy kan senang,tengok kitaorang ni,”Sofia menayangkan kedua belah tangannya.Aku mengangkat kening,merepek apalah minah sorang ni.

“Sibuklah juga.Tapi biasalah dah namapun Doktor kan,thanks for asking,”aku membalas soalan kakakku itu sekali dengan senyuman nipis.

“Kesian aku tengok kau ni,hari minggu macam ni pun nak kena kerja.Dah tu tak kira siang ke malam.I think you should giveup la,kita dah memang ditakdirkan untuk hidup senang.Kenapa mesti kau nak susah-susahkan diri,”ujar Sabrina angkuh.Kakinya sudah disilangkan menampakkan betisnya yang putih gebu itu.Umi hanya memandang kami silih berganti,aku sudah mula panas hati mendengar butir bicara orang yang tak reti gunakan kepala otak ni.Memang tak sayang mulut betullah dia ni.

“Hei..sudah-sudahlah tu.Setiap kali jumpa je nak bertekak,pening umi dibuatnya.korang ni anak perempuan umi tau,bukannya anak lelaki.Dah,lepas ni umi dah tak nak dengar gaduh-gaduh macam ni,faham?”suara umi sudah kedengaran tegas,wajahnya juga menampakkan yang umi sekarang memang tengah pening melayan anak-anaknya ini.Anak-anak pula bukannya budak kecil,dah besar panjang,dah boleh jadi mak orang pun.

“Oklah umi,sorry.Janji lepas ni tak buat lagi,”aku memeluk bahu umi sambil menunjukkan peace dengan sengehan panjang.Sebenarnya nak bermanja je.Umi menarik nafas sebelum mengangguk dan mula tersenyum.

“Sorry umi,I will watch my mouth,”tangannya menekup mulut.Sabrina berkata perlahan sebelum mendapatkan umi juga.Aku sudah mengesot ketepi memberinya ruang untuk duduk.Nak bermanja juga lah tu..

“Tahu pun.Mulut tu jangan nak laser sangat,karang tak pasal-pasal kena cili,”umi memberi pesan lagi.Aku sudah tahan ketawa,padan muka.Tahupun yang mulut dia tu laser,ingat ke tak tahu.Sabrina menoleh memandangku,aku sekadar tersenyum lebar melihat wajahnya yang terpinga-pinga tu.

“Fia say sorry too, Fia nak bermanja juga lah,”Sofia pula menghampiri umi dan duduk disebelah kanan umi pula.Aku yang dah kebelakang ni terus bangun untuk beralih tempat.Biarpun dalam hati memang berniat nak naik mandi,bersolat dan tidur tapi bila dah ramai-ramai macam ni penat tu terasa hilang pula.Walau sikap kami adik beradik memang nak bergaduh sahaja tapi itulah yang membuatkan kami terasa erat.

“Daddy mana umi?”aku sudah bersila dihadapan umi.Sofia dan Sabrina hanya memerhati tingkahku itu.

“Biasalah daddy tu,malam minggu macam ni tak lain tak bukan mesti dinner dengan kawan-kawan dia,”perlahan umi mengurut rambutku yang diikat satu.Aku suka bila umi buat macam ni,rasa nak tertidur je.

“Umi tak ikut pula?tak jelous ke kalau daddy keluar dengan kawan perempuan?”sengaja aku menyakat. Pap!Satu tamparan sudah mengena lenganku,aku memandang kakakku itu.Sabrina hanya tersenyum puas.Eh..memang nak kena ni.Umi memandang kami sambil angkat kening,tak jadi aku nak membalas tamparan kakakku itu.Nanti siaplah..

“Merepek betul budak sorang ni.Dah tua-tua macam ni nak jelous apa lagi,lainlah kalau masa muda-muda dulu,”muka umi yang putih melepak tu sudah kemerah-merahan sebab malu.

“Dia ni memang suka merepek pun,macam budak-budak,”sampuk Sabrina dalam tawanya.Aku pantas sahaja menyiku kepala lututnya.Terjerit sekejap Sabrina disitu,aku tersenyum jahat..he..he...padan muka.Umi sekadar menggeleng,tak daya dah nak marah-marah.

“Apa angin korang balik ni?”aku memandang kakak-kakakku itu minta kepastian.Kalau tak ada sesuatu memang susah nak jumpa.Sabrina dan Sofia saling berpandangan dan tersenyum tersipu-sipu.Aku angkat kening,pelik melihat gelagat yang spontan itu.Apa kenalah diaorang ni ek?

“Kakak-kakak kamu ni balik nak bincang pasal kahwin,”umi memberi jawapan untuk kemusykilan aku ni.Aku terlopong sekejap,kurang jelas atau kurang percaya.

“Nak kahwin?siapa?kak Fia dengan kak Ina?”sengaja aku melantunkan soalan-soalan dah macam peluru tu.Memang sesuatu yang memeranjatkan.Oh My God!

“Stop it Ria!Tak perlulah sampai terkejut macam tu,karang tak pasal-pasal lalat masuk mulut kau tu,”marah Sabrina.Aku tersengeh sahaja.Memang agak melampaupun cara aku mereaksikan betapa terkejutnya aku mendengar perkhabaran ini.Tapi serius memang aku tak percaya.

“Ok..sorry..sorry.Tapi serius tak percaya kut.Siapa lelaki yang malang tu?”aku menyakat lagi dan berjaya menaikkan marah wanita-wanita dihadapanku ini.

“Umi,tengok Ria ni.Tak baik tau,”adu Sofia sambil menepuk bahuku geram.Sabrina turut sama melepaskan geram pada bahuku juga.Sabarlah bahu ye..

“Ria,tak baik cakap macam tu dekat kakak-kakak kamu tau,”pesan umi dah macam tengah mengajar anak kecil pula.Aku mengangguk laju,terlebih sudah!

“Sorry ye,just kidding.Nanti korang dah kahwin dah tak boleh nak kidding –kidding,”ujarku bernada ceria.Sabrina dan Sofia hanya tersenyum nipis,Suria..Suria..

“Ria bila pula?”tanya Sofia lembut.Kakakku yang sorang ni memang lembut sikit tapi cepat touching tau.Aku pandang dia pelik,bila apa?

“Apa?”aku pula melemparkan soalan padanya.Umi dan Sabrina hanya memandang aku seperti meminta jawapan yang sama.

“Bila nak kahwin lah..kitaorang rancang nak buat sekali masa bersanding.Kitaorang nak tunggu Ria.Ala,kan Ria ni Doktor cinta,tolong orang lain boleh,diri sendiri macamana?”beritahu Sofia semangat.Habislah aku pula yang kena tujah habis-habisan.Aku mengerutkan dahi,apa kena mengena pula?

“Doktor cinta apanya,Ria ni Doktor genekologi la.Kak Fia tak baik tau perli Ria..Tapi nak tunggu Ria buat apanya.Kak Fia dengan kak Ina kahwin je lah dulu,kalau nak tunggu Ria jawabnya lambat lagi lah,”aku memprovok kakak-kakakku itu.Makin berkerutlah dahiku bila masing-masing menggeleng bersungguh-sungguh.

“No..no...no...kitaorang tetap nak tunggu Ria.Selagi Ria tak ada pasangan,selagi tu kami tak akan kahwin.At least adalah someone yang teman Ria masa kenduri kami nanti,as a wedding present,”Sabrina memancingku.Aku menggeleng pula.Eh..tak betul ni!

“Bab Ria kita stop dulu ok.Kita sekarang kan tengah bincang pasal kak Fia dengan kak Ina.Jadi apa plannya?”aku memandang kedua-duanya yang masih diam memandangku.Aku pandang umi minta penjelasan,umi hanya mengangkat bahu tanda tak tahu.

“Ok..ok...nanti Ria fikirkan.Tapi tak janji tau,”aku mengalah juga.Barulah kedua-dua orang kakakku itu tersenyum.Pipiku dicubit Sofia,sakit wok..

“Thanks Ria.Nilah yang buat kitaorang sayang adik kitaorang ni,”luah Sofia gembira.Aku hanya mengiakan,tak faham aku apasallah diaorang ni exited semacam,padahal bukan aku yang nak kahwin pun.Aku lihat umi hanya tersenyum,bahagia.

******************************************
"Ria,ikut umi petang ni ya,"ajak umi sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di sofa.Aku memandang umi pelik tapi kepala tetap dianggukkan.

"Nak pergi mana?"tanyaku untuk kepastian.Nanti tidaklah aku terkontang kanting macam haritu.Yalah,umi ajak tapi tak beritahu nak kemana.Aku pun selamba badak je pakai seluar jean dengan t-shirt rupa-rupanya umi bawa aku pergi kenduri kawan dia.Tapi nasib baiklah pakaianku dikira sopan juga,taklah terdedah sana-sini.

"Umi nak jumpa kawan dekat hotel,alang-alang tu saja je umi nak bawa Ria.Lepas tu kita pergi jumpa kak Fia dengan kak Ina sebab nak pergi tengok baju kahwin,"beritahu umi lembut.Aku sekadar mengangguk dalam senyuman.Hmm..seronoknya diaorang dah nak kahwin,lepas ni dapat anak buahlah aku ye.

"Apa yang tersenyum lagi tu.Pergilah tukar baju tu cepat,pakai baju yang umi beli hari tu tau,"sempat umi berpesan lagi.Aku mengerutkan dahi.Haik!Lain macam je bunyinya tu.

"Kata kejap lagi,Ria baru je nak tengok tv ni,"mulalah aku nak merengek manja minta simpati umi.Yalah petang-petang macam ni boleh dikira waktu menontonkulah kalau tak sibuk.Umi sekadar menggeleng laju lantas menayang-nayangkan jarinya tanda no!

"Umi dah janji nak lunch sama-sama jadi kita tak bolehlah lambat sampai.Ria pergi siap ye,umi pun nak naik solat dulu.Lepas siap solat kita pergi ye,"beritahu umi lagi,lembut.Aku pun mengalah jelah,karang jadi anak derhaka pula.Hu..hu..

"Daddy tak ikut ke?"aku menoleh sekeliling mencari daddy.Umi hanya tersenyum lebar,makin peliklah aku ni.

"Daddy pergi main golf dengan kawan lama dia.Kejap lagi kita lunch sama-sama,umi dah beritahu,"jelas umi padaku.Aku hanya mengangguk,kawan lama umi dengan daddy ke?tapi siapa?

"Siapa kawan umi tu?"sengaja aku menaya.Manalah tahu aku kenal.

"Ria tak kenal pun.Umi kawan dengan dia sebelum umi kahwin dengan daddy lagi.Ini dia dah balik Malaysia jadi kami nak berjumpalah.Suami dia tu kawan lama daddy,"beritahu umi satu persatu.Aku sekadar mendengar.Lain macam je kalau kawan lama nak bertemu ni.Dalam drama tv apatah lagi novel cinta,tak lain tak bukan mesti nak jodohkan anak masing-masing.Kalau yelah,umi nak jodohkan siapa?kak Fia ke?ke kak Ina?tapi diaorang dah nak kahwin,tak akan aku pula?Oh My God!

"Dah lah umi nak naik dulu,Ria siap-siap ye,"pesan umi lagi untuk yang keberapa kalinya.Aku sudah tak sedap hati,terus sahaja menarik tangan umi yang sudah mahu melangkah.

"Umi,tiba-tiba Ria tak sedap perutlah.Rasa lain macam je,"pantas sahaja otak aku ni mengauta orang tuaku ini.Umi mengerutkan dahi memandangku seperti tidak percaya.Bila dipandang sebegitu mulalah aku rasa bersalah pula.Berdosa tau Suria.

"Tadi umi tengok elok je,macamana pula tiba-tiba boleh sakit perut ni.Ke kamu auta umi ni ha,"umi mengangkat keningnya memandangku.Aku hanya tersengeh,yalah umi sendiri kan.Lagipun aku memang tak biasa tipu menipu ni.Eceh..bukan baik sangat pun..

"Dah-dah,pergi naik siap cepat.Umi nak naik dah ni.Kalau layan kamu ni sampai esok pun tak gerak lagi,"aku sudah tersenyum hampa planku tak menjadi.Tapi aku tak akan menyerah,tidak sekali-kali.Tipu pun tipu sunat je kan?pandailah kau Suria oi..

Tak semena-mena aku mengambil handphone yang berada diatas meja lantas diletakkan ditelinga.Lagaknya seperti sedang berbual dengan orang di telefon.Umi yang dah sampai separuh tangga memandangku,aku turut sama memangdang umi.Aku dapat lihat wajah umi seperti minta jawapan dari ku,ha..ha..kali ni planku akan berjaya.

"Hmm..sekejap ye Tina,"aku memberitahu orang dipanggilan,padahal tak ada sesiapa pun.Telefon aku tekup dengan tangan,nak nampak real lakonanku ini.

"Siapa call tu?"umi sudah bertanya.Aku dengan muka berlagak bersalahlah kononnya menjawab.

"Umi,Ria minta maaf ye.Ni Tina call,katanya ada emergency.Jadi Ria tak dapat nak ikut umi jumpa kawan umi tu,"kataku bersemangat.Umi hanya mengangguk perlahan.Mungkin percaya kut..yes!

"Tapi umi tak dengar bunyi phone pun,masa bila pula Tina call,"umi tersenyum memandangku.Tapi kali ni aku tak akan tunjuk yang aku sedang berlakon.

"Ini.."baru aku ingin membuka mulut tak semena-mena handphone yang dipegangku berbunyi lantang.Aku dan umi saling berpandangan.Umi ketika itu sudah tersenyum kemenangan.Aku tersengeh lagi lantas menjawab panggilan yang telah mengkantoikan plan ku ini.

"Hello,ada apa?"aku sudah hilang semangat.Kak Fia ni,time nilah dia nak call.

"Ok..nanti Ria bagitahu umi.Hmm..assalamualaikum,"talian dimatikan.Aku tengok umi masih ada dekat tangga.Aku turut bangun untuk bersiap.

"Siapa?"umi bertanya lembut sebaik aku sudah menghampiri.

"Kak Fia,dia suruh kita ambil dia masa nak tengok baju nanti.Kereta dia masuk workshop,"beritahuku.Umi hanya mengangguk.

"Ria pergi siap ye,"pesan umi lagi.Sempat umi memegang kepalaku lembut.

"Umi,Ria minta maaf ye.Tak patut Ria tipu umi tadi,"kataku perlahan.Rasa bersalah pula buat macam ni.Umi hanya tersenyum.

"Tak apa,umi dah tahu pun.Anak umi yang sorang ni kan memang suka bergurau,umi dah masak dah,"ujar umi membuatkan aku tersenyum lebar.Memang tak boleh nak tipu ni.

****************************************

Aku berjalan beriringan dengan umi sebaik kami sampai di Hotel Zenith.Terus sahaja kami menuju ke arah kafe tempat dimana umi dan kawannya nak bertemu.Baru je melangkah masuk,mataku terus sahaja terpandangkan seorang wanita yang agak sebaya umi sudah menunggu seseorang.Bila dia terpandangkan kami,di terus bangun.Umi dan wanita itu terus bersalaman dan berpelukan sambil bertanya-tanya khabar.Aku ditepi umi hanya tersenyum,sempat lagi mataku memerhati sekeliling.Manalah tahu mak cik di hadapanku ini bawa anak terunanya.Oh..minta simpang jauh-jauh ye.Tapi mak cik ni ada anak teruna ke?hei..pandai-pandai je kau ni Suria.Lamunanku mati bila umi sudah memperkenalkan aku pada kawannya itu.Sebagai orang melayu dan seorang anak aku pun bersalamanlah dengan mak cik ni.Lebarlah senyuman mak cik ni sambil berbalas pandang dengan umi.

"Jemputlah duduk,"pelawa mak cik yang aku tak tahu namanya lagi.Aku hanya tersenyum memberi umi untuk duduk dulu barulah aku duduk disebelahnya.Aku pandang meja masih ada 3 kerusi kosong,mungkin untuk daddy dan suami mak cik ni.

"Rindunya aku nak jumpa kau,dah lama kan?"mulalah mereka berbual kisah lama.Aku tak mahu menyampuk,hanya duduk dan mendengar.Memang aku ni dikategorikan pemalu tau.Tapi aku dah tahu nama mak cik ni,sebab aku dengar umi sebut Biah.Mungkin Rabiah aku rasa.

"Hmm..yang ni ke yang nak kahwin hujung bulan depan?"mak cik Biah bertanya lembut.Aku angkat muka lantas menggeleng laju.Umi disebelah sudah tersenyum lebar.

"Bukanlah,ni yang bongsu.Dan yang paling liat sekali,"gurau umi mendatangkan tawa mereka berdua.Aku pula sudah tersenyum malu.

"Biasalah budak-budak sekarang ni.Samalah macam Aqif pun,"ujar mak cik Biah.Umi hanya mengiakan dan tersenyum.Aku tiba-tiba jadi berminat nak tahu,siapa Aqif?anak makcik Biah  ke?

"Sebut pasal Aqif,mana dia sekarang?"umi pula laju bertanya.Macam berminat je,tapi tidak aku.Aku lihat mak cik Biah dan umi sempat lagi menoleh memandangku.Aku hanya tersenyum nipis.

"Ada,tapi tak tahulah dah pergi mana.Katanya nak jalan-jalan dulu,dekat Mall depan tulah agaknya,"cerita mak cik Biah.Aku masih setia mendengar.Kalau dekat depan tu je,alamatnya dia nak datang sini jugalah ye.Habislah..habislah aku..

"Umur sama dengan Ria lah kan?kerja apa sekarang?mesti berjaya macam papanya juga kan,"masih lagi berbual pasal si Aqif tu.

"Alhamdulilahlah,tapi minat dia dalam perubatan,bukan bussiness.Jadi papanya kena bergerak sendiri dah dia sorang je anak yang ada,"

"Biarlah,dah memang minat dia macam tu.Samalah macam Suria ni.Kakak-kakaknya semua suruh kerja dengan daddy mereka,tapi sebabkan minat kan tak boleh nak paksa,"beritahu umi.Mahu sahaja aku mengangguk di situ tanda setuju.

"Suria dalam bidang apa ye?"tanya mak cik Biah lembut.

"Genekologi,bab-bab orang nak bersalin,"beritahuku sehingga mengundang anggukan mak cik Biah.

"Anak mak cik pun Doktor juga,tapi pakar jantunglah,"cerita mak cik Biah.Pastinya dia bangga dengan anak tunggalnya itu kan.Hmm...jangan fikir mengarut Suria,tak akan ada bab-bab kahwin ye..pasti!

Sebaik daddy dan pak cik Mustafa melangkah masuk dan duduk semeja,barulah kami dihidangkan dengan hidangan lunch.Sempat lagi daddy ni nak memuji aku dihadapan kawan lamanya,katanya aku ni pandai masak dan rajin bekerja.Tapi bab kahwin aku lah yang paling liat berbanding kakak-kakakku.

"Hmm..mana Aqif mama?"tanya Pak cik Mustafa kepada isterinya.

"Dia kata nak jalan-jalan dulu.Sekejap lagi datanglah tu,"beritahu mak cik Biah lembut.Aku ni masih pasang telinga.

"Macamana anak bujang awak tu sekarang ye,dah lama saya tak jumpa,"daddy memegang bahuku.Aku hanya tersenyum nipis membalasnya.Pak cik Mustafa hanya ketawa disamping isterinya.

"Macam tu jugalah.Tapi lagi tinggi dari saya tau,kalah saya dibuatnya.Tapi ada dia tak adalah saya risau sangat,tak perlu selalu kehospital nak check jantung,"ujar pak cik Mustafa gembira.Daddy turut sama ketawa.Seronok betul aku tengok persahabatan umi dengan mak cik Biah dan daddy dengan pak cik Mustafa.

Baru aku ingin menyuap makanan,handphone ku berbunyi minta diangkat.Semua mata kini memandangku.

"Maaf ye,Ria nak angkat call ni dulu,"pintaku sebelum berlalu dari meja makan.Aku terus sahaja ke ruang yang lebih sunyi untuk menjawab.

"Saya suka betul tengok Suria tu,kalau jadilah,memang saya suka,"beritahu mak cik Biah.

"Awak ni Biah,sabar-sabarlah.Biar budak-budak tu kenal-kenal dulu,"pak cik Mustafa pula bersuara.Umi dan daddy sudah ketawa perlahan.

"Tak apalah Mustafa,saya pun seronok kalau diaorang tu disatukan.Dapatlah kita mengeratkan lagi hubungan persahabatan kita ni.Tapi kami tak janji apa-apa tau,kita ikut keputusan anak-anak,"umi menyuakan rasa hatinya.

"Betullah tu,saya setuju sangat.Kita rancang dulu,kalau ada jodoh diaorang adalah kita nak berbesan ye,"mak cik Biah pula bersuara.

"Hmm..minta maaf banyak-banyak ye,tapi Ria kena ke hospital sekarang.Ada emergency case,minta maaf sekali lagi,"ujarku sebaik aku melangkah ke meja semula.Semua memandangku cemas,ingatkan apalah tadi.

"Tak apa,nanti ada apa-apa call umi tau."Aku bersalaman dengan umi,daddy dan mak cik Biah.Pada pak cik Mustafa aku hanya tersenyum nipis.

"Minta maaf ye mak cik sebab Ria tak boleh lama-lama,"ucapku rasa bersalah pula.Mak Cik Biah hanya menggeleng perlahan.

"Tak apalah,Ria hati-hati ye.Mak cik lama lagi dekat sini,nanti kita jumpa lagi,"beritahu mak cik Biah lembut.Aku sekadar mengangguk.

"Umi balik dengan daddy ke?kirim salam kak Fia dengan kak Ina ye.Kalau sempat Ria join tengok baju,"sempat lagi aku beritahu.Umi dengan daddy sudah mengangguk laju.Budak ni kata ada hal,boleh pula dia sibuk nak memikir benda lain.

"Dahlah,pergi cepat.Bawa kereta elok-elok,"marah umi.Aku sudah tersenggeh.

"Daddy pun drive elok-elok tau,"sempat aku nak pesan berpesan.

"Ya sayang,daddy akan ingat,"daddy berkata lembut dengan senyumannya.Umi sudah menggeleng melihat gelagatku.Ada baiknya aku berlalu segera.

"Apalah budak ni.."umi berkata sendiri sehingga menimbulkan tawa semuanya.

Aku berjalan pantas menuju ke arah parking kereta.Jam ditangan aku kerling,aku perlu segera sampai.Handphone didalam beg aku keluarkan,aku perlu menghubungi Tina untuk tahu perkembangan pesakit.Sedang aku ralit memandang handphone,badanku terasa seperti terlanggar seseorang dari depan.Habis tercampak handphone yang dipegangku dan terdorong tubuhku kebelakang tapi sempat disambut seseorang.Dah macam dalam filem hindustanlah pula.Terkocoh-kocoh aku membetulkan tubuh dan menjarakkan diri dari orang itu sebab orang itu lelaki.

"Maaf,tak sengaja terlanggar,"beritahuku sambil pandangnya sekilas.Aku lihat wajahnya tenang walaupun tiada secalik senyuman pun, dia hanya mengangguk perlahan.Pucatnya wajah lelaki ni,sakit ke?alamak!Aku dah lambat..terus sahaja aku berjalan pantas meninggalkan lelaki itu.Tak kisahlah dia nak fikir apapun tapi aku dah lambat ni..

***************************************

"Ha?Kahwin?dengan siapa?"tanyaku bertalu-talu tapi dengan nada perlahanlah.Tak baik tinggikan suara kepada orang tua.

"Dengan anak mak cik Biah.Hari tu Ria tak sempat jumpa dia,"beritahu umi lembut.Aku sudah menyandarkan tubuh pada sofa.Pening!Adakah apa yang aku fikirkan itu betul belaka?tak mungkin!Aku pandang daddy minta penjelasan,mana tahu umi hanya mendugaku.Daddy pantas je mengangguk mengiakan.Hancur harapan,musnah!

"Umi,tak ada pilihan lain ke?mesti ke kena kahwin?Ria tak sedia lagi lah.."aku minta simpati.Umi dan daddy saling berpandangan.

"Kami buat ni untuk kebaikan Ria.Keluarga mereka umi dengan daddy dah kenal,jadi kami tak perlu risau tentang siapa yang akan jaga Ria nanti,"beritahu umi lembut.Aku menarik nafas dalam.Ya,aku tahu hal itu.Tapi aku tak kenal pun lelaki tu,macamana nak kahwin?

"Ria tak kenal dia,dia pun tak kenal Ria.Habis macamana kami nak kahwin?"aku masih berusaha.Manalah tahu ada harapan untukku ini.Ini tak lain tak bukan mesti kak Fia dengan kak Ina punya cadangan.Nak aku kahwin juga,tak pun bercinta.

"Habis Ria dah ada calon sendiri ke?bawa jumpa umi dengan daddy.Kalau dia datang dari keluarga baik,kerja pun ok,daddy benarkan Ria berkawan dengan dia,"tiba-tiba daddy meneka.Aku angkat kening,tang bila pula masuk bab orang ketiga ni.Makin peninglah.

"Kalau Ria ada calon sendiri kami tak kisah.Mak cik Biah pun hormati keputusan masing-masing,tapi kalau Ria rasa pilihan ni yang terbaik Ria cubalah kenali dia,"pesan umi lembut.Aku hanya mendiamkan diri.Ya Allah kau berikanlah petunjukMu.

"Malam esok umi ajak mak cik Biah sekeluarga datang makan malam dekat rumah kita.Kak Fia dengan kak Ina pun balik sekali,"beritahu umi.Terkejut aku dibuatnya mendengar berita itu.Nak datang rumah?habislah..aku tak bersedia lagi ni..

"Hmm..umi,kalau betullah Ria ada kawan lelaki kan,macamana?"sengaja aku menduga.Umi dengan daddy saling berpandangan lagi,tapi kali ni dua-dua tersenyum.Anak yang sorang ni memang pandai nak mengauta..tapi tak pernah berjaya.

"Bawa jumpa kami esok,masa makan malam,"cabar daddy sambil tersenyum lebar.Aku menelan liur,biar betul.

"Habis keluarga mak cik Biah macamana?"aku masih meneruskan apa yang sedang bermain dalam fikiran.Umi tersenyum lagi.

"Macam yang umi kata tadi,mak cik Biah sekeluarga hormati keputusan Ria.Lagipun umi ajak makan malam je,bukannya ada apa-apa yang special pun,"beritahu umi menyangkal apa yang aku bayangkan.

"Oklah,umi dengan daddy nak naik dulu.Ria fikir-fikirkanlah ye.Umi dengan daddy terima apa sahaja keputusan Ria,jadi Ria tak perlulah nak susah hati ye,"pesan umi lembut.Aku mengangguk perlahan.Aku bersalaman dengan umi dan daddy,sempat lagi daddy mencium ubun-ubunku.

"Selamat malam,"kataku kepada mereka.

"Selamat malam Ria,jangan tidur lambat ye,"daddy mewakili kedua-duanya.Aku hanya tersenyum tawar apabila orang tuaku sudah hilang dari pandangan.Nak buat macamana ni?nak try kenal-kenal dulu ke,nak bawa sesiapa untuk ikut malam esok?pening..pening...daripada aku pening memikir jalan penyelesaian,ada baiknya aku naik dan bersolat minta petunjuk Allah.

Selesai berdoa aku melipat kain telekung dan letakkannya pada ampai.Tubuh aku baringkan diatas katil,bestnya..lupa sekejap masalah tadi..perlahan-lahan mataku mula tertutup.Kring!Kring!Mataku terbuka kembali,habis hilang ngantuk.Jam disisi meja aku kerling,dah pukul 11 lebih.Siapa pula call malam-malam ni?dengan malasnya aku pun berlari mendapatkan telefon rumah yang sedang rancak.

"Hello,"perlahan sahaja suaraku.

"Hmm..hello,maaf menganggu,"ujar lelaki dihujung talian.Aku menarik nafas,tahu pun menganggu.Dah nak tengah malam ni barulah nak call,tak tahu mengantuk ke?tiba-tiba je aku nak emosi..geram..geram..

"Ada apa?nak cari siapa?"tanyaku cuba meramahkan suara.Lelaki itu diam sekejap.Aku jadi geram,biar betul lelaki ni..nak cakap ke tidak.Karang aku letak baru tahu.Ke orang jahat?mulalah aku berdebar-debar.

"Saya nak pulangkan handphone seseorang,jadi dalam phone dia ada nombor ni jadi saya call lah,"beritahu lelaki itu bernada selamba.Aku mengerutkan dahi,entah-entah orang jahat nak main taktik menjerat mangsanya.Oh tidak,aku tak akan tertipu.

"Salah nombor kut.."ujarku laju sebelum bertindak mahu meletakkan telefon.Tapi belum sempat letak aku dengar lelaki tu menyebut satu persatu nombor handphone ku.Biar betul,mana dia tahu?tak akan kebetulan?

"Mana awak dapat nombor tu?"marahku tiba-tiba.Tak jadi nak letak telefon.Aku dengar lelaki tu berkata sendiri,tapi kurang jelas.Lantak dialah!

"Kan saya dah kata saya nak pulangkan handphone ni,yang awak nak letak tu kenapa?ke nak sedekah je dekat saya,"selamba je lelaki tu berkata.Aku mengetap bibir,baru aku ingat!Tadi masa dekat parking hotel aku terlanggar seseorang,mungkin masa tu handphone jatuh dan aku lupa nak ambil.Oh tidak..macamana boleh tak ingat ni..

"Hmm..ok..ok..macamana saya nak dapatkan balik handphone saya tu?boleh kita jumpa?"tanyaku berhemah.Dia dia semula.

"Awak duduk dekat mana?nanti saya datang pulangkan,"kata lelaki itu.Aku menelan liur,tak boleh nak percayalah.Mana tahu dia cuma nak ambil kesempatan.Dah lah sekarang sudah hampir tengah malam.

"Tak apa,tak apa,saya pergi ambil sendiri.Esok boleh?"tanyaku kembali.

"Esok?pagi saya ada hal tapi petang bolehlah.Nak jumpa dekat mana?"Aku berfikir-fikir,tempat mana paling dekat dengan hospital ye?

"Hmm..KP boleh?kita jumpa masa lunch?"beritahuku.Dia diam semula.Sepi pula tu,meremang bulu romaku.

"KP?apa tu?"lelaki itu bersuara juga.Aku kerutkan dahi?bukan orang sini ke?nak ketawa pula rasanya.

"Sorry,sorry.Awak bukan orang sini ye?tak apalah,kalau macam tu kita jumpa dekat hospital ok?awak tahu kan?"aku memperbetulkan ayatku supaya dia tidaklah sesat nanti.

"Hmm..it's better.Awak kerja sana?"tanyanya pula.Aku mengangkat kening,sudah lebih pula ni.Dah macam kenal je kita ni ye..

"Doktor dekat sana.Oklah,kita jumpa esok.Nanti apa-apa saya call nombor saya,"beritahuku.

"Hmm..selamat malam,assalamualaikum,"ujar lelaki tu.

"Waalaikummussalam,"talian dimatikan.Aku memandang telefon yang masih dipegang,tiba-tiba otakku memikirkan sesuatu.Kalau lah lelaki tu bukan orang sini,ada chancelah.Itupun kalau dia sudi nak tolong.Tapi boleg percaya ke?

***********************************

Seperti yang dijanjikan kami akan bertemu petang ni.Tapi dari pagi tadi juga aku ada operation yang belum selesai,ramai betul yang nak bersalin hari ini.Harap lelaki tu masih menunggu.Terkocoh-kocoh aku berjalan sebaik operation terakhir selesai.Mataku mencari-cari kelibat lelaki itu yang pernah sekali aku melihat  wajahnya.

"Korang tahu tak,boyfriend Doktor Ria kacak gila.Tadi aku nampak dia cari Doktor Ria,tapi Doktor tengah ada operation,"ujar jururawat pelatih itu.Kawan-kawannya turut sama tak sabar nak mendengar.Aku yang baru ingin lalu terbantut mendengar berita itu.Ni mesti cakap pasal lelaki tu.Dengan selambanya aku menghampiri jururawat-jururawat itu,ternyata mereka juga terkejut melihatku.

"Doktor,ada orang cari doktor tadi,"beritahu salah seorang.Aku memandang mereka lantas tersenyum.

"Dekat mana?dah lama ke?"sengaja aku melayan.Pastinya mereka akan fikir yang lelaki itu benar-benar teman lelakiku.Semuanya tersenyum penuh makna.

"Dekat bilik doktor,dah lama jugalah,"dia memberitahu.Tiba-tiba aku rasa nak angin,pandai-pandai je bagi orang masuk bilik aku tanpa kebenaran.Tapi boleh dimaafkanlah sebab yang penting aku dapat handphone semula.

"Ok,thanks ye,"ujar ku sebelum berlalu.Mereka masih dengan tawa.

"Bestnya,dahlah sama padan,jelous tau,"ujar salah seorang.

"Ceh..kau tak payahlah nak berangan ye,"salah seorang lagi memintas.Masing-masing mencebik sebelum ketawa,lalu kembali melakukan kerja masing-masing.

Tanganku pantas sahaja menolak daun pintu yang tidak tertutup rapat.Baru ingin membuka mulut,betapa terkejutnya aku bila aku melihat 3 batang tubuh yang sedang duduk disofa.Aku ingatkan seorang je.Apa diaorang buat dekat sini?

"Ria,dah habis operation?"tanya kak Fia lembut.Aku menarik nafas.Memang nak cari nahaslah.Aku pandang lelaki yang duduk berhadapan mereka itu,ya itulah lelaki yang aku terlanggar tu.Boleh pula diaorang duduk sekali ye.Aku pandang kakak-kakakku yang sudah tersenyum penuh makna.Kalaulah tak silap,mesti diaorang ni dah fikir yang bukan-bukan.

"Dah habis dah.Apa kak Fia dengan kak Ina buat dekat sini?"tanyaku pelik.Terpaksalah aku duduk disebelah lelaki tu sebab  itu sahaja ruang yang kosong.Makinlah lebar senyuman kakak-kakakku ini.

"Kitaorang jalan-jalan dekat KP sebelum nak balik rumah umi.Alang-alang tu singgah sekejap ,tu yang kami terserempak dengan Mustaqim ni,"beritahu Kak Ina penuh muslihat.Mustaqim?siapa?lelaki ni ke?entah aku sendiri pun tak tahu.

"Oh..ini..."baru aku ingin buka mulut,Kak Fia sudah memintas.

"Oklah kitaorang balik rumah dulu,tak mahu kacau.Jumpa malam ni ye,"mereka sudah berura-ura untuk berlalu.Aku mengaru kepala yang tidak gatal.Bila mereka sudah berada diluar,pantas sahaja aku menyekat.Aku mencuri pandang kedalam bilik,takut-takut lelaki tu dengar pula.

"Kak,jangan salah faham ye.Ria dengan dia tak kenal pun,"aku membela diri sebab aku tahu apa yang mereka ni fikirkan.Masing-masing senyum je.

"Biasalah tu orang baru first time bercinta.Tapi kenapa dingin semacam je boyfriend kau tu,pucat macam vampire,"gurau Kak Ina.Hish!Tak sayang mulut betullah dia ni.Aku sudah mahu tergelak,aku pun fikir macam tu juga.

"Dahlah,pergi masuk.Kesian dia tunggu.Jumpa dekat rumah nanti,"aku hanya melihat mereka berlalu.Hmm..nak buat macamana ni?

"Maaf ye awak terpaksa tunggu,dah tu layan pula kakak-kakak saya tu.Diaorang memang exited semacam,"aku bersuara setelah mengambil tempat dihadapannya.Pintu bilik aku biarkan terbuka,tak eloklah kalau tutup pula.Lelaki itu hanya mengangguk,tak senyum pun.Memang vampire betul...

"Hmm..it's ok.Ni handphone awak,saya pulangkan.Ada apa-apa lagi?"aku angkat muka dari menelek handphone ku itu.

"What's you mean?"aku pandangnya pelik.

"Just asking..awak tak mahu balas apa-apa ke?"dia dengan tak malunya bertanya.Aku nak gelak dalam hati,sabar jelah.

"Ok,awak nak saya belanja makan?or ronda-ronda Kuantan?"aku menanyanya.Dia hanya memandangku.Pandangan matanya itu menakutkan,dingin sehingga menaikkan bulu roma ku.Seram betullah mamat ni.Tapi nasib baik dia tak senyum,tak nampaklah macam orang jahat.

"Awak mesti busy kan,jadi saya hanya perlukan bantuan awak je.Tolong cakap telefon dengan mama saya dan bagitahu yang saya tak dapat ikut dia malam ni,"lelaki itu menyuakan permintaannya.Aku hampir nak ketawa.Biar betul,ingat ke apalah tadi.

"Itu saja?tapi kenapa?you don't do something wrong do you?"aku mula syaknya.Yalah,tiba-tiba je nak minta tolong dengan orang yang tak dikenali.Kan pelik bunyinya tu.Dia pandang aku lagi,nasib baiklah muka hensem walaupun tak senyum,mata dia pun lawa,coklat kehitaman.

"Just call this number,"dia menghulurkan handphonenya padaku.Teragak-agak aku nak menyambut,tapi aku ambillah juga.Aku letak telefon di telinga,tunggu ada orang menjawab.Jantungku pula berdegup bukan main bila matanya masih memandangku.Pandangannya itu bukanlah pandangan jahat yang nak menerkam mangsanya,tapi memang seperti pandangan semulajadi yang tak puas nak tengok.

"Hello,assalammualaaikum,"sapaku lembut.Sesekali aku menoleh kepada lelaki itu.Lembut wanita dihujung talian menjawab.

"Hmm..maaf mak cik ye,Mustaqim tak dapat nak ikut mak cik malam ni.Ya,dia ada hal sikit,ya kawan dia.Baiklah mak cik,nanti saya sampaikan.Ya..ya..waalaikummussalam,"talian dimatikan.Tak semena-mena bibirku menguntum senyum.Seronok pula berbual dengan mak lelaki ni.Aku terus menghulurkan barangnya kembali.Dia pandangku minta penjelasan.

"Mama awak kata tak apa,tapi lain kali mesti ikut dia.Tak baik orang dah ajak tapi tak pergi,"aku hanya menyampaikan pesanan mamanya sahaja.Lelaki itu hanya mengangguk perlahan.Aku merungut dalam hati,apalah.

"Thanks ye,"ujar lelaki itu.Aku hanya mengangguk.

"Tapi kesian mama awak tau,dia mesti berharap yang awak ikut dia.Alah orang tua,bukannya diaorang nak buat jahat,cuma diaorang fikirkan kebaikan untuk kita,"tanpa sedar aku terberi ceramah padanya.Padahal aku memikir diriku sendiri.Apa nak buat malam ni ek?redha jelah..dia masih pandang aku,sudah sudahlah tu karang aku terjatuh cinta nanti.

"Hmm..sorry tak bermaksud nak campur.Apa-apa pun thanks ye sebab pulangkan.Tak tahu pula masih ada orang yang jujur bila ambil barang orang lain,"ujarku ikhlas.Dia mengangguk lagi.Tiba-tiba telefon ku berbunyi tanda mesej masuk,laju aku buka.Membulat mataku membaca mesej dari umi itu.Kak Fia!Kak Ina!

"Awak,boleh tolong saya pula tak?"aku pandangnya cemas.Dia memandangku selamba sahaja.

*********************************

"Assalamualaikum.."suara orang memberi salam jelas kedengaran.

"Waalaikummussalam.Jemputlah masuk ye,"pelawa tuan rumah sebaik bersalam-salaman.Dah macam rumah terbuka hari raya pula.

"Masuklah ye.Fia,Ina inilah mak cik Biah kawan lama umi,"beritahu umi.Sofia dan Sabrina pun bersalamanlah.

"Mana Afiq?berdua je ke?"tanya daddy sebaik menjemput tetamu mereka itu untuk duduk.Pak cik Mustafa hanya tersenyum membiarkan orang rumahnya untuk berbicara,

"Dia tak dapat datang hari ini.Baru-baru nak mula kerja ni sibuk sikitlah agaknya.Suria tak balik kerja lagi ke?"mak cik Biah bertanya.Masing-masing saling berpandangan.Umi hanya tersenyum tawar.Andai betullah anak bongsunya itu sudah ada pilihan hati sendiri,mereka redha.Semuanya tidak boleh dipaksa-paksa dan tak ada istilah paksa dalam perkahwinan.

"Kejap lagi baliklah tu.Hari ini dia sibuk sikit,banyak operation,"beritahu daddy.

"Jemputlah minum ye,"Sofia mendulang air kepada tetamunya.Mak cik Biah dan pak cik Mustafa tersenyum saja.

"Yang ni ke nak kahwin nanti?"tanya pak cik Mustafa lembut.Sofia sudah tersenyum malu.Daddy memegang lembut kepala anaknya itu.

"Dua-dua sekali,ni yang sulung yang tu yang kedua.Nak tunggu yang ketiga sahaja lagi,"daddy meperkenalkan anak-anaknya.Teringat juga anak bongsunya yang kuat bekerja itu.Mendengar cerita sofia dan sabrina tadi,nampaknya dia juga bakal terima seorang lagi bakal menantu,tapi bukanlah anak sahabat baiknya ini.

"Untung sampai tiga anak dara,senang nak buat kerja ye,"puji mak cik Biah.Umi hanya tersenyum,bersyukur dengan pemberian Allah ini.

Bunyi enjin kereta yang melangkah masuk ke dalam garaj menarik perhatian semua.Masing-masing sudah saling berpandangan.Mak cik Biah dan pak cik Mustafa tersenyum lebar,sama seperti Sofia dan Sabrina.Tetapi umi dan daddy masing-masing tak tahu nak reaksikan wajah yang bagaimana.Mampukah mereka tersenyum bila anak mereka itu memperkenalkan lelaki lain sebagai bakal peneman hidupnya?Ya Allah,bagaimanakah reaksi Biah dan Mustafa nanti?harap-harap semuanya berjalan lancar Ya Allah.Pintu kereta ditutup,bukan satu tapi dua.Umi sudah beralih kearah pintu ingin menyambut anak dan tetamu mereka itu.Berdebar-debar jantungnya,harap-harap tak ada mana-mana pihak yang tersinggung.

Suria dan Mustaqim masih tidak berganjak dari garaj.Masing-masing seperti melayan perasaan sendiri.Suria mulai rasa bersalah terhadap umi,daddy,keluarga mak cik Biah dan juga Mustaqim yang tahu apa-apa ini.Ditoleh kesebelah,Mustaqim hanya diam seperti berfikir sesuatu.Adakah dia akan menarik diri?tapi itu hak dia,aku tak boleh nak menghalang.Tadi bila aku cerita serba sikit dia langsung tak membantah,sekarang tak tahulah pula.Mustaqim memandang kereta mewah yang diparking bersebelahan dengan kereta milik Suria ini.Macam biasa tengok tapi tak akanlah..

"Hei korang,jomlah masuk.Yang duduk dekat sini ni kenapa?semua orang dah tunggu tau,"tiba-tiba sahaja kak Ina sudah muncul.Terkejut aku dibuatnya.Aku dan Mustaqim saling berpandangan,aku cuba minta kepastian.Tapi macam biasa dia hanya memandangku sehingga membuatkan aku mula terasa sesuatu dalam hati.

"Sudah-sudahlah tu,nanti boleh bual lama-lama.Sekarang ni jom kita masuk dan makan.Akak ni dah lapar,"marah Kak Ina.Aku sudah tersenyum nipis,ada-adalah akak ni.Tak tahu ke orang tengah susah hati..

Kami berjalan masuk membuntuti kak Ina.Aku harap apa yang aku buat ni tak kecewakan sesiapa,terutama orang tuaku dan Aqif.Andai semua ni tak berjaya,mungkin memang sudah tertulis jodohku dengan dia.Aku redha seikhlas hatiku.Teringat kembali kata-kata seorang pesakit yang pernah aku rawat,tapi kini dia sudah tiada lagi.

"Keredhan Allah itu datangnya daripada redha kedua orang tua.Jadi sebelum nak ambil sesuatu keputusan,fikirlah perasaan orang tua kita dulu.Minta pandangan dan izin mereka,Insyaallah semuanya akan kekal bahagia,"

Dia kahwin lari dengan lelaki pilihannya sehingga melukakan kedua orang tuanya.Bila dah kahwin pelbagai dugaan dia tempuh sehingga menyebabkan dia minta cerai.Suaminya bukan lagi lelaki romantik yang dikenalinya sebelum berkahwin,malah lebih teruk dari binatang.Cukuplah dia tak mahu orang lain mengalami nasib sepertinya.Aku menarik nafas,selawat dalam hati.

"Assalamualaikum,"penuh lembut dan berhemah Mustaqim memberi salam.Aku angkat muka,tak perasan masa bila pula dia dah berjalan sampai dekat pintu.Aku dengar ramai-ramai menjawab salamnya.Aku membulatkan mata bila dia pandangku supaya aku berganjak dari terus berdiri kaku.Lagi memeranjatkan adalah bila dengan selamba cekadaknya dia bersalaman dengan daddy dan pak cik Mustafa,siap boleh peluk-peluk.Dia menegur mesra umi yang menanti di pintu.Hei ini dah melampau,tak ada dalam skrip pun ye.

"Ria,tunggu apa lagi dekat situ,marilah masuk,"ajak daddy mematikan lamunanku.Aku terkocoh-kocoh berlalu masuk mendapatkan umi dan daddy untuk bersalaman.Bila aku nak beralih salam pada mak cik Biah,aku lihat Mustaqim landing baik punya sebelah mak cik tu.Bukan main rapat..hei..wait the minute.Adakah apa yang sedang bermain dalam fikiran aku sekarang ini adalah sahih dan benar sebenar-benarnya?Mustaqim anak mak cik Biah dan pak cik Mustafa?Oh My God!

"Suria,inilah anak mak cik, Aqif.Aqif Mustaqim,"beritahu mak cik Biah lembut.Aku menarik nafas dalam sebelum cuba mengukir senyum paling manis.Aku pandang kakak-kakakku yang sudah mengekek ketawa.Pastinya kejadian ini adalah kejadian yang paling memalukan dalam sejarah hidup Nur Suria.Aku alih pandang ke arah Aqif Mustaqim yang macam nak ketawa,tapi berlagak macho je.

"Aqif beritahu mama tadi tak jadi datang.Ini macamana boleh sampai dekat sini pula?"mak cik Biah mula menyelidik.Aku dan Aqif saling berpandangan.Umi,daddy dan pak cik Mustafa juga seperti nak tahu jawapannya.Jawapnya daripada A sampai Z sudah terbongkar.Masing-masing tersenyum penuh makna memandang kami,terutama kak Fia dan Kak Ina.Malunya!

*********************************

"Aku terima nikahnya Nur Suria binti Shaadom dengan mas kahwinnya 85 ringgit tunai beserta senaskah al-Quran,"dengan sekali lafaznya sahlah aku menjadi isteri kepada Aqif Mustaqim bin Mustafa.Air mataku menitis perlahan,lantas sahaja aku kesat.Biarlah mekap comot pun,muka aku bukan muka orang lain.Umi memelukku erat berserta ciuman dipipi,menitis lagi air mataku.Giliran ibu mentuaku pula untuk memelukku.Tanpa aku sedar pengantin lelaki sudah mula menghampiri untuk upacara pembatalan air sembahyang.Aqif sudah duduk bersila dihadapanku,perlahan tangan kananku diraih.Jangan pelik ye,bukan cincin tapi seutas gelas emas putih sudah selamat singgah ditanganku.Tiba pula masanya dia bangun lalu mencium dahiku,lama.Time tu ramailah paparazzi yang tak bertauliah mengambil gambar.Bukan satu tapi bersnap-snap.Giliran aku pula untuk mencium tangannya,penuh shahdu.

Ya Allah,andai ini jodoh yang Kau telah tetapkan untukku,Kau berilah kami kebahagian didunia malah diakhirat.Kau kekalkanlah hubungan kami ini sehingga ke syurgaMu.Doaku didalam hati.Perlahan air mataku menitis kembali,jatuh diatas belakang tangannya.Bila keadaan kembali stabil,baru ingin mengesat air mata, pantas sahaja ada satu tangan yang mengesatnya untukku.Aku pandangnya yang sudah tersenyum manis,untuk yang pertama kalinya.Kami sama-sama bergerak untuk bersalaman dengan para hadirin yang datang,termasuk dua pasang pengantin yang baru sahaja dinikahkan bulan lepas.Kini mereka baru sahaja pulang honeymoon dari destinasi pilihan masing-masing.Aku memeluk kak Fia dan Kak Ina erat,lepas ni tak bolehlah aku nak kenakan diaorang lagi,sebab masing-masing dah ada suami.

"Best honeymoon?"aku bertanya pada mereka sebaik kami sudah selamat sampai ke rumah.Hari ini hanya makan-makan kecil,esok baru naik pelamin.Kedua-dua kakakku nampak berseri lagi,seri pengantin.

"Mestilah best..puas kak Ina shopping tau.Tak cukup tangan abang Imran nak melayan,"Sabrina tersenyum puas.Bersyukurnya dia sebab semuanya berjalan dengan lancarnya.Aku pandang kak Fia pula,apa cerita?

"Akak biasalah,dah namapun honeymoon kan.Kami habiskan masa bersama,buat semua perkara bersama sebab nanti masing-masing dah nak mula kerja,"kak Fia pula bercerita.Aku hanya mampu tersenyum nipis.Kalaulah aku berkeras menolak pilihan ini dulu,agaknya sampai sekarang pun aku masih tak kahwin.Cemburu juga dengar cerita kak Ina dan Kak Fia ni,syukurlah mereka gembira.

Kak Fia dan Kak Ina masing-masing minta diri untuk berlalu bila suami masing-masing panggil untuk makan.Aku hanya mampu tersenyum bahagia,gembira melihat mereka bahagia.

"Panjangnya senyum,"tegur satu suara yang sudah aku kenal.Aku menoleh kearahnya yang sudah duduk disebelahku.Satu senyuman aku hulurkan buatnya.

"Tak adalah,cuma seronok tengok kak Fia dan Kak Ina gembira.Honeymoon diaorang best tau,"tak pasal-pasal aku mula bercerita.Lepas tu barulah aku tutup mulut,takut apa pula yang dia fikir nanti.Aku tengok Aqif sudah menahan ketawa,kelakarlah muka dia macam tu.

"Apa yang lucunya?"aku buat-buat marah,padahal nak ketawa juga.

"Bunyi macam ada orang jelous je.Awak jelous ye,"sakatnya.Aku sudah memeluk tubuh,malaslah nak layan.

"Ok..ok..saya tak ketawa dah.Saya janji lepas habis kenduri nanti,kita pula pergi honeymoon.Awak pilih je tempat,saya tak kisah.Apa yang penting,kita sama-sama dapat luangkan masa bersama,"ujarnya lembut.Perlahan tanganku diraih.Aku pandang wajahnya,ya mungkin inilah peluang untuk kami saling mengenali antara satu sama lain.

"Awak,saya nak cakap sikit boleh?"tanya ku lembut.Dia memandang ke dalam anak mataku sebelum mengangguk.

"Hmm..kita ni kahwin bukan atas dasar cinta,awak tahukan?"aku cuba minta kepastian.Dia hanya mengangguk.

"Kalaulah ada salah silap saya sebagai seorang isteri nanti saya minta maaf banyak-banyak.Saya sedang cuba untuk menjadi seorang isteri yang baik untuk awak.Tapi andai awak tetap tak boleh terima sikap saya tu,saya relakan untuk awak cari yang lain,"ujarku perlahan.Aku rasa genggaman tanganku semakin erat.Takut aku nak pandang wajahnya itu.

"Tak pernah terlintas pun dalam fikiran saya untuk buat macam tu.Bila awak sah menjadi isteri saya,saya dah berjanji untuk terima segala baik dan buruk awak,sebab kita sama-sama tak sempurna.Biarlah kita sama-sama melengkapkan antara satu sama lain,sebab awak memang terciptakan untuk saya,insyaallah sampai syurga,"bicaranya menikam hatiku.Terharunya aku bila mendengar butir bicaranya itu.

"Saya minta maaf kalau kata-kata saya tadi melukakan awak,saya tak bermaksud apa-apa.Biarlah kita sama-sama melayari bahtera ini sehingga ke penghujungnya,"

Genggaman tangan kami semakin erat,biarlah perhubungan kami ini seerat ini juga.Hanya ajal dan maut yang mampu memisahkan.

"Pengantin baru,jomlah makan sekali,"panggil Imran yang sudah berada di meja bersama isteri dan ipar duainya.Aku dan Aqif saling berpandangan.

"Ria lapar tak?"tanya Aqif manja.Aku mengangkat kening,lantas mengangguk.Kami bangun dan menghampiri mereka,tangan yang digenggam masih lagi tidak dilepaskan.Biarlah hangat tanganku didalam genggaman seorang suami.

5 comments:

Afifah said...

not bad..best..tapi ada typing error sikit..nanti betulkan ek..apapun tahniah ikah n gud job..

Anonymous said...

best la cite nih..klu wat lagi panjang mesti lagi best.

atikah said...

Ipah:: terima ksh..memanglah,syok sgt tulis sampai x perasan.Sorry ek..;)

Tanpa Nama::thnks sudi baca.x pnjng ye?he..he..

Afiqahai said...

best!! ingatkan vampire betul tadi. >.<
thumbs up~ :)

atikah said...

nurafiqah airil:: terima kasih..haha vampire tipu je..saja nak kasi gempak sebab nak sesuaikan gmbr tu..

Followers